Assalamualaikum wbkt
Kepada semua para pengikut dan pembaca
blog saya yang budiman
Diucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Semoga kalian dan keluarga dipelihara Allah sentiasa
Semoga sepanjang 2012 dan tahun-tahun berikutnya
Berterusan Allah lempahkan belas kasih-Nya
dan kasih sayang-Nya kepada kita semua
Semoga sepanjangan kita semua diberi pengampunan oleh-Nya.
Terima kasih di atas kesudian bersama saya
Dan di atas keikhlasan menerima kunjungan saya
untuk waktu yang telah berlalu dan yang mendatang
Maaf zahir batin.
41 comments:
KITA TINGGALKAN KENANGAN 2011 .... KITA HADAPI 2012 DENGAN SEMANGAT BARU.. Selamat Tahun Baru
Assalamualaikum.
Bila baca nukilan tuan, saya rasa macam baca ucapan selamat hari raya pulak sebab ada permintaan maaf zahir batin di hujungnya.
semoga tahun 2012 ini lebih baik dari tahun 2011 untuk tuan sekelurga.
Assalamualaikum,
Tahun 2012 tahun yang mencabar...
semoga kita sama2 berjaya menempuhinya...
Salam pakcik temuk selamat tahun baru juga dari sya,semoga kita semua di redha di rahmati oleh nya
Selamat buat Abang Temuk juga. Moga Allah kurniakan kekuatan bagi kita semua untuk mencurah bakti keranaNYA.
slmt thn br buat pakcik sekeluarga!
sebenarnya kita kehilangan tahun yang lalu.
iBu...gUru
AS-SALAM. SELAMAT TAHUN BARU!
PILU JUGA TINGGALKAN 2011. TAK MENGAPALAH, BARANGKALI, SESEKALI KITA MENOLEH KE BELAKANG, DALAM KAKI MENAPAK KE DEPAN. INSYA-ALLAH, 2012 DIJALANI DENGAN SEMANGAT BARU YANG MUDAH-MUDAHAN LEBIH MENJAMIN KITA SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
AL-LAVENDARI
Waalaikumussalam.
Hehehe, geli hati pula, saya macam tulis kad raya, ya? Dipinta kemaafan tu dengan ikhlas, sebab manalah tahu, dalam memblog sepanjang 2011 ada hati orang yang kita guris, atau perasaan mereka yang kita hiris, secara tak sengaja dan tak disedari.
Semoga melempah ruahlah rahmat Allah ke atas tuan dan famili sepanjang 2012 dan tahun-tahun seterusnya. Insya-Allah.
AKU
Waalaikumussalam.
Kalau diingat, 2011 yang sudah kita lalui itu kayalah juga dengan pelbagai cabaran besar. Dari segi ekonomi, kemasyarakatan, akhlak, moral, dan jenayah sebagai contoh, memang banyak juga masalahnya. Sekuriti kita juga turut tergugat sebab semakin ramai pendatang asing di bumi kita. Mungkin ada yang pula yang merasakan, dari segi harga diri, bangsa dan agama, 2011 juga ketara amat mencabar kita semua.
Semoga 2012 hadir tanpa ancaman dan kesukaran-kesukaran hidup. Sama-sama kita berusaha sambil berdoa kepada-NYA.
Selamat tahun baru paman...
KASIHIBU
Salam bahagia untuk kasihibu sefamili. Pakcik pun ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga segala ikhtiar dan usaha kita semua dapat mempastikan anak cucu kita hidup terjamin di bumi yang mereka pijak sekarang ini. Dan terjamin juga kehidupan mereka (dan kita) di alam akhirat nanti. Insya-Allah.
CIKGU HUMAIRI
Semoga sentiasa sukses, Cikgu dan famili.
Ayuh, kita terus langsungkan segala-galanya, seperti yang Cikgu kata, untuk-NYA. Kita azamkan ayam menang, kampung dihuni; jadi pagar, kita awasi padi; pun sesama kita bagai bercarik bulu ayam, segera kan kita tautkan; kita takkan menjadi enau dalam belukar, kita kan jadi aur dengan tebing; pun ada kala tak sekata, biarlah kita jadi kiambang dilempar; usahlah pula hidup kita, jadi biduk tiris menanti karam. Insya-Allah, tunjang samanya, kita takkan lupa, DIA jugalah yang sepakat kita taati, DIA yang menjadikan kita serasul dan sekitab.
KhaiRin
Pakcik juga ucapkan Selamat Tahun Baru buat KhaiRin. Mudah-mudahan segala harapan dan doa akan dimakbulkan Allah. Selamat maju jaya sepanjang 2012 dan tahun-tahun mendatang!
As salam cikgu,
Tahun 2011 dah pun berlalu pergi dengan cerita suka dan duka. Kini 2012 hadir dengan pelbagai cabaran. Samada yang pahit dan manis. Selamat tahun baru buat cikgu.
IM
As-salam. Benarlah yang IM nyatakan itu. Kita kehilangan 2011. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya.
Mudah-mudahan, sekalipun telah hilang, masing-masing masih mengingatkan kita apa yang boleh kita jadikan sempadan dan teladan hidup, untuk kini dan akan datang.
ckLah@xiiinam
Untuk ckLah sekeluarga, Paman juga ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga perjalanan sepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang semuanya sukses. Selamat maju jaya!
ADRY
As-salam
Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan untuk Adry sefamili. Semoga tahun 2012 Adry penuh dengan kejayaan.
Kalau disingkap tabir 2011, kita akan nampak semula macam-macam babak yang tidak menyeronokkan kita, di tempat kita dan di luar: kelesuan ekonomi, kebanjiran warga asing, jenayah, keruntuhan moral, penipuan, pembunuhan, peperangan, rasuah, serangan tsunami, gegaran bumi, banjir besar dan macam-macam lagi. Semoga pada tahun ini, dunia dan tempat kita lebih tenteram keadaannya, dan kita hidup dengan bahagianya.
Rasa macam sudah tinggal comment tapi tak ada. Sudah silap agaknya.
Dengan itu biarlah terlewat saya ucapkan selamat tahun baru. Mana tahu kita dapat berempat mata dalam tahun ini.
Selamat tahun baru uncle....semoga lebih produktif thn ni. InsyaAllah.
Jangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga
AL-MANAR
Selamat Tahun Baru 2012. Mudah-mudahan pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya tuan dan para pelajar di sekolah tuan terus cemerlang. Memang ada angan-angan ke pantai timur tahun ini, bila cuaca lebih sesuai. Manalah tahu ada rezeki mengintai 'kawasan bakti' tuan yang memang saya kagumi. Insya-Allah.
DADDY ZUKI
Selamat Tahun Baru 2012. Lama kita tak berjumpa di alam maya ni, ya. Terima kasih berkunjung pada tahun baru ni. Memang selalu berangan-angan nak mengalami babak-babak "productive ageing" dengan buat macam-macam aktiviti, tapi banyak pula kekangannya. Buat apa-apa yang termampu sajalah nampaknya, insya-Allah.
Semoga Daddy dan famili lebih berjaya dalam mengharungi liku-liku hidup tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Amin!
Assalammualaikum wbt cikgu.
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, diberkati dan dirahmati Allah swt. Selamat Tahun Baru 2012 buat cikgu sekeluarga. Teruskan bercerita di sini yea cikgu......
CIKGU ROHA
Waalaikumussalam wbkt. Terima kasih, insya-Allah kami sihat walafiat. Semoga demikian juga di pihak Cikgu dan keluarga. Teruskan paparan hadith dan firman, ya Cikgu. Sememangnya amat bermanfaat sebagai peringatan yang mudah pula diakses oleh para pembaca. Selamat Tahun Baru 2012.
selamat tahun baru 2012.....
teruskan bercerita....
cerita dulu2,.....tak jemu mengetahuinya....
ZUL PERMATANG BADAK
SELAMAT TAHUN BARU 2012. SAMA-SAMA KITA BERI & DENGAR CERITA. INSYA ALLAH. ADA TANAM APA-APA ISTIMEWAKAH DI KEBUN SEMPENA 2012 INI? CERIA SELALU!
selamat tahun baru..
maaf zahir batin..
hehe.. mcm ucapan salam hr ry lak :D
LadyBird
Selamat Tahun Baru 2012. Pejam celik, pejam celik, dah habis seminggu kita gunakan Januari tahun baru kita! Tak mengapa, sesama kita elok bermaaf-maafan saban masa, supaya sepanjangan hutang kita sifar.
sama-sama kita berdoa agar perjalanan hidup kita seterusnya akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. Semoga diberi keafiatan, keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Walaupun lambat nak ucap selamat tahun baru jugak pada cikgu.
Semoga tahun baru ni kita terus diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab kita kepadaNYA dan kepada semua.
Assalamualaikum Ayah,
Selamat Tahun Baru 2012.
Memang banyak kenangan sepanjang 2012, tapi Amie pilih yang indah-indah untuk dikenang, yang duka Amie simpan.
Azam tahun 2012 ini ingin memulakan setiap bagi dengan senyuman supaya sepanjang hari akan terus rasa ceria... (walaupun tak sampai ke tengahari).
...dan sudah semestinya ingin lebih dekat pada-Nya.
Semoga Ayah sentiasa gembira, memenuhi hari-hari mendatang dengan pelbagai perancangan Ayah sepanjang 2012.
DrSam
Amin! Semoga segala doa kita dimakbulkan-Nya. Untuk mendekati-Nya pun kita diminta sentiasa berdoa agar Dia memberi kita petunjuk, arah atau jalannya, dan memberi persetujuan-Nya untuk kita mendekati-Nya. Insya-Allah!
KUNANG-KUNANG
Terima kasih. Selamat Tahun Baru 2012. Sekejap saja rasanya, telah hampir 1/3 daripada Januari tahun baru telah kita habiskan. Ya, semoga kita sihat dan dapat berterusan melakukan suruhan-Nya sebaik mungkin. Insya-Allah. Ceria selalu!
AMIE
Waalaikumussalam, Amie. Selamat Tahun Baru 2012. Terima kasih di atas doa Amie itu. Didoakan serupa untuk Amie.
Macam mana, sepertiga Januari sudah berlalu, nampak 'a good start', tak? Mudah-mudahan banyak petanda baik dalam memulakan perjalanan hidup tahun baru ni.
Betullah tu, kenang yang manis-manis saja. Yang buruk jadikan sempadan... letak jauh-jauh macam sempada kebun! Bagus senyum selalu... selagi boleh, sebagai tanda hati kita lapang, tenteram dan gembira.
Bak lintasan pantas berlalu
tahun 2012 memunculkan diri
selamat tahun baru cikgu
sudah seminggu pun hari ini
walau 2011 bagaikan baru
meninggalkannya pun terasa berat
bersamalah kita berdoa cikgu
bahagia hendaknya di dunia & akhirat
KAKZAKIE
Pejam celik, pejam celik (syukur Allah izinkan bahagian celik tu!) dah hampir sepertiga 2012 kita pakai! Selebihnya dan selanjutnya, moga-moga dapatlah kita gunakan dengan sebaik-baiknya, demi kehidupan di sini dan di alam kekal. Insya-Allah. Mudah-mudahan bahagia selalu kakzakie sefamili!
saya datang bukan nak ucap selamat tahun baru tapi nak beritahu komen tuan dalam entri saya yang lalu telah terpilih sebagai komen pilihan.
terima kasih.
TAHUN 2012 BARAT MERAMALKAN SESUATU BURUK BERLAKU PADA BUMI.. KADANGKALA RASA MACAM "TER"PERCAYA PULA.. APA2PUN HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU..
SEMOGA TAHUN 2012 MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA..
FAIRUS
Jika apa yang berlaku kepada persekitaran fizikal dunia pada tahun 2011 terus berlaku, apa lagi jika berlaku pada skala yang lebih serius, pastilah keadaan bumi kita menjadi bertambah buruk dan merbahaya. Benar kata sdra. Semoga segala bentuk malapetaka fizikal 2011 seperti tsunami, gegaran bumi, letusan gunung berapi, ribut taufan, banjir besar dan seumpamanya, tidak berlaku pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Namun DIAlah yang lebih mengetahui apa yang bakal diadakan-Nya dan mengapa. Salam bahagia.
AL-LAVENDARI
As-salam. Terima kasih kerana memilih komen saya sebagai komen pilihan. Kok dok dokek Soromban eden misti mintak hadiah teh tarik kek mano-mano kek Soromban tu!(Ok ke bahasa nogori saya tu?).
balenciaga sneakers
yeezy boost 350 v2
valentino shoes
air max
moncler
curry 6
jordan shoes
air max 270
nike air force 1
coach outlet handbags
Post a Comment