Tuesday, May 15, 2012

SEDU SEMBUL KE SENYUM SIMPUL

Alhamdulillah.  Cerita SEmakin Dekat Undi SEMenggunung BUangan Laman (SEDU SEMBUL) yang menyebabkan SEDU SEDAN macam di bawah ini, sudah boleh ditutup.

 








Sekarang boleh cerita hal SENYUM SIMPUL pula. Betul-betul punya senyum simpul!

Atas inisiatif Jawatankuasa Penduduk Kawasan kami, pada 12 Mei 12 lepas, satu aktiviti gotong royong (GORO) membersihkan sampah laman, telah dilangsungkan. Sudah berbulan-bulan sampah itu mereput di pinggir jalan, di hadapan hampir setiap rumah.

Tak semua ketua rumah ada (ada yang ada hal lain). Tapi bilangan yang berGORO, termasuk anakpinak mereka, sangat memberangsangkan.

Lepas minum pagi di rumah Presiden (walau sudah sarapan di rumah), kami mulakan kerja memasukkan sampah ke dalam lori. 

Lori, juga pemandu dengan beberapa orang pekerja, ditaja oleh seorang ahli kawasan, yang memang terkenal dengan sifat pemurahnya.

Kerja dekat sejam. Penuh satu lori kecil!

Rupa-rupanya Jawatankuasa sudah usahakan sebelum GORO lagi..... Dalam diam-diam mereka telah dapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Macam mana Jawatankuasa dapat menawan hati MPKj, ha? 

Hinggakan si MPKj hantar dua lori besar! Siap dengan pekerja-pekerjanya sekali, bernama Kru Gotong Royong,  segak-gagah-cekap, dengan berbaju merah garang!

 
















Lebihkurang dalam 15 minit lepas lori-lori besar sampai, datang pula si gergasi MPKj yang di bawah ni. Seronok sangatlah kami, sebab tangan besi nak ambil alih kerja memunggah!

 





















Penglibatan yang hadir, termasuk ahli komuniti kawasan, cukup bagus. Yang muda-muda memang rajin. Yang kanak-kanak turut memeriahkan suasana GORO.

 

Penyelia Kawasan kami dari MPKj (yang berbaju T gelap tu!) pun ada bersama. Kami amat-amat berterima kasih di atas sokongannya terhadap aktiviti GORO kami itu.
  

Lepas GORO, singgah sekali lagi ke rumah Presiden yang baik hati dan rajin (yang berbaju merah di atas tu). "Isi minyak" lagi, sebab dah keletihan buat kerja.

Lepas itu ada perbincangan sikit, terutama pasal keselamatan. Juga bincang pasal cara molek nak melonggokkan sampah laman di tepi jalan lain kali.




Walau sekarang sudah boleh SENYUM SIMPUL, hati tetap tertanya-tanya. Tak lama ni nak kena GORO lagikah? 

Penghuni kawasan berdekatan, seseksyen, masih berhadapan dengan masalah SEMBUL. Longgokan seumpama di bawah ini masih mereput di sana sini.


Untung kami ada Jawatankuasa yang berdedikasi. Rajin berkomunikasi dengan pihak berwajib. Juga bijak bertolak-ansur dalam berbincang.


38 comments:

KhaiRin : anies said...

bgs nyer deme ni

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

BILA SEDU BANYAKLAH GORO DI SANA SINI. RUTUTI DAN POTUTI TAK BERANI MENAMPILKAN DIRI. TERINGAT JUGA PADA KUDATI DAN RAMDA....

.....episod yang mungkin tiada akhirnya.

Bolehkah kita senyum simpul ketika ini?

Ceria Selalu!

Pak Idrus said...

Temuk, Thanks for sharing this wonderful event and those images that tell the story by itself.

Like the Malay saying 'bersatu dan bermaufakat' it does made every endeavor a success.

Have a nice day.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Betui le tu. Deme ni baguih semue nye. Deme yang daghi Bandaran, deme yang daghi komuniti tempatan. Walo pun yang dibuat tu sebenonye keghoje Bandaran, mase deme susah, kita tolonglah juge, kan? Salam bahagia.

Aku said...

salam kang Temuk,
seronok kalau dapat bergotong royong...

aku teringatkan aktiviti gotong royong menanam padi di kampung dulu-dulu. Aku tukang baling benih padi untuk penanam (penanam guna kuku kambing). Aku baling macam torpedo, kadang2 siap dengan bunyinya sekali... bunyi mulut.

tetapi balingan padi perlu ada skill. jarak setiap benih perlu diselia agar ngam-ngam bila penanam dah kehabisan benih di tangan, dia hanya perlu berpaling ke belakang dan capai benih seterusnya. Kalau penanam terpaksa menapak beberapa langkah untuk ambil benih tambahan, itu sudah dikira gagal dalam balingan.

kakang pernah tak?

kasihibu said...

selamat hari guru buat pesara pendidik juga
walau pun telah bersara jasa seorang pendidik tetap akan terus di kenang dan di sebut

semoga menempuhi hari hari yang lebih baik dan bahagia di samping keluarga

kasihibu said...

bagus ada aktiviti macam ni, berkumpul dan saling bekerja sama.

Kakzakie said...

GORO kalau melibatkan semua ahli memang seronok tambahan pula ada org yg 'pakar' turut campurtangan pasti indah dan cantik jadinya...

Kenapa tak ada majlis kutip sampah hingga di longgok tepi jalan gitu cikgu? Memang sakit matalah...

sudipVSsenduk said...

Salam sejahtera.

betul kata pepatah melayu, "Hidup Sepakat Membawa Berkat".

Selamat Hari Guru, Cikgu, Sir, Teacher... walau apapun panggilannya, mereka inilah yg telah mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan. Terima kasih Cikgu.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Sesetengah pihak memang suka GORO, sebab kerja dia, orang ikut tanggung! Malangnya semasa gerakgempur GORO, tiada tumbuhan yang boleh diklasifikasi sebagai POTUTI. ROTUTI ada juga di kalangan rumput yang dizinkan. Nampaknya semua rumput dimesin juga oleh pihak berwajib esoknya. Wah, wah, kawasan kelihatan kemas. Tapi, pesimistik juga....senyum simpul mungkin hanya sekejap saja.

Temuk said...

PAK IDRUS
Thank you for dropping by and for your comment. Muafakat membawa berkat, too. Insya-Allah. Sorry that the pictures are not that sharp, as I took them using my handphone. You have a nice day too, Pak Idrus.

Temuk said...

AKU
Salam. Seronok cerita dan kepakaran membaling benih tu. Kakang ni tak ada pengalaman langsung berpadi-padian. Cuma tahu urip kebonan kelopo. Bagusnya dulu-dulu, menanam padi pun bergotong royong. Tapi kita terpaksa juga menerima hakikat kita semua sudah banyak dan terpaksa berubah. Maka ada tradisi yang tak dapat diturun-temurunkan kerana boleh menjadikan hidup kurang efisien. Walaupun begitu nilai-nilai murni yang ada amat wajar kita dukung terus, kerana tidak ada nilai murni yang rasanya boleh mengekang efisiensi.

Temuk said...

KASIHIBU
Ya, semoga semua guru di seluruh tanahair telah menyambut hari guru tahun ini dengan gembira dan bersyukur akan segala nikmat yang Allah beri. Jasa para guru memang tidak ternilai!

Aktiviti GORO memang baik. Masa itulah juga kita berpeluang untuk berjumpa jiran-jiran, termasuk yang di sebelah rumah, sambil membersihkan persekitaran.

Temuk said...

KAKZAKIE
BerGORO menjadikan kita lebih endahkan jiran-jiran, juga persekitaran fizikal kita. Yang kita endahkan, kita indahkan.

Cerita Majlis tak kutip sampah laman di kawasan kami kurang pula saya ketahui sebabnya. Dengar cerita angin lalu.... kontraktor yang ada telah diberhentikan, sedangkan yang baru entah bila nak diperolehi. Akibatnya, komuniti hidup bersampah-sampahan. Mata terjolok dek banyaknya longgokan. Tetapi Majlis tetap mengutip cukai daripada kita setiap tahun.....

Temuk said...

sudipVSsenduk
Salam sejahtera, sVSs. Setuju, ada kesepakatan adalah keberkatan. Insya-Allah.

Sama-sama kita ucapkan selamat menyambut hari guru kepada para guru se Malaysia. Jasa para guru tetap dikenang, tetap disanjung sepanjang waktu.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Aktiviti GORO sepatutnya diadakan sekerap mungkin, untuk manfaat penduduk setempat juga. Selain memupuk semangat saling membantu dan kerjasama, nilai murni seperti hidup bersama secara aman dan toleransi juga dapat diwujudkan. Lebih membanggakan kerana sebenarnya ada amalan berdikari di situ, di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk.
Di kesempatan keemasan ini, Amie rasa belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru buat Ayah.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu,

Alhamdulillah dah selesai secara aman kumpulan berbaju merah.

Semoga ianya berjalan dengan selepas ini tak perlulah tunggu bergotong royong baru nak dipecahkan royong.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Sebelum2 ni ada tak masalah mcm ni kat sana?
Bagus juga ada Goro tu dn sambutannya utk Goro ni sgt baik. Masih ada sfat tlg menolong yg ketika semakin luput di kalangan kita.

Al-Manar said...

Bertuahnya kalau ada msyarakat yang bolen bekerjasama dengan campur tangan pihak berkuasa. Bukan diseleruh negara keadaan ini dapat dinikmati.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam. Semoga Amie telah rayakan dan raikan Hari Guru dengan gembiranya di sekolah. Ada dapat hadiah apa-apa dari siapa-siapa? Yang pasti, tentu dapat hadiah puas hati bekerja demi anak bangsa. Dan semuanya, demi Allah. Alhamdulillah, GORO memang boleh menghebatkan hubungan di kalangan sesama penduduk setempat serta semangat bekerja secara sukarela.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam sejahtera. Alhamdulillah. Semenjak tinggal di kawasan ini selama hampir 35 tahun itulah kali pertama saya merasa GORO, bersihkan persekitaran. Para pemakai baju merah memang garang memburu sampah! Bila pemerintah negeri tak ada masalah dengan kontraktor mengangkut sampah, tak ada lagilah peluang kita berGORO macam tu.

Temuk said...

ADRY
Wassalamualaikum. Sebelum ni rasanya belum pernah ada masalah penganguktan sampah macam tu di sini. Ada sekejap wujud masalah pengangkutan buangan dapur. Itu sudah beres. Bila sampah menggunung, penduduk kenalah bantu pihak yang bertanggungjawab dan beri kerjasama, contohnya melalui GORO. Cuma, kalau kerap, susahlah sikit, sebab maknanya cukai kena bayar, kerja GORO pun kena buat!

Temuk said...

AL-MANAR
Bagus apabila komuniti setempat hulurkan tangan, untuk membantu. Kita tak suka campur tangan hal pentadbiran mereka. Cuma kalau ada masalah, pastilah pentadbiran mereka bermasalah. Campur tangan dari segi memberi idea, sepatutnya, pihak berkuasa galakkan. Ini boleh mendedahkan mereka kepada kelemahan terpendam mereka selama ini.

LadyBird said...

meriahnye nampak.. mesti seronok kan aktiviti gotong royong.. lady x pernah rasa.. kalau gotong royong rewang je lah yg lady selalu rs.. tu pun x sepenuhnya..

Temuk said...

LADYBIRD
Meriah dan juga meriuh! Bila berkumpul adalah usik mengusik dan jenakanya. Kerana itulah jadi riuh. Kalau dapat rewang, kira bergotong royonglah tu, LadyBird. Tentu meriah juga. Teringat hal rewang nak buat kenduri di kampung 30, 40 tahun dulu. Yang rewang kupas bawang pun berpuluh orangnya, bawangnya entah cuma berapa kati saja... tapi "berkumpul" dan "berceloteh" masa itulah yang menyeronokkan.

sarah maria izuma said...

seronok saya membaca blog NUKILAN..;-)

Temuk said...

SARAH
Semoga Sarah dan famili prokreasinya sihat sejahtera.

NUKILAN cuma 0.005 kr saja. Tak sama dengan INSTITUSI SOSIAL (4.0+0 kr) tu, yang jadikan pengikutnya lenguh dan ngantuk, hehehe. Bila Cikgu Linda nak belanja ni?

sarah maria izuma said...

haha..saye x penah ngantuk la time belajo IS tu..kalo ngntuk, mane ble nk dpt A..linda?ntah la,dah jauh..memasing dah bz dgn life sendiri..;-(

ckLah @xiiinam said...

Orang Sungai Manila panggil 'RO-AN'.
(gotong royong tu lah....)

insan_marhaen said...

kat kelantan boleh goro untuk sumbang buat lebuhraya, kat sini takat goro buang semak dan sampah tentunya no hal.

budaya goro patut disemarakkan semula.

Mak Wardah said...

Salam. cikgu ni aktiviti sihat untuk masyarakat sekarang. Contoh kpd yang lain.

Temuk said...

ckLah
Dari manalah agaknya datang istilah RO-AN tu, ye? Kalau Rewang-rewangan, patut diistilahkan RE-AN. Kalau tak silap Paman, di sebelah Bg Datoh ada juga yang menggunakan istilah ROK-ROK-AN, macam nak merujuk kepada aktiviti menyanyi rock beramai-ramai pula....

Temuk said...

IM
Hebat kawan-kawan sebelah sana tu, ye? Memang ada mendengar orang kampung bergoro membaiki jalan kampung. Tapi bergoro untuk lebuhraya, inilah kali pertama saya mendengarnya. Apa pun, kalau hati mahu + hati suka, semuanya jadi belaka.

Temuk said...

MAK WARDAH
Wa'alaikumussalam. Memang ada manfaatnya aktiviti bergotong royong sedemikian rupa. Manfaat yang agak jelas di kawasan kami, dua minggu selepas aktiviti itu, mula datang balik lori Bandaran..... Bandaran berasa malu, barangkali, hehehe.

khairul onggon said...

Hidup bermasyarakat memang sangat penting.. juga cara kita berbincang atau berkomunikasi.. jgn ikut hati nanti mati (nape mati?) hehe..

ujang kutik said...

Sdr Temuk,

Saya teringat akan 'GORO' mengawal keselamatan kawasan perumahan di kalangan penduduk yang popular suatu ketika dulu.Namun demikian, aktiviti GORO tersebut tidak dapat diteruskan.Penduduk terpaksa mengupah pengawal keselamatan swasta. Kini kita lihat sesetengah kawasan perumahan seperti sebuah penjara - dipagar & ada pondok pengawal.

Agaknya,mungkin akan sampai ketikanya (minta dijauhkan)penduduk juga terpaksa GORO menjaga kawasan masing-masing membantu pengawal yang diupah kerana pengawal tidak dapat lagi mengekang jenayah di kawasan perumahan yang dijaga.

Temuk said...

KHAIRUL
Keperluan hidup bermasyarakat dan cara berbincang atau berkomunikasi... dua-dua penting. Wa Temuk setuju.

Ikut hati, mati. Yang Wa Temuk tahu, sebab hati selalu mahu yang "maksimum" dalam apa juga hal, sedangkan tubuh badan tak mampu melakukan apa yang sepatutnya untuk mencapai yang maksimum itu. Maka ia mati.

Temuk said...

UJANG KUTIK
Terima kasih di atas kesudian berkunjung ke blog saya.

Kisah GORO menjaga keselamatan bersama itu mengingatkan saya kepada zaman Rukun Tetangga dulu. Kumpulan RT kami di Bangsar KL terdiri daripada pelbagai suku kaum. Menyeronokkan. Di kawasan saya sekarang pernah diwujudkan GORO seperti itu, tetapi fungsinya lebih kepada memantau para pengawal (Jaga), sebab mereka pandai ponteng! Lama kelamaan, pasukan GORO kami menjadi semakin lemah. Ahli beranggapan, kalau kita bayar "Jaga" untuk menjaga kawasan kita, mengapa kita pula kena jadi penjaga yang menjaga "Jaga"? Ada yang setuju, ada yang tidak, dengan pandangan demikian.