Thursday, June 14, 2012

MENIKMATI DUDIDU

Pengalaman menikmati DUDIDU pertamaku tempoh hari, dengan 2 orang 
teman lain. DUDIDU di Lenggeng. Milik jiranku.


Jom tontoni gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan tempoh hari.

"Berlega" hati. Dengan PENDU. Memang amat lega hati, dengan persekitaran sedemikian rupa!
"Bergaya" dengan kerabat pemilik DUDIDU (dia berbaju hitam), dan geng pengunjung.
Seorang lagi geng pengunjung DUDIDU. Katanya, dia nak "eksyen", sebab dapat  pengalaman kali pertama memegang benda yang baru "buk!" ke tanah.
Si PENDU memperagakan raga besar. Dia boleh tutup mata (tapi buka hidung), dan tahu di mana terbaringnya "benda" yang mahu dikutip!  
Jari jemari yang halus-kurus atau yang tak biasa, takkan mampu menandingi jari-jemari si PENDU
Budi (dah lama dulu) disemai, hasil (kini) dituai
Antara hasil zahir menikmati DUDIDU, tentulah senyuman!
Pastilah ada "lain-lain" hasil.
Dan, "lain-lain" hasil lagi!

Terima kasih Tuan Jiran. Terima kasih daun keladi
Dah sapu bersih dah kami. Tapi kan akur, kut diajak lagi.

Itulah sikit cerita, setelah dah agak lama bertapa. 



 Anda budiman yang sudi beri reaksi, agaknya,  
PENDU dan DUDIDU, apalah maksudnya. 
Untuk seronok-seronok saja. Ada tanda hati kecil
(harap sudi menerimanya), jika bertepatan agakan 
anda itu dengan yang Temuk maksudkan.



45 comments:

KhaiRin : anies said...

pppeeeeerrrghhhh melelh sy tgk durian tuuuuuu

Nizam.Ariff said...

durian kunyit..?!

huh... leleh dibuatnya....

al-lavendari said...

saya cuba ..

PENDU = PENJAGA DUSUN.

DUDIDU = DURIAN DI DUSUN.

kakcik said...

Ya Allah, terujanya saya tengok durian tu. Kalau dekat, mahu saya mengendeng. :)

kasihibu said...

hebatlah pakngah
sya baru sempat nak jawab,bila klik komen, tengok dah ada jawapan dari pak ngah

seronok menikmati durian di dusun lain dari menikmati durian di tepi jalan kan pakcik?

kasihibu said...

hebatlah pakngah
sya baru sempat nak jawab,bila klik komen, tengok dah ada jawapan dari pak ngah

seronok menikmati durian di dusun lain dari menikmati durian di tepi jalan kan pakcik?

Kakzakie said...

Pendu - Pengutip Durian
Dudidu - Durian di dusun

Kakak pun puas juga makan cikgu tapi tahun ini lebih banyak beli dari dusun sebab kena kongsi dgn monyet yg dtg - siap berkumpulan lagi dia dtg ke dusun aruah mak mertua kakak... dah tak ada org jaga.

zul permatang badak said...

huh seronok kalau ada kebun sendiri, durian segar tu......isinya nampak molek je.......

Temuk said...

KhaiRin:anies
Saya pun suka tengok durian. Walaupun semua berduri, lain2 zahirnya, lain2 dalamnya.Tapi sebenarnya tekak bukan jenis "rugged". Kena 3,4 ulas dah batuk-batuk.

Temuk said...

NIZAM ARIFF
Macam juga bunga, nama satu-satu jenis durian itu boleh jadi macam-macam, mengikut tempat. Yang seronok tu, satu nama tapi lain-lain rupanya. Yang Nizam kata "kunyit" tu, kata sesetengah orang = jenis yang kuning cair warna isinya. Yang pasti, belum pernah terjumpa durian kunyit itu = jenis yang rasanya macam kunyit. Ceria selalu!

Hjh Noralenna Abbas said...

Tak pakai topi keledar ke sebagai keselamatan? Malang tak berbau macam buah durian. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang elok untuk menikmati buah durian.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Hehehe, tahniah! Dua-dua singkatan telah diberi maksud sebenar dengan tepat sekali. Orang NS (negeri yg juga banyak muriannya) memanglah sangat kenal PENDU dan biasa dengan DUSUN, ya tak?

Mohon sudi menghantar alamat kpd saya di abhalin48@yahoo.com

ckLah @xiiinam said...

Begitu juga reaksi saya, sejak baca tajuk.



:-)

Temuk said...

KAKCIK
Alahai, kakcik... Malangnya saya tak ada DUDU (dusun durian). Kalau ada, mesti kakcik masuk dalam senarai jemputan bila musim buah. Jiran saya tu memang dah banyak kali menjemput, tapi baru itulah saya dapat memenuhi jemputannya (macam sombong pula saya ni!). Sebenarnya, walau tak ke dusunnya tu, saya tetap dapat habuan bila dia ke dusunnya.

Temuk said...

KASIHIBU
Hehehe, mengapa tak jawab juga? Pasal yakin sangat jawapan Pak Ngah al-lavendari tu betul, ya? Pak Ngah tu pun suka beri kuiz, dan pandai menangani kuiz!

Betul kata kasihibu. Durian di dusun memang jauh lebih baik daripada yang di tepi jalan. Buahnya lebih segar. Di dusun, pilihan juga lebih banyak. Boleh rasa baaaanyak macam.... apa lagi bila cajnya sifar!

Temuk said...

PARA PEMBACA BUDIMAN

Tahniah kepada AL-LAVENDARI yang dengan tepat telah memberi maksud sebenar singkatan PENDU (Penjaga Dusun) dan DUDIDU (Durian Di Dusun).

Walau apa pun, diharap reaksi seterusnya akan tetap datang mengisi ruang komen Temuk tu. Terima kasih kepada semua, termasuk yang telah cuba meneka.

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Semua dah berjawab. Tahniah pada pemenang. 1 soalan dari dekni harap sudilah menjawabnya.., Temuk nama yang sangat unik. cer citer..ke dekni tertinggal.

AZNI BINTI MAT ISA said...

...bersambung...lupa nak beritau, ada tajuk khas untuk Pak Temuk di blog dekni

:-)

Temuk said...

KAKZAKIE
Terima kasih sangat-sangat, kakzakie, kerana sudi sama-sama meneka. Tak mengapalah kurang bernasib baik kali ni. Yang seronoknya cerita kakzakie puas makan durian tahun ni, hehehe, walaupun duriannya banyak yang dibeli daripada dusun orang! Memang kesihan nasib dusun yang ditinggalkan. Jadi padang mainan monyet pula! Ada rakan saya yang menjual dusunnya yang dia sendiri takut untuk menjaganya kerana bila tiba musim buah, akan adalah pengunjung-pengunjung tanpa izin (monyet pula yang takutkan mereka!) yang jadi "pemilik tak rasmi" dusunnya!

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Memang seronoklah jika punyai dusun sendiri. Tumpang-tumpang jiran punya pun dah seronok, walaupun sekejap. Pada hari itu entah macam mana lupa pula saya rakamkan macam-macam rupa isi durian yang Penjaga Dusun belahkan. Jadi yang dinampakkan cuma yang berisi kuning tua tu saja. ZPB kat sana tu ada menanam durian juga, kan?

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Ye juga tu.... Malang tak berbau, macam bau (kuat!) buah durian. Memang tak ada sapa-sapa pun yang memakai topi keledar hari tu. Pasti teruklah kalau ada yang "buk!" atas kepala. Alhamdulillah tiada yang mengalami apa-apa yang buruk. Sudah balikkah dari melancong tu, hjh?

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Hehehe, ckLah orang Bahasa, lagi cepat boleh meneka. Cuma, terlewat mengetip jawapannya. Walau apa pun, terima kasih.

Mungkinkah ada penghuni Sg Manila yang menyelit-nyelitkan pokok durian di celah-celah barisan kelapa sawit mereka?

ckLah @xiiinam said...

Embah Lanang Nuha buat macam tu. Ada 7 pokok untuk anak cucu. Hehe

Temuk said...

AZNI BT MAT ISA
Wa'alaikumussalam, Dekni. Saya amat berterima kasih (dalam tersipu-sipu) di atas entri khusus untuk saya itu. Sebenarnya saya sudah membacanya dan terfikir untuk memberi reaksi setelah membaca "sambungannya". Walau apa pun, "prosa yang puitis" mengenai satu perjalanan itu memang indah, menyeronokkan dan membuka mata hati untuk melihat banyaknya rupa "perjalanan" kita semasa hidup ini. Terima kasih, Dekni.

Saya pernah "berjanji", apabila saya menulis mengenai kampung tumpah darah saya, maka akan berakhirlah hayat "blog biasa, cerita biasa, gambar biasa" saya. (Sepatutnya ini telah lama saya lakukan). Bila itu berlaku nanti, Dekni mungkin akan tahu tiadalah apa-apa keunikan pada nama TEMUK. Mungkin sedikit dapat merasai keramatnya makna Temuk itu dalam hidup saya.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Yakah? Paman serkap jarang saja, rupa-rupanya ada betul! Embah Lanang memang prihatin. Ingatkan anak-cucunya. Tabik kepada Embah Lanang. Paman doakan 7 pokok itu (entah-entah klon D7 yang spesial tu?) subur hebat dan berbuah lebat.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Cantiknya kawasan dusun jiran cikgu ni. Siap ada kolam lagi. Damai kalau berada kat situ kan. Durian jenis apa yg tgh luruh tu? Saya lbh suka isi durian kampung sbb tidak terlalu tebal. Banyak jenis durian yg isinya berwarna kuning tapi hanya ada satu saja jenis kunyit. Kat kampung lama saya ada sepokok durian kunyit tp saya sendiri jarang dpt mkn buahnya sbb skrg merntau di negeri org.

PakMail said...

Temuk,

Tuan, saya pernah menjadi PENDU/PENCEM ketika saya masih lagi di awal usia belasan tahun. Pokok DU itu tidaklah banyak hanya 2 batang sahaja. Tetapi pokok CEM itu banyak. Lebih kurang ada 50 batang semuanya....

CEM itu tentu tuan tahu. Cempedak lah....

hihihiiiii....

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
ingatkan PENDU tu Pengutip Durian, rupanya Penjaga Dusun... iye tak iye juga ye... yang jaga dusunlah yang kutip durian, jarang pula kedengaran adanya tugas mengutip durian he he hehh
Di tempat kami belum musim durian lagi, masa ke KK minggu lepas jumpa durian tepi jalan tapi harganya RM15 sekilo! Cium bau sajalah... Encik Suami ada 11 pokok durian, lama tak dijengok entah berbuah entahkan tidak... entah-entah macam tahu sebelumnya, habis kena makan monyet & tupai ...

Temuk said...

ADRY@DAUN
Waalaikumussalam, Adry. Dusun jiran itu boleh saya katakan dusun yang paling bersih yang pernah saya lihat. Setiap ruang, dari bawah sampai ke atas bukit (yang mengandungi teres-teres) ditebas dengan rapi. Kolamnya (dipenuhi macam-macam ikan) juga cantik, cuma airnya sahaja ada yang agak kehijauan kerana sangat sedikit air bukit yang turun ke dalamnya, sebab tiada hujan.

Yang menjaga dusun ada menyebut macam-macam nama durian di situ spt kunyit, tapak gajah, jantung, dan musang king. Itu yang saya ingat. Kabarnya semua pokok di situ pokok cantum, tiada yang ditanam biji dari jenis kampung. Saya tak kira "jenama" apa, yang penting rasanya pahit-pahit + bijinya kecil.

Temuk said...

PakMail
Wow, cemburu juga dengar PakMail pernah menjadi PENDU, malah dengan "specialization" menjaga CEM. Sekarang ini, kalau kena dengan jenis pokok buah yang ditanam, memang boleh dapat ha$il yang menyeronokkan. GOrengan 2,3 ulas cempedak pun boleh dengan mudah menghasilkan RM0.50. Kalau ada dusun CEM, mahu saja saya menjadi penjual CEMGO!

Saya hanya berpengalaman menjaga kebun kelapa! Oh ya, PakMail, mohon panggil saya Temuk sajalah. Terima kasih, semoga ceria hari ini!

al-lavendari said...

patutnya sebagai orang lama, saya jawab last .. bagi orang muda cuba dulu. benda dah nak jadi, nak buat macam mana kan ! terima kasih tuan kerana menganjurkan peraduan ini. saya telah pun menyampaikan butiran yg diminta kepada emel tuan.

janganlah susah-susah !

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.
Wow, mahalnya durian di Sabah tu! Tunggulah "musim melambak"nya nanti. Mesti murah sikit. Ayah masih mengidam durian berisi merah dari Malaysia Timur. Entah apa nama sebenarnya.

Kumpulan "11 pokok" tu tinggal di mana, Amie? Kalau di Semenanjung, Ayah boleh juga intai-intai + kutipkan buahnya, hehehe. Memang kalau lama tak dijenguk, tentulah kebun jadi ruang riadah monyet dan tupai. Dan, si monyet dengan si tupai ni amat suka berkongsi hasil.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Terima kasih hantar butiran. Tak ada dalam syarat meneka, yang lama kena tunggu lama baru menjawab, hehehe. Tak susah apa-apa pun. Dan bukan apa-apa pun. Yang saya susah sikit (eh, banyak juga!), semenjak dua menjak ni, Temuk ni al-lavendari dah panggil tuan pula. Selamat berhujung minggu.

insan_marhaen said...

teringat kata-kata Mr Os;

Bila musim durian ramai saudara mara. bila musim menebas, sekor pun tak nampak muka!

LadyBird said...

salam uncle... lady inghtkan apela td dudidu... rupenye durian..

Temuk said...

IM
As-salam IM, Betul juga pemerhatian Mr Os tu, kan? Para kerabat pun pandai mengira hari, membuat jadual. Elok saja durian "buk!" ke tanah, mereka samapilah. Masa menebas mereka kata, sibuk di opis... banyak kerja.

Temuk said...

LADYBIRD
Salam bahagia dari Uncle. Sudah habis exam? "Dudidu" bukan semata-mata "durian di dusun", tapi tentunya juga bermakna "durian yang baru gugur, segar, dan mungkin masih susah untuk dibuka, sebab baru jatuh". Yang di pinggir jalan tu kira durian lamalah. Ada pengalaman mengopek durian?

SITUS ISLAM OMA SUPARTANA said...

panggil aja oma supartana walaupun orang-orang panggil ana ustadz tapi ana belum layak di panggil ustadz panggil aja oma supartana. semoga blog ana bermanfaat bagi seluruh kaum muslimin

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

PENDU - Pentingnya Duit.
DUDIDU - Duit Dibeli Durian....

hehe...maaf 'memperkayakan' perbendahraan kata....saya dah terlepas bas.....jalan kakila jawabnya. Tak kisahla...janji sampai, biar lambat asalkan jangan berhenti.

Kunang-Kunang said...

Salam cikgu Temuk,

Bestnya durian. Saya ni tak berapa nak berani makan durian sebab dah ada penyakit menunggu, tapi bila dah teringin sangat, makan juga.

Al-Manar said...

Kalau sampah sarat tidak diangkut oleh pihak yang berkenaan

PENDUduk kampong lah yang DUDuk menghIDU bau.

Alhamdulillah lima belas biji benih mula mengeluar 3-5 helai daun. Kepasarlah nanti kami menmgangkut hasil untuk dijual! Terima kasih tak terkira.

Temuk said...

USTADZ OMA SUPARTANA
Terima kasih mampir ke sini. Ya, yang menilai kemampuan kita kan juga orang lain. Pastinya mereka selesa dengan panggilan title itu untuk anta. Saya yakin mereka ikhlas, kok. Insya-Allah blog anta kan bisa terusan memanfaati khususnya para muslimin & muslimat kita. Sampai ketemu lagi.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu. Tak mengapa ketinggalan bas. Yang penting, ikut pergi dan sampai. "PENDU - Pentingnya Duit, DUDIDU - Duit Dibeli Durian...." Betul juga tu. Begitu penting duit tu sehingga durian membelinya! Deghoyan sebelah Peghak masa ni penuh tepi jalan, ya Cikgu?

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Sebenarnya saya pun lebihkurang macam tu juga, KK. Kalau dikirakan, memang tak payahlah ke dusun. Eksyen saja lebih. Kena 3,4 ulas pun selalunya dah serak-serak kering tekak dibuatnya! Tapi, sebab nak menghormati jemputan jiran + seronok-seronok dengan geng + mahukan pengalaman sebenar, saya pun pergilah. Seronok & menarik.

Temuk said...

AL-MANAR
"PENDUduk kampong lah yang DUDuk menghIDU bau" - tentunya ini "pengolahan cerita" dengan menggunakan singkatan PENDU dan DUDIDU yang menarik, berkaitan dengan kegagalan pihak berwajib menguruskan sampah sarap. Kalau dikaitkan dengan kisah dusun, bolehlah kita sambung cerita durian sebenarnya turut marah kepada pihak berwajib sebab aroma sampah sarap boleh membenam aromanya.