Tuesday, June 19, 2012

SELASIH SAYANGKU

Cuaca panas!

Baik aku pergi menuai bunga selasih sayangku. Di belakang rumah. Saja
seronok-seronok. Nak gunakan bijinya untuk turunkan suhu badan.


Pemprosesan...... guna jari jemari saja bagi mengeluarkan biji
selasih daripada bunga-bunganya yang sudah mengering.
 

Selepas itu, rendam saja biji-biji selasih dalam air bersih.
Nampak sikit, ya? Cukuplah untuk penuai seorang!

 
Selasih kembang pantang dimanisi. Timbul sendiri
bersesak-sesak. Penuai tak gemar ketulan ais. Tanpanya, yang
dalam gelas ni, jadi nampak kurang mengancam!

 
Ku tumpangkan dalam entri selasih sayangku ini, kat bawah,
foto ayu si kelapa muda yang bersirap juga. Yang ku sediakan
sendiri + nikmati, semasa di kampung hujung minggu lalu.

 Musim panas begini. Cerita apa yang menarik hati?
Kalau tidak cerita air, dan air, dan air lagi!




46 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum teacher Temuk,
Teringat zaman kanak-kanak. Tiap kali menjelang bulan Ramadan,.ini ialah minuman wajib yang mak dan arwah sediakan di rumah kami, oh..kenangan lalu memang indah!

makchaq said...

Salam kenal
Makchaq tak tau rupanya biji selasih betul2 kita ambik dari pokok selasih...
Sayang pokok selasih makchaq dah mati.. Kala tudak boleh cuba..

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum.

Alahai, melihat gambar sirap selasih itu teringat keinginan saya yang belum terlunas.

al-lavendari said...

kenapa saya rasa macam masuk salah rumah ?

ini pertama kali saya tengok pokok selasih. ingatkan pokoknya besar macam pokok meranti !

nasib baik saya masuk sini waktu pagi, belum dahaga lagi..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tengokkan selasih dalam sirap tu....macam buah naga pulak rasanya.

Sayang selasih direndam renggang,
Rendam secupak jadi segantang,
Rasa kasih bertambah sayang,
Ayu tampak, dahaga pun hilang.

Nizam.Ariff said...

Salam Kang Temuk,
daun selasih pun sedap juga kalau dibuat teh, kan?

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk,
Saya juga ada tanam pokok selasih. Ada yang pandai masak kata, kalau masak bayam tumis air, masukkan beberapa daun selasih, sedap masakan kita. Tapi saya belum cuba lagi. Terima kasih Temuk kerana mengajar saya bagaimana mendapat biji selasih daripada bunga selasih. Sebelum ini saya tertanya-tanya juga. Hmmmm sedaaaaapnya si air kelapa ayu!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Masa kecil2 dulu, kami panggil biji selasih yang dalam sirap tu telur katak..hehe.. Selasih ni ada dua jenis utama iaitu selasih dan kemangi. Pucuk selasih tak dimakan sebagai ulam krn sdkt pahit. Pucuk kemangi(yg sering disebut selasih) dimakan sbg ulaman. Sedap krn ia mempunyai bau dan baik utk kesihatan kita.

Temuk said...

Wa'alaikumusalam Deni
Minuman "wajib" nampaknya sudah jadi tak wajib hari ini. Tapi kita boleh meneruskan kebiasaan arwah orang tua kita tu. Di Pasar Ramadhan kawasan kami, biasanya tetap ada yang menjual sirap berselasih. Para cucu Pak Temuk tiada seorang pun yang berani meminumnya.

Temuk said...

Maaf, silap eja nama Dekni.

Temuk said...

Salam makchaq
Terima kasih sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni. Saya tak pandai hal-hal pokok, tapi saya menyukainya. Setahu saya ada beberapa jenis selasih. Jenis yang bijinya saya ambil tu saya dah lupa namanya, sebab dah hilang paket asalnya. Pada kulit paket itu ada dicatatkan namanya. Daunnya saya gunakan juga untuk bahan dalam salad segar. Lain kali makchaq ke pasaraya, bolehlah cari beijibenih selasih dan semai. Ketemu lagi!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam kakcik
Ada niat nak mencarinya tapi belum ketemu ke, kakcik? Bila ke pasaraya kakcik bolehlah cari bijibenih selasih tu. Rendam separuh untuk sirap, semai barang 10 biji untuk dijadikan benih. Kalau tak jumpa, nampaknya kena tunggu musim pasar Ramadhanlah, kacik.

Temuk said...

al-lavendari, kalau ada cerita pokok, adalah kemungkinan itu cerita dari rumah saya. Baguslah saya paparkan gambar pokok selasih tu, dapat al-lavendari tengok. Yang disangkakan sebesar pokok meranti tu terfikirkan pokok meranti sayur atau pokok meranti yang dibalak? Di kampung dulu saya pernah lihat pokok meranti setinggi 1 meter. Di pasaraya, biasa dijual 2,3 jenis daun selasih untuk ulam (herba). Bolehlah cuba daunnya pula kalau pun sudah pernah menikmati bijinya dalam sirap.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Cikgu humairi
Tajam pemerhatian Cikgu tu. Betullah tu, buah yang isinya ber"selasih" tentulah buah naga. Mujur selasih tu tak kembang, ya Cikgu.

Rendam secupak jadi segantang
Kelihatan sebuku bagai tak lerai
Ayu tampak dahaga pun hilang
Berpanjangan rindu, acaplah intai!

Temuk said...

Salam Nizam.Ariff
Didoakan "Jiwa-Jiwa Yang Parah" mendapat sambutan hebat. Insya-Allah.

Saya pernah terfikir untuk memasukkan daun selasih ke dalam air teh panas. Macam daun pudina. Tapi belum kesampaian. Kalau mahu dijadikan daun selasih itu sebagai "teh"nya 100%, mungkin boleh juga. Cuma, tak tahulah bagaimana rasanya.

Temuk said...

Hjh Noralenna
Baguslah ada selasih di rumah. Tahu namanya? Ada cuba daun mudanya sebagai campuran dalam salad segar? Insya-Allah, nanti bolehlah dicuba masakan bayam tumis air berdaun selasih. Dan masukkan dalam blog untuk orang lain kongsi.

Kelapa ayu tu sepatutnya kelapa pandan. Bila sudah berbuah (berbelas-belas biji setandan), tak jadi pandan pula. Tak wangi macam pandan. Mungkin penjual benih cerita tak tepat, atau si pokok tukar klon bila ditanam di tempat lain!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ADRY
Oh, saya fikir semua selasih boleh digunakan daunnya sebagai ulam. Saya anggap semuanya serupa sebab dalam bahasa Inggeris, rasanya, semua dipanggil "basil". Jenis yang saya ambil bijinya untuk sirap tu mungkinkah sebenarnya bukan "selasih" tapi "kemangi"? Daunnya memang kerap saya ricih halus sebagai bahan campuran dalam salad segar. Lupa pula namanya sebab paket asalnya sudah hilang. Terima kasih sangat-sangat di atas maklumat yang berguna daripada Adry itu.

Adry@Daun said...

Basil dlm bahasa Inggeris tu mmg spesis selasih tapi ia bkn daripada spesis sama yg kita tanam. Daunnya lbh tebal dan tidak berbau kuat sepertimana selasih dan kemangi. Semua disebut selasih kerana mereka dlm spesis yg sama biarpun ada perbezaan antara ketiga-tiganya.

Temuk said...

Terima kasih beri maklumat tambahan itu, ADRY.

Saya cukup suka melihat "basil" yang dijual sebagai herba di bahagian sayur-sayuran di Jusco. Daunnya hijau tua, tebal, dan besar. Pada paketnya ditulis dari Cameron Highland. Cuba tanam batangnya tak menjadi, sekalipun telah dibubuh "rooting powder".

Nizam.Ariff said...

Salam Kang Temuk,
"jiwa=jiwa yang parah" bukan dijual, ianya dihadiahkan kepada yang memesannya.

Emak mertua pernah memasukkan daun selasih segar ke dalam tehnya dan rasanya memang betul, macam pudina sedikit. Tapi mak mertua kata selasih ada banyak jenis. tak taulah pulak kalau terkena daun yang pahit... hahaha

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Bila baca tajuk Selasihku Sayang teringat senikata lagu yang cukup popular suatu waktu dahulu, tapi yang Amie ingat sudah tentulah: Kutinggal kekasih, kutinggalkan di kampung halaman....
Dan satu lagi, biji selasih yang direndam itu turut mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak, minum sirap merah bercampur biji selasih yang kami, panggil telur katak!

Amie pun ingin kongsi info tentang spesies 'basil' ini. Di tempat kami dipanggil 'kemangi' dan terkenal dalam kalangan orang Bugis yang suka masak sayur bening, misalnya sayur kacang panjang dibubuh sedikit daun kemangi untuk timbulkan aroma, dan juga dicampur dalam sambal tomato (pembantu rumah kami - dari Sulawesi selalu buat sambal begini). Menurut seorang rakan blogger masakan, ada beza kemangi dengan selasih. Katanya daun selasih mempunyai bau yang lebih kuat dari daun kemangi, dan di hujung atau pucuk selasih daun mudanya berwarna ungu sedikit.
.... tak dapat dilupakan makan nasi ayam penyet di Tawau, supnya dicampur daun kemangi, aromanya berbeza dengan daun sup, dan Amie terus menggemarinya sehingga kini.

Amie said...

Satu lagi Ayah,
cuaca yang panas membahang sekarang ini menyebabkan Amie seringkali merenih sup berasaskan biji teratai, kerana ia dipercayai boleh menyejukkan panas badan. Kadang-kadang Amie masak biji teratai campur beras barli dan bubuh sedikit gula batu. kalu rajin ke pasar, kami beli halwa kundur gula merah dan masak bersama longan kering, juga untuk tujuan sejukkan badan. (Ini petua orang Cina)...alamak, tiba-tiba berkumandang lagu Selasihku Sayang di Radio Klasik Nasional. Kebetulan...

Temuk said...

Salam
Kakang tunggu ringkasan cerita dari ckLah. Antara novel-novel terakhir kakang baca termasuk SALENA, Keluarga, Subuh, dan Sungai Mengalir Lesu. Bayangkan, zaman bila!

Yang pahit mungkin selasih, yang tak pahit mungkin kemangi, sepertimana yang diterangkan oleh pemblog adry@daun, dan juga Amie.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, Amie
Info Amie dan rakan blogger adry@daun memahamkan Ayah beza selasih dengan kemangi. Nampaknya yang dijadikan ulam itu kemangi, dan kemangi jugalah yang biasa dijadikan bahan dalam sayur-sayuran. Ayah jangka "basil" yang dijual di pasaraya mestilah kemangi. Nanti kalau terjumpa lagi, Ayah akan beli dan buat sup berkemangi atau sayur bening berkemangi. Kena cuba, selama ni tak tahu. Resepi "minuman-minuman menyejukkan" Amie itu juga menarik. Ayah tak pernah buat sendiri. Mesti cuba.... bila tak ada orang di dapur....

Kakzakie Purvit said...

Kakak sukaaaa teramat dgn biji selasih. Kakak selalu nampak pokok ini dan tahu ia pokok selasih tapi tak tahu langsung bijinya inilah yg kakak suka minum bila masuk dalam air sirap... masya-allah betapa jahilnya kalau kakak tak baca N3 cikgu ni sampai bila-bila kakak tak tahu walau pokok tu dekat belakang rumah arwah mak mertua kakak ada. Kami selalu guna daunnya aje...

Ismail aka Pak Mail said...

Temuk,

Sebenarnya saya merasai agak janggal memanggil tuan dengan panggilan Temuk sahaja memandangkan tuan lebih tua dari saya. Oleh itu izinkan saya panggil tuan dengan panggilan Cikgu ya.

Cikgu,

Agak pelik juga saya ini. Kalau saya minum air sirap bercampur biji selasih. Biji selasih ini saya ketepikan. Minum airnya sahaja. Sudah terbiasa dari kecil lagi...

Unknown said...

saya terfikir yang dibalak.

Unknown said...

assalamualaikum.

Alhamdulillah saya telah pun menerima dua buah buku beserta sekeping kad bertulisan tangan yang cantik. terima kasih banyak atas hadiah yang sangat saya hargai kerana ia bersesuaian dengan peringkat umur dan minat di samping ia juga belum ada dalam simpanan saya lagi.

Unknown said...

oh ya lupa nak cakap .. sebenarnya saya telah beberapa kali cuba untuk menyampaikan berita ini melalui e-mel tapi gagal. jadi saya beritahu di sini sahajalah.

Temuk said...

Selama ini agaknya kakzakie sangka biji selasih tu dari pokok apalah, ye? Cerita saya pun bukan selalunya tepat atau lengkap, kakzakie (sebab saya bukan belajar pertanian, cuma suka hal-hal pertanian). Mujur ada rakan blogger adry@daun yang biasa memperbetulkan atau melengkapkan informasi saya, dan saya amat berterima kasih kepadanya. Bila ke pasaraya nanti, kakzakie carilah biji selasih (di bahagian gardening) dan semai. Tentu seronok lebih bila dapat menikmati air selasih yang ditanam sendiri nanti.

Temuk said...

Saya tak merasakan apa-apa kejanggalan, PakMail. Tiada masalah, panggillah apa sahaja. Tersenyum sendiri saya dengan kebiasaan PakMail itu kerana, bagi saya, mengenepikan selasih dari sirapnya tentulah susah sikit. Tapi, barangkali sebab sudah terbiasa dari kecil, "tugas" itu jadi "no problem" bagi PakMail. Sesetengah orang kata selasih itu tiada rasa apa-apa, maka mudah saja mereka meneguknya.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, al-lavendari
Terima kasih kembali di atas kesudian menerima hadiah kecil itu. Segan pula saya. Walaupun begitu, semoga ada manfaatnya. Berbanyak-banyak maaf kerana al-lavendari tidak dapat berhubung dengan saya melalui emel. Kenapalah agaknya, ye? Tak mengapalah, tak boleh cara A, kita guna cara B. Tak ada masalah.

insan marhaen said...

baca entri ni, teringat nak add lagu selasihku sayang ke dalam music box IM. jemput dengar...

Temuk said...

Terima kasih IM. Saya memang teringatkan lagu Selasihku Sayang semasa menulis entri itu, walaupun liriknya saya ingat-ingat lupa. Nanti akan ke kotak muzik IM untuk menikmatinya.

Temuk said...

Hehehe, banyaknya selasih boleh dikutip jika pokoknya sebesar meranti yang dibalak!

sud@is said...

bestnya tanam pokok selasih , kat mana nak dpat benih pokok selasih ya dan pucuknya yg dibuat ulam tu kah?

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Dah seusia senja ni, baru saya tahu yang biji2 selasih ni betul dari pohon-pohon selasih.

Pohon selasih ni adakan sama dengan pokok kemangin (orang terengganu sebut, tak tau serupa tak sebuatannya dengan orang sebelah Lembah Klang ni.

Selamat menyambut Syaa'ban

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum Cikgu..

Tak pernah terlintas dari mana datangnya biji selasih, biasa beli je. Selalu ambil daunnya utk masakan sahaja. Tq cikgu, lepas ni confirm saya cuba.

kasihibu said...

assalamualaikum pakcik ya allah baru sya tahu pasal pokok tu...sedangkan arwah atok sya selalu guna daun masuk dlm gulai ikan sedap sangat

Al-Manar said...

Saya belum lagi semai biji selasih. Anak Okra merah sedang membesar. Mahu lihat yang ini dahulu sampai brerjaya menadapat benih sendiri. Terima kasih.

Unknown said...

assalam.....nak minta benihnya....?

inaperasan said...

thanks for sharing :)

SUNFLOWER HOMESTAY said...

Sebenarnya seng sangat nak tanam pokok selasih ni...cucuk je batgnyanya..insyaallh hidup...tertanya2 cara mengambil biji selasih ni..tq untuk info yg diberi cikgu...kn bg kering dulu ya...rupanya.

yanmaneee said...

kyrie 6 shoes
longchamp
balenciaga triple s
yeezy boost 350 v2
jordan shoes
supreme
jordan shoes
yeezy supply
yeezy shoes
off white shoes

theslo said...

additional reading best replica bags content Ysl replica bags my site best replica bags online

Unknown said...

9a replica bags replica gucci z3h93i2l48 replica bags in london replica bags philippines wholesale discover this info here z1v86e9i58 replica nappy bags 7a replica bags replica hermes bag d9b90k9k20 7a replica bags wholesale