Namaku Pauh. Nama masyhurku, Mangga.
Tuanku kata, semasa aku masih kecil, aku ditempatkan di tempatku sekarang ini untuk jadi payung. Untuk sejukkan persekitaranku.
Hidupku ada turun-naiknya.
Teringat, sedang cantik membesar, tuanku menyewa kanopi, mengendurikan anaknya. Antara yang jadi mangsa, akulah. Dahan-dahanku dipangkas si pemasang kanopi.
Aku jadi terkencat. Lama juga baru pulih.
Sukar bagi aku menggemukkan batang tubuh. Sebabnya, tanah di bawah amat-amat kaya dengan batu-batan. Ada yang begitu keras sampai sudah berkaca-kaca.
Lagi pun ramai pengganggu. Macam para penjahat di bawah ni. Pucuk-pucuk mudaku memang jadi salad yang enak bagi mereka.
Syukur aku sudah pulih sekarang. Lihat, sampai jadi mabuk daun. Tuanku kata, aku gila daun!
Kini tuanku kata, selain jadi payung, aku juga patut keluarkan hasil. Buah, buah, buah! Mesti panjang-panjang macam daunku tu, kata dia.
Pasal daunku panjang, macam belalai, tuanku pernah beri aku nama "Belalai Gajah".
Pengalaman berbuah pertamaku, beberapa biji gugur ke bumi. Jatuh dengan senyum "delima merkah", macam di bawah ni!
Tuanku berusaha bungkus buahku yang rendah-rendah ni. Insya-Allah ada harapan.
Jadi, buahku yang tak menepati KPI dipamerkan jelas-jelas dalam kepitan cabangku sendiri. Untuk seluruh alam tontoni.
Mengikut kepercayaanku, mungkin pinggan besar pada bumbung ni sebabkan buah-buahku tak come lote. Juga mudah terjun ke tanah. Juga tak banyak kuantitinya.
Tapi aku pokok. Tak sekolah pula tu. Takkan ada yang nak dengar pendapatku. Apa lagi percaya.
Pandangan pokok-pokok lain, apa lagi para penanamnya, macam manalah gerangannya?
Tuanku kata, semasa aku masih kecil, aku ditempatkan di tempatku sekarang ini untuk jadi payung. Untuk sejukkan persekitaranku.
Hidupku ada turun-naiknya.
Teringat, sedang cantik membesar, tuanku menyewa kanopi, mengendurikan anaknya. Antara yang jadi mangsa, akulah. Dahan-dahanku dipangkas si pemasang kanopi.
Aku jadi terkencat. Lama juga baru pulih.
Lagi pun ramai pengganggu. Macam para penjahat di bawah ni. Pucuk-pucuk mudaku memang jadi salad yang enak bagi mereka.
Syukur aku sudah pulih sekarang. Lihat, sampai jadi mabuk daun. Tuanku kata, aku gila daun!
Kini tuanku kata, selain jadi payung, aku juga patut keluarkan hasil. Buah, buah, buah! Mesti panjang-panjang macam daunku tu, kata dia.
Pasal daunku panjang, macam belalai, tuanku pernah beri aku nama "Belalai Gajah".
Pengalaman berbuah pertamaku, beberapa biji gugur ke bumi. Jatuh dengan senyum "delima merkah", macam di bawah ni!
Ada lagi buahku yang macam di bawah ni. Tinggi. Tuanku tak berani membungkusnya. Buah-buah ini boleh jatuh. Dengan senyuman jugalah nanti!
Tuanku berusaha bungkus buahku yang rendah-rendah ni. Insya-Allah ada harapan.
Kata tuanku, mengikut kepercayaan orang-orang tua, aku kena dimalukan sikit. Supaya akan datang nanti aku boleh berbuah elok. Juga banyak!
Tapi aku pokok. Tak sekolah pula tu. Takkan ada yang nak dengar pendapatku. Apa lagi percaya.
Pandangan pokok-pokok lain, apa lagi para penanamnya, macam manalah gerangannya?
24 comments:
Rajin Tuanku membungkusnya. Patutlah licin kulitnya tak berjerawat & berjeragat akibat sinar matahari terik dan gangguan pencemaran alam sekitar...rajin-rajinlah dikau berbuah ye wahai pauh alias mangga a.k.a mempelam.
AMIE
Ada tak petua orang Jeram untuk lebatkan buah tu, juga hebatkan kualitinya? Ayah tak pasti, di sana ada ke pokok buah-buahan? Rasanya ada terbaca orang menanam anggur di situ tak lama dulu. Amie ada pernah ke tayangkan resipi kerabu mempelam?
As salam cikgu,
Di bahagian utara semenanjung Malaysia, pauh atau mangga ini dipanggil buah pelam iaitu singkatan drp mempelam. Mangga yg cikgu tanam ni baka apa ye? Cikgu tnm guna anak pokok cantuman atau biji benih? Kalau tgk ciri pokok mcm anak drp biji benih.
Serangga penjahat yg cikgu maksudkan namanya kepinding. Org Kelantan panggil kesing. Kepinding akan menghisap cecair drp pucuk dan menyebabkan daun jadi layu dan kering. Jika tidak kering dan gugur, pucuk ini akan bertukar menjadi daun yg tak sempurna bentuknya. Herot dan senget benget..hehe..
Jadi la sikit2.. orang yang nak makan pun tak ramai..
tapi bila dah tayang ni teringin jugak makchaq nak rasa..
Semoga pokok pelam ni akan berbuah lebat nanti.. mana tau rezeki makchaq dpt la rasa..
Salam Cikgu,
Pauh aka Mangga: Beruntung tuan aku bila aku menghasilkan buah yang banyak nanti. Pak Mail itu boleh tengok aje lah....heheheheeeee
Mudah2an Allah kurniakan rezeki yang baik pada cikgu, insya'Allah.....
Assalamualaikum,
".....jangan panjat pokok tu, nanti buahnya merekah...." ...itu yang saya dengar opah saya melarang cucu perempuannya memanjat sebatang pokok mempelam suatu ketika dahulu. Mungkinkah pokok pelam Abang Temuk pernah dipanjat orang perempuan?????....makanya buahnya merekah????????....ntahla. Saja dia cakap camtu kot sebab tak manis perempuan memanjat pokok????
mengingatkan IM pada pokok pelam depan rumah. arwah abah IM yang tanam. walaupun IM tak pernah jaga tapi tetap berbuah...
sejuk tangan abah IM..
ADRY
Rasanya tak pernah saya semai biji mempelam itu. Rasanya memang dibeli di nurseri, jenis cantuman. Nama dia pun tak tahu. Pasal tu saya beri nama Belalai Gajah.
Oh barulah saya tahu nama penjahat tu. Dekat-dekat nama Chingping... hehe. Sekarang nampaknya tak ramai kepinding yang mengganggu pokok solo saya tu. TQ di atas info dari Adry.
MAKCHAQ
Betul kata makchaq. Dapat sikit pun syukur. Dapat banyak, lagilah kena lebih syukurnya. Mana tahu, doa makchaq satu hari dikabulkan Allah sehingga berbondong-bondong buahnya. Masa tu insya-Allah saya akan hubungi makchaq untuk pastikan ke alamat mana perlu saya poslajukan bungkusannya.
ADRY
Wa'alaikumussalam, dan terima kasih sekali lagi.
PAKMAIL
Salam. Si mangga kata bila hasilnya banyak, insya-Allah PakMail boleh jadi "tak tengok saja". Semoga doa PakMail dimakbulkan Allah. Walau apa pun, tuan mangga sudah cukup gembira - si mangga sudah mampu memberi payungan kepada persekitarannya daripada bahang matahari.
CIKGU AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam. Bijaksana sungguh orang tua-tua kita dahulu. Memang tak manislah pada pandangan mereka orang perempuan memanjat pokok. Lagi pun yang pandai memanjat kan orang lelaki. Jadi tok nenek kita menjangka orang perempuan lebih berkemungkinan mengalami kemalangan kalau memanjat.
Berhubung dengan si mangga saya, sepanjang ingatan, hanya saya yang pernah memanjatnya (pun setakat cabang pertama yang besar tu!). Sepatutnya buah mangga jadi tak jatuh, jadi tak merekah, kan Cikgu?
IM
Cerita IM mengingatkan saya kepada pokok-pokok mangga saudara di Kedah. Memang di kawasan Utara kita, nampaknya pokok mangga seronok hati dengan persekitaran + tanah tanihnya. Di kawasan bendang padi di Sabak Bernam, juga di kawasan kelapa Bagan Datoh, saya juga perhatikan pokok-pokok mangganya berbuah baik. Depa suka tanah liat/lumpur pastinya.
Salam Cikgu Temuk,
Lama sungguh tak singgah di Laman Saudara ni.
Besar2 saiz mangga tu nampaknya. Bila tengok pokok2 mangga ni teringat pokok2 saya satu ketika dulu. Seronok bila berbuah. Tak termakan sehingga 'open' pada jiran-jiran dan ada juga yang 'mengambil tanpa izin' terutama buah2 yang dahannya berjuntai keluar pagar.
Sayang semuanya tinggal kenangan bila tanah setoik tu saya sambung rumah sikit. Pokok mangga yang dua pohon tu terpaksa ditebang.
KUNANG-KUNANG
Salam. Tak mengapalah tu, ada juga kenangan manis pernah menanam mangga dan memberi jiran-jiran merasa hasilnya. Tentulah, kalau saya pun, sambungan rumah lebih utama daripada pokok mangga. Buah mangga boleh kita beli bila-bila di pasaraya, dan macam-macam pula jenisnya, malah ada yang dari luar negara. Ceria selalu!
Salam yer en. temok..pelbagai yg menarik diblog tuan nie..syabas..sy akan letakkan link tuan kat blog sy..folower ke 139, ms ade jemput berkunjung keblog & follow2 kalau rajin..
UMMUAIDAN
Salam. Terima kasih singgah dan mengikuti blog Pak Temuk ni. Blog biasa-biasa saja. Insya-Allah akan singgah ke blog ummuaidan nanti.
tak suka dengan kumbang busuk tu... kalau dia terbang, saya lari lintang pukang
suka tengok gambar2 lama pak temuk dgn kehidupan kampung..mengingatkan hidup kampung masa kecik2 dulu...
sudipVSsenduk
Hehehe, benda busuk kita tak sukalah. Tapi kumbang tu barangkali suka dirinya busuk sebab tak ada sesiapa yang akan mengacaunya. Eh, dia terbang di atas, kenapa sVSs lari lintang pukang kat bawah? Pasti takutkan baunya yang menyengat hidung.
UMMUAIDAN
Terima kasih. Sebab kita orang kampung, mengikut kelazimannya, kita sukalah kat kampung dan juga zaman kita hidup di kampung. Terima kasih sudi melihat gambar2 lama saya tu.
berbudi pada tanah dapatlah hasilnya
rezeki yang manis
KASIHIBU
Baru dapat sebiji. Sudah tua dan masak selepas diperam. Manis juga. "Rasa" dulu ..... kalau dah banyak nanti, baru boleh "sara" orang2 yang sepatutnya dapat.
adidas tubular
golden goose
air max 2017
nike air max 270
coach outlet store
louboutin outlet
supreme
nike huarache
balenciaga sneakers
nike basketball shoes
Post a Comment