Sunday, September 30, 2012

PANTUN PANEN PAUH

Lihat hasil panen hujung-hujung. Jadi terdetik menjunjung pantun.

Apa diingat si buah pauh
Entahkan luka entahkan merekah
Apa diingat orang yang jauh
Entahkan suka entahkan marah.


 Pauh berbatik bagai berseni
Mari dilayang puteri bukit
Hati berdetik kasih bersemi
Orang jauh ingin digamit.




Alahai .... bila terlihat pauhku senyum
Tak jadi pula menyambung pantun!
Kihkihkih!


  Tapi, ingin juga aku tahu
Semanis senyuman delima merekahkah senyuman pauhku?

Silalah balas hidangan pantunku 
Serangkap dua melepaskan rindu.

28 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Pucuk pauh cendera pauh,
Pucuk bemban ladung meladung;
Abang jauh saya pun jauh,
Rindu dendam sama menanggung.

Pokok pauh tepi permatang,
Pokok pandan di birai perigi;
Dari jauh hamba nan datang,
Mendengar tuan yang baik budi.

Putik pauh asam mempelam,
Mari makan waktu pagi;
Hujan turun di malam kelam,
Kerana kasih ku datang lagi.

....Moga sang pauh sentiasa senyum...

ckLah @xiiinam said...

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik kelubi;
Dari jauh saya dah datang,
Bertemu tuan yang baik hat.


...loh, kok mesem pauhnya paman!

ckLah @xiiinam said...

Sayang Singkarak kotanya tinggi,
Asam pauh dari seberang;
Awan berarak hamba tangisi,
Dagang jauh di rantau orang....

Azian Elias said...

alaaa..tak pandai pantunn.. tapi saya memang suka pauh.. esp yg manis2. sedapnyaaa.

ngasobahseliman said...

Hujan turun jalan pun lecah
Sudahlah lecah gelincir berlari
Kenapa pauh kulitnya pecah
Agaknya tuan tak suka memberi.

Kuning cantik si buah nangka
Dijual ke pasar berjalan kaki
Maafkan saya berburuk sangka
Semut dan ulat punya rezeki.

Salam.

Kakcik Seroja said...

Sayang jarum hujungnya patah
Didiamkan saja oleh Pak Temuk
Pauh tersenyum tak sudi dijamah
Redamlah hati yang sedia remuk...

Temuk said...

As-salam CIKGU HUMAIRI

Pucuk pauh cendera pauh,
Pucuk bemban ladung meladung;
Rindu berlabuh dek kerana jauh,
Di alam blog kita berhubung.

Pokok pauh tepi permatang,
Pokok pandan di birai perigi;
Kami persilakan tuan yang datang,
Bila lapang datanglah lagi.

Putik pauh asam mempelam,
Mari makan waktu pagi;
Datang tak kira siang dan malam,
Tanda kasih tak berbelah bagi.

Semoga si tuan pauh sentiasa senyum.

Temuk said...

ckLah@xiiinam

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik kelubi;
Terima kasihlah sudi datang,
Kesihan, dihidang cuma rebusan ubi.

Sayang Singkarak kotanya tinggi,
Asam pauh dari seberang;
Awan berarak usahlah tangisi,
Sampai masa dagang kan pulang.

Temuk said...

AZIAN ELIAS

Kata tak tahu untuk berpantun
Sukakan pauh, sedap manisnya
Cantik sopan, ayu santun
Itulah Yan, pastilah dia.

Yan selalu keluar negara.... tak "seludup" sebiji dua mangga untuk ditanam bijinya?

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN

Hujan turun jalan pun lecah
Sudahlah lecah gelincir berlari
Agaknya pauh kulitnya pecah
Baja dan ubatnya, saya tak beri.

Kuning cantik si buah nangka
Dijual ke pasar berjalan kaki
Gembira saya puan berjenaka
Untuk fikiran itulah rezeki.

Matur nuwun.

Temuk said...

KAKCIK NUR

Sayang jarum hujungnya patah
Didiamkan saja oleh Pak Temuk
Bahagian tak senyum boleh dijamah
Isteri jadikan semacam jeruk.

Syukurlah, walau berbuah kali pertama dan tak banyak, lebihlah bilangan yang berkeadaan tak senyum.

Umm AA said...

Assalamualaikum Pak Temuk,
Kena komen berpantun jgk ke nie..

Buah mangga nampak merekah
nasih baik tidak pecah

Buah mangga nampak sedap
Sedap lagi dicicah kicap

Buah mangga kelihat terluka
Boleh juga dicicah cuka

Buah mangga nampak tersenyum
Kita minta diri dulu sambil tersenyum

Unknown said...

apa diharap si buah pauh,
buah sebiji daunnya jarang;
usah diharap orang yang jauh,
orang di sini tiada yang kurang.

Temuk said...

UMMUAIDAN

Wa'alaikumussalam, ummuaidan

Pauh merekah pauh tak pecah
Dimandikan kicap sebagai pencicah
Memang boleh dicicah cuka
Kaum Hawa memanglah suka.

Senyum mangga tanda hibanya
Senyum ummuaidan tanda sopannya.

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Apa diharap si buah pauh,
Buah sebiji daunnya jarang,
Buah pula masak sebelah;
Lama mengharap orang yang jauh,
Orang di sini tak sudi pandang,
Manalah hati tak jadi parah.

Nizam.Ariff said...



Pauh kuning baunya wangi
Senyum puteri bibir di jari
Kalau panen sudah mau selori
Molek dihanterin sedikit kemari

Amie said...

Kiri pauh kanan pun pauh,
Sama tengah pohon kuini,
Tuan jauh kami pun jauh,
Sama-sama jumpa di sini.

Ayah,
nampaknya kalau beradu pauh, menang pauh di belakang dapur kami Ayah... cuma pauh kami tak pandai senyum he he he hehh

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Pauh kuning baunya wangi
Senyum puteri bibir di jari
Telah tersedia sepasukan lori
Isinya tiada tak jadi pergi.

Temuk said...

AMIE

Kiri pauh kanan pun pauh,
Jual buahnya di tengah pekan,
Amie sefamili memanglah jauh,
Nanti ketemu di meja makan.

Meja makan rumah Amielah tu!

Ayah fahamlah, mana boleh lawan subur tanah Sabah.... Tentulah pauh Amie yang tak pandai senyum itu lebih ayu. Kalau kita yang tak pandai senyum, maknanya kita ada masalah keayuanlah... kihkihkih.

ctpayong said...

luka di kaki terkena panah
panah diletak di tepi tangga
jika berbudi dengan tanah
lambat laun merasa juga.

alhamdulillah rezeki Allah.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

CTPAYONG

As-salam

Luka di kaki terkena panah,
Panah diletak di tepi tangga,
Ambil ubat dirawat kaki;
Berbaik kita dengan tanah,
Sedikit sebanyak merasa juga,
Disemai bakti dituai bukti.

ctpayong said...

setuju...👍

makchaq said...

Pantun puisi ni makchaq memang kalah.. tapi nak jugak pantun..

Tuan ceria nak bermenantu
Saya berkorban dahan muda
Tuan gembira saya pilu
Merajuk panjang berbuah tiada

Dalam hati masih membara
Tiada siapa dapat meneka
Senyum merekah bukan gembira
Sekadar berkias hatiku luka

Temuk said...

MAKCHAQ

Wow, susah nak balas pantun makchaq ni! Mungkin saya salah, tapi nampaknya makchaq amat menghayati nasib si pauh....

Siapa pun ceria dapat menantu
Berkorban dahan bergembira sama
Berseronok kita usahlah pilu
Panjang merajuk banyak ruginya.

Padam kemarahan dari membara
Marah tak buah dapat diteka
Senyum merekah jadikanlah tanda
Membuang dendam mencambah mesra.

yanmaneee said...

off white jordan 1
vans outlet
jordan 4
kyrie 5
hermes belts
golden gooses
kyrie 3
yeezy shoes
longchamp handbags
nike air vapormax

yanmaneee said...

supreme clothing
off white hoodie
yeezy shoes
jordan 13
yeezy shoes
kobe shoes
jordan shoes
jordan retro
golden goose
yeezy

Unknown said...

i6d16q2g31 e2l80b9g82 l0y11i6a63 w5n81x7m00 z1h60a2o42 x9o61i6q33