Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Ku sangka merah
si buah terung

 

Rupanya putih
bunganya menjadi

Ku sangka merah si buah terung
Rupanya putih bunganya menjadi
Ku sangka marah tajam merenung
Rupanya kasih  sekujur hati.

 
 

Dengan rasa kasih sekujur hati
Temuk ucapkan kepada para pengunjung budiman
Menjelang 10 Zulhijah penuh kesyahduan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

23 comments:

ummuaidan said...

Salam Pak Temuk...selamat menyambut hari raya hari...ya...

Howard said...

Selamat Hari Raya, Mr. Temuk! I've been following your blog off and on since you visited my Aceh blog some time ago. I've learned something about pantun, thanks to you!

zul permatang badak said...

Selamat hari raya korban juga dari saya.....
pantun mari berpantun.....best laaa...cikgu Temuk....

Temuk said...

UMMUAIDAN
Salam kembali. Semoga ummuaidan dan keluarga sihat dan lebih bergembira menyambut raya korban tahun ini.

Temuk said...

HOWARD

Hi, Howard! Thank you for dropping by. Thank you too for the hari raya wishes. I am not at all a good "pemantun". To learn more about pantun, you would have to visit other blogs that specifically deal with pantun. I will certainly visit your blog again soon. I hope we would be able to have more meaningful exchange of information.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK

Saya agak raya korban di tempat ZPB pasti meriah. Semoga ZPB dan keluarga sihat dan bergembira menyambutnya. Sambil itu, insya-Allah, kita boleh terus sama-sama cuba menghidupkan pantun yang telah kita warisi zaman berzaman itu.

Adry@Daun said...

Assalamu'alaikum cikgu,
Selamat menyambut hari raya aidil adha buat cikgu sekeluarga. Cikgu buat korban tak tahun ni?

Subur pokok terung yang cikgu tanam. Terung ni jenis pokok yg lambat nak bercambah.

~ShErA~ said...

Salam Pak Temuk..

Selamat Hari Raya Aidiladha buat Pak Temuk sekeluarga.

tengok terung tu..teringat pulak sambal terung kat kantin skolah..sodap betul..kalau terung putih yang kecik2 tu biasanya dibuat ulam ja..

DrSam said...

Salam,

Pokok-pokok nampak semuanya segar dan cantik. Pasti dijaga dengan penuh TLC.

Selamat menyambut Aidil Adha buat Temuk sekeluarga. Jika bermusafir, hati-hati dijalanraya.

Temuk said...

Adry@Daun

Wa'alaikumussalam, Adry. Untuk Adry sefamili juga, diucapkan selamat hari raya eidul-adha. Semoga sihat semuanya dan bergembira menyambut hari mulia ini.

Insya-Allah buat. Lazimnya buat cara pos. Dah banyak agent sekarang ni, bertambah senang kalau nak tukar-tukar "wakil" kita. Nak ikut kumpulan di surau atau masjid, dah tak berapa gagah semangat diri (lemah semangat, hehehe) dan dah menurun prestasi tulang 4 kerat untuk sama-sama lakukan kerja-kerja yang diperlukan. Kalau tak tu, memang baguslah kita tunjukkan semangat hidup berkomuniti, sama-sama buat kerja.

Betul kata Adry. Terung putih/hijau ni dah banyak saya bubuh baja, tapi macam tak mengembang pokoknya. Lambat rasanya pokok-pokok tu membesar.

Temuk said...

~ShErA~

Wa'alaikumussalam. Selamat menyambut hari raya eidul-adha. Hehehe, tentu sangat istimewa sayur terung di kantin sekolah ~ShErA~ tu sehingga bila nampak terung saja, walaupun hanya gambarnya, sudah boleh jadi teringat kepada terung sekolah. Terung putih saya itu rasanya jenis yang besar. Nak kena tunggu, sebesar mana jadinya buah-buah terung tu nanti.

Temuk said...

DrSam

Wa'alaikumussalam. Untuk DrSam sekeluarga, saya juga ucapkan selamat menyambut hari raya korban. Semoga sihat dan bergembira semuanya.
Semoga dapat berhati-hati di jalan raya jika berziarah ke sana-sini.

Saya masih "bekerja keras" untuk pastikan pokok-pokok terung putih saya itu menjadi lebih subur dan berbuah lebat. Memang selalu bimbang, takut jika terkurang atau terlebih baja.

azieazah said...

Bestnya, pokok sayur yang ditanam mengeluarkan hasil segar camtuh! Petik petik mesti best tu.

Selamat menyambut Aidil Adha Bang TEMUK.

Temuk said...

AZIEAZAH
Kepada azieazah sekeluarga juga diucapkan Selamat Hari Raya Korban. Semoga sihat sejahtera dan bergembira semuanya. Tentu masak macam-macam raya ni, kan?

Memang seronok bercucuk tanam ni. Cuma tenaga saja dah kurang... tambah-tambah nak angkat-angkat "kebun dalam plastik" atau "dalam pasu". Masa menuai lagilah lebih seronoknya. Maklumlah kita lihat hasil tangan sendiri, dengan izin-Nya, walaupun mungkin tak sehebat mana kuantiti atau kualitinya. Ceria selalu!

al-lavendari said...

Assalamualaikum.

Ku sangka merah si buah terung,
Rupanya putih bunganya menjadi;
Kalau salah ku setinggi gunung,
Ku harapkan tuan sedia maafi.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
selamat menyambut Hari Raya Korban.

Nizam.Ariff said...

wah!!!
wes ono hasil ne..

salam eidul adha, kang.

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Wa'alaikumussalam.

Ku sangka merah si buah terung,
Rupanya putih bunganya menawan;
Usahkan salah setinggi gunung,
Setinggi langit sedia kumaafkan.

Temuk said...

AMIE

Wa'alaikumussalam, Amie. Semoga cuti raya haji Amie dan keluarga tahun ini dilalui dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Salam eidul-adha juga untuk Nizam.Ariff sekeluarga.

Ada pokok mula berbuah
Mana yang belum usah dimarah
Walau dijangka buahnya merah
Keluar putih usahlah kisah.

Yo apik syukur selalu, kan dik nizam? ketemu lagi.

makchaq said...

Salam Aidil Adha Pak Temuk dan keluarga
Makchaq memang sentiasa teruja tengok tanaman yg mula berhasil.. nanti jangan lupa letak gambaq yg dah dimasak pulak...

Temuk said...

MAKCHAQ

Wa'alaikumussalam. Semoga makchaq sekeluarga sihat dan bergembira menyambut eidul-adha yang baru berlalu.

Kot "ramai" buahnya bolehlah disediakan "special dish" nanti. Juga bulihlah tayang gambaq dia kat makchaq. Tapi kot sebijik dua, main ghebuih sajalah, siram dengan tokyu. Tak pun colek dengan sambai siam!

PakMail said...

Salam Cikgu,

Rasanya masih tidak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada Cikgu.

Semuga cikgu serta keluarga sihat hendaknya.