Memang perangai si Bougainvillea, barangkali.
Ada kalanya ia akan tonjolkan
tunas-tunas baru pada batangnya. Dengan
wajah baru. Mengikut moodnya.
Di kawasan rumahku ada beberapa pokok yang demikian tabiatnya.
Di bawah ini, satu daripadanya.
Ada beberapa tunas baru pada pangkal batang asalnya.
Tunas-tunas itu membesar,
menjadi batang yang berwarna kuning tua. Daunnya, putih-kuning.
Pokok asalnya berdaun hijau-berbelang-kuning. Bunganya,
dulu-dulu, kuning sahaja. Sekarang, agak macam-macam
shade kuningnya. Seperti yang tertera di bawah ini.
Pada dahan-dahan atas pokok asal pun bertunas juga para si putih.
Kemudian, menjadi cabang-cabang baru. Siap dengan bunganya sekali.
Lihat pada mata kasar memang pokok asal
bertunas sendiri. Bila-bila, dan macam-macam
mana, mengikut moodnya sendiri.
Tapi amat pastilah, semuanya berlaku
hanya dengan kehendak dan izin ALLAH jua.
Bila senja menghadirkan diri di persekitaranku,
berdoalah aku, mengharap dari-NYA,
disambung hayat untuk esok, dan esok, dan esok lagi.
berdoalah aku, mengharap dari-NYA,
disambung hayat untuk esok, dan esok, dan esok lagi.
Agar, dapat kutatapi pula, tunas dan cabang yang
entah apalah lagi. Yang mudah-mudahan
menginsafkan lagilah diri, dengan lebih berganda-ganda,
akan kebesaran-Nya.
entah apalah lagi. Yang mudah-mudahan
menginsafkan lagilah diri, dengan lebih berganda-ganda,
akan kebesaran-Nya.
20 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Lailahaillallahuallahuakbar,
Allahuakbar walillahilhamd.
Moga kemenangan berterusan Allah kurniakan pada hambanya yang penuh mengharap - menikmati hidup seketika cuma.....di aidiladha ini.
Mungkin sudah penat membonzaikan Bougainvillea ini makanya ia dibiarkan mencakar langit? mencari pengertian baru????
Tak nyembelihke tahun ni??
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Lailahaillallahuallahuakbar,
Allahuakbar walillahilhamd.
Insya-Allah, kita terus cuba berkorban apa saja, demi DIA, sekalipun pengorbanan itu hanya sekecil zarah.
Tiada projek membonsai apa-apa lagi kini. Cuma memantau dan menyelenggara bonsai-bonsai yang sedia saja yang tak seberapa pun kuantitinya. Kini, memang ada juga pokok-pokok yang jadi terbiar, meliar, dek merusutnya tenaga dan semangat penanamnya. Tapi, insya-Allah, "slow & steady", kan ditangani juga.
Insya-Allah menyembelih. Lagi, sebab masalah tenaga, maka kita wakilkan kepada ejen yang boleh dipercayai melakukannya.
Salam Aidil Adha buat Temuk sekeluarga. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dariNya.
memerhatikan tabiat alam semula jadi memang mengasyikkan. Lantas mendekatkan kita dengan Pencipta.
Salam. Semoga Ibadah Qurban tahun ini Allah kurnia nikmat dunia dan akhirat yang tidak terhingga untuk Pak Temuk sekeluarga.
Cerita bungan pulak, saya terlintas dihati sepertinya ia bunga Kertas Albino, sebab putih daunnya. Saya tidak pernah lihat daun yang putih seperti itu. AllahuAkbar. Tidak terjangkau ilmu kita memahaminya.
DrSam
Semoga DrSam sekeluarga gembira merayakan eidul-adha yang baru berlalu.
Alam sekeliling yang sedia dijadikan Allah memang mengasyikkan dan menakjubkan bagi sesiapa saja yang mahu menginsafi kehebatan dan keunikan ciptaan-Nya. Sebenarnya saya juga amat menyukai persekitaran hutan, dan sentiasa teringatkan pengalaman mengikuti kumpulan pemungut madu apis dorsata (lebah tualang) di Negeri Sembilan dan Kedah. Juga kumpulan pemungut madu lebah camuk di Terengganu. Betul-betul "exciting"!
Sudah mula penghidupan baru di Tegganu kite ke, DrSam? All the best to you and family.
NGASOBAHSELIMAN
Wa'alaikumussalam. Kabarepun? Insya-Allah, apa juga bentuk korban kita dan ahli keluarga semua tahun ini akan Allah kurniakan ganjaran setimpal.
Saya pun cenderung mahu mengatakan itu pokok bunga kertas (atau cabang bunga kertas!) albino. Ada 3 pokok yang saya tanam bertunas albino begitu, termasuk 1 dalam pasu. Mungkin Allah mahu tunjukkan pada satu pokok pun boleh ada jenis pokok lain, hidup bersama dengan harmoni.
Cantiknya teratak rumah paman...
Wah! 'Rumah' Nukilan-Temuk ceria, segar malar hijau. Cantik gambar-gambar. Ambil menjelang senja ke seperti dalam imej pertama.
Canteknya Bougainvillea ciptaan Allah penuh misteri asbab tanaman, bajaan dan grooming drp Tuan. Bila di pandang dan di fikir, maka terserlah Allah Maha Pencipta dan segala pujian bagi Allah.
cantik, menarik & tertarik dgn ciptaan Allah yg ini.
Mungkin spesis albino agaknya...
ckLah@xiiinam
Hehehe, umahe Paman cilik aje. Yang ketok tu lah sekabeane. Seronok kalau dapat berumah di kawasan kampung, macam Sg Manila. Sejuk mata dikelilingi pokok sawit dengan ternakan. Fotografi ckLah dah aras mana?
HJH NORALENNA
Terima kasih. Di situ ada gambar siang, senja dan malam. Rugi pula rasanya beli DSLR tapi jarang-jarang gunakannya. Pergi kursus pun malas. Mana nak pandai! Ada yang kompak, yang memang senang digunakan, dah tak bagus pula tabiat dia. Kadang ok, kadang demam!
sudipVSsenduk
Yang cantik kita pandang, juga memberi kita kenikmatan. Lalu (bila teringat akan Surah al-Rrahman), mengakulah kita bahawa memang tidak ada satu pun nikmat Allah yang mampu kita dustakan.
Kalau dilihat pada rupanya, memang bolehlah kita panggil "cabang" itu bunga kertas albino. Si albino yang tumpang bertunas-tumbuh pada pokok lain.
Pokok bunga kertas ini mengingatkan IM pada kampung. Dulu,bandar Ipoh pernah dicita-citakan untuk dikenali sebagai bandar bunga kertas tapi ntah kemana nasibnya cita-cita datuk bandar itu ketika itu...
Salam Cikgu Temuk,
Cantik dan unik. Itulah saja yg dapat diucapkan bila melihat kebesaran ciptaan Allah ni. Segala2nya boleh berlaku.
Agaknya pokok asal mungkin pokok kacukan jadi bila lama-lama keturunan asal muncul kembali. Itu agakan saya saja.
Selamat menyambut aidiladha saudara Temuk sekeluarga, semoga bahagia selalu
IM
Di kampung saya dahulu pun ramai juga yang rajin menanam bunga kertas. Cuma masa itu memang tak adalah yang jenis cantum. Kes di Ipoh - boleh jadi juga pelan itu dikaji semula dan mungkin atas asas kesesuaian dan masalah penjagaan, pelan asal tidak diteruskan.
Seronok lihat gambar IM berdua yang baru itu!
KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Benarlah, apa yang Allah kehendaki berlaku, akan berlaku. Mungkin juga pokok asalnya jenis kacukan. Ada "baka" lain dalamnya yang menjelma selepas beberapa tahun. Walau apa pun, apa juga yang Allah jadikan, ada pengajarannya untuk kita.
Terima kasih, semoga KK dan keluarga juga sentiasa bahagia.
Assalamualaikum pak tenuk,
selamat hari raya..cantek2 bunga di kediaman pak temuk..pandai menanamnyer..yg tunas ptih tu kelihatan sangat cantik..
btw pak temuk sy ade tulis psl muslim & masjid kat fiji..ada ms bolehlah baca yer.. cari dkt archive blog..kongsikan sikit ngan porng2 yg berminat..salam
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Semoga ummuaidan sefamili sihat & gembira menyambut eidul-adha baru-baru ini.
Saya menanam pokok suka-suka saja. Supaya kawasan rumah tak nampak kosong sangat. Cara tanam pun cara "hentam keromo".
Insya-Allah nanti akan saya cari & baca entry mengenai muslim & masjid di Fiji itu. Terima kasih banyak-banyak.
SCHOOL OF TOTS
Ciptaan-Nya, yang kita kadangkala katakan kurang ayu pun sebenarnya punyai keayuannya yang tersendiri. Kita saja yang tak melihatnya. Hati tentunya gembira, dan terasa rendah, kerana dapat menjaga apa yang Allah berikan. Sekalipun, akhirnya, amat kita insafi, segala hasil jagaan adalah dengan izin dan kehendak-Nya jua.
Ketemu lagi dan ceria selalu!
Post a Comment