Wednesday, November 14, 2012

SERAI WANGI DENGAN BUNGANYA

Temuk nak berkongsi dengan pembaca, rupa bunga
serai wangi. Terutama dengan yang belum pernah melihatnya.

Tapi, betulkah yang dipamerkan tu "bunga"nya?
Temuk sendiri pun belum pernah menengoknya sebelum ni.
 

Jadi Temuk pun ingin sambil-sambil nakkan kepastian dari yang
lebih tahu. Yang Temuk agak "bunga" serai wangi tu yakah bunganya.



 





 

Kalau daunnya, walaupun kering, Temuk yakinlah.
Memang ia daun serai wangi, diambil dari rimbunan serai wangi!









Teringat, ada melihat dalam satu pameran dulu
(kalau tak silap pameran MAHA) rupa pati minyak serai wangi. 
Tak pasti bahagian mana yang diproses,  juga guna pati minyaknya.

Kalau diproses bunganya, entah-entah keluar minyak atar serai?

37 comments:

smRose said...

tumpang lalu, setahu sy pati serai wangi diambil dr daunnya

ckLah @xiiinam said...

ckLah selalu rebus daunnya buat ramuan mandi, terutama masa dalam pantang dan ketika badan rasa lemah lemah...Harum satu rumah masa merebus tu.

Temuk said...

smRose
Terima kasih sudi lalu dan beri maklumat yang bermanfaat itu. Selamat Tahun Baru 1434H.

ummuaidan said...

salam maal hijrah pak temuk..
serai wangi ni pak temuk tanam kat umah yer..?tak pernah tengok bunga serai, yg kat mah ni tak pernah berbuah pun...:)

Hjh Noralenna Abbas said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Temuk said...

ckLah@xiiinam
Wow, paman tak pernah dengar cerita rebusan daun serai wangi untuk mandi dalam pantang. Rebus batang untuk pecahkan batu karang, adalah. Rebusan daun tu pasti menyegarkan badan yang berpantang, ya? Masa tak berpantang tak bolehkah, ckLah? Paman ucapkan selamat tahun baru 1434H. Semoga semua ahli famili sihat dan bahagia sentiasa.

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat Maal Hijrah 1434h. Semoga hari-hari mendatang pak Temuk n keluarga wangi seperti bauan serai wangi bila direbus.

zul permatang badak said...

pati serai wangi dah pun dikomersialkan...
buat halau lipas.....
selamat tahun baru....Hijrah...

Temuk said...

UMMUAIDAN
Pak temuk ucapkan Selamat Tahun Baru 1434H untuk ummuaidan sekeluarga. Semoga sihat sejahtera selalu semuanya.

Ya, pokok serai wangi itu Pak Temuk tanam di kawasan rumah. Pernah dihijrahkan ke tepi tembok sebab rumpunnya amat mengembang dan batang-batangnya meninggi.
Ummuaidan punya itu, insya Allah, berbungalah satu hari nanti. Pak Temuk punya mula keluar bunganya (harap-harap betul itu bunganya!) bila batangnya setinggi kira-kira 1.5 meter.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Selamat Tahun Baru 1434H. Terima kasih, Hjh. Semoga famili di BC dan BS sihat sejahtera dan berhari-hari harum sentiasa.

Para warga negeri Asam Pedas adakah yang pernah menguji kesesuaian serai wangi untuk juadah juara tu?

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK

Baru teringat di rumah saya pun ada digunakan penyembur seri wangi (ditulis pada labelnya utk menghalau serangga). Tapi, agak kurang saya gemari kerana, entah mengapa, baunya agak lain macam. Mungkin ada juga dicampur bahan-bahan lain di dalamnya. Selamat Tahun Baru 1434H.

ckLah @xiiinam said...

Tak dalam pantang pun boleh paman untuk segarkan badan. Boleh direbus bersama daun lengkuas, pokok tulang-tulang, dan daun daun herba lain di tepi rumah. Kalau ikut mak, ada 7 jenis daun yg bermula dgn huruf 'A'dlm bahasa Jawa.ckLah tak ingat semuanya kecuali daun Jahe (halia) dan jeruk purut. Air rebusan campurkan dengan air sejuk untuk mandi. Buat bertangas pun boleh tapi bukan org lelakilah...hehe.

ckLah @xiiinam said...

Ehhhhhh, bukan huruf A...tapi huruf J..silap pulak.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Serai wangi bukan semua yg org tanam akan berbunga. Kalau ia berbunga tu kira bertuahlah sebab blh tgk dengan mata sendiri. Ada org yang percaya, bila serai berbunga, batu serai akan muncul dlm rumpunnya.

Daisyme said...

Salam maal hijrah.. :)
Dulu masa daisyme sakit, entah sakit apa. sekejap je. Dalam seminggu jugak belakang daisyme rasa berat semacam. Pastu ayah daisyme rebus serai wangi buat mandi. Rasa lega lepas tu. rasa macam ada sumtin keluar dari badan. Entah la, perasaan je kot.

hitomi lavender said...

Salam pak temuk..serai wangi ni ka yang selalu minyak dia digunakan untuk halau lalat?sebab dulu selalu depa letak atas meja makan kat htel swiss garden..kuat baunya..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Begitulah yang saya dengar....seperti kata Adry@daun...Abang Temuk kena gali di bawah rumpunnya untuk di sahkan....kata deme batu 'hikmat' tu...tah berapa dalam nak gali saya kurang pasti. Cubalah. Mana tahu ada rezeki...

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
memang serai wangi banyak manfaatnya, kalau berbunga tu kira sudah cukup tua / matang usia rumpun serai tu, atau cukup subur.

azieazah said...

Saya pun tak tahu nak beza mana serai wangi mana serai buat masak. Masak dlm pantang, bidan yang bawakkan utk direbus dan buat air mandian.

Temuk said...

ckLah

Hebat betul orang tua-tua kita dalam memantapkan pengubatan tradisional mereka. Macam-macam ramuan digunakan. Nak cari 7 macam daun untuk ramuan mandi tu pun bukannya mudah. Paman nak agak, selain daun jeruk purut dan daun jahe, mungkinlah mesti ada juga (agak-agak hentam keromo ni!) daun jering, jerangau, jambu batu, jagung, jintan, dan janggus. Satu pun tak betul?

Temuk said...

Adry@Daun

Wa'alaikumussalam, Adry. Wah, untunglah saya sebab pokok serai wangi saya berbunga. Nanti nak carilah kalau-kalau ada batu ajaibnya pada perdu pokok. Saya yakin banyak batu kecil-kecil di situ sebab tanah kawasan rumah saya memang berbatu-batu. Tapi manalah tahu, tup... tup... tup ada batu berkilau-kilauan kat situ..... bolehlah saya membuat tempahan cincin.

Temuk said...

DAISYME

Salam. Susah juga hendak dijelaskan kaitan antara air rebusan serai wangi dengan hilangnya penyakit daisyme itu. Yang jelas, ayah telah berusaha, dan Allah memberi balasan baik terhadap usaha yang dilakukan. Mungkinkah, dilihat pada zahirnya, air rebusan serai wangi telah mematikan "kuman" atau unsur-unsur yang seumpamanya yang ada pada kulit, dan kemudian pesakitnya sembuh?

Temuk said...

HITOMI LAVENDER

Di kawasan saya memang ada dijual semburan serai wangi untuk menghalau lalat, lipas, semut dan yang seumpamanya. Ada juga dibuat dalam bentuk kiub kecil seperti kiub gula. Berkesan juga. Tapi, sebab baunya agak "satu macam", saya sangsi samada sebenarnya ada dicampurkan juga di dalam semburan itu, cecair atau bahan pepejal yang sesuai. Tak berapa tahan baunya, sebab tak begitu serupa dengan bau serai wangi biasa.

Al-Manar said...

Ada banyak serai wangi dikawasan saya tapi tidaklah saya perasan ada bunga. nanti hendak perhatilah.

DaisyMe said...

ermm.. "kuman".. sebenarnya pnjang ceritanya. bukan kuman la pak mail. okla. saya cerita cikit pasal kisah tu, rumah saya di kelantan. so,abang saya dari shah alam nak balik ke kelantan. dia sampai di rumah lebih kurang pukul 2-3pagi macam tu. bila dia sampai,terus saya pegang anak sedara(baby). lepas saya dukung baby tu terus saya rasa sakit malam tu sampai la esok dan lusanya. hehe saya rasa sakit, macam berat.. rasa macam galas sesuatu yang berat.. saya bagitau lah dekat ayah saya. pastu dia rebus la serai wangi tu buat mandi.. ayah saya pun main hentam je rebus serai tu. alhamdulillah,saya ok lepas tu.
bukan sebab "kumam". huhu

hehe.. panjang betul karangan saya ni..

Temuk said...

AL-MANAR
Agaknya digunakan untuk apalah serai wangi yang banyak itu? Elok juga dipastikan, dalam banyak-banyak rumpun yang ada itu, adakah yang berbunga. Mana tahu, berbeza pula rupa bunganya berbanding bunga serai wangi saya. Jika ada bunganya, paparkanlah. Pemblog Adry@Daun ada beritahu, hehehe, mungkin ada "batu" spesial pada pangkal pokok yang berbunga. Tak tahulah apa keistimewaannya.... Saya belum mencari batu itu pada pangkal serai wangi saya, tapi saya yakin ada banyak. Sebab memang tanahnya berbatu!

Temuk said...

DaisyMe

Oh... ada kaitan dengan babykah agaknya? Tak boleh gambarkan. Kalau ya, macam mana pula boleh ada kaitan? Susah juga mahu dijelaskan. Tak mengapalah. Sakit-pening, rajin-malas, gagah-berani... hatta, hidup-mati kita, semuanya ketentuan Allah. Kita hanya berikhtiar, berusaha.... dan yang ini pun hanya boleh berlaku dengan keizinan dan ketentuan-Nya juga. Ketemu lagi.

Azian Elias said...

assalam pak temuk..masa dlm pantang dulu ada mak bidan rebus kan serai wangi buat mandian. lps tu sendiri tak penah buat..sbb tak tanam sendiri.

makchaq said...

Makchaq suka bau serai wangi, dulu masa duduk Sg. Buluh ada serumpun tapi mati tak dan berbunga..

Cuba la korek Pak Temuk, mana tau kot-kot jumpa geliga serai, boleh Pak Temuk jadi BOKAN (bomoh pekan), kalau dalam kena korek sampai jumpa mata ayaq lagi baguih boleh suruh pelanggan ambik ayaq penawaq.. jangan lupa panggei KOSMO untuk publisiti..

Kalau tak jumpa, serai yang dah korek tu press dptkan pati, boleh Pak Temuk jadi UPASWA (Usahawan Pati Serai Wangi)

Bila Pak Temuk dah jadi BOKAN/UPASWA berjaya makchaq boleh kot dapat royalti pasai sumbang idea.. boleh kita sama2 jadi OKB...
he he..

sudipVSsenduk said...

serai wangi ni boleh buat masak mcm serai biasa tu ke cikgu?


Cikgu dah singgah ke MAHA 2012 ke?

Temuk said...

AZIAN ELIAS

Wa'alaikumussalam, Yan. Oklah tu, masa dlm pantang mak bidan rebuskan serai wangi buat mandian. Perlu masa tu. Hehehe, lepas bersalin, orang Sabak kata kita "amis". Tapi lepas pantang tak payahlah berserai wangi sebab wangi-wangian dari luar dan dalam negeri tu banyak yang belum digunakan, kan? Ceria selalu!

Temuk said...

MAKCHAQ

Yang suka aroma herba, macam makchaq, pastilah suka bau serai wangi. Wanginya memang spesial!

Geli hati pula Pak Temuk dengan saranan-saranan makchaq tu. Kalau dah buat semua tu Pak Temuk berjaya, bolehlah Pak Temuk hubungi makchaq tanya berapa "consultant fees"nya. Kalau tak ada berita dalam 3 hari, maknanya "no luck" lah, hehehe.

Makchaq dengan famili tak pi tengok MAHA di Serdang, ka?

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI

Wa'alaikumussalam. Macam yang saya katakan kepada al-manar, juga adry, saya belum mencari batu itu pada pangkal serai wangi saya tu. Tapi saya yakin ada banyak, sebab memang tanahnya berbatu! Mungkin juga dalam banyak-banyak batu itu ada yang bernilai.... manalah tahu, rezeki. Kalau ada berita baik, nanti saya hebahkan. Entah-entah kena tunggu habis bunganya gugur, barulah batu spesialnya siapsedia untuk diambil!

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie
Ayah pun jangka serai wangi Ayah tu berbunga sebab sudah tua. Memang tinggi pokoknya dan batang-batangnya sudah menjadi seperti buluh kecil. Tinggi dan melentok, kerana tak kuat untuk menegak. Apa lagi kerana bunganya juga berat untuk disangganya. Di sana tu Amie ada menanam serai wangi, tak?

Temuk said...

AZIEAZAH

Serai wangi lebih tajam kewangiannya. Ada yang kata, dalam minuman bergas seperti 7-Up ada dicampurkan pati serai wangi. Tak pernah periksa betul tidaknya. Ada blogger yang kata, masa tak dalam pantang pun boleh mandi rebusan serai wangi.... tapi remehlah, agaknya, dan malas nak buat sendiri. Pakai minyak wangi + mandi bersabun wangi pun oklah, azieazah.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Saya jangka boleh digunakan serai wangi untuk masakan biasa. Tapi sebab kita tak biasa, tentu rasanya akan kita katakan pelik. Saya agak, rasanya memang lebih tajam.

Sudah janji dengan seorang cucu (yang bakal masuk Tahun 2 bila sekolah buka) untuk melihat MAHA 2012 tu. Bagi saya, ekspo itu sangatlah menarik, memberi ilmu, dan menyeronokkan. Yang boleh jadi masalah, kaki yang berjalan... lenguh, dan cuaca yang mungkin terlalu panas atau hujan yang terlalu kuat. Semoga ekspo berlangsung sempurna dan kita memperolehi manfaat darinya.

Anonymous said...

salam pak temuk

saya lihat kilang yang memproses serai wangi ni dia macam rebus dari akar sampailah seluruh daun nya.. dalam large vat ... nak extract pati nya..


wasalam