Wednesday, November 21, 2012

UBAN TEMUK, BANYAK JUGA

 Sikit cerita uban Temuk.

Walaupun tak diendahkan tumbesarannya, banyak jugalah uban Temuk ini. 

Tuaian dari 2 pokok. Tanaman dulu-dulu, beraksi di sisi motor dulu-dulu.
Uban diolah untuk dijadikan juadah dulu-dulu juga.

Buang urat tengah. Supaya juadah tak bersabut.
 
Uban diparut. Usah terluka. Nanti jadi cerita Raja Bersiung pulak!
Perah parutan uban. Tak perlu perah hingga tuntas!
Air perahan uban, kuning. Buang. Tepung uban yang mendap, putih. Pakai.
Tepung uban. Amat hebat liatnya!


 Parutan uban + gula merah + sedikit santan kelapa + tepung uban di atas tu. Digaul.






















 Bungkus bahan yang digaul dengan daun pisang. Kukus. 


Amat tahu, kan, pembaca budiman, juadah apa yang Temuk 
sediakan dengan uban Temuk itu?

31 comments:

ummuaidan said...

salam pak temuk...
itu tepung boko ubi kayu kan...hehe..wah nampak sedap tuh..
wah motor antik tuh pun pak temuk ade jugak simpan yer..best kan...

suka suka said...

lepat ubi ..sedap tu

sudipVSsenduk said...

saya ingatkan UBAN di kepala... hahaha

parut kelapa besi tu sungguh nostalgia, i like

Hjh Noralenna Abbas said...

Baru tau, ubi dipanggil uban juga. Jelas cara-cara membuat lepat ubi. Sedap tu!

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
ingatkan uban di kepala... rupanya ada nama lain untuk ibu kayu ye... wah! buat lepat@belebat ni memang sedap sungguh!

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Dari parutan ubi kayu yang diperah, keluarlah "air ubi"nya, kekuning-kuningan. Tepung ubi yang mendap dari air itu memang putih melepak, pekat, liat, tulen dan asli!

Vespa lama itu lebih lama diamnya dari menderu. Bila tukang memandunya menua, banyaklah dia berehat dan cepatlah dia mengarat!

Temuk said...

SUKA SUKA

Malangnya lepat ubi versi Temuk tidak kelihatan bening. Bila "air ubi"nya yang asli dibuang, memang jadi kurang sangat rasa keubiannya, walaupun mungkin benar unsur "cynide" dalam ubi telah tiada ( yakah?). Sebenarnya, Temuk lebih suka parutan ubi tidak diperah serta dibuang airnya.

Nizam.Ariff said...

Salam, Kang.

uban tanam sendiri.... sedap kerana hasil tangan sendiri.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Uban di kepala? Juga tak sikit!

Cerita pasal parut, semasa di kampung dulu-dulu, ada juga alternatifnya, pengukur. Yang seronok tu, kita boleh duduk atas pengukur, macam naik motorsikal, sambil mengukur kelapa. Pernah lihat, punyai atau mencubanya?

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS

Ubi tetap Ubi, Hjh. Jadi begitu namanya sebab ditanam di kawasan agak BANdar. Penanamnya, tetap anak desa, walau di mana tinggalnya, hehehe. Hjh pernah memarut ubi, tak?

Temuk said...

AMIE

Hehehe, Amie tengok dalam kamus DBP pun takkan jumpai istilah UBAN yang bererti ubi kayu! Amie baca respon Ayah kepada Hjh Noralenna Abbas di atas tu.

Amie tahu tak istilah "lemet" selain belebat/lepat? Ubi Ayah itu walau ditanam di kawasan yang agak berpasir, kaya air. Tak sesuai digoreng/direbus. Di kampung dulu, ubi begini dipanggil ubi "kacel" (berair), tak secantik ubi "mempur" (yang teksturnya peroi).

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Wa'alaikumussalam. Semoga "lujeng".
Kakang seronok dengan pokok. Tapi, semakin menua ini, sudah mula agresif "simplifying life". Dalam "projek" ini, banyak pokok yang dikecil-kecilkan, disikit-sikitkan, malah dibuang-buangkan. Kemampuan manjaga sudah merosot. Kalau suruh orang jagakan, memang hati tak seronok sebab berasa semuanya jadi pokok orang.

azieazah said...

Hehehe Bang Temuk. Saya ingat air tapisan tu tadi nak disimpan macam tuak.

Hehehe sori, melawak saja.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Hehe...nak tergelak pula saya bila tau uban tu ubi bandar bukannya istilah atau dialek daerah lain utk ubi kayu. Cantik dan menjadi isi ubi kayu yg cikgu tanam tu. Saya pn ada tnm ubi kayu, ubi blm blh digali sbb tak cukup umur lagi.

Vespa cikgu tu dah lama tak naik kot. Tayar pn dah kempis tu..

Temuk said...

AZIEAZAH

Bang Temuk tak pandai pula nak "menapai" dan menyambungnya hingga ke tahap "menuak" dengan menggunakan ubi kayu. Lagi pun raginya kadadak! Azieazah pernah membuat lepat ubi, tak? Atau bengkang ubi?

Temuk said...

ADRY

Wa'alaikumussalam. Mengikut pemerhatian saya, beberapa pembaca awal tu memang ingatkan "uban" itu seerti dengan "ubi", hehehe. Memang kelihatan cantik ubi itu, tetapi sebenarnya, isinya punyai kandungan air yang banyak. Kalau digoreng atau direbus memang takkan jadi empuk dan peroi.

Nanti bolehlah kita dengar cerita ubi kayu Adry bila sudah dituai.

Tajam pemerhatian Adry. Memang Vespa tu sudah kemek tayarnya. Teringat nak naik, baiki itu ini. Dapat dua tiga "round" keliling kawasan, dia disuruh bertapa lagi... Naik adalah sejam dalam setahun! Manakan tak "kondem" motorsikal tu.

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

sedap! asli! mudah!

sekarang, xboleh kata 'susah' sebab semua boleh mudah cumanya sukar merealisasikan masa menjadi berharga.

Temuk said...

CTPAYONG

Wa'alaikumussalam wrbt, ctpayong

Kita yang biasa dengan makanan demikian memang akan menyukainya. Anak cucu yang tak pernah mengenalinya mungkin mengambil masa untuk "mencuba"nya. Lebih mudah mereka mencuba makanan segera yang melambak di pasaran atau di restoran-restoran khusus. Iklan yang menarik di sana sini cepat meragut minat mereka untuk "nak rasa".

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya tanam 2 pokok ubi tapi habis makan ubinya. Sekarang ambil pucuknya buat gulai lemak pucuk ubi....wow! Punya le subur tanah di negara ni.

Temuk said...

MEJ NOR IBRAHIM

Wa'alaikumussalam, Mej.
Walau agak lama tak berhubung, kita isnya-Allah sentiasa saling mengingati. Semoga Mej dan Cikgu Siti Roffini sihat sejahtera selalu.

Wow, sambil-sambil mengegolf dan memblog, sempat juga Mej. menanam ubi! Dua pokok, serupa banyaknya tu dengan bilangan pokok yang saya paparkan. Kuantiti hasilnya samakah, Mej? Tentu lebih Mej. punya sebab tanah di Jitra saya percaya adalah lebih subur.

School Of Tots said...

Teringat nak makan ubi kayu rebus panas2 pekena dgn kopi O time musim hujan ni...ish ish.

Anyway lepat ubi Pak Temuk tampak amat menggamit rasa dan memecah liur. Barang baik. :)

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Nampaknya SOT kena siap-siap di rumah, ubi kayu dengan serbuk kopi. Bila ada tanda-tanda hujan nak turun, segeralah direbus ubinya sambil dijerang air untuk membancuh kopi. Harap-harap betullah turun hujan, sebab rebusan ubi + kopi panas sudah disediakan. Kalau tak jadi hujan, kira hujanlah juga... Salam bahagia.

Al-Manar said...

Sejenis juadah terkenal didaerah saya ialah yang dipanggil PULI - dimakan dengan salutan kelapa dand seedikit air gula.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tak susah tanam ubi kayu nih...
Diperun batang-batangnya kat tepi sempadan.....dia tumbuh juga dan berisi.

Ubi batat (betui gamaknya sebutan saya ni) ni saya kerap juga korek ketika bebudak dulu.....pastu saya rebus sendiri ketika main pondok-pondok...masa tu kami main 'kawin-kawin'....bebudakla katakan!

Temuk said...

AL-MANAR
Menarik nama Puli itu. Mungkin boleh saya cari di kedai-kedai makan "lama" kalau melawat Terengganu nanti. Agaknya Puli juga boleh dimakan dengan gulai ikan tuna/air, tak?

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam Cikgu. Ubi ni memang pokok jenis baik hati. Kata orang, kita campak atau cacak, kat mana pun, bila-bila masa pun, dia akan berakar. Dan akar itulah isi, bukan semata-mata akar yang menjalar tanpa memberi kita apa-apa.

Ubi batat tu ubi "berair", ke Cikgu? Hehehe, cerita main pondok-pondok kita dulu memang menggelikan hati. Bagus juga Cikgu merebus ubi betul-betul. Zaman saya dulu, masak-masak pun main-main; masaklah daun-daun jambu, putik kelapa, kulit kerang, dan apa yang sempat dicari, dalam belanga tempurung. Mesra alam, tak guna plastik!

insan marhaen said...

Orang dulu-dulu memang kreatif dalam mencipta makanan dari sumber semulajadi.

makchaq said...

Wah step by step la.. masa ni ada orang tak kat dapur? Kalau buat sorang2 jenuh jugak..
cabut ubi susun, klik!, kupas..cucitangan..klik! parut..cucitangan..klik! perah..cucitangan..klik!
yg step guna sudu tu senang sikit, x yah cuci tangan..

Kalau betul tuan memang seorang yang gigih dan berusaha.
Terima kasih, makchaq yang tak pernah buat pun rasanya lepas ni boleh buat..
tapi pokok ubi makchaq x dak ubi.. banyak anai2...habis kena makan, bukan ubi je.. habis ubi, ngan pokok2 sekali dia makan..sedih sangat..

Temuk said...

IM
Ubi, bagi yang biasa dengannya, tahu ia amat versatil. Memang puluhan juadah boleh disediakan dengan menggunakan ubi dan tepung ubi.

Malah ubi bagaikan mengajar kita supaya "diam, tak bising, tapi berisi; bukan riuh, hingar-bingar, tapi kosong".

Temuk said...

MAKCHAQ
Hehehe, masa tu, kebetulan kot, memang Pak Temuk dok soghang kat dapoq. Kot ghamai-ghamai, misti kalot. Camna tak kalot, kot kita sagat ubi tak kena, misti bulih dengaq oghang pok-pek pok-pek.

Pasei klik... cuci-tangan, klik... cuci-tangan... tu tak pa. Memang tu peluang nak peghelok guna dslr ni. Memang lambat nak bulih pandai, pasei tak kerap peguna dia.

Kot anai-anai dah peghabih ubi tak tinggai apa, camna nak buat lepat, makchaq? Kena pi pasat minggu la caghi yang depa dah siap masak. Kesian!

Sedih jugaklah dengaq ceghita ubi makchaq tu. Nampaknya tu ceghita "diam-diam ubi, bukan beghisi, tapi habih punah tak dak pa lagi". Insya-Allah, lain kali ada rezeki.

Anonymous said...

salam pak temuk,

lain kali kalau nak buat masak tak payah perah airnya.. pun ok

jangan lupa layurkan daun pisang atas api supaya daun lembut dan minyak nya keluar dan daun jadi senang nak bungkus...

wasalamm

Ani