Tuesday, January 8, 2013

AGAKNYA MANGGIS LAGI SEDAP?

Pak Temuk agak, rasa buah di bawah 
ini mesti tak sesedap buah manggis. 

Ramai orang ghairahkan manggis. Sampai di 
dipantun-pantunkan.Walaupun hitam
dipandang manis, Walaupun hitam isinya manis. 

 Adry@Daun mesti kenal buah ni.
Walau ayu putih-merah, isi di dalam macam mana entah!
 
  Kalau ada yang bertanya, sedap atau tidak, senang saja Pak
Temuk kan jawab, "Manalah nak tahu, kan lidah masing-masing!"

oooo 0 oooo

36 comments:

PakMail said...

Salam Pak Temuk,

Pak Temuk kena rasa dahulu baru tahu rasanya sedap atau tidak.
Takut nanti kalau Pak Temuk sudah cuba, enak rasanya, tak cukup satu Pak Temuk makan...

hitomi lavender said...

Assalammualaikum pak temuk..macam buah manggis ja ni...manggis muda ya...:)

ummuaidan said...

Assalamalaikum Pak temuk..
Mana jumpa buah comel nie..mcm manggis tp bukan manggis yer..mungkin lg kecik saiznya kan...

Aziela said...

Assalamualaikum Pak temuk. Saya follower baru. Salam perkenalan. Tak silap saya, buah ini adalah yang seangkatan dengna buah cermai. Dia tak berkulit dan berisi seperti manggis. Kalau tak silaplah, sebab semasa kecil saya pernah 'main' buah ini. Hihihihi

Nizam.Ariff said...

Salam Kang,
Biasanya aku makan pucuk daun mudanya sahaja, dibuat Jangan Bening. Tak tau pula buahnya boleh dimakan... mungkin boleh disayurkan sekali?

Temuk said...

PAKMAIL
Wa'alaikumussalam.

Nak bisik kat PakMail, Pak Temuk takkan berani merasa buah itu, walaupun sebenarnya tahu itu buah apa. Memang tak boleh gambarkan rasanya, tapi menjangka (dengan jangkaan amat tinggi), memang tak sedap. Juga, diagak, memang tak ada orang memakannya, baik semasa muda, tua, masak atau kering. Cuba sama-sama kita lihat ada tak pembaca yang tahu itu sebenarnya buah apa.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Pak Temuk (boleh panggil Pak Temuk),

Buah aper ni yer. Macam buah cermai, tapi cermai semua hijau.

Temuk said...

HITOMI LAVENDER
Wa'alaikumussalam. Memang ada persamaan juga dengan manggis muda. Tapi sah bukan manggis. Saiz buahnya, umumnya, besar sedikit daripada kacang kuda direbus. Daun, terutama bahagian pucuk pokok ini, orang gunakan sebagai sayur. Entah-entah hitomi lavender pun pernah memakannya. Pak Temuk cuma ada sebatang pokok tu kat belakang rumah!

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Entah-entah ummuaidan pernah melihat pokoknya di Malaysia atau di Fiji, tapi tak pernah melihat buahnya. Malah, mungkin pernah memakan daunnya, dibuat sayur (biasanya sayur lemak atau bening). Rakan kita Nizam.Ariff, mengikut agakan Pak Temuk, tahu itu buah apa (komen Nizam di bawah komen ummuaidan). Tapi tak mahu menyebutnya. Kena tunggu siapa yang tahu + mahu menyebutnya.

Temuk said...

AZIELA

Wa'alaikumussalam, aziela. Pak Temuk ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke rumah Pak Temuk yang tak bersusun rapi ni. Selamat berjumpa di alam maya.

Yang kelihatan putih-merah itu kulitnya. Bila kering jadi "dark brown" dan biji di dalamnya pun begitu, atau lebih kehitam-hitaman. Tak pernah dengar orang memakan buah itu atau bijinya. Tapi daunnya, khususnya, memang manis disayur bening atau lemak (biasanya dicampur keledek atau labu). Pokoknya yang paling besar Pak Temuk pernah lihat adalah sebesar getah air biasa.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sekali pandang nampak macam buah ceghopu...tapi kalernya bukan oren!

Saya rasa 'saudara' buah manggis ni saya tahu buah apa. Tengok saiz makro dalam gambar ni nampak seperti buah-buahan tempatan yang sedap.

...ermmmm biarlah bereka-teki dulu kannn....klunya telah pun diberikan.

.....saya nak bercukur dulu...misai dan janggut dah tebal ni..

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu.

seperti pernah ku nampak buah ni,tapi di mana ya....

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Salam, Nizam. Hehehe, kakang kata "makan", ke? Tak pernah melakukannya, tapi mungkin hebat rasanya. Cubalah dibening sekali, entah-entah ada kebaikannya. Nizam rasanya memang tahu itu buah apa tapi memilih untuk merahsiakannya. Seronok juga membaca respon rakan-rakan yang tak pernah melihatnya. Macam-macam agakan keluar. Kalau dikatakan itu manggis jenis baru, kulit putih isi hitam, pun mungkin ada yang percaya, hehehe.

al-lavendari said...

mungkinkah ada khasiat perubatan ?

saya rasa pernah tengok buah ni tapi dah lama sangat. hampir2 dah tak ingat.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Hehe...tengok dari dekat nampak seperti buahan yg blh dimakan. Ni buah cekur manis. Ada org panggil dia pokok pucuk manis dan asin-asin. Buah dia kelaur kat bahagian bawah tangkai daun. Baunya busuk tp ada org di negara luar yg menjadikan buah ni sbg jeruk dan dimakan.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam, KK. Tak ada masalah, panggilan apa-apa, KK.

Saiz buah itu memang lebihkurang saiz buah cermai. Tapi yang kelihatan putih-merah tu sebenarnya bahagian kulit yang agak tebal dan bakal mengering. Bijinya digunakan untuk pembiakan. Pak Temuk belum membiakkannya, menunggu bijibenihnya betul-betul kering.

Kita tunggu pembaca yang tahu namanya. Rasanya sudah ada dua orang yang memang tahu tapi memilih untuk merahsiakan buat sementara waktu buah bagi sejenis pokok sayur-sayuran itu.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.

Nampaknya cikgu kena ambil gambar buah cehopu tu. Kita tengok, ramai tak yang mengenalinya.

Gamaknya satu cara kelirukan orang akan sesuatu, kita memakrokan gambarnya. Tapi janganlah pula sampai kita makrokan gambar bayi, kemudian menyangka orang akan kata itu gambar orang dewasa.

Nanti bila ada "member" yang dah tak tahan kesihankan kawan-kawan yang terus tercongak-congak "buah apa ni?", tentu dia akan beritahu namanya. Kalau pun tak, cikgu sajalah yang bagi tau. Sementara tu tak mengapalah cikgu siapkan penyukuran misai dengan janggut tu, hehehe.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam. Semoga sihat sejahtera selalu.

Hehehe, nampaknya sVSs "pernah" nampak buah tu dalam entri Pak Temuk..... Baru saja nampak, ya tak? Tapi, yalah, kalau pernah lihat laaama dulu, memanglah dah payah nak ingat. Kalau sVSs baca respon Adry@Daun, di bawah komen sVSs sendiri, kat atas, bolehlah diketahui nama buah misteri tu!

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Mungkin ada khasiat perubatannya. Atau boleh digunakan untuk produk kecantikan, kesihatan..... macam-macam. Sepatutnya para saintis kita, terutama di universiti-universiti yang sudah begitu banyak di negara kita sekarang, ada yang sudi membuat kajian tentang buah-buah atau pokok-pokok yang "tak biasa" ni.

Dalam respon Adry@Daun di bawah komen al-lavendari, di atas tu, ada diberitahu nama buah yang Pak Temuk paparkan.

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam, Adry. Hehehe, lucu juga bila kita lihat agakan-agakan para rakan akan nama buah itu. Yang seronok tu, ada yang kata pernah melihatnya, tapi lupa bila dan di mana. Tapi, yang sah, mereka tak tahu namanya, hehehe!

Terima kasihlah, Adry telah membantu mereka mengenali buah pokok (sayur) pucuk manis/cekur manis/asin-asin tu. Saya sendiri baru tahu melalui respon Adry rupa-rupanya memang ada orang memakan buah itu dalam bentuk jeruk. Macam manalah agaknya rupa jeruknya, ya?

Nizam.Ariff said...

Hahaha....
Tak pernah makan dan tak pernah disayurkan hatta kuntum menjelang kembang pun. Takut mabuk pula. Tapi pucuknya kalau di Jangan Bening dengan Ubi Keledek Manis sedapppp.... kuahnya dicampurkan dengan kicap pula tu.... makan dengan telur itik direbus dalam nasi yang baru hendak tanak.... perghh!

rasa-rasanya nanti Kakang kena reveal pokoknya, kesian kerana dah jadi teka teki.... hahaha

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Pemblog Adry@Daun telah pun memberitahu nama buah/pokoknya. Benar, ramai yang suka sayur cekur manis, samada dimasak lemak atau bening, dicampur keledek atau labu. Tapi yang tak tahan kata boleh pening bila makan sayur cekur manis.

Temuk said...

SEMUA PEMBACA BUDIMAN

Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, Adry@Daun telah memberitahu kita semua nama buah berkenaan dalam responnya dalam ruang komen ini juga.

Namanya, buah Cekur Manis/Pucuk Manis/Asin-Asin.

Gambar buah kecil (sebesar cermai) yang dibesarkan memang boleh membingungkan; tapi bagi yang biasa melihatnya seperti Adry, tentu tak mudah jadi keliru.

Terima kasih kepada rakan-rakan semua, yang telah seronok-seronok cuba mengingat, cuba mengagak, cuba menyungkil, dan cuba meneka. Walaupun entri Pak Temuk asalnya tidaklah bertujuan bertanya apa nama buah itu.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
buah cekur manis@cekok manis ni jadi mainan kami masa kecil2 dulu, kami suka kumpulkan banyak-banyak tapi tak berani nak makan sebab bonda kata kalau dimakan nanti mabuk!

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam. Semoga Amie sefamili sihat sejahtera.

Masa di kampung dulu (zaman sekolah), biasalah Ayah makan "janganan cokok manis". Sekarang ni, kalau nak makan, biasanya beli yang sudah masak sajalah. Zaman Ayah, rasanya, tak pernah pula main buah cekur manis tu. Memakannya pun tidak. Main buah pinang atau putik kelapa (tembolok) adalah; dimasukkan dalam sampan seludang kering untuk dieksport entah ke mana!

makchaq said...

Makchaq biasa tengok buah asin2 ni sebab kat rumah lama makchaq ada kebun asin2, bukan makchaq yg tanam, tapi orang yg duduk sana sebelum kami yg tanam. Ada lebih sepuluh rumpun. Kutip seminggu sekali, ambik yg pucuk2 muda saja. Kalau kat sabah orang sabah panggil sayur sabah, depa juai yg pucuk2 muda juga yg dipetik tak sampai sejengkal panjangnya...

Lepas kami pindah, rumpun2 tu tumbuh meninggi, rosak dan mati.. Agaknya pokok ni kena ambik selalu baru elok kot.

Makchaq pernah makan, tapi kat kedai la.. Orang kedai tu masak sekali dengan buah dia.. Makchaq saja ambik nak rasa.. Rasa lebih kurang macam daun dia ja..

Makchaq rasa buah yg tumbuh bawah daun macam buah pokok dukung anak pun macam ni jugak rupanya, tapi halus la...

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Temuk said...

MAKCHAQ
Nampaknya makchaq kenal sangat sayur asin-asin tu. Terima kasih, Pak Temuk dah dapat satu lagi maklumat tambahan, bila makchaq cerita ada memakan sayur itu (campur bijinya) di kedai. Maknanya, memang ada orang yang memakan buahnya juga. Tapi, agaknya mestilah puti buah.

Pak Temuk pernah terbaca lama dulu, pucuk asin-asin amat popular di Jepun dan ada pekebun sayur itu di Melaka yang mengeksportkannya ke Jepun. Benar, dukung anak berbuah macam asin-asin, tapi pokoknya jauh lebih kecil. Dalam pengubatan bagi penyakit-penyakit tertentu di Darulsyifa Bangi, Pak Temuk dengar, pokok dukung anak itu biasa digunakan.

Temuk said...

SAIFUDIN ABU IZZUDIN

Sdra Saifudin
Have a nice day too! Matur nuwun sudi mampir.

InsyaAllah yang lepas akan terus dihargai - dijadikan panduan; besoknya kita mimpikan - supaya bisa bekerja keras bagi menggapai yang dimimpikan; hari ininya kita hidupkan - agar kita sendiri biasa hidup. Ketemu lagi!

ibuintan said...

assalam Pak temuk... cantik kan warnanya.. buah pucuk manis kan tapi rasanya tak manis..


dulu sy pernah rasa, kalau tak silap rasa kelat2 sikit... daunnya sy suka masak tumis air saje tp suami tak boleh makan, ... dia rasa pitam kalau makan sayur manis ni

kalau masak lemak putih dengan keledek pun sedap, lemak manis

Temuk said...

IBUINTAN
Wa'alaikumussalam ibuintan. Pak Temuk pun sukakan warnanya. Teringin juga cuba menyayur putik buahnya satu hari, tapi mestilah dengan pucuknya juga. Setahu Pak Temuk memang ada orang yang boleh jadi pening-pening, juga berangin, bila makan sayur cekur manis tu. Bagi Pak Temuk, no problem. Jika dimasak lemak dengan keledek atau labu, memang sedap. Cuma takut pada santannya!

MamaTim said...

Malu nak mampir
Fikiranku masai
Kutunggu terkebil
Menanti yang pandai
Termenung tertanya
Melangut terkedu
Cekur Manis rupanya
Akhirnya ku tahu..

TQ semua.. TQ Pakcik.. Saya mamabudak baru belajar hehe.

Temuk said...

MamaTim
Usah malu, mampir selalu
Fikiran masai, sama diurai
Tunggu berharapan, pasti berhasilan
Termenung tertanya, teruslah bertanya
Melangut terkedu, fikiran terbuntu.

Pada cerita para kawan
Mungkin terjawab segala kemusykilan.

MamaTim, TQ
Ketemu lagi lain waktu.

suri solehah said...

buah daun cekur manis ye,,bunganya sebelum kluar buah,,masa budak2 dulu kita buat subang huhu

Temuk Pak said...

Belek2 entri lama baru nampak komen suri solehah. Setahun lebih! Maaf sangat, ya. Tkasih sudi komen. Betul... bunganya cantik macam subang.

Temuk Pak said...

Belek2 entri lama baru nampak komen suri solehah. Setahun lebih! Maaf sangat, ya. Tkasih sudi komen. Betul... bunganya cantik macam subang.