Wednesday, January 16, 2013

P E N U M P A N G

Penumpang. Bila-bila, 
di mana-mana, ada dia kisah?

Di celah batu, di celah ranting, apa masalahnya? 
Yang penting kan mahu ada tapak!





Lagi tinggilah hidungnya, bila dia ditumpangkan. 
"Bukan menumpang. Orang muliakan!"







Ada juga, penumpang di celah-celah 
kerabat sendiri. Tetap amat berhati-hati. 
Tetap amat menyedari diri!

 



Ada pula penumpang sementara. 

Walau bukan untuk selama-lamanya, 
amat malulah dia.
Kerana yang ditumpangi, amat asing ragam gayanya. 



Sebaik saja peluang tiba, malunya segera 
ditutup. Lalu dia menjadi penumpang yang terbang.

30 comments:

Nizam.Ariff said...

Transformation.... is akin to a caterpillar into a butterfly...

Temuk said...

Nizam.Ariff
That was the first time I saw a "formal caterpillar" in my life. Why formal? Because it was in black and white! After seeing that hanging creature, then I knew why there were so many beautiful black and white butterflies hovering around my backyard the other day. Have a nice day!

suka suka said...

salam Pak Temuk... cantik caterpillar tu.. belum jadi kepompong betul ke? survive tak ulat ni jadi serangga?

azieazah said...

Tumpang menumpang ni adat dunia la kan? Yang penting kita kena selalu berterimakasih pula kepada orang/insan yang memberi kita tumpang.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Oak Temuk,

Pokok tulah dulu semasa cucu saya demam dikata terkena penunggu si pokok. Kesian pokok tu, sayangkan cucu semuanya saya buang sedangkan sesetengah tu dah bertahun2 saya bela.

Alhamdulillah kebetulan dengan izin Allah sihat pulak cucu saya yang sebelumnya asyik demam off and on.

Sekarang ada lagi anak cucunya tumbuh. Saya biarkan sebab dia bermula di rumah saya. He he

Masa masih jadi ulat bulu orang geli, dah jadi rama2 orang cari dan puji.

MamaTim said...

Mulianya hati budi
Si Tuan Tanah sudi
Bukan mulia yg dicari
Si Mulia niat murni
Asal senafas harmoni
Si Bernafas puas hati
Suka yang tumpang tadi
Si Tumpang jadi isi
Intai entah apa dicari
Si Pengintai menggusi
Terhibur rasa hati
Meriah kehijauan ini

I too like the caterpillar pic Pak Temuk. Memang saiznya besar gitu ehh? atau sudah di-zoom besar?

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Jangan jadi penumpang yang parasit, kurus kering yang memberi tumpangan.

Temuk said...

SUKA SUKA
Salam, suka suka. Eh... yang tergantung tu kepomponglah, kan? Hari ini Pak Temuk lihat yang tergantung tu, tak berisi dah. Mesti si isi sudah terbang, mengepak gembira.

Temuk said...

AZIEAZAH
Benar sangatlah apa yang azieazah kata tu. Namun, biasa juga kita dengar, kisah penumpang yang kemudian menjadi tuan. Yang ditumpangi wajar memerhati dengan tajam + waspada. Bila penumpang bekerja keras, apa lagi licik, pemberi tumpang boleh jadi tumpas.

Kakzakie said...

Ada org kata pokok tumpang tu pokok lansuir. Pokok ini mudah meliar. Kadang ibunya dah mati tapi tiba-tiba akan ada keluar anak-anak di sana-sini.

Caterpillar yg menumpang di halaman cikgu cantiklah pulak. Biasa warna hitm/coklat ini belang-belang, bila jadi rama-rama mesti cantik ni:)

Temuk said...

KUNANG-KUNANG

Wa'alaikumussalam, KK
Memang sayang nak buang pokok yang kita tanam dan bela. Tapi, atas sebab tertentu, kadangkala kita terpaksa juga menebangnya. Pak Temuk sekarang tengah mengimplementasi projek "mudahkan hidup". Termasuk di dalamnya, usaha mengurangkan pokok bagi mengurangkan keletihan menjaganya. Sayang pokok, tapi, pejam matahati, buka mata, tebang!

Hehe, Pak Temuk tak geli pegang ulat. Cuma kuatiri ada bisanya, atau boleh sebabkan gatal. Masa ulatlah sebenarnya kita mudah menyentuhnya. Dah terbang bebas, kita cuma boleh memujinya dari jauh, tak dapat kita membelainya.

Temuk said...

MAMA TIM
Assalam, Mama Tim

Alahai, bumi murni ini
Bukan kita pemilik hakiki
InsyaAllah, di atasnya bukan mulia dicari
Biarkan mulia niat di hati.

Sebumi, bersama dengan harmoni
Sebumi, sejahterakanlah ekologi
Tumpang menumpang itu mesti
Tak mungkin hidup kita bersendiri.

Antara nampak, intailah lagi
Pengintai terhibur hatta menggusi
Tuan tanah terhibur hati
Penuh bermaknalah "bumi harmoni".

For your information, that litle creature is about 1" long. Have a nice day!

ummuaidan said...

Salam pak temuk..
Kalau kita perhatikan penumpang nie dia nyer survival mode mmg tinggi drp yg dimanjakan...malah kuat dan lasak..patut letak pokok duit2 jgk ni pak temuk..:)
cantinya kepompong tuh kan..kalau dah jd rama2 mesti cantik jgk tuh kan..

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Salam.

Setuju dengan hjh. Penumpang parasit memang merbahaya. Nampaknya, dalam hal pokok, penumpang selalunya memang parasit. Tapi, dalam hal orang, ada juga didengarkan, yang ditumpangi penumpang parasit bukan saja menjadi kurus kering, tetapi juga terpelanting. Kejam betul si penumpangnya, ya?

Sebut tentang orang parasit, teringat pula cerita politik. Sikit. Cerita label"parasit" yang seorang bekas ahli sebuah parti gunakan untuk sekumpulan ahli parti itu. Setakat dengar dan baca sajalah, sebab tak bijak + tak mahir mentafsir hal-hal politik.

Temuk said...

KAKZAKIE

Rasanya ada juga orang yang menamakannya pokok jawi-jawi, banyan, dan beringin. Di kampung dulu, memang ada yang kata itu pokok langsuir. Bila lalu di tepinya waktu pergi-baik sekolah rasa kecut perut dibuatnya. Rasanya itulah juga pokok yang meliliti kuil-kuil lama, seperti Angkor Wat. Akar yang tumbuh dari dahannya memang gagah.

Caterpillar tu memang unik, "rasmi", in "black and white", warnanya. Yang sudah jadi rama-rama berterbangan di sekeliling kawasan Pak Temuk memang banyak yang berwarna hitam-putih, walaupun ada juga yang berwarna lain termasuk kuning dan kuning pinang masak.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.

Ya, rasanya para penumpang memang amat percaya kepada nilai "survival of the fittest".

Hehehe, Pak Temuk pernah paparkan entri "membuang pokok duit". Beberapa pokok pinang (jenis batang kecil) dan bunga kertas Pak Temuk pernah jadi uzur kerana kaya dengan duit pada batangnya!

Yang sudah menjadi rama-rama (eh, betulkah rama-rama, atau kupu-kupu?) berterbangan di sekeliling kawasan Pak Temuk memang cantik-cantik belaka rupanya. Sayangnya tak cekap menggambar mereka tu, terlalu pantas terbang ke sana sini. Lensa menua Pak Temuk tak "dan" nak rakam!

Al-Manar said...

Tumpang menumpang adat alam semula jadi mempamirkan betapa rapinya rekaan Tuhan. Tak munkin satu makhluk hidup tanpa tumpang menumpang. No man is like an island

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Pokok langsuyar sangat popular jadi pokok hiasan satu ketika dulu.

Ada kawan makchaq yg boleh nampak benda yg kita tak nampak kata pokok ni memang jadi tempat singgahan/tenggek makhluk2 ghaib, tak payah la tanam dekat2 sangat dengan rumah kata dia...sahihnya makchaq tak tau la..

Dulu2 anak2 makchaq kalau ternampak ulat yang baru dok buat kepompong suka kutip dan bela/jaga dalam rumah.. depa suka kalau dapat tengok rama2 keluaq..

Temuk said...

AL-MANAR
Assalam. You are right. No man is like an island. At the global level, in particular, nobody can negate the importance of interdependence among the varied world communities, if they wish to persist as functioning entities. The world community can only become a harmonious entity, socio-culturally stable and ecologically well balanced, if they remain to exist as an integrated whole, relying heavily on the values and practice of interdependence. Can we say that interdependence should in fact be everybody's final life goal? It is sad that some world communities today selfishly adhere to the belief that in order for them to remain dominant, economically and militarily in particular, they must always compete and be in conflict with the others, to the extent that "conflict" seems to have become their ultimate goal for existence.

Temuk said...

AL-MANAR
Assalam. You are right. No man is like an island. At the global level, in particular, nobody can negate the importance of interdependence among the varied world communities, if they wish to persist as functioning entities. The world community can only become a harmonious entity, socio-culturally stable and ecologically well balanced, if they remain to exist as an integrated whole, relying heavily on the values and practice of interdependence. Our ultimate goal for existence is to serve Allah. To achieve this goal, we ought to have several sub-goals. Relying on other people and letting others to rely on us, for a more meaningful life, should be made one of our sub-goals. It is sad that some world communities today selfishly adhere to the belief that in order for them to remain dominant, economically and militarily in particular, they must always compete and be in conflict with the others, to the extent that "conflict" seems to have become their ultimate goal for existence.

Temuk said...

AL-MANAR
Please ignore my 1st reaction to your comment for this particular entry. It was supposed to have been DELETED. But it is still there. My sincere apologies!

Temuk said...

MAKCHAQ
Wa'alaikumussalam, makchaq

Di surau kami ada penceramah yang ceramah-ceramahnya menumpu khusus kepada "makhluk halus". Buku-buku dan kajian-kajian yang dihasilkannya (semasa dia bertugas sebagai pensyarah di universiti dulu) juga menumpu kepada perkara yang sama.

Yang Pak Temuk nak sebut, yang dia selalu sebut, ialah adanya makhluk halus di mana-mana, di dunia ini. Dalam Quran pun ada disebut tentang jin, syaitan dan iblis. Jadi kalau kawan makchaq kata ada makhluk halus pada pokok-pokok tertentu tu, bagi Pak Temuk, mungkin betul. Tambah-tambah kalau makhluk itu jenis yang sukakan pokok. Setuju tak makchaq?

Bagus juga cara anak-anak makchaq nak dapatkan rama-rama tu, "tangkap" masa dia masih kepompong. Kalau dah terbang, susah kena cari jaring pula, kan?
Memang mengasyikkan juga bila dapat menonton rama-rama berterbangan bersimpang siur memperagakan kepak-kepak ayu mereka. Cemburu kita melihat ringannya mereka melayang-layang dan kemudian hilang dari pandangan.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Penumpang yg tahu jaga diri dan tak menyusahkan, kita biarkan saja di situ. Kalau penumpang jenis parasit dan membuatkan hati kita susah, elok dijauhkannya.

Rama-rama akan sentiasa mengepak sayapnya biarpun masa berhenti. Kupu-kupu, sayapnya akan tertutup. Itu perbezaan paling ketara nata keduanya.

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam, Adry.
Setuju, kalau penumpang tak ganggu kita, apa lagi kalau dia menyenangkan hati kita, tak mengapalah dia menumpang, kan?

Terima kasih, memberi penjelasan beza penting antara rama-rama dengan kupu-kupu.

Anonymous said...

Ada drama melayu di blog ini :
www.saffanskot22.com

Temuk said...

ANONYMOUS
Terima kasih singgah dan pemberian maklumat itu.

sudipVSsenduk said...

Indahnya!

Kita pun hanya menumpang di bumi Allah.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Semoga sihat sejahtera.

Benar. Kita semua penumpang di bumi Allah. Juga segala makhluk lain yang dicipta-Nya, yang diletakkan pada ruang yang hanya Dia yang tahu apa namanya dan di mana letaknya. Kita di bumi cuma biasa dinampakkan oleh-Nya bulan, bintang dan matahari-Nya, yang sememangnya amat berguna kepada kehidupan kita.

Anonymous said...


Selain dari pokok kekabu, ada pokok dedalu yang tumbuh ditepi parit bendang dan burung chiak atau tempua bersarang rendah.. didahan dahannya. Sebabnya pokok tu banyok kerongge juga penyengat dan tebuan.. kalu nak cari pase .. panjat le. Ada lagi jeneh pokok dedalu iaitu dedalu api yang tumpoh menumpang dipokok lain dan burung sepah puteri atau sepah menteri suka hinggap untuk memakan buahnya dan cecair dari buah itu akan melekat diparuhnya. Burung ini adalah sebesor ibu jari tapi warnanya cantik berkilau. Pokok dedalu yang jenis ini, kalu dah banyak berimbun.. sampe tumbang pokok yang ditumpangnya itu. Maka kalau kalau diperhati bolehlah kita buat perumpamaan dan kiasan berkenaan segala makhluk dan pokok pokok ini dan semuanya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Diatas ialah caption yg dicopy and paste dari nukilan saya dalam buku 'Inilah Barisan Kita'

Wassalam,
Z
Website : www.saffanskot22.com

Temuk said...

ANONYMOUS
Assalam.

Nota sdra amat bermanfaat. Itu satu pemerhatian teliti akan fenomena "interdependence" pelbagai makhluk Allah di muka bumi ini. Kadangkala, walaupun sesuatu tabiat menampakkan adanya unsur yang melakukan penindasan, penekanan, peminggiran, hatta penghapusan terhadap sesuatu unsur lainnya, namun sememangnya Allah telah mengizinkannya dengan hikmah tertentu di sebaliknya. Semoga Allah memberi keizinan dan petunjuk kepada kita bagi memahami dan mengambil iktibar darinya.

InsyaAllah akan ke laman web sdra nanti. Terima kasih sudi singgah.