Tuesday, February 19, 2013

DARI MAHA KE MAHA

Memang nak kena rekodkan jugalah ni. Sebab ini cerita 
"pencapaian"nya. Walaupun ia mungkin tak sehebat mana.

 
  Dalam 4 anak pokok, yang entah apa namanya,  yang kubeli semasa 
MAHA 2010, ia saja yang hidup. Ini "pencapaian"nya, insya-Allah.

Menjelang MAHA 2012, November-Disember yang lalu, 
tersaksi ia sudah bertukar menjadi rumpun. Ini juga pencapaiannya.

Februari 2013 menyaksikan rumpunan ini memperagakan 4 
kuntum bunga perintisnya. Ini pencapaiannya yang amat kura'ikan!

 
  Macam ada sedikit aroma pada kuntum-kuntum ini.
Mengikut hidungku, ada aroma bunga kerak nasi. Juga vanila!

 Pakar orkid, mohon nasihati, mungkin ada masalah
keterujaan hidungku ini. Atau "over-excitement"
di hati, setelah dua tahun menunggu?!

  Pada si merah jambu di bawah ini,  juga entah apalah
nama sebenarnya, tidak pula dapat kuhidu apa-apa aroma.

Tapi, walaupun tanpa aroma, kulihat ia amatlah
serasi berjiran dengan si rumpun yang baru berbunga.

19 comments:

Aziela said...

Menikmati indahnya kuntuman hasil tangan sendiri memang sungguh mengasyikkan.

Kakzakie said...

Kakak jenis tak boleh tanam orkidlah cikgu. Kalau tanam daun saja yg meriah bunganya yelek. Kalau hendak tunggu berbunga makan bertahun. Tapi mata suka memandang orkid. Kakak dah geram sangsangkan ke pokok bunga puding. Biarlah dia nak jadi apa.

Tengok N3 ini mulalah macam nak membeli lagi tapi ruang tanah tak ada. Cantiklah... warna dia pun manis. Ada bau lagi seronok kan:)

ummuaidan said...

Salam pak temuk.dgn blog berwajah baru yer..syabas...:)
pokok orkid ke pak temuk..? 2 tahun menunggu tuh berbaloi jgk akhirnya kan..nasib baik tak menemui nasib spt pokok temau yer (yg kena racun..heheh)..cantik pun cantik warna dia pak temuk...

Temuk said...

Aziela, memerhati hasil tangan memang mengasyikkan. Itu juga satu terapi fikiran. Yang lebih penting, itu mengajar kita bersyukur dengan kurniaan Allah. Maknanya kita juga "belajar" dari apa yang kita lakukan + dari apa yang Allah beri, mengenai kebesaran-NYA. Aziela menanam orkid juga?

Temuk said...

Kakzakie, kalau yang ditanam meriah daunnya, itu bermakna kakzakie jenis yang boleh (sangat!) tanam orkidlah tu. Lepas daunnya menyubur, insya-Allah giliran bunganya pula meluru keluar. Makin lambat keluarnya, makin elok yang bakal keluar, hihi. Beli lagi anak-benihnya atau yang dah berbunga, kakzakie. Bukan perlu tanah (kecuali yang jenis tanam di tanah.... itu pun perlu tanah kecil saja). Beli, pasukan + gantung saja. Terbuai ke kanan, terbuai ke kiri, tak lama keluarlah hasilnya.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, ummuaidan. Ketik sana, ketik sini, dah wajah baru, tapi tak cun pula. Itulah hasilnya kalau tak pandai. Sebenarnya, yang penting tu Pak Temuk nakkan format "jawab komen" jadi macam yang sekarang ni, supaya yang beri komen tak tercari-cari balasan kita (itu pun kalau sempat mereka tengok balik).

Tunggu 2 tahun lebih berbaloi kalau banyak pasunya. Ni satu pasu saja! Alahai! MAHA yang baru berlalu, tak berani dah Pak Temuk beli anak benih orkid lagi.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bukan salah pada hidungmu,
Tentang aromaku,
Wangian daripadamu,
Merembes didiriku...

...moga terus berwangi-wangian di laman....

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi
Alahai, kalaulah sekujur tubuh, dengan hatinya, sentiasa wangi.... lalu menyusupi anggota dan rasa dia, dia, dia, dan semua, tentunya amat bertuahlah diri.

ckLah @xiiinam said...

Cantiknya. Setakat ni ckLah belum mula tanam orkid. Teringin yang macam ni...

makchaq said...

Salam Pak Temuk
Makchaq belum pernah tanam bunga.. pernah sekali beli sepasu rose jepun kat nursery sebab cantik/manis sangat rupanya.. tapi mati pulak.. tumbuh pulak pokok pegaga dlm pasu tu.. subuq pulak tu sampai boleh buat ulam..

Apa pun orkid2 Pak Temuk ni cantik.....boleh la beralih arah.. pokok bungan jarang tumbuh besaq, jadi tak lah menyusahkan hidup...

al -lavendari said...

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

Temuk said...

Salam MAKCHAQ
Itulah kehebatan makchaq. Walaupun ros Jepun dia mati, ada yang lain menggantikan tempatnya dengan sendiri. Boleh dimakan pula tu!

Orkid2 Pak Temuk cuma sepasu dua saja. Bukan peminat tegar. Walau tak besar pokoknya, orkid nampaknya kena dijaga juga. Kalau dibaja + disiram dengan baik, ia cepat gemuk, banyak dan sihat akarnya.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Nampaknya sudah bolehlah ckLah mula membela orkid banyak-banyak. Tentu ada tempat-tempat tertentu di rumah yang baru direnovasi tu untuk letak atau gantung orkid. Cari yang bagus-bagus punya. Paman punya yang ada sepasu dua ni jenis biasa-biasa saja.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, al-lavendari
Terima kasih kembali. Alhamdulillah, semoga sentiasa sihat dan dipelihara Allah.

Hjh Noralenna Abbas said...

Berkat kesabaran, lambat laun berbunga juga.

ctpayong said...

assalamualaikum wbt

orchid yg kakCT beli kat MAHA2010 dulu tu pin ramah berbunga walau sangat sedikit perhatian & belaian yg kakCT berikan.

Temuk said...

Alenna
Benar. Ada ganjaran bagi orang-orang yang sabar.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam wbkt
Wow, untunglah kakCT. Tak beri perhatian penuh pun banyak berbunga. Bayangkan kalau diberi 100% tumpuan, tentu lagi hebat hasilnya. Rezeki murahlah tu, kakCT. Dah pernah tayang ke bunga orkid tu dalam blog?

azieazah said...

Saya pernah berurusan dengan seorang pengkaji orkid dari UPM. Doktor ni sampai buka ladang orkid di Sepang. Pelbagai jenis orkid yg cantik dan mutan yang mereka hasilnya. Kagum saya. Tapi saya tak pandai jaga bunga apa pun.

Jika pergi lagi le MAHA, cuba la intai ke booth Hexagon Green yang setiap tahun ada di MAHA.