Friday, February 1, 2013

MUDAHKAN HIDUP 3

Dalam hendak memudahkan hidup, 
Mambu hijau wajar dipantau.

Mambu pelanyak penyakit campak. Dahan dipangkas bila membuas.
Bila akar rakus menjalar, jalan yang elok mula 
dibongkar,  apa tindakan yang paling wajar?


Takik-takiklah pangkal pohon, siram-siramlah dengan si racun.

Takikan dan racun, bisanya meruntun. Dalam dua tiga hari sahaja,  
bertukarlah MAMBU menjadi BURING.  Itulah dia si Mambu Kering.
 
Kasih sayang juga terhad. Semua minta tak semua dapat. Buang Mambu dengan pilu. Pilih jalan untuk laluan.
 
Sekarang apa terjadi? Ubat campak atau campak ubat?
Untuk lapangkan lagi kawasan,  untuk mudahkan hidup, 
pokok penar yang memang dijaga, nak kena ditumbangkan juga nampaknya.

Dulu ia tumbuh damai, tanpa disemai. Merimbun anggun. Dijaga kemas. Dipangkas-pangkas.

Pelik juga penggemar pokok. Bermodal menanam, bermodal menjaganya. Bermodal, bersedih kala membuangnya.

Mudahkan hidup. Ada yang pernah disayang,
 tak mengapalah kini tidak disayang. 

Tapi, usah diaplikasi untuk si orang?


23 comments:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Macam mana nak matikan pokok sehingga jadi kuning gitu.

azieazah said...

Patah tumbuh hilang berganti kata orang.

Saya nampak buaian bawah pokok di situ.

Hjh Noralenna Abbas said...

Di tepi jalan di luar kawasan rumah ada sebatang pokok mambu rimbun melindungi sebahagian laman rumah dari cahaya matahari. Mungkin MBMB yang menanamnya. Saya nampak akarnya pun dah menjalar. Menjadi satu kerja saya menyapu daun-daun keringnya. Wah, pokok mambu Temuk sampai kering gitu bila diracun,

ahmad humairi said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sayang sembilang ikan berdukang,
Batang cempedak tidak berduri,
Mambu hilang tidak terkenang,
Datang campak mana mencari.

Sayang senduduk berbunga ungu,
Sayang selasih berbunga biru,
Tuan gundah saya terharu,
Mudahkan hidup, suasana baharu.

Sayang delima masak merekah,
Kasi makan raja di Daik,
Mambu tinggi apa diranggah,
Rimbun biarkan bukankah baik?

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam KK
Pokok mambu lembut batangnya. Sepatutnya saya tebang terus sahaja, kerat-kerat dan buang. Tapi saja nak pastikan berapa lama ia boleh bertahan setelah diracun pangkalnya. Rupa-rupanya, pada hari kedua daunnya sudah mula menguning!

Temuk said...

AZIEAZAH
Patah tumbuh hilang berganti
Mungkin yang baru lain gayanya
Mungkin tak sebaik yang patah-hilang!

Dan kini, kebingungan Bang Temuk ni, mencari tempat nak ikat buaian!

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Kalau pokok tu mendatangkan masalah, terutama akarnya, rasanya boleh dimaklumkan kepada Bandaran supaya datang menebangnya. Bagusnya, bila menyapu daun keringnya, bolehlah berpeluh. Kata seorang blogger, daun kering mambu, jika reput, boleh menjadi baja yang baik.

Betul, jadi kering kontang daun mambu yang Pak Temuk racun tu. Tak apalah meracun pokok. Janganlah sampai meracun hati orang.... kejamnya!

Nizam.Ariff said...

Salam Kang,
Aku baru nak tanam pokok besar2 tepi rumah yang tanahnya sekangkang kera ni. Cadang nak tanam pokok palma (pinang batang merah) dan buluh yang kecil-kecil tu untuk teduhkan sedikit bahang panas masuk ke rumah.

Tapi kalau lihat cerita kakang ni, dalam 5 tahun akan menyusahkan pula ya...

Agak2nya itulah sebabnya orang simenkan sahaja tanah sekangkang kera... dan tanam dalam pasu sahaja...

Boleh bagi nasihat, kang?

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi,

Sayang sembilang sayang kerisi,
Batang cempedak putih getahnya;
Mambu hilang buka farmasi,
Datang campak ke situlah ubatnya.

Rebah gaharu tumbang ke kanan,
Tebaskan senduduk biarkan mati;
Gundah terharu resam perasaan, Mudahkan hidup ceriakan hati.

Awan berarak cuacanya panas,
Mata pedih dek sinaran terang;
Daunnya berselerak akarnya ganas,
Walaupun sedih terpaksa ditebang.

Tapi, masa musim paneh ni, teghase bebeno jase mambu yang dah tak ade tu.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Wa'alaikumussalam.
Kang Temuk cerita berasaskan pengalaman. Menanam pokok yang boleh jadi besar, perlu pengawasan berpanjangan. Terutama perangai akarnya dan juga kemungkinan dahan-dahannya mengganggu wayar telefon/elektrik, atau sekah mengena rumah bila-bila masa. Yang lebih ditakuti, harta jiran!Walaupun di kampung yang luas kawasannya, pokok yang boleh jadi besar, jika berhampiran dengan rumah, boleh membahayakan. Apa lagi di kawasan perumahan pekan yang selalunya bertanah kecil. Kalau pokok palma (pinang batang merah) Kang Temuk galakkanlah. Kalau tinggi pun mudah nak hapuskan. Kang Temuk pernah menanam pinang sirih, rasanya ada 7 batang dulu, yang terpaksa ditebang bila sudah tinggi.Bimbang membahayakan rumah dan kereta jiran jika tumbang bila-bila masa dek pukulan angin! Kang Temuk juga pernah ada buluh kuning. Cantik betul. Setiap ruas ada palitan hijau yang berbeza-beza bentuknya. Sangkanya dulu buluh kecil. Rupa-rupanya jenis besar. Yang itu, masalah akarnya. Terjengul di sana sini dengan tunas baru. Buluh ini juga sudah kang Temuk pupuskan. Ringkasnya, kena pastikan kemungkinan bahaya pokok, walau cantik, walau menyejukkan. Peliknya kita ni, keluar modal + tenaga + penjagaan nak menanam pokok; kemudian keluar modal + tenaga lagi (malah mungkin lebih besar) untuk membuangnya!

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Mula mula nak ucapkan tahniah keretapi chu chu makin panjang...

Kawasan rumah luas memang semangat menanam.. Tapi untuk mudahkan hidup macam kata Pak Temuk terpaksa la buang walaupun sayang kan...

Makchaq biasanya tanam pokok sayuq/ulam/herba ja.. Kecik2 ja semuanya.. sesuai dengan tenaga kecik makchaq... Tambah la ni tanah pun betui2 sekangkang kera..

ummuaidan said...

Assalamualaikum pak temuk..
Semoga sehat walafiat hendaknya..inshaallah.pokok mampu ni pokok apa pak temuk, buat ubat yer? kurang arif sikitlah..:)..

Agaknya dah sampai masa bg mampu untuk meninggalkan tuannya kan...bagi sikit kelapangan kpd tan yang pernah berbakti kepadanya..:)

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pokok yg kita tanam dgn penat lelah tp ada juga yg boleh membuatkan kita resah. Untuk hilangkan resah dan susah hati, maka jalan terbaik adalah tamatnya khidmatnya.

Pokok semamabu yg cikgu tanam ni dah condong dan suatu masa nanti ia akan tumbang bila daunnya makin merimbun dan dibantu oleh tiupan angin kencang.

Sebenarnya kayu pokok semambu ni sangat keras dan liat. Dahan atau ranting mungkin lembut sbb ia masih muda.

Temuk said...

MAKCHAQ
Wa'alaikumussalam, makchaq. Terima kasih, dah ramai dah cucu Pak Temuk ni.

Teringin juga sepokok dua pokok yang besar sikit supaya dapat payungkan kawasan. Tapi, biasalah, daunnya juga akarnya selalu jadi masalah. Jadi, mana yang mula mengganggu, kita tebanglah. Jadilah dapat tumpang sejuk beberapa tahun.

Pak Temuk pun nak tumpu kepada tanaman sayur-sayuran, juga ulam. Masalahnya tanah terlalu "rugged", kenalah kerja lebih sikit untuk tingkatkan kesuburan tanah. Selama ni, biasa juga Pak temuk tanam bayam dengan meranti dalam pasu saja. Looking forward to reading your entries on vegetable gardening soon.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Terima kasih, semoga ummuaidan sekeluarga di Fiji juga sihat wal'afiat.

Pokok mambu (bukan mampu) biasa orang gunakan daunnya untuk mengubati penyakit campak. Google saja "pokok mambu", boleh dilihat gambarnya. Kalau tak salah saya, pokok inilah yang ditanam oleh kerajaan Saudi di banyak tempat di negaranya, termasuk di Padang 'Arafah. Rasanya ada juga mambu ni di Fiji. Bila dah kenal rupanya, cuba check nanti.

Memang sudah lama merancang nak tebang pokok mambu sebatang tu. Tapi sayang... kesian... malas... Tempoh hari, semua "rasa" itu hilang, hinggakan hayat si mambu jadi turut hilang.

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam Adry
Betullah tu. Tak ada pilihan, bila sudah mula ganggu kita, kenalah dihapuskan. Sebelumnya sudah beberap kali saya pangkas dahan-dahannya. Kalau tidak, seperti kata Adry, rasanya pasti ia telah menyembah bumi kerana berat daun. Silap juga saya racun pokok tu dulu. Sepatutnya tebang terus saja, tentu lebih lembut batangnya, apa lagi dahan-dahannya. Bila sudah kering, memang liat dan sukar untuk memotongnya. Apa lagi dengan parang pendek saja pula tu!

Al-Manar said...

Memang susah hendak percaya bagaimana akar boleh merosakkan, apatah lagi daun dauh yang luroh.

Setelah sepuluh tahun lebih tahukah saya bagaimana kuatnya akar pokok ru dan bertapa susah menanam pokok berdekatan pokok kelapa dengan urat urat akar yang cukup lebat dan banyak menarik baja. Ubat pokok kelapa tebang sahaja.

Kakzakie said...

Sayang juga bila dah besar dan berjaya akhirnya terpaksa akur kena tebang daripada membahayakan. Betul akar dia menjalar kan...

kasihibu said...

Assalamualaikum pakcik
sya sekarang dah tak ada masa betul nak berkasih sayang dgn beberapa tumbuhan yang ditanam kesian tumbuhan membesar tanpa kasih sayang

Temuk said...

AL-MANAR
Bila akar-akar dari pokok boleh menjalar ke sana sini sambil mengangkat "pavement" atau "retaining wall" kita, juga menyelusupi dan memecahkan bata-bata dinding "man-hole" kita, jelaslah para akar sudah jadi perosak, walaupun dahan-dahan subur pokoknya menjadi penyejuk persekitaran kita. Hal pokok dan akarnya mungkin boleh juga boleh mengingatkan kita akan gelagat orang.

Temuk said...

KAKZAKIE
Sayangnya bila pokoknya subur dan menyejukkan kawasan, besar kemungkinan akarnya juga subur, bersimpang-siur di bawah tanah.... Kenalah kita berjaga-jaga, saluran paip air, elektrik dsb, juga lantai rumah kita mungkin terancam. Dahan-dahan pokok pula mungkin sekah merosakkan bumbung dsb., bila-bila masa. Perlu RM untuk perbaiki itu semua. Paling saya takuti, akar pokok merosakkan/menyumbat "man-hole" dan saluran yang berkaitan dengannya!

Temuk said...

KASIHIBU
Pakcik dapat bayangkan, bila anak-anak semakin membesar, kerja sendiri pula semakin menimbun, memang tak banyaklah masa untuk menjaga tanam-tanaman. Pokok-pokok tu, kalau ada yang boleh membesar sendiri, tak apalah. Campakkan baja sikit bila teringat. Tapi kalau ada yang sudah hidup segan mati tak mahu, kasihibu pejamkan saja mata, cabut! Letak kat sudut halaman + niat dalam hati, ia kita jadikan baja. Semoga segala urusan terkendali dengan efisien, insya-Allah.