Wednesday, May 1, 2013

BERSIH 4 DAN PRU13

Sudah 5 tahun tak pangkah calon dalam PRU.

Pasal tu, nak kena praktislah. Takut buang masa saja kita pergi memangkah.
Beratur panjang dari pagi, tapi  hasil pangkahnya (walaupun kita tak tahu), pangkah rosak!
 Latihan.... latihan...... X.... X....X

Cantik nampaknya cara pangkah tu. Kalau pangkah calon yang cantik, 
yang partinya pun cantik, lagilah cantik. Betul tak?

Cantik biar di mulut, di hati, juga dalam perbuatan. Paras rupa, perkara sekunder.

Tapi, nak beritahu ni, sebelum hari PRU 13 tiba,
Pak Temuk memang dah tanam semangat. Berkobar-kobar.

Mesti, mesti, mesti, langsungkan BERSIH 4.

Mengapa perlu BERSIH 4 pula?
Sebab bila hendak celebrate kemenangan parti
yang Pak Temuk sokong (cewah!) nanti, yang 4 itu kenalah BERSIH.
Barulah terang garden Pak Temuk untuk ra'ikan kemenangan tu.

Sebenarnya, 4 batang-tiang yang kat bawah inilah yang
nak kena diBERSIH!
Nampaknya, bukannya 5 tahun sekali,
tapi 15 tahun sekali! Dasar mim alif lam sin.

 
Kusangka kaca yang berubah warna!
Rupanya lumut 15 tahun!

Mujur batang-tiangnya tetap gagah.
Sebiji kacanya rapuh, retak serpih sana-sini. Zaman telah menelannya.

Cuba BERSIHkan jugalah yang dah uzur tu. Di mana mungkin kucari ganti?
Benda dah 15 tahun. Fesyen orang dah tak mahu. Semua kedai malu nak jual.

Tapi,  kaca retak buktikan peri benarnya cerita
"luka di jari nampak berdarah, luka di hati lagilah parah".

Malangnya pembersihan kaca retak tak menjadi.
Nampaknya, pada akhirnya, BERSIH 4 jadi BERSIH 3 saja.
Kaca rapuh tak mungkin berguna.
Kalau dipasang juga, hujan pasti akan membelasah mentol yang dilindunginya.

BERSIH 3 memadailah buat sementara waktu.
Lebih baik daripada garden BERGELAP pada malam keputusan PRU.

Mana tahu, malam tu, ada orang  tak cantik mulut,
tak cantik hati, tak cantik kelakuan,
datang berangkara bermacam-macam, dalam suasana kelam.

Dengan mentol jimat-tenaga baru, rupa cahayanya pun baru.



Nampaknya setiang-sebatang ni nak kena tunggu spare part
selepas PRU. Kedai antik manalah yang Pak Temuk perlu jelajahi.

 SELAMAT MENGUNDI PARA BLOGGERS.
SEMOGA UNDI KITA DIREDHAI ALLAH.
 

UNDI ITU RAHSIA.  
ROOM-MATE PAK TEMUK PUN TAK TAHU,
SIAPA YANG PAK TEMUK PANGKAH.

43 comments:

ummuaidan said...

Assalam pak temuk..
Macam nie lah bagus..persedian sblm dan selepas ngundi..takperlah tak dpt nak bersihkan 4 tiang..(kang dah luka dah..)..3 tiang pun dah cukup berseri..selamat mengundi paktemuk..undilah yang terbaik..:)

Kebun Bandar said...

Selamat mengundi juga. Ini Kali Lah kita mengundi.

sudipVSsenduk said...

betul tu cikgu, walaupun tidur sebantal... dia tak tahu siapa yg saya undi :)

Nizam.Ariff said...

wuih... bertakung air hujan.
kalau 'terpasang' suis lampu tu tak meletup ke?

Kakzakie said...

Mungkin ideology kakak dgn teman sebelah bantal sama kami akan undi yg sama...

BERSIHkan mana yg patut Pak Temuk. Kakak kalau ada kawasan macam itu pun nak buat juga..

suka suka said...

Assalam Pak Temuk... X X X... he he saya pun berlatih pangkah...unik entry kali ni....senyum saya dan menghiburkan...apa tah lagi tgh meeting ni ... separuh masa lunch time berlalu tak habis lagi ..gamaknya sampai pukul 2 la ni...

suka suka said...

P/s selamat memilih kerajaan penggal baru...

Hjh Noralenna Abbas said...

Jangan keliru waktu nak pilih calon. Tak suka, pangkah X, suka rait/betul di keyboard tak de pula key ini.Eloklah latih memangkah,ye Temuk? Kolam ikan saya pun dah bersih, bulb lampu pun dah tukar, Nanti nak bersihkan 'langsir-langsir' yang berkibaran semenjak duamenjak ini. Hee, hee,

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

tak payah susah2 menyental (maaf ayt kurang sopan)...rendamkan dalam air yg dicampur clotox...1/2 jam kemudian putih, bersih lagi suci.

betol! undi itu rahsia. hanya pemangkah dgn Allah.

tak sabar pulak nak memangkah.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam ummuaidan.

Malulah kalau orang lain dah BERSIH 30, kita nak bersihkan 4 kaca lampu pun tak siap-siap. Alhamdulillah... beres, selepas entah berapa bulan punya azam! Pak Temuk masih kehairanan apa yang sebabkan satu daripada kaca-kaca lampu tu jadi rapuh masa dibasuh. Yang lain tidak. Semoga dapat cari "spare part" nanti.

Temuk said...

KEBUN BANDAR
Assalam. InsyaAllah sama-sama kita mengundi di kawasan masing-masing 5hb nanti. Mungkin ada yang mahukan perubahan; mungkin ada mahukan yang lama. Ikut penilaian dan pilihan kita sendirilah, ya.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Ini mesti bantal jenis panjang, kepala masing-masing di hujung bantal. Kalau bantal pendek, kepala dekat-dekat, mungkin calon yang
dipilih dalam mimpi masuk dalam mimpi si pasangan. Dia jadi tahu!

Walau apa pun, selamat memangkah calon pilihan!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Nampaknya latihan memangkah tu tak menepati ciri2 yg dibenarkan oleh SPR. Dakwat hitam yg lebih utama digunakan masa mengundi nanti, warna2 lain tak digalakkan..hehe..

Baru nampak berseri lampu2 taman tu bila tuan dia dah bersihkan sampai terluka jari. Dan pastinya ia lebih cerah dan jimat tenaga elektrik.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Kang Temuk tak beri peluang air menakung kat situ. Benda letrik memang amat menakutkan. Yang belum dapat spare part tu berlapis-lapislah Kang Temuk bungkus tiangnya dengan plastik supaya tak disinggahi air. InsyaAllah ok.

Temuk said...

KAKZAKIE
Wa'alaikumussalam Kakzakie.

Bagus juga bila pasangan sendiri seideologi dengan kita. Malam tadi ustaz di surau kami ulang-ulang ceritakan dengan sedih, dalam sehari dua ni dia berhadapan dengan kes-kes ahli keluarga di kawasannya berbalah-balah sebab parti. Tak tahulah mengapa kita tak matang dan tak mahu menerima perbezaan. Selamat mengundi, kakzakie!

Temuk said...

SUKA-SUKA
Semoga mesyuarat berlangsung sempurna dan mencapai tujuan, walaupun mungkin meletihkan.

Ya, selamat memilih pemerintah untuk penggal baru. May the better team win! Dan semoga undi kita diredhai Allah.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Pelik juga pilihanraya ni ya. Calon yang kita nak pula yang kita pangkah, sepatutnya dirait, kan?

Wow, baguslah kolam ikan dah bersih. Kemudian nanti tirai-tirai pula dibersihkan. Temuk ada pelan nak bersihkan tiang2 buluh bendera parti yang banyak tu selepas PRU. Elok lurus2 belaka kalau nak digunakan buat tempat panjat pokok kacang panjang, hihihi.

Temuk said...

CTPAYONG

Benar tu, ctpayong. Jika Temuk gunakan detergent atau bleach, pasti lebih bersih kaca lampu tu. Mula2 Temuk guna sikit pencuci kaca. Tapi bila kotorannya mudah keluar, Temuk guna berus gigi lama saja untuk membuangnya. InsyaAllah, bolehlah tahan hasilnya.

Selamat mengundi. Bersabarlah sementara ni. Sampai harinya nanti, bolehlah dipastikan jam 8.00 pagi sudah berada di pintu dewan pengundian.

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam, Adry. Oh, sepatutnya praktis pun guna dakwat hitam, ya? Hihihi, mujur SPR tak tahu.

Memang geli hati juga, kali ini isu dakwat di jari jadi satu isu besar pula. Makin kompleks cara kehidupan kita, inilah jadinya. Semoga PRU13 tak hadirkan apa-apa masalah yang cacatkan kehidupan harmoni kita selama ini.

Sekarang memang seronok dengan mentol2 jimatkan tenaga yang terang2 cahayanya dengan penggunaan eletrik yang rendah. Masalahnya, mentol2 tu $angat mahal harganya.

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Nak prektis jgak ke? Xyah kot. SPR kata nak pangkahke, raitke, bulatke, bujoke, lefke....aseikan kene gayenye, boleh diterima....dakwat ijoke, bighuke, meghahke....tak kire - bolehje!

Mende lame memang antik. Teman ade satu mende antik ni...nantile lepaih mangkah teman ceghite.

Selamat Mengundi.

ahmad humairi said...

macam YB le plak gambo lame ni. Teman udah mangkah.....undi pos!

smRose said...

selamat mengundi!!!

Al-Manar said...

Ada rasa kesal
Ada rasa sedih
Ada rasa marah
Masih ada kah harapan
Masih ada kah masa depan
Untuk ugama dan bangsaku?

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam wbkt.Cikgu Humairi.

Alahai, boleh tak tahu pula pasal cerita boleh tanda macam2 tu. Tapi sebab dah latihan X, nanti tandakan Xlah masa mengundi. Sepatutnya memang kita kena fleksibel, tandakan sewajarnya dengan apa tanda pun calon pilihan kita asalkan penandaan itu tak melanggar norma2 masyarakat. Kesian juga ada orang2 tua (atau siapa-siapa saja) susah2 datang mengundi tapi undi mereka dikira rosak, walaupun mereka tak tahu.

Menanti cerita antik Cikgu tu.... Baguslah dah mengundi pos. Semoga undi kita diredhai Allah.

Temuk said...

smRose

Semoga sihat sejahtera. Selamat mengundi. Selamat membuat pilihan calon terbaik. InsyaAllah.

Temuk said...

AL-MANAR
Assalamua'alaikum wbkt.

Sehari dua ini saya sendiri pun, entah mengapa sebenarnya, berasa hiba-pilu. Saya telah saksikan anak-anak yang Allah wujudkan, insyaAllah setakat ini nampaknya macam mereka ini "boleh hidup". Tapi bila saya lihat cucu-cucu yang juga Allah telah wujudkan, saya tertanya-tanya, adakah "masa depan untuk mereka", adakah lagi harapan, melalui kemampuan kita dan mereka mendukung agama, bangsa dan negara.

Dalam banyak-banyak "ubat" rasa hiba-pilu kenangkan masa depan itu, saya sukakan "penawar" yang di bawah ini (yang biasa juga disyarahkan para ustaz) yang saya potong dan papar dari Blog Syed Ahmad Fathi "Salam Perjuangan", Julai 28, 2012. Beliau mengingatkan kita kepada hadis yang bermaksud:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Hadis ini jelas memberikan motivasi yang besar kepada kita untuk melakukan kebaikan walaupun kita tahu esok adalah hari yang tidak lagi kita dapat beramal . Jangan berhenti dari melakukan amal hanya kerana kita tak dapat melihat kesannya.
-----------

Sama-samalah kita terus beramal kepada Allah, dan cuba melakukan segala amal-tindakan yang wajar untuk kebaikan kita sesama manusia dan bumi-Nya, walaupun nampaknya "harapan" dan juga "dunia" sudah sampai ke penghujungnya. InsyaAllah.

Azian Elias said...

Assalam pak temuk..


Aduii..hati2 lho...antik tu pak temuk..mana nak cari..kalau takat 5 taun lepas mungkin ada..ini 15 tahun tu..gud luck ye pak temuk.

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Wa'alaikumussalam Yan.

Hihihi, memang ada tuan kedai lampu yang senyum-senyum kambing bila Pak Temuk tanya ada tak kedainya "menyimpan" kaca kuno tu. Tapi ada juga tuan kedai (Bumi!) yang memuji barang lama tu dan kata dia tahu tiangnya jenis besi tebal yang tahan zaman, tapi kacanya susah nak cari bila perlu diganti. Thanks, I need all the luck to get the replacement. InsyaAllah.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Amie tak sempat mengundi di tempat sendiri (Selangor), semua undian Amie buang di Lahad Datu... entah sudah berapa kali... 5 kali mungkin sebab sudah 21 tahun menetap di sini.
Selamat mengundi Ayah, jangan lupa bawa kad pengenalan...

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.

Tak mengapalah tak mengundi di Selangor tapi mengundi di Sabah. Tak tahu pula sudah begitu lama Amie dan famili tinggal di Sabah. InsyaAllah Ayah akan pergi mengundi awal pagi. Kad pengenalan, sudah siap digilap, hihihi. Lepas mengundi bolehlah cari roti canai sardin, ok tak?

Selamat mengundi!

al- lavendari said...

assalamualaikum.

saya pun dah malas nak tukar mentol lampu taman rumah saya .. kena hujan rosak balik.

semoga luka di jari telah sembuh .. lain kali pakai sarung tangan dan topi keledar .. hehe.

ckLah @xiiinam said...

Esok, jari paman akan diinai.

:)

ckLah @xiiinam said...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
Bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lupus di arus zaman...

...bukan apa-apa tu paman. Teringat masa aktif dengan GPMS tahun 90'an dulu! Semangat naik musim macam ni.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Wa'alaikumussalam.

Selepas 15 tahun, akhirnya kena servis jugalah lampu-lampu luar tu. Pakar letriknya sudah letih kita memanggilnya, akhirnya "give up" dan buat sendiri! Lagipun, orang2 jahat memang sentiasa mondar-mandir (walau Idris Jala kata KPI jenayahnya ok!), eloklah kalau lampu-lampu luar tu terang sikit cahayanya.

Luka sikit2 tu biasa saja bagi Pak Temuk. Ok, dah. Bila teruja nak buat kerja, memang alpa dengan langkah2 keselamatan. Selamat mengundi!

Temuk said...

ckLah@xiiinam

InsyaAllah jari akan berinai esok. Inai bukan penanda berikat kasih, tapi penanda kesangsian, penonjol ketidakpercayaan!

Pilu-bingung juga Paman dengan sajak lama itu. Tak hairanlah kita ni, menang sorak kampung tergadai. Akan berlakulah pula nanti, alah sorak tanahnya lesap.

Di surau tempoh hari ada seorang ustaz menekankan pentingnya kita sesama Islam bersatu hati, tidak berpecahbelah. Camne ye????

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum Pak Temuk,

Seronok membaca penulisan orang lama yang bermadah penuh seni makna yang tersirat.

Teruskan menasihati kami dengan gaya bersahaja, sedikit humour dan yang penting tajamkan semula otak yang tumpul.hehe.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Nak cakap hal PRU 13 atau tentang bersih.

Rasanya tentang PRU 13 lah. Memandangkan memangkahnya 5 tahun sekali, saya kebingungan sekejap masa nak masukkan kertas undi ke kotak undi, keliru sikit kotak mana satu nak masukkan kertas tu.

Nasib baik bingungnya sekejap saja, Dah pulih dari bingung baru masukkan kertas undi dalam kotak2, walaupun ada juga sedikit takut tersilap kotak. Macam orang tak sekolah pulak.

Temuk said...

AZNI MAT ISA
Wa'alaikumussalam, DEKNI

Alahai, macam selalu, ngomelan orang tua saja tu. Namun, Pak Temuk kuat rasakan, yang muda-muda sekarang ini, nampaknya terpaksa melalui satu zaman yang sangat mencabar. Pak Temuk cuma ingin mengingatkan, tentulah lebih bermakna + berkesan tindak-tanduk para mudawan, jika mereka peduli untuk memahami + menghayati sejarah bangsa dan negara yang lalu. Sejarah seharusnya mengajar kita untuk melihat sempadan, menjunjung teladan.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam KK.

Hihihi, ritual 5 tahun sekali, tentulah boleh membingungkan. Pak Temuk pun kebingungan di sekolah mana nak mengundi, sebab dah ditambah tempat mengundi baru. Nampaknya maklumat dari internet membantu. Yang menggelikan hati, jari pun terketar-ketar, takut pangkah salah calon, juga takut dapat markah "undi rosak"! Masna boleh rosak, sebab tunggu 5 tahun, beli sandal mengundi baru, juga cuci kereta mengundi, hihihi.

Sekarang kita bingung, dan entah hingga bila pula, sebab ada golongan yang anggap keputusan pilihanraya tak sah.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

Assalamualaikum pak Temuk =)

Pilihanraya dah berlalu..yang kalah kena terima kenyataan.yang menang jangan dok sombong..tunaikan amanah yang diberi dengan bijaksana..=)

Pak Jabit said...

Kat semenanjung: BN 85(64%) - PR 81 (91%)
Kat Sabah & Sarawak BN menang besar as usual: BN 48(36%) - PR 8(9%)

Maknanya Sabah & Sarawak memang fix deposit BN. Nampaknya dayak, kadazan dan bumiputera Sabah & Sarawak yg byk mencorakkan politik Malaysia.

Temuk said...

~KAK NAH BACKYARD~
Wa'alaikumussalam, Kak Nah

Pak Temuk, sebagai orang (warganegara) biasa, setuju sangatlah dengan yang Kak Nah katakan itu. Yang merasakan ada ketidakadilan dalam pengendalian PRU bolehlah gunakan saluran/kaedah yang diperuntukkan. Letih dah dengan tikam lidah-tikam belakang semasa kempen. Kita rakyat biasa ni, perlu rehat juga rasanya.

Temuk said...

PAK JABIT
Terima kasih singgah.

Pak Temuk ni tak pandai membaca cerita-cerita politik. Tapi, kalau tengok statistiksnya memang ketaralah Bumiputera Sabah & Sarawak tu kuat pengaruh mereka ke atas situasi politik Malaysia Timur. Di sana atau di Smenanjung, kita harap parti mana pun yang berkuasa, tidak mengabaikan kaum bumiputera.