Tuesday, May 14, 2013

UZBEKISTAN DALAM KENANGAN - I

Untuk kenang-kenangan, diabadikan beberapa  gambar 
Uzbekistan.  Diziarahi pada 12-18 April lalu. 

Bandar pertama disasar, Tashkent, ibu negara Uzbekistan.
Uzbekistan, baru lebihkurang 20 tahun bebas dari Soviet. Belum semaju kitalah. Tapi, tinggalan sejarahnya hebat.

Pak Temuk lihat Tashkent memang bersih, tenang, nyaman. Juga selamat. Boleh sudi tinggal di sini!
Di tengah, pemandu pelancong dari Uzbek. Boleh berbahasa Melayu. Haji di tepinya pemilik agensi pelancongan di Malaysia. Seorang lagi tu agennya yang turut serta dalam rombongan.



Medressa Kukaldosh, dibina 1551-1575. Motif bangunan lama macam ni merata terdapat di Uzbek.


Rasanya ini Shaheed Square.
Kompleks Hadzrati Imam (Pusat Islam). Ada dipamerkan Quran ditulis pada kulit (abad 7-8) di sini.

Antara kedai-kedai cenderamata di Kompleks Hadzrati Imam.

Restoran nasi Bukhary (nasi Pilau) ini memasak 500kg beras sehari!
Kawasan pergunungan Chimgan (Switzerland of Uzbek!). Tukang gambar ambil gambar, jual gambar pada kita dengan harga lebihkurang RM2.50, saiz 4R. Oklah tu, kan?
Encik salji sudah tinggal serdak. Tapi, sebelah atas lebih sikit kuantitinya. Sejuk juga.



 
Tasik "dah lupa namanya". Sumber air dan elektrik Tashkent. Kata mereka, kalau empangannya pecah, Tashkent akan tenggelam.
Di Uzbek, orang perempuan tidak sembahyang di masjid. Mujur diberi karpet sembahyang di luar. Ada sekali di satu lokasi rombongan perempuan kami dapat menumpang sembahyang di mesjid.
Dari Tashkent kami ke Samarkhand-Bukhara-Tashkent semula, sebelum terbang pulang ke Malaysia.
Klik, klik, klik, beratus-ratus gambar. . Habis lupa tempatnya, ceritanya, dan
macam-macamnya. Maaf kalau yang dimaklumkan di sini tidak tepat.
Kalau video, boleh juga rakam gambar sambil rekodkan ulasan sekaligus.

Ketemu lagi dalam Kenangan II: Samarkhand,  InsyaAllah.

19 comments:

Khai♥Rin : anies said...

boleh tumpang tanya, anggaran kasar perbelanjaan ke sn tanpa membeli belah, agk2 nya berapa RM ya?

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Entah bilele saya dapat ke sana. Keluar dari Malaysia cuma Singapura sahaja.......hhhaaaiiihhhh....oang tak beduit cam nile. Bukan kedekot ...tapiii....belum ade rezeki nak keluo negeri. Tumpang kenangan ye...

suka suka said...

assalam Pak Temuk.. berjalan sakan ya... alhamdulillah dah sampai sana.. bak kata teman2 diatas kita tumpang jamu mata.. tengok serdak salji tu... diizinkan Nya insyaallah kami menyusul .. zamannya belum tahu lagi...

alenna abbas said...

Tentu sedap nasi bukhari Uzbek.

kasihibu said...

Salam paman
saljinya di godek godek dikuis kuis boleh buat abc hehehe....
Mesra dan bahagia paman dan isteri ye..

Temuk said...

KhaiRin:anies
Pak Temuk dah periksa beberapa agen di Malaysia ni. Pergi ke lokasi2 lebihkurang sama juga di situ. "All in" lebihkurang RM4.8ribu. Pak Temuk tak beli apa2; cuma utk beli2 kacang, buah kering, itu ini, bawa RM500 duit kita pun ok. Ada juga yg muda2 beli karpet + kain2 sutera, emas dll. Mereka bawa lebihlah.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam wbkt. Cikgu Humairi.

InsyaAllah, besok lusa boleh pergi tu, bukan setakat ke situ saja. Sebenarnya lama dah teringin nak ke Central Asia. Ada pula 3 pasang lagi kawan lama pergi. Terujalah nak ikut. Jadi kenalah belah tabung buluh sana sini. Kalau berduit memang bagus juga ke sana musim daun gugur + musim buah. Tapi tak mungkinlah, hihihi.

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam. Makan anginnya taklah sakan, tapi sebab faktor "diperanakkan tahun 40an", yang sakannya "kepenatan", hihihi. InsyaAllah, satu hari suka-suka akan sampai ke sana tu. Malah ke lebih banyak negara "tan-tan" lain di sekelilingnya (macam Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgystan). Pasang niat... insyaAllah, Dia akan mengizinkan kita melihat kebesaran-Nya di bumi lain selain dari tempat kita sendiri.

Temuk said...

ALENNA ABBAS
Kami sempat merasa 3 macam nasi bukhari i Uzbek. Yang sedap sekali yang di Tashkent (begitu kata ahli rombongan), di restoran yang kata mereka memasak 500kg beras sehari! Macam tak percaya, tapi memang padat tempatnya. Dan yang datang makan, ramai juga pelancong dari luar negara. Tapi Temuk risau makan banyak kambing biri-biri, walaupun dimasak dengan cara sihat, terutama dgn menggunakan minya zaitun. Alenna punya trip akan datang ke negara mana pula?

Temuk said...

KASIHIBU
Wa'alaikumussalam. Semoga kasihibu sekeluarga sihat sejahtera selalu. Tu hari dapat tengok serdak salji pun seronok juga. Kalau musim winter memang orang meluncur atas salji di kawasan tu. Ada hotel + rumah2 percutian. Tentulah cantik bila gunung-gunungnya dibaluti salji putih, saujana mata memandang.

ckLah @xiiinam said...

Romantik tempatnya...

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Dalam usia tuwek begini, tempat seperti Tashkent (juga bandar-bandar lain yang sempat diziarahi) memang dapat dirasakan kedamaiannya. Tashkent saja punyai 16 taman (parks) yang besar. Semasa cuaca mengizinkan, kata pemandu pelancongnya, taman-taman itu dikunjungi orang sehingga jam 12 malam. Juga selamat dikunjungi.

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum :)
suka saya tengok cikgu disamping isteri tercinta. Moga diberikan kesihatan yg baik olehNya dan dapat terus bersama melihat negara luar.

ctpayong said...

Di kesempatan ini, di ruang yang terhad ini kakCT ucapkan Selamat Hari Guru pada Pak Temuk.

Teacher - without you we wont be anywhere near where we are today. We salute you trough and trough. Thank you Allah for giving us the chance to express thank you to you.

Kakzakie said...

Pak temuk kakak tak puas dgn gambar yg comel. Besarkanlah sikit. Cantik-cantik tu.

Kakak tunggu next N3. Hope can give me a tickle when new N3 done. Kakak enjoy melihat teman-teman blogger punya journey:)

Temuk said...

sudipVSsenduk

Wa'alaikumussalam sVSs. Terima kasih. Kasih sayang itu rezeki dari Allah jua. Kita diberiNya dan kita berikan pula, insyaAllah, kepada orang lain. Terima kasih di atas doa ikhlas sVSs itu. Ceria selalu!

Temuk said...

ctpayong

Terima kasih di atas ucapan cantik itu. As teachers, we should always pray that whatever knowledge we've given to our students would be put to use by them for their own benefits and the benefits of the society. I salute all my teachers too. Most of them have already left us, but their good deeds will always be cherished. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Temuk said...

KAKZAKIE
InsyaAllah entri sambungan sudah di alam maya. Entri tak seberapa pun, kakzakie. Ambil gambar banyak tapi tak ada catatan, hihihi. Lebih untuk rekod sendiri saja.

Kalau kakzakie klik 2 kali pada gambar sepatutnya akan keluar satu deretan semua gambar dalam entri. Kalau diklik (sekali) setiap satunya akan jadi besar. Semoga jadi. Ketemu lagi.

School Of Tots said...

Alhamdulillah Pak Temuk. Seronoknya dapat lihat keindahan alam di negeri nan jauh milik Allah ini. Doakan saya dan isteri dapat berkunjung jua satu hari nanti.