Tuesday, October 29, 2013

SAUDAGAR PETUNIA

Berdasarkan pengalaman menggantung + membela delapan pasu petunia, macam ini..........
 
 
 

Campur sedikit kerajinan mengintai, mengumpul, dan kemudian
menyemai benih-benihnya yang macam ini..........

 
 
Barangkali Temuk sudah berada pada anak
tangga pertama untuk menjadi saudagar petunia.

Mungkinlah anak tangga pertama dalam
tangga 1000 anak. Yang namanya, tangga angan-angan.

15 comments:

Khai♥Rin : anies said...

cantikkk...andai la kalau ada kaler biru...ttu lg cun

Temuk said...

Khai♥Rin : anies
Nanti Pak Temuk cuba cari yang berwarna biru (biru tua ke biru muda?) yang sudah dipasang-siap di nurseri dan gantung bersama-sama yang lainnya supaya kelihatan cun. Atau Pak Temuk cuba cantum-cantumkan sendiri pokok-pokok yang ada untuk hasilkan Petunia Biru Anies. Angan-angan lagi bunyinya....!

ahmad humairi said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wow! Tuan saudagar, pandai mengintai!!!...mengintai peluang jadi saudagar, sambil mengintai biji-biji benih tuuu...
....saya beli je kat nurseri. Tahanlah lebih kurang sebulan...pastu lenyap. Pernah juga menyemai biji-biji benihnya. Ia tumbuh menjadi harapan akan kesinambungannya, namun gagal.

Yang kat laman tu dah berapa lama usianya? Mungkin dari baka-baka yang disemai sendiri???

Nizam.Ariff said...

Salam Kang..
Cantik...tp perlu rajin menyemainya...

Temuk Pak said...

Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi
Yang kat laman dah 5 minggu pindah dari nurseri. Bila ternampak bijibenihnya memecah di sana sini, tinggi pula keinginan mengumpulkannya. Baru nak cuba belajar menyemainya. Memang rendah darjah keyakinan, memandangkan bijibenih yang begitu halus. Tapi keinginan mencuba amat tinggi. Kalaulah menjadi, jadi hutan petunialah laman Pak Temuk.

Temuk Pak said...

Salam, Nizam.Ariff
Cantik banget, tambah-tambah bila ada pelbagai warna. Kena cari yang berwarna lain. Baru nak cuba belajar menyemai biji-biji halus petunia ni. Kepingin lihat hasilnya. Sambil cuba biakkan dengan cara keratan.

ummuaidan said...

salam pak temuk,
cantik sunggu bergantungan dalam pasu gitu..bunga nie ade pelbagai warna tak? kalau campur pelbagai kaler mesti meriahkan nampak..tambah2 nak deepavali nie..heheh..lawak jer..

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ummuaidan
Yg Pak Temuk ada cuma 3, 4 warna saja. Memang nak cari lagi yang warna2 lain di nurseri. Biar meriah. Hihi, Pak Temuk akan beri kebenaran kalau ada rakan2 yg rayakan deepavali ambil gambar berlatarbelakangkan petunia2 tu. Charge: 1 kg of muruku for 3 shots. Ok, kan?

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu..
Duluuuuuuu.. 12 tahun dulu masa pokok ni baru popular, saya pernah tanya harganya di nursery.. 1 pasu yg sudah penuh merimbun dengan warna ungu pekat harganya mencecah $70!! Pengsan dibuatnya. Tak mustahil cigku digelar saudagar petunia 1 hari nnti...Amin.

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah.ceria rumah Temuk dengan gantungan petunia. Saya suka petunia tetapi selalu selepas berbunga lebat, ia kering dan mati.Harga sepasu, mahal! Temuk ada biji benihnya ye? Bagaiman nak dapatkan biji benih petunia?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ummuaidan
Setuju, lebih banyak warna tentu lebih cantik pemandangannya. Nanti Pak Temuk cari warna2 eksotik kalau ada. Elok juga bila ada yang rayakan depavali mahu ambil gambar berlatarbelakangkan petunia Pak Temuk. Bolehlah kita caj mereka. Sekali ambil gambar, 1 kg muruku, ok?

Su @ Aya said...

Salam Pak,

Cantiknya pokok2 bunga tu. Su ada beli butir biji benih pokok petunia ni, kat supermarket. KOnonnya nk tanam, tapi tak tanam2 lagi. Dah lama dah, ntah elok ntah tidak lagi. Tapi tengok pokok2 pak ni, su jadi semangat pula. Hehe.. nampknya kena tabur butir2 biji tu cepat2 ni.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam sVSs. Tak pernah menyedari harga petunia begitu tinggi 12 tahun lalu. Mungkin besar pasunya tu! Di kawasan Pak Temuk, sepasu macam yang ditayangkan tu, berharga antara RM10-12 sekarang ini. Kalau berjaya menetaskan bijibenihnya yang sudah dikumpul itu, insyaAllah boleh jadi penternak petunia..... tapi, takkan tahu perihal nak menjualnya, hihi.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS

Alenna, yang digantung-tayang tu dah agak lama Temuk pelihara. Beli dari kebun orang sebelum SAB gathering tu. Kalau tekun jaga, buang bunga2 layunya, ambil benih2 tuanya, siram + baja sepatutnya, insyaAllah tahan lama sikitlah si petunia. Senang saja nak dapatkan benihnya. Mampirlah ke rumah saudagar, hihi.

Temuk said...

SU @ AYA

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, baguslah jika dengan melihat apa yang Pak Temuk gantung itu Su @ Aya jadi lebih bersemangat nak semai bijibenih petunia yang sudah disimpan lama tu. Ya... cepat, nanti hilang atau melepasi tarikh luput pula. Good luck!