Tuesday, October 29, 2013

TERUNG LUAR BIASA PAK TEMUK

Terung Pak Temuk ini luar biasa!
 
Luar biasa. Dalam pun biasa! Boleh percaya, kan?

Panen pertama, hasilnya ada yang merep saudara kembar. Ada yang berupa sebilah kerambit.
 
Tapi, sebelum dimasukkan ke medan tumisan, kembar atau kerambit, memang amat boleh, dilawakan potongan badan masing-masing.

Teringat masa membaca di internet, petua elokkan buah tomato + banyakkan hasilnya. Kena buang banyak tunas dengan dahannya yang melambak di sepanjang batang utama.

Pak Temuk pun cubalah untuk pokok-pokok terung luar biasa  (dalam pun biasa) Pak Temuk itu. Para pokok kelihatan lebih kemas.
 

Untuk panen ke 3 nanti, pokok-pokok yang berwajah lebih kelimis, nampaknya mempamerkan buah yang lebih baik saiznya.  Walaupun kuantitinya, lebihkurang sama. 

InsyaAllah, adalah juga kesan aplikasi petua tomato untuk terung pasu Pak Temuk itu.

Mati terung tidak diurus,
Tapai didedah dilaci barang;
Hati serong kehendak tak lurus,
Sampai kesudah dibenci orang!

39 comments:

Ibu Qistina said...

Assalam pak temu,

subhanallah,ceria nye terung2 tu saya tgk....bermacam2 bentuk lagi. :)

ummuaidan said...

Salam pak temuk,
Pokoknyer taklah besar sangat kelihatan, namun buahnya tuh mcam banyak jugak..sehat pun sehat...bagus petua tuh kan..kat umah nie tak pernah dicantas..tp buah oklah pokok besar..tuh pun tak brabih jer manjang asyik buruk dipokok jer..:)

ahmad humairi said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pantun mung dibalas si terung....

Anak Cina turun ke padang,
Sampai ke padang hatinya meradang;
Kalau benci tuan memandang,
Keratlah saya dengan pedang.

huuuuu.....

JunAina said...

Walaupun tanam dalam pasu meriah berbuah.

al- lavendari said...

anak cina menangkap bilis,
apakah makna panen dan kelimis ?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Ibu Qistina,
Terung yang dipasukan, walau ceria adalah batasan-batasannya. Tak lawan tanam di tanah. Nak bercara hidrofonik, tak berbaloi pula. Ceria selalu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ummuaidan
Si pasu mengekang tumbesaran pokok, apa lagi ada masalah kedekut baja, hihi. Bila tunas & dahan banyak dipupuskan, barangkali dapatlah pokok beri lebih fokus kepada menambah & membesarkan buah. Agaknya begitu? Ummuaidan punyai kelebihan, tanah yang luas dan subur. Kalaulah Pak Temuk bertanah begitu..... cemburunya....

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Waalaikumussalam Cikgu Humairi

Kupandang lipan di kota Pajam
Pandangan kabur berhati rawan
Pedang kusimpan mata kupejam
Kebencian kukubur berbahagialah tuan.

Temuk said...

JunAina

Berapa seronok mata memandang, seronok lagi hati merasa..... bila yang ditanam, dalam pasu atau di tanah, berbuah meriah. Ceria selalu!

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Balam capek derita burung
Isnin kesunyian Khamis lemas
Dalam konteks cerita terung
Panen tuaian, kelimis kemas.

makchaq said...

Bestnya dapat masak & makan terung tanaman sendiri... semestinya organic dan tanpa racun serangga....
Orang dulu2 kata kalau makan buah kembaq boleh dapat anak kembaq.. kalau Pak Temuk mungkin dapat cucu kembaq la kot..

Cantik sangat nampak perunia tu...
makchaq boleh kata tak pernah tanam bunga... tapi tengok orang tanam suka jugak...

Bila agaknya makchaq boleh start berkebun balik...

Su @ Aya said...

Assalamualaikum pak..

wahhh... cantik2nya terung pak temuk. sedap ni, dimasak lemak, ada plak sambal belacan dan ikan masin. fuhh.. bertambah2 la makan nasi. hehe...

Hjh Noralenna Abbas said...

Di rumah banyak pasu- pasu kosong. Berhasrat juga nak tanam sayur seperti terung (purple n green = cantik), bendi (jejari wanita!). TQ kerana tips mendapatkan benih petunia daripada bakal saudagar petunia. Ceria-ceriakan hari hujung minggu!

sudipVSsenduk said...

kecil2 dulu selalu sebut buah terong-terongak.. hahaha. OK, tak kelakar

Temuk said...

MAKCHAQ

Segar, tua-mudanya sedang-sedang, bajanya asli + sememangnya tak dikesani racun apa-apa.... jadi memang lain rasanya bila (terus) dimasak.

Alahai... dah makan dah terung kembar tu. Tapi, yalah, kalau memang Tuhan nak beri cucu kembar tak makann terung kembar pun dapat kan, makchaq? Tetap syukurlah. Cuma, kalau ikut rasa hati, yang ada-ada tu pun dah cukup riuh-tingginya!Awat makchaq memang duk ambik cuti-berkebun ka la ni?

Temuk said...

SU @ AYA
Wa'alaikumussalam Su....

Syukur, tuaian ketiga memang lebih lawa hasilnya. Walaupun sebenarnya, rupa dlm gambar lebih lawa daripada rupa sebenarnya. Ih ih, terung masak lemak + sambal belacan + ikan masin + nasi panas... fuhh.. terlupa ada kolestrol, darah tinggi + diabetis!

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Nak menanam atau menyemai benih, kita selalu leka.... tahu-tahu dah hilang + terbazir beberapa hari. Kalau boleh, ingat saja, tanam! Atau semai! Tak sedar pun pokok membesar, yang disemai dah bertunas. Hihi, yang cakap ni pun 2 x 5.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Kihkih... geli hati juga, camne buah terung boleh jadi terongak? Yang sVSs ceritakan tu mesti spesis rajalawak....

Al-Manar said...

Rasa rasa macam ada bahan rahsia Pak Temuk campor dalam baja!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Itulah untungnya berbudi pada tanah. Seronok tengok hasil tanaman Pak Temuk tu.

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum Pak Temuk,
Salam kenal, seronok tengok tanaman terung Pak Temuk.Saya memang suka terung terutama dibuat ulam mentah.

Abd Rashid said...

Tahniah dapat makan hasil tanaman sendiri.

Temuk said...

AL-MANAR
Dalam baja, dalam siraman, masa tak lupa kita masukkan ramuan doa di hati + rasa kasih kepada si pokok. InsyaAllah.

Temuk said...

MAK LONG a.k.a KUNANG-KUNANG
Bila orang seronok lihat hasil itu pun sebenarnya kita turut gembira sama. Smoga Kuang-Kunang sihat sentiasa.

Temuk said...

MAK LONG a.k.a KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Ceria selalu!



Temuk said...

pt ส่าหรีสี
Wa'alaikumussalam PT
Terima kasih sudi singgah. Dulu-dulu arwah ibu biasa masukkan terung begitu ke dalam tanakan nasi yang sudah kering airnya. Kira kukus bersama nasilah tu! Terung memang sayur buah yang enak. Kalau tak banyak bijinya, lagi hebat. Ketemu lagi!

Khai♥Rin : anies said...

kalu mkn terung tu bleh dpt ank kembar x? ekekekekekekek

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Salam Maal Hijrah.... muka buku baru hari ni ya Ayah.

Mari memetik siterung ungu,
Tertutup daun sarang kerengga,
Hati yang serong tak siapa tahu,
Lambat laun ketahuan juga.

Sungguh tu Ayah, buang tunas & dahan memang hasil buahnya lebih berkualiti. Itulah yang biasa Allahyarham Ayahanda lakukan ke atas semua pokok buah-buahan di dusun kami (dulu masa kecik), sampai Amie sendiri rasa sayang sangat tengok putik2 buah kena buang.

Temuk Pak said...

Anies, grenti tak dapat kalau Pak Temuk yg makan, kihkih. Tapi kalau teori tu betul tentu ramai pasangan yg tak beranak cari Pak Temuk nak beli terungkembar tu! Alamak, dah ditumis + dimakan lama dulu!

Temuk Pak said...

ANIES, maaf Pak Temuk punya ruang komen ni kena sawan agaknya... formatnya berubah2 ikut suka dia. Ada respon Pak Temuk di bawah.

Temuk Pak said...

AMIE
Wa'alaikumussalam Amie, Selamat menyambut tahun baru 1435H. Mugo2 apik sekabeane.

Tertutup daun sarang kerengga
Tinggallah peti berisi alu
Lambat laun ketahuan juga
Sesallah hati diri pun malu.

Bercucuk tanam, sayang nak pangkas, sayang nak buang pentil yang terlalu banyak, memang boleh merugikan ya Amie. Baguslah petua orang tua2 kita!

Temuk Pak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Temuk said...

ABD RASHID
Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Ketemu lagi!

Ummi Kami said...

Salam anakanda buat Ayahanda Temuk.. Apakhabar...

Mati terung batang terendam,
Melentuk kurus ranting bertakuk;
Berhati serong bertatang dendam,
Telunjuk lurus kelingking pun bengkok...

insan marhaen said...

Tanam dalam pasu agaknya. Sebab tu pertumbuhannya tak sepertinya...

Temuk said...

UMMI KAMI
Salam kembali, terima kasih kembali. Alhamdulillah sihat, semoga demikian juga seisi rumah anakanda di sana.

Mati burung terendam di parit,
Menyapalah kedidi bagaikan kenalan;
Hati serong dendam melangit,
Siapalah sudi jadikan taulan!

Temuk said...

IM
Memang benar, IM. Itu hasil terung berpasu. Ingatkan lebih mudah nak dijaga kesuburannya kerana keadaan tanah keliling rumah berbatu. Tapi, dek kita bukan orang pertanian, nampaknya cuma setakat itulah kemampuannya.

Honey said...

Salam Pak Temuk.

Pak Temuk pastinya guru Bahasa Melayu kan?