Tuesday, October 7, 2014

DALAM PADA NAK MUDAHKAN HIDUP.....

Semakin bertambah jenis dan bilangan pokok di sekeliling rumah yang dihapuskan kini. Supaya lebih mudah hidup. Tak perlu fikir banyak  untuk menyelenggarakannya.

Tapi, dengan tiba-tiba, teringin pula menanam tin. Dek pengaruh 
mereka yang ditemui di alam maya yang kini berseronok-seronok 
dengan cerita tin mereka: pokoknya, tutnya, keratannya, putiknya, bajanya, khasiatnya, dan macam-macam lagi. 


Peringkat awal: Takut sangat anak tin rosak kena hujan!
 

Kelmarin, sempat ke Johan Setia, Kelang, lagi. Mencari tambahan anak-anak tin.  InsyaaAllah, sudah ada sedozen semuanya sekarang. Cukup! Cukup!

Di rumah, dapat merasa lagi tin segar yang diberi percuma oleh pemilik nurseri.

Tut dan buah tin segar dari Kelang.
Kapan kembang-kembang dan selainnya terus dikurangkan, insyaaAllah, hidup tetap boleh jadi mudah sekalipun para tin mendatangi keliling rumah.

20 comments:

Aziela said...

Banyaknya pokok tin Pak Temuk.... Pak temuk tangan sejuk, semua pokok hidup subur. Semoga terus dimurahkan rezeki.

Temuk said...

Aziela
Manalah banyaknya. Cukuplah untuk main-main dengannya... Mudah-mudahan boleh sampai tahap pokok berbuah. InsyaaAllah, biasanya antara 3-5 bulan dalam pasu/polibeg tu buah akan mula keluar. Kalau Aziela mahu tahu cerita penanaman tin di Malaysia, bukalah facebook kumpulan-kumpulan peminat tin ini, seperti fb Jual Beli Pokok Tin dan seumpamanya.

Nizam.Ariff said...

Salam.
Semasa floria di putrajaya ada ternampak pokok tin....mahal juga anaknya, dekat 250 ringgit harganya...

al- lavendari said...

Pertama kali saya tengok pokok tin. Pokok lokal ke tuan ?

Honey said...

Salam Pak Temuk,

Banyak sungguh pokok tin Pak Temuk. Bila berbuah nanti boleh lah di sedekahkan pada sahabat handai dan juga jiran tetangga untuk merasa. Kalau di beli di pasaraya buahnya agak mahal. Lebih kurang dengan harga avocado. Harga sebiji boleh dapat sepinggan nasi bersama lauk :)

Temuk said...

Nizam.Ariff
Wa'alaikumussalam. Paling murah cara mendapatkan anak tin, kita semai bijinya. Belilah buah dari penanam tempatan atau yang diimport dan dijual dipasaraya. Atau kita boleh beli dahan/batang tin yang ditut (kaedah 'air-layering'). Bila yang ditut sudah dipasu atau dipolibegkan, ia (mereka panggil anak pokok)lebih mahal. Bergantung kepada varieti, saiz pokok dan penjualnya, harga boleh jadi antara RM120-RM280 sepokok. Ini julat harga yang saya pernah temui. Memang agak mahal, ya Nizam, berbanding harga bagi anak mempelam atau rambutan, sebagai contoh.

Temuk said...

al-lavendari
Semoga Tn dan famili sihat sejahtera. Mungkin sebenarnya tn pernah lihat tin "liar" tempatan yang kita panggil ara, tapi tak perasan itu tin. Walau apa pun, memang ada penanam2 tin komersial di Malaysia. Google saja "Fig Malaysia" sebagai contoh. Penanam tin sebagai "hobbyists" lagilah ramai. Yang aneh dan menyeronokkan saya, ramai kaum wanita! Boleh cuba buka, sebagai contoh, facebook "Malaysia Gardeners" dan "Jual Beli Pokok Tin". Yang kek Soromban pun ado. Temasuk yang pompuan. Tn pasti boleh menanamnya di Lavender Heights tu... dlm pasu atau atas tanah.

Temuk said...

Honey
Wa'alaikumussalam. Taklah banyak tu. Cukuplah utk suka-suka, main-main.... juga buat-buat eksperimen. Yg seronoknya bila berkomunikasi dgn "hobbyists" lain dalam facebook, bertukar-tukar ilmu dan pengalaman. Kalau dikira saiznya yang rata-rata cuma sebesar bola pimpong, memanglah tin itu mahal. Pak Temuk diberitahu, yang diimport boleh jadi antara RM5-13 sebiji di pasaraya. Tapi belum pernah beli sendiri. Honey sukakah tanam-tanam pokok?

Kakzakie said...

Wattini wazzaitun... tetiba kakak teringat ayat At-Tin. Salah satu buah yg disebut di dalam Al-Quran ada di syurga. Kakak tak pernah rasa yg fresh tapi yg kering biasalah semua org pun dah makan hihi...

Jadi teringin pulak kakak nak menanam juga.

Pak Temuk tahu tak buah uyah-uyahan (yg daunnya buat bungkus tempe), masa kakak kecik-kecik dulu kakak makan tau hihi... Lebih kurang macam buah Tin inilah. Sekarang macam dah tak nampak dah pokok ni kat kampung kakak.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha dari kakak

sud@is said...

Assalam lama tak bersiaran.
Banyak dah kawan-kawan mencuba pokok ni, macam best ja tengok pokok kat sini...

Temuk said...

Kakzakie
Semoga Kakzakie dan famili sihat dan gembira berhariraya qurban yang sama-sama kita raikan baru-baru ini.

Oh, tak pasti pula yang mana daun uyah-uyahan. Sebab di kg Pak Temuk dulu orang gunakan daun pisang utk membungkus tempe. Mungkinkah yg Kakzakie sebut itu daun "ara", yg para sifu tin kata memang sefamili dgn tin? Kalau ada gambarnya mudahlah nak cam.

Kakzakie masuklah ahli facebook kumpulan "Malaysia Gardeners", "Jual Beli Pokok Tin", "Fig-O-Ria"... antara yg Pak Temuk ingat. Boleh nanti kenal pasti members yg ada jual anak tin yg terdekat dgn kawasan Kakzakie. InsyaaAllah nanti dengar cerita tin Kakzakie di mana-mana media sosial. Ketemu lagi.

Temuk said...

sud@is
Wa'alaikumussalam. Semoga sihat sejahtera. Terima kasih singgah. Oh, tentu kawan-kawan ada cerita keseronokannya, kan? Pak Temuk pun berasa nak "share the fun". Seronok juga mempelajari tentang pokok ini... dari kecil kita pasukan sampai, insyaaAllah, masa buahnya kita petik. Reaksi saya kpd Kakzakie (di atas) ada menyebut sedikit tentang facebook kumpulan yg boleh dilihat berhubung dgn aktiviti menanam tin.

ctpayong said...

assalam Temuk
wahhhh...ni yang buat kita jealous ni. tapi jealous dlm hal tak apa...bagus. ni nak tanya ni. mana dapat benihnya. mudah ke nak hidup...cara tanamnya macamana.

harap pak temuk dpt share hal tut si tin...

teringin jugak kakCT memilikinya sepokok dua.

Ibu Qistina said...

Assalam Pak temuk,

la ni kalo tgk dalam internet mcm fenomena pula semua org menanam pokok fig. Teringin nak menanam juga, tp tak ada keberanian lagi. Suka tgk pokok fig pakai baju putih tu. hehe

Bunda a.k.a KN said...

Assalam, pertama kali tengok pokok ni...semoga hidup subur dan mendapat hasilnya nanti...

Temuk said...

Bunda a.k.a KN

Muncul keinginan menanam tin (fig) setelah temui para hobbyists dan juga pengusahanya melalui internet. Ada yg masih menumpu kepada pembiakan anak & menjual anak benih. Ada yg berusaha mengeluarkan buahnya serta memasarkannya. Ada yang sudah mampu jual benih + buah! Saya lakukan sebagai hobi saja. Terima kasih di atas doa. InsyaaAllah. Aameen.

Temuk said...

Bunda a.k.a KN

Wa'alaikumussalam. Have a nice day!

Temuk said...

Ibu Qistina

Wa'alaikumussalam Ibu Qistina,

Ada juga benarnya.... la ni kalo tgk dalam internet cerita menanam tin mcm satu fenomena pula. Sudah banyak kumpulan facebook terbentuk, menumpu kepada penanaman dan bisnes tin.... termasuk kumpulan yg bersifat internasional.

Saya sokong keinginan Ibu Qistina itu. Ramai ahli fb boleh beri nasihat & panduan. Penghujungnya, rezeki Allah! Kalau Dia mahu beri kita rezeki akan jadilah apa yg kita usahakan. Kita ikhtiar lakukan + cari ilmu utk melakukannya. Perihal fig pakai baju putih itu pun, contohnya, usaha-fikir sendiri, setelah tahu pada peringkat awal pokok wajar dijaga drpd kena hujan yg banyak. Bimbang daunnya "berkarat" atau pasu/polybegnya kebanjiran air, hingga lemas pula akarnya... hatta mati pokoknya. Bagi saya yg sudah lewat usia ini, kekangannya = tenaga mencampur-campur tanah, pasir, tanah bakar, sekam dll sebagai "medium" tanaman. Modal pun tinggilah juga sebab anak pokok dan bajanya pun agak mahal juga, terutama kalau mahu menanam banyak varieti/jenis.

Ok. Naik dah semangat? Hihi.

Bunda a.k.a KN said...

Alhamdulillah...semoga tin yang ditanam terus hidup subur dan menghasilkan buah yang lumayan...

jual anak pokok tin said...

semoga anak pokok terus membesar.. 1001 khasiat yg terdapat dalam buah tin.. semoga di bumi malaysia penuh dengan pokok tin ini..