Monday, September 22, 2014

M U D A H K A N H I D U P


Telah tiga perempat tahun tidak melakar apa pun 
kisah di sini. Semoga masih ada teman-teman lama yang
ingat. Teman-teman yang sememangnya 
dingati dan dirindui.... coretan mereka.

Sambil kuis-kuis sawang di rumah yang lama ditinggalkan,
kali ini, Temuk cuma ingin cerita antara aktiviti yang 
diutamakan sekarang: ingin mudahkan hidup, dengan mengurangkan apa juga unsur di dalam dan 
di luar rumah yang menunutut kita kerja lebih. 


Yang tergelempang-tergelempang ini memang mencantikkan dan meneduhkan kawasan. Tapi daun dan manggar kering yang digugurkan amat meletihkan badan, pandangan, juga fikiran.


Teringat pula novel Usman Awang: Tulang2 Berserakan.
Kalau tak dibantu si pemotong merah, pasti longlailah tangan menyiapkan tugasan ini.
Hebat "kekerasan" si batang pinang.... yang sebelah luarnya! Tumpul mata rantai gergaji!

Yang tinggal ini mungkin juga menunggu masa. Terdahulu, lebih 30 batang kerabat sudah dikorbankan. Masa itu kapak dan parang masih mampu dihayun.

Ketemu lagi, insyaa Allah, dalam paparan akan datang.

28 comments:

kasihibu said...

assalamualaikum paman...
sangat sangat menanti coretan dari blog ini
semoga sihat sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat dan redha Nya juga

Honey said...

Salam Pak Temuk,

Lama sungguh tak nampak Pak Temuk bersiaran. Sihat kah? Jika saya batang-batang pokok pinang itu akan saya jadikan meja kecil untuk lepak-lepak waktu petang.

Ataupun akan saya jadikan pagar untuk kebun sayur mini :)

Aziela said...

Salam Pak Temuk. Semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Boleh tahan juga batang pinang yer, kalau dah sampai tumpul mata gergaji.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
memang selalu ternanti-nanti coretan Ayahanda... akhirnya muncul jua. Bila sebut tentang Tulang-Tuang Berserakan, buah tangan Usman Awang... itulah novel pertama saya (buku teks SPM kepunyaan kakak), waktu itu saya masih bersekolah rendah, dan tidak banyak bahan bacaan yang boleh ditatap. Teringat watak utamanya... ingin cari kerja lain, tak mahu berpakaian seragam dan memegang senjata lagi, juga tunang Majid yang menangis tak henti-henti meratapi pemergiannya... dengan Ujangnya, tak ado kojo caghi kojo, ado kojo tecongang-congang!

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt cikgu.
Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Semoga cikgu sihat sentiasa. Amin.

Temuk said...

kasihibu

Wa'alaikumussalam, kasihibu.
Terima kasih atas doa itu. Semoga kasihibu sekeluarga juga berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.

Temuk said...

Honey
Wa'alaikumussalam, Honey. Semoga sihat sejahtera.
Ya, agak lama tak bersiaran. Kira panas enjin baliklah ni, hihi. Utk dijadikan meja mungkin tak tahan lama keratan-keratan pinang itu. Utk dijadikan pagar kebun sayur mini, Pak Temuk setuju. Bila reput ia jadi baja percuma, kan?

Temuk said...

Aziela
Wa'alaikumussalam, Aziela. Terima kasih, semoga sihat sejahtera jugalah Aziela. Betul, terutama bahagian pangkal pinang, sekalipun itu pinang hiasan yg kecil, memang amat keras. Bahagian itu memang telah menumpulkan rantai mini chain-saw Pak Temuk, hihi.

Temuk said...

Amie
Wa'alaikumussalam, Amie. Dengan izin Allah, nampaknya datang balik "mood" memblog. Ayahanda juga merindui coretan rakan2 bloggers.... sehari dua ni akan cuba intai laman mereka, walaupun ramai juga yg sementara ini nampaknya berehat.

Hihi, entah macam mana ayahanda meyakini Tulang2 Berserakan itu sajak Usman Awang. Tak pastikan pula tu... sebab teruja memblog balik, hihi. Terima kasih, Amie... ayahanda dah betulkan "caption" berkaitan. Dekat 50 tahun dulu ayahanda membacanya. Masa suka "Sastera". Amie masih ingat lagi isi novel tu, ya, walau membacanya semasa sekolah rendah!

Temuk said...

Rohani M.U.
Wa'alaikumussalam wbkt, Cikgu Rohani. Lama tak ketemu di alam maya ni, ya. Semoga Cikgu juga sihat sejahtera sentiasa.

Nizam.Ariff said...

Assalamualaikum,
Wahhh... lama sudah tak bersiaran, kang. Semoga kakang sihat sejahtera, sekeluarga jua...

Al-Manar said...

Ingat sudah bersara terus. Alhamdulillah sudah segar kembali selepas membersih halaman. Kalau saya pula biarkan saja tinggi mana pokok pokok melangit selain yang ada kememunkinan tumbang merumah dalam angina kencang.

Harap terus menulis

Kakzakie said...

Bertindak mencari langkah untuk tidak menjadi 'kuli' membersihkan upih, memungut manggar akhirnya begitulah jadinya Pak Temuk buat pada pokok pinang yg cantik itu...

Kalau duduknya di kampung kakak boleh dijadikan bangsal duduk-duduk tapi duduk di bandar rumah dah cukup besar akhirnya tersusun rapi begitu sajalah batang pinangnya.

Irfa said...

cantik laman pak temuk
moga hari yg diberkati ye

ngasobahseliman said...

Welcome home!

ujang kutik said...

Maaf, bermacam-macam andaian saya mengenai ' kehilangan ' saudara.

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum Pak Temuk,
Semoga kehidupan mu di berkati dan di rahmati Allah SWT. Seperti kelihatan pokok2 yang di kemas kini itu adalah simbolik kepada hala tuju mu kepada keberkatan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT. Islam juga menggalakkan umatnya memudahkan bukan menyusahkan. InsyaAllah, ketenangan jiwa tercapai dengan kehidupan harian sederhana. Didoakan sejahtera dalam kekayaan kesihatan dan keimanan.Amin.

Temuk said...

Nizam.Ariff
Wa'alaikumussalam. Selamat bertemu kembali. Semoga Nizam.Ariff dan famili sihat sejahtera.

Temuk said...

Assalamualaikum, Al-Manar.

Menulis di alam maya, belum bersara terus. Selama ini, ada juga menulis dalam facebook. Terutama sekarang, sementara mampu tenaga, keliling rumah terpaksa dibersihkan dalam ertikata dibuang sesetengah pokoknya kerana sukar penjagaannya. Kalau di kampung, ada kawasan utk melonggokkan dan membakar sampah halaman. Mudah. Sekarang, kalau "terlebih" buangan halaman, lori bandaran pun tak kutip. Penyelesaian: buang pokok2 yang banyak buangannya perlahan-lahan. Ketemu lagi.

Temuk said...

Assalam, Kakzakie.

Benar, kakzakie. Memang sudah amat letih mengumpul dan membuang upih, manggar dan daun kering para pinang itu. Suatu ketika saya punyai lebihkurang 30 batang pinang kecil dan 10 batang pinang sirih. Lepas banyak dihapuskan, banyaklah kurang penjagaannya sekarang. Boleh fokus pada kerja2 lain di laman. Keratan batang pinang itu bakal dijadikan "pagar" kawasan sayur, insyaAllah. Tenaga belum cukup utk langsungkan projek.

Temuk said...

Assalam Irfa.

Terima kasih. Yang cantik itu komen Irfa. Lamannya tak. Lamannya cuma satu ruang kecil utk Pak Temuk keluarkan peluh dan buang "tension", hihi. Semoga hari2 Irfa juga diberkati dan diredhai Allah sentiasa.

Temuk said...

ngasobahseliman

Assalam. Semoga terus selalu ketemu... di laman kita, atau juga rakan2 lain, insyaa Allah.

Temuk said...

ujang kutik

Assalam. Tiada salahnya ada bermacam-macam andaian mengenai 'kehilangan' kita2 ni. Apatah lagi dek sebab kita telah pun memasuki ruang kritikal, hihi. Walau begitu mudah2an kita terus sihat dan dapat terus saling berhubungan. InsyaaAllah.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, DEKNI

Benar kata Dekni. Apatah lagi pada hujung usia ini, jiwa hanya suka kapada segala-gala yg mudah... yg simple. Makan, pakai, persekitaran, kenderaan... apa saja. Tapi, bagi orang lain, tak tahulah Pak Temuk.

Sejujurnya, dalam memblog ini, Pak Temuk juga amat mengingati foto2 unik Dekni. Foto2 yg bukan sahaja cantik tetapi juga simbolik, yang kaya dengan makna tersirat, juga yang berisi pengajaran yang sarat!

Azian Elias said...

salam pak temuk..

saya ingat sangat dengan Pak Temuk. teringin nak jumpa Pak Temuk.. nak sembang2 dengan Pak Temuk.. baru 2 3 hari lepas saya jengah Pak Temuk..

Pak Temuk sihat ke? Apa kata kalau hari raya haji nanti datang rumah mak ayah saya di Pontian, Johor..ada kenduri qurban..


pak temuk, ini nombor telephone saya.. anything lahh.

0192129958

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Yan,
Alahai... hiba pula Pak Temuk dgn coretan Yan itu. Terima kasih di atas ingatan. Juga terima kasih di atas jemputan ke kenduri qurban di Pontian itu. Baiknya Yan. Tapi, yalah, maaf saja ya, walaupun terhad mobiliti, pada hari raya qurban, adalah juga kerabat2 Pak Temuk yang nak kumpul2, dan Pak Temuk pun kenalah ra'ikan. Tahulah, wong nJowo, pentingkan sangat kumpul2, hihi. InsyaaAllah satu hari ketemu di mana2. Selamat menyambut hari raya Qurban.

ctpayong said...

assalam Temuk

Alhamdulillah kira kita masih lagi dapat berbual dan berbicara di ruang maya ini.

Semoga usaha sedaya usia dirahmati dan mendapat barokah Illahi.

Temuk said...

ctpayong
Alhamdulillah. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kita semua yang mewujudkan ikatan persahabatan dan memanjangkannya di alam maya ini. Pun kita semua tidak ketemu secara peribadi. InsyaaAllah.