Wednesday, January 1, 2014

TERKENANG

Saja terkenang sendiri. Kerana bagaikan tiba-tiba terasa ada 
satu kekosongan yang amat menyusuk.

Pada pagi 14 Disember 2013 yang lalu, kakak Murtini yang kami sayangi,  telah 
kembali ke rahmatullah. Kakak meninggal di rumah iparnya di Chenderong Balai, Perak,  
setelah 3 minggu menjalani rawatan di Hospital Teluk Intan untuk komplikasi 
paru-paru dan juga diabetis yang telah dihidapinya selama 3 tahun.

Jenazah telah dikebumikan pada petangnya di Tanah Perkuburan Selekoh, Perak 
di mana arwah ayah, emak, abang dan adik lelaki Temuk juga telah disemadikan.

Bersama Abang Sairi (suami) semasa urusan mendapatkan kaki palsu di Ipoh

Bersama arwah emak dan Kakak Marwiyah (di tepi emak) semasa menunaikan umrah

Bersama Kakak Marwiyah (skap putih) yang kini sudah pun ke rumah anak-anaknya di KL kerana sudah tiada siapa di kampung  


 Dengan takdir Allah jua, selang dua hari selepas Kakak Murtini meninggal, 
pada pagi 17.12.2013 kakak ipar Temuk, Kak Teh (dikenali rakan-rakannya di Bangi 
sebagai Mak Chak) pula menurutinya. Memang mengejutkan, namun itulah ketentuan Allah.

Kak Teh meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor,  setelah kira-kira 17 jam diwadkan 
dan doktor mengesahkan arwah mengalami komplikasi paru-paru dan jantung. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Universiti, Bangi pada hari yang sama.

   
Semasa rawatan patah tulang di Hospital Serdang beberapa tahun dahulu 
Bersama arwah emak di kala kedua-duanya sihat
Kak Teh telah tinggal serumah dengan famili Temuk di sana sini semenjak Temuk berumahtangga. Arwah telah menjadi seperti 'ibu' kepada anak-anak Temuk sehinggalah 
mereka sendiri berumahtangga. Begitu jugalah lamanya arwah menjadi pengendali hal-ehwal rumah famili Temuk sehingga arwah mula uzur kira-kira setahun yang lalu.

Semoga Allah memberi pengampunan kepada 
Kakak Murtini dan Kak Teh. Ketiadaan kalian sungguh kami rasakan.
Kami amat kehilangan dan merasakan kekosongan, namun redha dengan ketentuan Allah. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kakak berdua. Aameen!


23 comments:

Unknown said...

Alfatihah. Mendoakan roh kedua2 mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman, aamiin

Umm AA said...

Innalillahiwa inna ilaihi rajiuun..

takziah tuk keluarga pak temuk diatas kehilangan 2 orang tersayang..semoga Allah tempatkan mrk bersama2 mrk yg terpilih..ameen..
jaga diri yer pak temuk..semoga kesedihan beransur2 berlalu..

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Temuk,

Innalillahiwainnailaihirajiuun. Al-Fatihah untuk roh kedua2 arwah semoga dimasukkan dalam kalangan hamba-hamba yang dikasihi Allah.

Takziah pada Cikgu dan keluarga.

dear anies said...

alfatihah...
innalillahi wainna ilaihi raajiun

sudipVSsenduk said...

Takziah buat cikgu sekeluarga atas pemergian mereka yang disayangi. Moga roh arwah dicucuri rahmat..

Alfatihah...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Takziah buat Temuk sekeluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah. Amiin

Temuk said...

Dato' Abdullah Al-Hadi
Ummuaidan-Arissa
Kunang-Kunang
Khai♥Rin : anies
sudipVSsenduk
Hjh Noralenna Abbas

Anda sekalian yang dimuliakan
Terima kasih di atas ucap takziah, doa ikhlas dan kiriman al-fatihah semua. Semoga diterima Allah. InsyaaAllah.

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

Al fatihan dan Salam Takziah.
Kita pasti menurutinya.

Arwah Opah saya dikebumikan di Taman Syurgawi di Parit 6 Chenderong Balai...xde rezki nak berjiran dengan Kak Murtini....

Kg Chenderong Kelubi dah dekat sangat tuu...Orang kita di Chenderong Kelubi selalu "shopping" kat pekansari hari Sabtu di Chenderong Balai...

ngasobahseliman said...

Aameen. Kita semua akan ke Sana jua akhirnya. Semoga mendapat keampunanNya dan berjumpa semula di Syurga Firdaus bersama semua yang kita kasihi.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi. Walaupun kawasan CBalai tak jauh dari kg saya di Bg Datoh, memang saya tak biasa dengannya. Ada rakan2 sesekolah di Tk Intan dulu yg berasal dari situ, malah ada yg masih tinggal di situ. InsyaaAllah akan dicari suatu hari, termasuk Sek Ch. Kelubi dan Cikgu Humairinya. Manalah tahu.... angan2 jadi kenyataan.

NGASOBAHSELIMAN
Aameen. Mudah-mudahan begitu jadinya ya Hjh. Tentu tak ternilai bahagianya kita bila nanti dapat ketemu dgn orang-orang yang dikasihi, di Syurga Firdaus pula tu! Allahu Akbar!

Amie said...

Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali. Moga roh kedua-duanya aman & tenang di alam barzakh.

Al-Manar said...

Salaam takziah. Suka duka bersilang ganti. Kita terimalah.Yang pergi meninggalkan kenangan manis walaupun pedih dirasai.

BungaTulip said...

Al-fatihah buat kedua-dua arwah. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

sud@is said...

Takziah dan AlFatehah untuk kedua dua arwah. Berakhir sebuah kehidupan dunia dan satu lagi kehidupan menanti. Moga roh dicucuri rahmat Aminn.

Temuk said...

AMIE
AL-MANAR
BUNGA TULIP
SUD@IS

Terima kasih kepada anda sekalian di atas kiriman alfatihah, ucap takziah dan penyejuk hati, serta doa anda. Aameen. Terutama bila sudah di penghujung usia begini, lagi lebih terasalah benarnya kesementaraan dunia dan kita...

LadyBird said...

salam uncle..

mati itu pasti.. nanti kite pula yg pergi.. huhu.. takut.. :(

ctpayong said...

di sisiNya lah sebaik-baik tempat kembali.

Al Fatihah.

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Agak lama makchaq tak berblog, menulis tak, membaca pun tak...
baru mula menulis dan membaca balik

Hari ni teringat nak jenguk Pak Temuk..
Rupanya ada dugaan untuk Pak Temuk sekeluarga..
Makchaq ucapkan takziah untuk Pak Temuk sekeluarga dan semoga roh arwah2 dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

Makchaq juga doakan Pak Temuk dan Isteri serta keluarga sihat2 saja..

ih said...

Ameen

Amie said...

Menjengok lagi ke sini... kabare Ayah. Kok lama benar menyepi...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Aje yang ye!
Lamemeno tak nulih.
Sihat ke???
Sihatletundaknye....amin!

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk

Al-fatihah untuk roh almahumah kakak Murtini dan kak teh.

Takziah kepada Cikgu sekeluarga.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam

Lady Bird
ctpayong
makchaq
ih
Amie
ahmad humairi
Mak Long a.k.a. Kunang-kunang

Kalian yang mulia, maaf amat teramat, lama sungguh baru ada respon ini. Sememangnya rumah telah amat bersawang. Walau pintu terbuka, macam tak ada penghuni di dalamnya.

Terima kasih di atas ucap takziah dan doa. Aamiin. Amat-amat dihargai. Semoga Allah merahmati kalian.

Sudi-sudilah juga berkomunikasi dengan saya dalam fb... Abdul Halin Hamid.