Tuesday, September 22, 2009

L A R A

Salam semua

LARA tu maksudnya Laporan Raya. Bukan lara sedih. Maaf, LARAnya tak interesting, Ringkas. Pasal tahun ni, untuk setakat ni (sbb Syawal kita sebulan), tak aktif.


Hari pertama lepas sembahyang raya, raikan raya di rumah dengan keluarga anak sulung (lelaki). Dah 4 anak dia! Juga dengan anak perempuan & suaminya (baru lebihkurang 4 bulan berkahwin).


Hari kedua banyak melengung kat rumah. Didatangi keluarga bisan dari Batu Pahat Johor. Dengan cucu-cucunya. Ramai juga. Juga rakan isteri, Dr. Siva dan keluarganya. Dan Pn. Hiroko dengan anak perempuannya (dia & suaminya yang juga warga Jepun memeluk Islam & bernikah di Surau An-Nur/Surau Harun Din di Bandar Baru Bangi).


Punya bingung, tak langsung kuambil gambar tetamu-tetamuku itu untuk kenang-kenangan! Itu bahana keletihan puasa kot.


Hari ketiga, ke rumah 2 orang kakak dan 2 orang ibu saudara di Perak. Ramai jumpa saudara mara lain di sana. Nak kirakan memang ada berpuluh-puluh adik beradik saudara kat Perak tu, tapi memang tak bertempah nak ziarah. Kot ziarah, kena semua! Lagi pun, sebab kena balik hari. Kakak ipar yang mobilitinya terhad tinggal seorang di rumah.


Kagum lihat peri banyaknya "kereta masuk kampung"! Juga bertambahnya "kampung-kampung berjalan batu". Malah makin melebar jalan batunya. Juga seronok dengan "rumah-rumah dah berapi letrik" belaka, "rumah-rumah berair paip", dan juga "tv radio bergumandang di udara". Perubahan! Pembangunan! Para politikus gemar benarlah istilah-istilah tu.


Teringat aku zaman tinggal di kampung lebih 4 dekad dahulu -- zaman jalan tanah liat muat-muat roda basikal, berbasikal pun dah kira mewah sangat, zaman bertelaga & berkolam -- sebab air paip orang pekan punya, zaman pelita minyak penerang pondok, zaman istilah tv entah di mana, zaman radio hanya sebiji dua di kampung! Dan kita tumpang dengar "Sendiwara di Radio" di rumah 'orang kaya'. Aku bersyukur merasai kesemua "himpitan" itu, hingga insya Allah, dapat pula kurasakan peri bernilainya sedikit-sedikit 'kemewahan' yang Tuhan izinkan untukku hari ini.


Sedihnya, dalam perjalanan beraya di kampung, ada beberapa bekas kemalangan yang mengecutkan hati. Kelihatan antaranya, kereta 4WD terbalik bersalut rumput & lecah (kereta berat pun boleh terlentang!), motorsikal tercampak sampai ke tepi parit, kereta remuk tak menentu rupa .... Entah apalah terjadi kepada pemandu atau yang bersama pemandu. Mengapalah setiap musim perayaan kita begitu?
Tapi, melihat gelagat sesetengah orang di jalan raya, agak pasti juga kita akan punca besarnya. Kita sendiri tak sudi berhati-hati. Kita sendiri tak berhati. Kita sendiri beraja di hati. Maka kemalangan terjadi.

4 comments:

Leenoh said...

السلام عليکم

Saya juga ke Perak tapi pada hari raya kedua.
Pada hari Jumaat ke Kluang dan Sabtu ke Batu Pahat, semuanya atas sebab menziarahi keluarga.

Temuk said...

Waalaikumussalam
Belah mana Perak agaknya tu. Saya belah Bg. Datoh. Orang2 Kampar di situ (asal Sumatera) rajin buat lemang (besar2!), yang Melayu ketupat, yg Banjar tapai pulut & yang Jawa pula sayur goreng kering (campuran tempe, tauhu, pucuk, so oon dll). Tapi sekarang semua masak serupa belaka! Agaknya generasi anak2 kita, kurang banyak kot ziarah sdra mara ni nanti ya. Salam.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Hari itu saya ke Chemor, tidak jauh dgn pekannya, setelah menziarahi 3 buah rumah kami pun balik ke Shah Alam.
Tak balik Alor Setar kerana masa suntuk.

Temuk said...

Salam Leenoh
Wah, seronoklah dapat tambah jumlah rumah yg diziarahi. Isteri saya asal ASetar. Tapi jarang balik, sbb tak dak sapa dah, kcuali sdra2.