Monday, April 19, 2010

BAGAN DATOH 'syurga' kelapa

Rupa-rupanya sudah bertahun juga tak ke pekan Bagan Datoh (BD), 'syurga' kelapa. Tempoh hari, I made it! Sebelum ini, bila balik kampung ziarah keluarga besar, tak juga pernah menyempatkan diri ke situ.

Pekan BD merupakan ibu Mukim Bagan Datoh, Daerah Hilir Perak, Negeri Perak. Ia terletak di muara Sungai Perak, kira-kira 47 km dari Teluk Intan, ibu Daerah Hilir Perak.

Nampaknya BD telah membangun jugalah. Petanda utamanya,  bangunan-bangunan baru.


Kawasan pusat pekan BD mempunyai deretan kedai di kedua-dua belah jalan yang hujungnya mengarah ke sebuah jeti/jambatan, dikenali sebagai Jeti/Jambatan Bagan Datoh ( JBD). Kedai-kedai itu berusia kira-kira 75 tahun. Terdapat, antaranya, kedai runcit, pakaian, ubat, buah-buahan, serta kedai basikal dan makanan.

JBD yang ada sekarang merupakan jeti baru. Rasanya telah dua tiga kali diperbaharui. Nampak kukuh dan cantik. Di JBD itulah bot-bot kecil singgah, termasuk yang membawa penumpang atau barang dari atau ke kampung/kawasan berhampiran di kedua-dua tebing Sg. Perak.

JBD juga merupakan stesen para pemancing melepaskan gian memancing. Sasaran mereka, terutama pada sebelah malam, ialah udang galah, yang kalau mahu mereka boleh 'tolak' kepada peraih tempatan dengan harga RM20 sekilo. Pemancing yang ke kawasan Pulau Sembilan (dianggap lubuk ikan yang baik-baik!) biasanya ke sana melalui JBD.

Seorang penduduk tempatan memberitahuku, projek membuat pelabuhan besar bagi BD (berhampiran JBD) sedang dalam perancangan. Wow! Kalau betul, satu hari nanti bolehlah YB Datuk Seri Zahid, Pak Menteri Pertahanan kita, bawa kapal selam ke situ, tunjukkan kepada rakyat jelata BD. Ojo marah yo Datuk Seri!
















Kupaparkan di bawah ini beberapa wajah BD lagi untuk tatapan. Yang di bawah ini, nak tunjukkan kepada para pengunjung yang beranak kecil, ada taman permainan berhampiran dengan JBD. Anak-anak boleh bermain, sambil si papa mengail.


Yang ini pula, gambar-gambar yang ada kaitan dengan keselamatan rakyat jelata.


Cerita pasal keselamatan, termasuklah juga keselamatan dari bahana api, dan juga penyakit. Bagus betul, BD mempunyai Pasukan Bomba dan Keselamatan Sukarela sendiri, di samping sebuah Klinik Kesihatan yang uump!

Yang di bawah ini pula, Jabatan Pendaftaran Negara. Senanglah orang dari Mukim BD dan mukim-mukim lain buat MyKad + Surat Beranak. Kalau tidak, terpaksalah ke Teluk Intan. Lebih jauh, lebih masa, lebih belanja.


Yang di bawah ini pula, gambar-gambar sederet pendek gerai makanan, papan iklan homestay di sebuah kampung yang termasuk dalam mukim BD, pejabat homestay BD dan Pejabat Penghulu Mukim BD.


Sekolah menengah zaman aku dulu, di Teluk Intan. Kira-kira 40km sehala dari rumah di kampung! Kot ada di BD, dekatlah sikit. Kini ada beberapa sekolah menengah dekat dengan kampung asalku dulu. (Kampung asal pula dah tak ada!). Senangnya! BD mempunyai (yang sempat aku nampak tapi tak mengambil gambarnya) sebuah sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah Tamil dan sekolah menengah. Yang menonjol megah di situ ialah Sekolah Menengah Sains.


Di mana mesjid besar BD? Bila jumpa, tak cam pula. Rupa-rupanya sedang diperbesarkan. Alhamdulillah, tanda bertambahnya ahli qariahlah tu.


Kebetulan semasa di BD, ada pasar minggu. Kebanyakan gerai di situ menjual makanan, terutama yang telah dimasak. Teringin pula 'pelancong lokal' makan jagung rebus, sebab sangkaanya mestilah jagung BD. Tapi, kata penjualnya, jagung Ipoh! Belah mana Ipohlah agaknya ada orang menanam jagung?



Selepas kutenung Sg. Perak, muaranya dan tebingnya puas-puas, dan selepas kupijakkan kakiku lagi kuat-kuat ke lantai JBD, aku pun meninggalkan BD.

Sambil memandu, kupandang Pejabat Pos lama di sebelah kiri jalan. (Pejabat Pos BD sekarang tak sempat nak kuambil gambarnya). Jauhnya aku ke situ dulu-dulu, dari kampung, untuk membuat postal order bagi tujuan macam-macam jenis pembayaran, termasuk rasanya semasa memohon masuk ke universiti.

Aku juga terpandang beberapa buah rumah lama, tempat tinggal 'orang kerajaan'. Dulu-dulu, bila kutengok rumah-rumah itu dari bas, terbisik dalam hati  'bagusnya duduk di rumah tepi jalan batu'! Kini aku amat tahu, tak semestinya!










Dalam perjalanan aku juga bertanya diri sendiri. BD dan kawasan sekelilingnya, masih berstatus 'syurga' kelapakah?

Sang estet gergasi di situ pun sudah lama menukar kepada kelapa sawit. Pekebun kecil di sekitar BD juga telah ramai yang meniru estet. Kelapa, kata kawanku, memang tiada dahan untuk pemiliknya bergantung! Tapi, aku tak berapa setuju....










Tapi, memang ada jugalah benarnya madah si rakan.

Tanah liat BD sudah agak liat untuk melebatkan buah kelapa. Pekebun kecil tempatan di sekelilingnya, pandai-pandai sendiri, juga meniru estet. Yang terus berkelapa juga belajar melebarkan aktiviti pertanian mereka kepada penanaman selingan, terutama pisang. Ada yang menangkap ikan di laut. Ada yang menghasilkan makanan-makanan ringan, seperti kerepek dan kuih kering. Ada yang mengusahakan ternakan: lembu, kambing atau ikan. Dan ada yang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan, penuh-masa atau sambilan,  seperti 'buat homestay'. Macam-macam ada!


Dan ramai juga yang berhijrah. Meninggalkan rumah. Menyambung kehidupan di lain tanah.

Pernah ke BD? Kepingin ke sana? Atau telah biasa dengan BD dan sarat dengan kenangan mengenainya?

26 comments:

Unknown said...

Salam Temuk.
Terlalu banyak kenangan di Bagan Datoh. Pahit, manis, masam dan semua rasa ada. Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan mula jadi cikgu pun di sana. Saya tinggal dekat sangat dengan stesyen bas BD.InsyaAllah akan datang menjengok dalam masa terdekat ini. Mungkin kita pergi satu kereta tapi Temuk kena jadi pemandu.

ahmad humairi said...

Salam,

Bagan Datoh
From Wikipedia :

Bagan Datoh (alternate spelling: Bagan Datuk and Bagan Dato') is a small township around 28 miles (45.06 km) west of Teluk Intan, in the state of Perak, Malaysia. It is situated south-west of Ipoh city, the state capital.

The main economic activity in Bagan Datoh is fishing. There are also, however, many coconut plantations nearby, visible along the road to Bagan Datoh from Teluk Intan.

There are also a few fishing villages scattered around Bagan Datoh, for example Sungai Tiang and Sungai Burong, and their corresponding seaside village Bagan Sungai Tiang and Bagan Sungai Burong.On the way from Teluk Intan there will be a few small township which are Hutan Melintang, Selekoh and Simpang Tiga. One popular spot for angling is Sungai Dulang, situated about 8 km from Bagan Datoh. It is famous for lobster fishing where an angler's night spent there could harvest up to 5 kilograms of lobsters.

Pekan Bagan Datoh...pekan yang membangun dan boleh dipanggil bandar Bagan Datoh. Tapi di Kampong Gajah ni tetaplah dipanggil kampong walaupun dah membangun seperti Bagan Datoh.

Temuk said...

Salam Dato' LF
Ikut KPI saya, ziarah kawasan BD tu 1x setahun. Kot lebih pun tak ada markah. Jadi tahun depanlah nampaknya kalau nak ke sana, pun kalau kesihatan tidak mogok. Tapi, kalau ada masa, duduk di JBD berjam-jam boleh jadi perubatan preventif & juga kuratif!

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Terima kasih banyak, beri maklumat tambahan dari Wikipedia tu. Pasti membantu bagi yg ingin ke BD. Memang banyak estet kelapa di sana, tapi dianggarkan 90% daripada kawasan kelapa di situ = milik pekebun kecil (yg kini banyak menukar sendiri kpd kelapa sawit). Lobster di Sg Dulang yg Wikipedia kata tu, mengikut yg saya tahu = udang galah, bukan lobster (udang kara?) yg orang Amerika suka makan. Berpuluh tahun tak lalu Kg. Gajah .... Pasti cantik & menarik. Thanks again.

Pak Idrus said...

Temuk, A great narrative indeed of a place that we now would not visit unless really necessary. The Highway actually has taken us out of the small town's path. Actually it worth the trip once awhile to take the country roads and enjoy the trip.

Yes all the small town has develop but those folks has yet be given to run their own show. It is time that the local council election be reintroduce and let the local managed their place. That my friend is a true democracy.

I am glad that you have take the time to photograph those places, otherwise I would have not notice those beautiful places and indeed it tell stories.

Have a nice day.

Temuk said...

Salam Pak Idrus
Thanks for your kind words and concern for the development of small towns. I agree with you that greater participation by the local people should be encouraged for the development of their own area and community. I wonder how effective the JK Kemajuan & Keselamatan Kampung + JKKK Mukim are now, especially in Perak, that has witnessed during the last few years, lots of political squabbles, involving people at the top right down to the lowest level in the kampung areas. Sekalipun kita terus membandar, semoga kawasan desa dan pekan-pekan kecil, yg sememamngnya juga menampakkan ciri-ciri urbanism, tetap indah & diendahkan. Have a great day!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Teringat saya sebuah lagu bila baca nukilan Temuk kali ini. Antara liriknya:

"Country road, take me home,
To the place I was born,
Bagan Dato, peaceful town (tiada dalam lagu asal))
Country road take me home....."

Thanks for introducing BD.

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Saya ingat-ingat lupa lagu tu. BD tu pekannya. Kampung2nya termasuklah kg di mana Temuk dilahirkan. Kg itu telah lama tiada penghuni (migrasi!) sekalipun kini lebih mudah diakses. Aneh! Namun, itulah tempat jatuh & bermain. Mano kan bulih dilupo!

Unknown said...

Salam Sejahtera
Seronok baca sejarah kampung Temuk :)
Terima Kasih.

Temuk said...

Salam Isah
Terima kasih. Saya juga seronok & teruja memasuki kampung-kampung berumah panjang di Sarawak penghujung 80an dahulu, buat penyelidikan. Entah bilalah ada peluang ke sana lagi. Semoga ceria selalu.

Leenoh said...

Salam sdr.Temuk.

Bagan Datoh memang sudah maju dan semakin maju.Kemajuan itu tidak mengkagumkan saya tetapi yang lebih mengkagumkan saya ialah cara persembahan nukilan ini disampaikan , ianya sangat menarik dan berkemahiran.

Temuk said...

Salam Sdr. Leenoh
Terima kasih. Apalah yang menarik atau mengagumkan. Nukilan ikut sempat dan rasa saja tu. Tapi saya memang kerap tergamit untuk ke paparan sdr yang banyak menyingkap tentang agama, yang sememangnya wajar kita fikir-fikirkan selalu.

Anonymous said...

saya bangga menjadi warga sekolah menengah sains bagan datoh!!!!

Unknown said...

salam bd.... pertamakali sampai bagan datoh saya amat terperanjat..... ini ke bandar menteri penuh......ssyyyy...

Nasz said...

Salam encik Temuk,

Bagan datoh ini memang mendamaikan. Saya sekarang bekerja di jabatan pendaftaran negara bagan datoh bermula bulan disember 2009 sehingga hari ini. Sekarang saya masih di bagan datoh.

In sha Allah akan pelbagai pembangunan bagi masyarakat BD ini. MB perak iaitu Zambry telah mohon untuk bina highway dari Selangor merentasi Pantai Barat dan melalui Bagan Datoh terus ke Changkat Jering. Kalau berjaya, Alhamdulillah sebab ini boleh meningkatkan lagi pendapatan masyarakat BD.

Anyway, kupasan yang sangat menarik. Saya suka entry ini.

Jemputlah ke blog saya ye?

www.mohdnaser.com

Nurul said...

Salam Tuan,

Saya sedang menulis mofologi tentang Pekan Bagan Datoh. Jadi jika tidak keberatan saya ingin mendapatkan sedikit maklumat ttg syair, gurindam, lagu atau pantun yang ada kaitan dengan Bagan Datoh untuk dimasukkan ke dalam Buku tersebut.

Entry yang sangat baik..

Unknown said...

Salam Admin ...kalau ada kenangan dan nostalgia gambar gambar lama terutama semasa Bagan Datoh di landa banjir sekitar tahun 80an,masa tu mungkin Admin masih kecil.Pada tahun 1984 usia saya baru je 28 tahun.sekarang ni dah pun 55.orang kata dh pencen ..sekian terima kasih.

suria rao said...

Terlalu banyak kenangan semasa saya belajar di smk seri muara.
Guru-guru yang penyayang serta rakan-rakan membuatkan saya rindu sekolah ini.Pekan Bagan Datoh yang aman dan damai serta keindahan semulajadinya membuatkan pasti akan menjadi tarikan istimewa.

Temuk said...

Ya. Kita tentu bangga dgn tempat kita dididik. Mudah2an berkatlah ilmu yg kita perolehi di situ.

Temuk said...

Maaf saya tiada jawapannya. Apa pun, perlahan2 insyaAllah BD akan terus membangun walau mungkin pada kadar yang kurang memberangsangkan.

Temuk said...

Terima kasih singgah & maaf lepas 8 tahun baru berbalas. Bila ada waktu memang saya lihat balik blog2 lama. Tuan telah bersara, mungkin. Apa pun, selamat maju jaya.

Temuk said...

Maaf ya Nurul. Dah 8 tahun berlalu..... mungkin karya Nurul telah pun diterbitkan. Sesekali saja blog lama saya susuri.

Temuk said...

Maaf tiada. Tkasih singgah ke sini. Dan maaf baru berbalas selepas 8 tahun.

Temuk said...

Tkasih singgah. Masih bertugas sekarang agaknya. Maaf lepas 8 tahun baru dibalas. Sesekali blog lama saya susuri.

Temuk said...

Ya. Kita tentu bangga dgn tempat kita dididik. Mudah2an berkatlah ilmu yg kita perolehi di situ.

Anonymous said...

palm angels hoodie
fear of god
goyard
palm angels t shirt
hermes birkin