Monday, April 12, 2010

A N C A U D A N RAMDA

Gambar di bawah ini kuambil pada 1 Januari 2003, di Kg. Sg. Batang (Baruh), Bg. Datoh, Perak. Waktunya, lebihkurang 12 tengahari. Yang digambar, ada tiga semuanya, sedang berehat! Orang tempatan memanggilnya ANCAU. Lebih tepat 'anco', jika kita ikut slang  mereka. Sasaran utama ancau adalah udang, walaupun bila diturunkan ke dalam air, apa juga hidupan di dalamnya boleh terjebak.  'Mengancau' lazimnya dilakukan pada waktu malam.



ANCAU ingin kudedikasikan kepada Pak Long dan Cikgu Humairi.  Rasaku mereka kasih dan akrab dengan 'ceritera persekitaran' seumpama itu. Dan aku turut teruja dengan coretan mereka.

Gambar RAMDA (Rambutan dan Air) di bawah ini pula kuambil di kawasan rumah pada 28 Ogos 2009, pada kira-kira jam 9.00 pagi. Hening pagi dan bening air amat membugarkan mata, hati dan rasa. 



RAMDA ingin kudedikasikan kepada Pak Idrus yang paparan-paparan blognya kaya dengan gambar-gambar serta nota menarik bersangkutan dengan alam dan misterinya.

ANCAU menampakkan pelbagai sumber alam yang digunakan dengan bijaksana oleh manusia  yang tahu memanfaatkan kejadian Allah SWT untuk kebaikan diri. RAMDA menampakkan pengembaraan ke satu penghujung. Perjalanannya digayuti pelbagai kemungkinan.

17 comments:

Unknown said...

Salam.
Tengok foto, teringat masa kat Bagan Datoh. Kalau ada simpanan foto jeti, boleh Temuk siarkan dalam blog. Bagan Datoh tak banyak berubah

azieazah said...

Terus teringat zaman kanak-kanak.. masa kecil guna juga ANCAU ni, tapi kami panggey TANGKOI (menangkoi ikan).. seronok jer bila angkat tengok ikan melompat-lompat atas jaring tu...

ahmad humairi said...

Salam,

Terima kasih atas pengabdian yang diberikan. Benar, saya bergelumang dengan parit, taliair serta ikan-ikan pada zaman anak-anak.
Tangkul (anco) ini memang selalu saya 'tolak-tarik' dan puas sangat rasanya bila melihat ikan (terutamanya sepat ronggeng) melompat-lompat di atasnya. Tergambar semula keseronokan ketika itu kini.

Ramda...mengisahkan pengembaraan yang rasanya tiada penghujung kerana setiap yang berakhir, akan bermula episod baru.

Bahagia selalu.

Temuk said...

Salam Dato' LF
Insya Allah, bile jumpe gambo jeti tu (ghupe lame dgn yg baghu) bolehlah teman tunjukkan. Siap dgn puisi lamenye sekali, eh eh. Dah 3 ke 4 oghang menteri daghi Bg Datoh kate nak bangunkan pekan tu sejak zaman arwah Ustaz Hassan Adli. Tapi pelen-pelen semua tak apruf kot.

Temuk said...

Salam azieazah
Oh, panggil tangkoi ye? Ada pula yg panggil tangkul. Masa kanak-kanak saya pun ada pengalaman guna benda tu. Masa tu terasa berat!Ikan yg kuat melompat boleh jatuh balik air & terselamat dari kena goreng! Have a nice day!

Temuk said...

Cikgu Humairi
Oh, bila cikgu sebut tangkul, teringat pula saya akan pukat tangkul yg pernah saya lihat di Tg Dawai, Kedah. Ya, pengalaman lampau - menjala, mengancau, menempang, membubu (melukah) serta mengail di taliair atau sungai (juga mencari kerang, lokan & belangkas) memang segar dlm ingatan & menyeronokkan.
Benar kata cikgu. Ramda akan berterusan ada di pentas kehidupan. Keturunannya akan berterusan dgn episod-episod baru. Cuma yg pada gambar tu, setelah ranum, berhujung sebagai hidangan pencuci mulut tuannya. Salam bahagia.

Pak Idrus said...

Thanks for the kind words on my kind of blogging especially the images I posted.

At this age I thought that it is best that I give back as much as I could to the society and I did it by blogging my thoughts and that includes posting images that I took.

Nukilan, You too have posted great images and that in a way inspired me to go on doing my best in photography.

I am happy that others enjoy my blog. Have a nice day.

Hjh Noralenna Abbas said...

Cantik gambar-gambar yang Temuk ambil.

Temuk said...

Pak Idrus
Thanks for your compliment. You are right. Blogging is certainly one way of giving back to the society - our views & ideas for them to react to, and our photos for them to enjoy. Salam bahagia.

Temuk said...

Hjh Nora
Terima kasih. Tengok gambar2 orang lain begitu hebat, teringin pula membeli kamera yg baik sedikit. Tetapi hati acap berkata, perlukah? Berbaloikah? Kamera2 lama yg pakai filem dulu (compact & SLR), dgn lensa2 tambahan, cuma bercendawan dalam simpanan. Terasa bagaikan membazir pula! Salam bahagia.

al-lavendari said...

salam bang.

di tempat saya alat tu di panggil tangkul. digunakan untuk menangkap ikan. seronok kalau dapat menangkap ikan kalau ramai orang mencari ikan dalam sebuah kolam atau tasik sebab ikan2 akan keluar dari sarangnya. masa tu rezeki murah sikit. itu cerita dulu.

sekarang saya tak nampak alat tu lagi di gunakan di kampung saya.

Temuk said...

Salam al-lavendari
Lain hulu lain parang. Saya pun tak pasti, ada lagikah ancau di Sg Batang atau tempat2 lain. Yg pandai buat pun mungkin sudah tiada. Kini, kita cari ikan di pasar atau pasaraya sajalah, guna RM tunai atau kad kredit. Ikan yg kita cari juga lain kali ini, bukan dari air tawar, tapi air masin, yang malahan amat-amat sejuk & dalam.

ahmad humairi said...

salam,

sekali lagi..x leh view entri terkini abang temuk - BAGAN DATOH - syurga kelapa.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Minta maaf banyak-banyak. Itulah hasil kerja si Warga Emas macam saya. Asyik 'pukang-lintang' dek virus sendiri! Insya Allah entri baru dah boleh diakses sekarang. Terima kasih.

Nurul said...

Salam Tuan,

Saya sedang menulis ttg moforlogi pekan Bagan Datoh, jika tidak keberatan saya ingin mendapatkan puisi ttg Bagan Datoh jika ada dalam simpanan Tuan

yanmaneee said...

kd shoes
supreme t shirt
nike off white
giannis shoes
supreme clothing
balenciaga
off white shoes
kd shoes
hermes belts for men
off white nike

Anonymous said...

informative post q7d06z7r97 designer replica luggage replica bags aaa quality replica bags turkey additional hints s2o33y8b14 replica bags aaa replica nappy bags replica gucci bag p8g36z0u25 replica bags china