Friday, April 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

KEPADA SEMUA PEKERJA DI SELURUH MALAYSIA
DIUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT
HARI PEKERJA
(1 MEI 2010)

SEMOGA SEGALA SUMBANGAN ANDA
KEPADA FAMILI, MASYARAKAT, NEGARA & AGAMA
MENDAPAT BERKAT & KEREDHAAN ALLAH


Menjelang hari bermakna ini, walaupun sudah bersara dari menjadi pekerja, aku tetap terkenangkan peri mencabarnya zaman masa kini. Kepada para pekerja!

Entah berapa ratus atau ribu jenis perkerja dan pekerjaan di Malaysia hari ini, pun tidak kusedari. Yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau sendiri. Yang dalam sektor perindustrian, pertanian, bisnes, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan, dan macam-macam lagi. Yang sepenuh masa & yang sambilan. Yang bergaji tetap, atau yang sukarela. Yang di pejabat, malah di rumah. Yang berpangkat tinggi dan yang kurang tinggi. Lelaki atau wanita. Yang kurang upaya atau yang penuh upaya. Yang kanan dan kurang kanan dari segi umur & pengalaman. Banyaknya jenis. Banyaknya macam!

Apa pun jenis atau macamnya, semuanya amat tercabar. Wujud pelbagai tuntutan baru kini. Maka wujudlah pula cabaran-cabaran baru.  Yang lebih berat, yang perlu ditangani.

Insya Allah anda semua akan berjaya dan terus berkemampuan menyumbang bakti!

 

15 comments:

Kak Nora said...

Salam Temuk,
Hari Pesara boleh tak? Pensioner's Day.....wakaka...

azieazah said...

Selamat Hari Pekerja.. juga hari Pencen untuk bekas pekerja.. heehe

jasamu dikenang..

DrSam said...

Salam Temuk. Selamat Hari Pekerja dan bekas pekerja. Tanpa pekerja, pincanglah negara.

ahmad humairi said...

salam,

Hari Pekerja - ada yang bekerja cari duit tambahan..

salam hari pekerja. kita semua bekerja - selagi hayat ada.

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Hehehe. Hari Pesara kan kita memang dah dapat. Hari Pesara kan hari-hari! Setiap hari, Tuan & Puan Pesara menyambut & meraikan kebebasan daripada kerja formal. Tapi ada pula yg kena kerja tak formal. Kesian! Have a nice weekend.

Temuk said...

Salam azieazah
Benar, jasa para pekerja & yg sudah berasara amat wajar kita kenang. Semoga yg masih bekerja dapat mencapai sasaran KPI mereka! Yg sudah bersara pula diharap mampu mengisi kehidupan dgn produktif, sesuai dgn tahap umur serta kemampuan fizikal & mental mereka. Selamat berhujung minggu!

Temuk said...

Salam DrSam
Benar, tanpa pekerja beku & kakulah negara. Pekerja amat penting. Cuma janganlah pula kita jadi begitu bergantung kpd pekerja luar. Berbagai masalahnya yg perlu kita hadapi. Alahai ... kalaulah boleh cuma guna pekerja tempatan! Ceria selalu!

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Insya Allah, kerja kuat semua, selagi ada hayat & berkemampuan. Tak mengapa, pada hari pekerja pun boleh cari RM lebih, jika keadaan membolehkan. Dapat bayar zakat lebih! Selamat berhujung minggu!

Aida Ali said...

Suka dengan penjelasan tuan terhadap setiap komen. Sangat jelas dan penuh ilmu. Mesti tuan masa bekerja dulu seorang yang sangat komited.

Puan Isah said...
This comment has been removed by the author.
Puan Isah said...

Salam Temuk,
Harap2 tak terlalu lewat Isah ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja :)
Post ini penuh bersemangat! Isah tabik pada Temuk.

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Masa bekerja dulu semangat saya selalu berkubar-kubar, tetapi sasaran yg dituju biasa berkubur-kubur. Walaupun begitu, saya tetap bersyukur dgn apa yg saya sempat & dapat buat. Selamat maju jaya, sentiasa!

Temuk said...

Salam Isah
Terima kasih. Saya lagi tabik kpd Isah yg sentiasa bergelumang dgn kerja-kerja di rumah, utk famili, kerana Allah. Coretan-coretan Isah mengenai makanan di luar dan masakan sendiri di rumah memang menyeronokkan. Have a nice day!

Ayah Zain said...

salam temuk

selamat hari pekerja, selamat hari ibu, selamat hari jururawat, selamat hari belia, selamat hari guru .........

Temuk said...

Salam Ayah Zain
Kebetulan ya, banyak perayaan dalam sebulan dua ni. Sama-samalah kita meraikan hari istimewa bagi semua kumpulan, yang masing-masing berterusan menyumbangkan khidmat bakti berharga mereka kepada masyarakat & negara.