Friday, May 14, 2010

DULU MENGGAMBAR, SEKARANG DIGAMBAR

Sikit cerita dua kamera SLR lama. Belum bertaraf antik. Juga sebiji kamera pin-hole yang dah lebih 50 tahun umurnya. Dulu, dengan mereka bertiga itulah (terutama dengan yg SLR), ke sana sini, klik klak, klik klak, mengambil bermacam gambar. Beribu juga, termasuk slaid. Dulu, mereka bertiga menggambar. Sekarang gambar mereka pula kita ambil!

Kamera pertamaku, ASAHI PENTAX Spotmatic II. Beli tahun 73, lepas dua tahun bekerja. Barulah ada sikit duit untuk berkamera.









Kemudian, perlahan-lahan, berkeupayaan pula, seronok-seronok tambah tripod, tele lens, wide-angle lens, lens extender. Teringat juga beli  flash gun. Tapi entah mana pergi dah. 

Ada beberapa gambar yang si Asahi klik klak, yang ingin kuabadikan di sini -  gambar di kampung lama bersama arwah ayahbonda, gambar kala mencari ilmu di negeri orang, gambar rumah serta anak pertama, gambar mobil pertama, gambar ketika tinggal di rumah sewa + TV sewa (!), serta gambar kawasan  rancangan pemulihan kebun kecil kelapa.


Kamera keduaku, Nikon FE. Beli, rasanya, tahun 1979. Melalui pos.  Masa tu tengah sambil cari ilmu di negeri orang juga. Ada pula tambahan wide-angle lens, juga flash gun kemudian. Lagi terujalah, klik klak klik klak ke sana sini, sambil mengabadikan persekitaran tempat asing.










Antara yg si Nikon tangkap, ada beberapa gambar yg kuhargai. Termasuklah gambar mendiang Prof. Tan Sri Milton Barnett (dgn isteriku dan arwah Profesor Razali), gambar  'abah, emak dan anak-anak, semua kena sekolah!', serta gambar arwah Wak Ramlah (bidan kampung) dan sebuah Klinik Desa di Perak.












Kamera terbaruku (tetapi tertua umurnya) dibeli pada tahun 79, atau mungkin 80.  Berjenama Kodak, model  Brownie Hawkeye. Siap dengan flash gun, tapi sudah tak boleh digunakan lagi. Mentolnya (yg bila dah flash akan terbakar!), dah tak dijual. Beli masa garage sale. Harga tak sampai RM10 duit kita.

Uniknya si Kodak ni. objek dilihat melalui tetingkap kaca di sebelah atas. Gambar yang dihasilkan berbentuk empat segi. Oklah kualitinya. Antara yg sempat kurakam menggunakan si Kodak adalah gambar dua bujangku. Dulu, memang merekalah yang selalu jadi sasaran.

 
Dengan munculnya teknologi digital hari ni, dan dengan berakhirnya perkhidmatan 'cuci negatif/gambar' di semua kedai gambar di kawasanku, maka berehatlah si Asahi, si Nikon dan si Kodak.

Ribuan gambar yang AsaNiKo telah kilik klak kini jadi pembantu jujur menyingkap zaman. Membantu memutarkan semula kerencaman pengalaman - himpitan hidup, kekangan peluang, keterbatasan pandangan dan miskinnya bimbingan. Namun, syukurnya, tidak pula dirasakan pedihnya! Longgokan gambar juga sedia dan setia mengimbaukan kembali berbagainya gaya, beranekanya langkah dan beragamnya silat, ketika berpayah menungkah keadaan. Juga, ketika girangnya hati,  menyesuaikan diri dengannya, sekalipun penghujungnya mungkin tak seberapa. Pastilah aku, dengan izin-Nya jualah segala yang berlaku telah berlaku.

Ramai kalian di luar sana,  yang pastinya juga berkamera lama. Malah lagi banyak, lagi antik pula. Makanya, kujangka lagi berpeti-petilah gambarnya. Lebih melaut pulalah kisah di sebaliknya!

(Nota: Maaf gambar2 kurang jelas. Kecuali gambar2 kamera, yg lainnya adalah gambar2 lama yg diambil semula menggunakan kamera kompak).

16 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Temuk..

wah, pencinta kamera rupanya! tentunya banyak sekali himpunan gambar2 lama yang boleh mengimbaukan kenangan manis sewaktu muda2 dulu!
kak nab pun dok tengok gambar2 lama...anak2 minta scan gambar masa mereka kecik2 dulu...

Temuk said...

Salam Hjh Zainab
Gambar2 lama yg berlonggok2 & bercampur2 ni memang dah bertahun nak disusun balik. Supaya bila tengok & kalau nak cari senang. Belum selesai & entah bila nak selesai. Alahai, ada masanya dah lupa, ni gambar di mana, & ni anak yg mana! Looking forward to see your photo collections soon.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam temuk,
Sayang sekali saya tidak pula ambil gambar kamera-kamera lama saya. Banyak juga jasa kamera lama saya merakam gambar sebagai kenangan. Itu yang menjadikan album satu almari. Banyak juga belanja. My first cam was a Brownie. My last one Nikon,yang gunakan roll film went kaput (terjatuh) the year I bersara. But mine were not as 'professional' as yours. Now, everybody can click with the digital. So Temuk, happy clicking.

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Yang lama, indahkan & endahkanlah dlm kenangan, walau jasadnya telah tiada atau bubrak. Bilalah gambar2 hjh yg banyak tu dapat dialbumkan, ye? I'm doing it right now. Tapi entah kurun keberapalah nak siap. Benar, teknologi digital memang menyeronokkan. Insya Allah, sempat kita manfaatinya. Lepas tu teknologi apalah agaknya. Have a great weekend!

ahmad humairi said...

salam,

Memang hampa dan kecewa bila Malaysia tewas tak melawan....satu set pun tak boleh menang!...kalah terus menerus dan xde peluang mendahului.

Apa nak buat! China memang hebat!!!

Kamera pertama saya - kodak instamatic dengan flash-cube untuk sekali menggambar sahaja. Masa tu masih sekolah - bawa masa lawatan sambil belajar..dah rasa cukup bergaya. Dah jadi cikgu beli pula Olumpus-pen - jimat filem sebab dia gunakan half-frame sahaja. Yang ketiga - JVC Camcorder..dah hancur bila anak pandai 'menukang-tikusnya'...dan yang terkini Olympus digital 12 megapixel yang rasanya dah ketinggalan jugak....

rasa lebih mudah bila bawa handphone berkamera...resolusinya kira okla jugak...

...selamat mengelik!

Unknown said...

Salam Temuk
Memang pasukan Cina hebat! Sakit hati tengok pasukan badminton Malaysia satu set pun tak larat menang :(

Nostalgia tengok gambar-gambar lama kan? Mesti banyak yg nak kena susun tu :)

Saya bukan lah pakar sgt tentang camera2 ni..tapi teringin nak beli satu digital. Gambar2 kat blog saya hanya hasil gambar petikan oleh hp je.
What kind or brand would you recommend for someone who is inexperience dalam gambar menggambar Temuk?

Terima kasih.. :)

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
China memang hebat. We'll win next time. Wah, banyaklah pengalaman cikgu dlm bab kamera & mengelik ni. Kita ni akur dibuli kapitalis. Asyik2 beli model baru. Tak lama kita pakai dah jadi kuno! Olympus 12 megafix cikgu tu ok sangat2lah. Boleh guna banyak tahun lagi tu, kecuali hati cair tengok model baru. Camcoder Sony & JVC saya (guna tape) pun dah bertahun tak dipakai walau masih baik. Kedepan ni kena jaga nafsu supaya tak membazir.

Temuk said...

Salam Isah
The Chinese players were superb. They have plenty to choose from among their very best, anyway. Although you've been using a hp for your blog photos, they look good and sharp. Frankly I don't know much about cameras. I'd say most Japanese digital compact/digital SLR cameras (eg. Sony, Canon, Nikon, Olympus & Panasonic) are very good although nearly all of them are made in China nowadays. Some bloggers feel a compact costing around RM500 is more than enough (whih I agree), although those who are terribly serious about picture quality would probably acquire a degital SLR costing not less than RM3000. Good luck in your camera hunting.

ahmad humairi said...

salam,

cerita yang dijanjikan akhirnya tiba jua - MEMANGKAS (PRUNING FOR WHAT REASON ?)....saya mungkin boleh view bila ada entri terkini yang lain (?)

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Banyak2 maaf. Ingat rupanya, ye? Baru draf, tapi entah camana terpicit 'pamer', kot. Tapi, insya Allah, bakal datang. Maaf sangat2, lagi sekali.

Aida Ali said...

Tuan Temuk macam pelakon Sony Abdullah pulak saya tengok.

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Saya tahu pelakon tu. Pelakon tu lawa ke tak, cikgu? Hehehe. Tapi, gambar semasa, tak berani paparlah. Nanti cikgu tak menziarahi blog saya lagi pula. SELAMAT HARI GURU dan semoga terus maju jaya.

yanmaneee said...

kd shoes
supreme t shirt
nike off white
giannis shoes
supreme clothing
balenciaga
off white shoes
kd shoes
hermes belts for men
off white nike

tywhot said...

replica bags lv replica bags philippines replica bags ru

Anonymous said...

these details click for info look at this website Related Site More Help This Site

teshat said...

check this link right here now replica bags from china click to read more replica ysl handbags Recommended Site high end replica bags