Sebaik-baik saja aku nampak nona-nona berpaket di pasaraya tempoh hari, terus terlintas di kepalaku entri dalam blog Pak Idrus. Mengenai pohon nona di rumahnya, dan kenangan manisnya semasa kecil akan dukun kampung yang kerap mengasah peralatan kebunnya, bernaungkan pohon nona (sila lawati http://idrus.blogspot.com/). Pak Idrus memang akrab dengan tanam-tanaman. Entri-entrinya yang sungguh menggamit amat acap memperihalkan tumbuh-tumbuhan di sekitar rumahnya.
Macam mana rasa sebenar buah nona? Pak Idrus kata seperti kastard. Sesuai dengan namanya yang Mat Salleh beri, Custard Apple. Benakku berkata, kalau betul nak tahu rasanya, kenalah beli!
Berpandukan tips Pak Idrus, tahulah aku nona yang aku beli belum masak. Aku akur: simpan dulu! Rasa teruja dua hari kemudian - dah masak! Aku pun bertindak menamatkan riwayat buah pertama sebelah pagi, dan buah kedua sebelah petangnya. Nampakkah 'batu tandanya'?
Enak juga buah eksotik ni. Sebenarnya enak macam apa ya? Ada seakan-akan rasa jambu batu yang sudah masak (ikut lidahkulah!). Kasar sedikit teksturnya. Apa lagi isinya yang melekat pada bahagian dalam kulit yang memang mudah disudu. Juga kulihat isi itu seperti bancuhan tepung beras yang 'basah-kering' serta agak berjeli sedikit. Jelas, ada rasa manisnya.
Terfikir aku, kalaulah buah unik ini dijual di pasaraya Tokyo, entah berapa puluh RMlah agaknya sebiji, sekalipun di pasaraya di mana aku membelinya, harganya cuma RM1 sebiji.
Pak Idrus ada berpesan, buah nona mesti dimakan dengan penuh kesabaran. Baru ada nikmatnya. Dalam setiap 'ulas' kecil isi nona, terdapat satu biji hitam. Dalam sebiji buah, ada lebihkurang 40 ulas kecil, yang bererti ada 40 biji hitamnya! Kalau tak sabar, dan kalau tak pandai melenggang lenggokkan ulas-ulas kecil itu dalam mulut, habis sahaja sebiji nona disantap, akan berlonggoklah 40 biji hitam dalam usus kita. Dibimbangi, kesan longgokan si biji hitam itu akan menyiksa saluran-saluran tertentu kita, sama kesannya seperti jika kita menikmati buah rambai dengan biji-bijinya sekali! Keperitanlah kita semasa di Tan Das!
Maaf. Tak banyak boleh kucoretkan mengenai rasa si buah nona. Yang pernah mencicipi, mungkin mahu berkongsi 'rasa'. Tapi baguslah. Buah sebesar genggaman tangan ini, indah pula pengajarannya - sabar dalam melakukan sesuatu. Terutama, sesuatu yang sepatutnya menghasilkan satu kenikmatan. Sabar menjadi satu kemestian supaya kenikmatan yang dijangka tidak bertukar menjadi satu kecelakaan.
36 comments:
Ya, begitulah hebatnya buah tempatan. Masing2 ada keistimewaan tersendiri. Saya tak ingat dah rasa buah nona ni, pernah makan pun masa kecik dulu jer...
Hmmmm pandai Bang TEMUK buat rekaan gitu dgn biji nonanya...
Salam Temuk,
Tengok tu ada ! Tetapi tak pasti dah pernah mencubanya atau tidak ! Buah nona ni bukan buah kegemaran LF ! Yang duri-duri tu dan dari jauh dah berbau, yang tu kesukaan LF.
Salam azieazah
Nampaknya azie kenalah pastikan semula macam mana rasa buah nona tu. Tu hari saya jumpa si nona tu kat JayaJusco di Wangsa Maju. Saya nak semai bijinya banyak2 & nanti bolehlah azie mohon anak benih percuma. Have a nice day!
salam Temuk...
Buah nona adalah kegemaran masa zaman kanak-kanak... tapi ari ni anak2 dah x peduli lagi kewujudan buah nona ni...
Salam abang Temuk.
memang sulit untuk menceritakan rasa. kalau nak tahu rasanya tidak ada cara lain, kenalah rasa.
teringat pulak lagu;
nona nona zaman sekarang
tak boleh ditegur tak boleh dilarang !
salam cikgu
teringgat masa kecil2 dulu
dirumah arwah atok ada banyak pokok ni, daun nona yg wangi, bau buah pun wangi bila masak
tp sya pun dah lupa macaman rasa buah nona ni
bila tengok rasa teringin nak makan
jd harus dicari dan cuba menyemai semula, sbb anak sya lagi tak kenal buah ciku dan pokok ciku, nanti bila di sebut buah nona,lagilah mereka tak kenal.
salam,
Ada pernah sekali mencuba rasanya..terus petik dari pokok rumah jiran....tapi tekak kurang menerimanya. Mungkin belun cukup masak agaknya. Atau jiran tidak ikhlas menizinkannya (?). Mungkin juga boleh dibuat 'cokkodok' macam buah sukun tu?
Cukup berseni adengan si nona,
Terpesona walau hati lara,
Merah mempesona,
Hitam membara asmara.
Salam En Temuk,
Saya pernah tengok buah Nona tu tapi tak pernah lak rasa buah dia macam mana.
Salam luahfikiran
Peringkat umur kita memang agak banyak dah perkara yg kita tak pasti & tak ingat. Tak apalah.
Belum cuba si nona, belum tahu. Entah2 buah berduri jadi pilihan kedua selepas menjamah nona. Apa lagi bila dikenangkan, membuka si buah berduri bukanlah satu kerja mudah.
Salam zurena
Kita sendiri sudah berubah citarasa. Ada orang malas nak makan buah-buahan lokal sebab cerewet sikit. Buah-buahan luar pun banyak kita import, agak murah, dan mudah nak dimakan. Anak2kita lagilah merasakan asingnya nona itu (walaupun terdapat dalam negara) sebab jarang mereka nampak dan makan. Ceria selalu!
Salam al-lavendari
Betul sangatlah yg al-lavendari kata. Bila lidah sudah merasa, tahulah mulut menyebut rasanya.
Nona sekarang jika dilarang
Hatinya berang wajahnya garang
Mulutnya lantang tangan menyerang Hidup tak mahu dibendung pantang.
'Noni' apa ubahnya!
Salam sayangsayangibu
Bila ke supermarket cubalah cari buah nona tu. Boleh 'rasa semula'. Kalau dulu kita suka, sekarang camana? Elok benar kita tanam sekeliling rumah, di kebun atau di kg, pokok-pokok 'lama' spt nona, nam-nam, durian belanda dan sebagainya utk menyejukkan persekitaran & mata kita yg memandang. Dan utk memberi ilmu kpd generasi muda kita.
Salam Cikgu Humairi
Kata rakan blogger, nona mesti dimakan semasa cukup masak, tetapi jangan terlalu masak (lembik!). Memang belum pernah dengar orang buat cekodok nona. Cekodok pisang yg nona Indonesia buat utk jualan di kawasan saya ni, adalah. Kot ada pun, pasti mahallah harga cekodok nona.
Andai benar
ceritera nona mengurai lara
girang rianglah penglipurlaranya.
Andai benar merahnya mempesona
membara asmara dek hitamnya
tarikan si nona tinggilah laratnya!
Salam Pn Aidah
Macam yg seorang rakan blogger kata, nak kena rasalah nampaknya supaya tahu rasanya. Right, just give a try. Bagi saya, rasa nona tu tidaklah pelik atau ganjil, tapi menarik & malahan, sedap juga!
Salam Cikgu,
I think there are several varieties of buah nona.I especially like the smooth skinned ones which are red in colour when ripe. This variety is more custardly and creamier than the ones you bought. Ulasnya tak berapa ketara. They sort of merge together but seeds are aplenty just like those you bought. If you have the time, do look up my entry "The Custard Apple Syndrome" December 2009. I have a picture of it there.
Salam ..
suka membacanya.
Salam pak Temuk, seringkali nona disalah anggap buah mentega. Buah mentega hmpir sama dgn nona. Nona rasanya spt buah durian belanda kn. Apapn, saya suka cara pak Temuk berbicara tentang sesuatu.
Salam Pn Roffini
Thank you for telling us about the smooth-skinned variety of custard apple. Haven't seen it. I think foreigners would certainly prefer that to the kind that I bought because of its better appearance. Will look up your entry on the same subject soon.
Salam Ira
Terima kasih. Pernah makan nona, tak?
SALAM ADRYDAUD
Terima kasih. Panggillah saya Temuk saja. Mungkin nona yg sdr katakan serupa dgn durian belanda itu nona berkulit licin, seperti yg Pn Siti Roffini katakan di atas. Yg saya tahu isi durian belanda sentiasa masam, sedangkan isi buah nona biasanya pasti manis. Betulkah?
salam taaruf. teringat pula lagu 'nona nona zaman' sekarang...
Assalamualaikum Cikgu,
Saya tanam 2 pokok nona. Rujuk kepada coretan isteri saya, Siti Roffini. Bila musim buah...pulalah banyaknya.
Temuk, thanks for the kind words on my kind of blogging; I am flattered. As I had often said I blog because I wanted to share my thoughts with the world and in order to get a wider audience I blog in English. If Malaysian want to be successful in today's world of globalization, they must master this language..English.
In my golden years what better things to do then sharing one's thoughts, with a hope that it would enriched others lives as it had enriched mine. To me life is to be enjoyed and I have been enjoying life all through out my years and knowledge has made it colorful as well.
The Tok Yek story is special to me in that it taught me many lessons that I could not learn in a classroom. One aspect of course is patience, which is a value much lacking now and a must if one wanted to succeed in life. The other one need skills to do a good job, thus he was a great Dukun and an expert in maintenance his tools too.
To me if one want to succeed in life one my acquire knowledge and only with knowledge could one move forward with confidence.
Have a nice day.
Salam Temuk,
Saya pernah rasa buah nona satu masa dahulu. Pokoknya ada ditanam di laman rumah Kpg Baru, KL. Rasanya seperti buah durian belanda, jika masak. Pernah Temuk dengar "Jingkling Nona' lagu famous masyarakat Portugis Melaka? Nona nona zaman sekarang, lagu Belanda. Eh, macam World Cup pulak! Selamat berhujung minggu.
Wa'alaikumussalam Mej.
Ya, saya memang mengikuti tulisan isteri Mej itu & telah maklum akan entrinya yg lalu mengenai buah nona. Tentunya menarik bila cerita mengenainya datang dari tuan punya pokok & penanamnya sendiri. Apatah lagi ini adalah mengenai nona berkulit licin, yg tentunya lebih cantik! Of course, beauty lies in the eyes of the beholder! Ada seorang blogger friend sebut tentang kemungkinan dibuat cekodok nona. Macamana Mej? Pernah cuba? Semoga projek buku Mej berjalan lancar.
Salam Pak Idrus
I believe you have been getting new admirers of your blog since your recent entry on the custard apple (nona) fruit. I sincerely wanted that to happen because I strongly believe that your entries have a lot to offer in terms of spiritual enrichment and betterment of the physical environment. Like the one on nona, they are always laden with good values that people should strive for and continue to uphold. The Tok Yek episode has definitely taught us many lessons, that is, if we really want to 'look deeper' into it. Makna tersirat sesuatu jarang dipedulikan orang, apatah lagi bila yang tersuratnya mereka rasakan 'tak ada apa-apa'! Sayang sekali. Have a great weekend!
Salam Hjh Nora
Hehe. Nampaknya dah tak ada nona di laman KB tu, dan juga cik nonanya.
Memang ada orang kata rasa nona macam rasa durian belanda. Setengah orang kata tekstur nona kasar sikit (macam berberas?), tapi selalunya manis, sedangkan db selalunya masam walaupun sudah ranum.
Ada dengar, lagu Nona-Nona Zaman Sekarang & Jingkling Nona berasal dari Pulau Jawa. ?? Rasanya betul.
"Saya selalu kenduri di KL, tapi belum sempat singgah ke rumah CTZ & AH". Semoga ceria berhujung minggu.
salam temuk. tqvm sebab mengingatkan saya dengan pokok nona di kebun kelapa nenek saya dulu. Banyak benar buahnya. merah dan berkilat kulitnya pabila masak. Bila jolok tak dapat, saya panjat pokoknya bila nak ambil buah. Dahannya reput bahaya juga. Di belakang rumah saya sekarang ada saya tanam sepohon nona dan kawannya durian belanda, tapi belum ada buah lagi...
Salam Cikgu Jay
Seronok zaman dulu, ya! Nona boleh panjat pokok nona bila tak dapat dijolok buah merah & berkilat. Itu mungkin jenis buah berkulit licin (tak sama dgn yg saya beli). Semoga si pohon nona & durian belanda di belakang rumah cikgu segera berbuah. Tentu kan teruja mata & hati.
Salam Pn. Roffini
Saya dah tengok entri Pn mengenai nona & vertigo tu. Suburnya pohon nona Pn tu! Memang kulit buahnya lebih licin drpd jenis yg saya beli. I hope to find that type of custard apple around here. Ya, vertigo memang menakutkan. Saya ada rakan yg biasa kena. Memang kesihan. Mula-mula saya sangka vertigo menyerang disebabkan makan nona! Have a nice day!
Assalamualaikum Cikgu,
Saya mengaku tak pernah dengar cekodok nona...mungkin sedap. Mana nak tahu kalau tak cuba, betul tak? Tentang buku, sehingga kini tiada sebarang berita dari IPTA berkenaan. Sementara itu, sedang cuba-cubalah xplore lain-lain sumber.
Salam Mej
Mungkin yg ada pokok nona & memang peminat tegar cekodok boleh cuba buat cekodok nona tu. KEMENTAH sepatutnya boleh sokong hasrat murni Mej tu. All the best!
golden goose sneakers
goyard handbags
kobe sneakers
yeezy
golden goose
longchamp handbags
goyard
supreme clothing
moncler sale
birkin bag
body massage spa near me price
body to body spa in south Delhi
body to body spa in Delhi
jacuzzi spa in delhi
spa in delhi open now
Happy ending b2b spa near me Delhi
best spa in connaught place
best massage spa in delhi
full night spa near me
full service spa near me
Pesakit radang paru-paru Copd
En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.
Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570
All this when combined with the product development skills to come up with new products and services, Impala Glass is geared to move to the next level of glass processing in Kenya and the region.
https://impalaglass.com/products/architectural/tempered-laminated-glass/
Post a Comment