Thursday, August 19, 2010

KE PASAR RAMADAN, JANGAN TAK PERGI.....

Kata rakan saya, kena pergi pasar Ramadan (PR). Jangan tak pergi, ulangnya. Ke PR bukan maknanya kita ni asyik ingatkan makanan saja. Atau asyik fikir nak puaskan nafsu, beli makanan macam2. Kan puasa itu sendiri juga bermaksud menahan diri daripada makan. Kita sepatutnya dah kebal daripada godaan makanaan.

Memang setujulah aku dengan 'syarahan' dia. Sebenarnya aku pun teruja menengok meriahnya orang kita berniaga dalam bulan mulia ini. Ramadan jadi ruang segolongan kecil orang kita berniaga. Walaupun cuma sebulan, labanya baik. Memang baguslah kerja berniaga. Nabi Muhammad (saw) kita pun ada beritahu, peri hebatnya berniaga sebagai punca rezeki.

Bila ke PR, sambil mendapatkan makanan yang kita hajati, sebenarnya kita juga memberi sokongan kepada mereka yang berniaga. Tentu ada di kalangan sesetengah mereka yang amat memerlukan kerja berniaga 'sementara' itu demi melangsungkan kehidupan keluarga dengan lebih berkualiti.

Seronok juga ke PR ni sebab sambil2 kita boleh menonton macam2 keletah, macam2 kerenah orang berjual. Cair hati kita bila lihat peniaga yang tinggi budibahasanya. Pula tu juadahnya sedap. Harga makanannya juga berpatutan. Kita pun doakan dia dalam hati, semoga Allah redhai usaha murninya. Dan esok lusa kita hinggap ke gerainya lagi.

Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 18.8.10

Cucu sapalah si kecik ni . Mungkin dia yang ajak emak abah
ke PR. Botol tak boleh lupa!

Cerita pasal PR,  wow .... banyaknya lokasi PR di kawasanku ini, Bandar Baru Bangi. Penentu utama pemilihan lokasi? Mudah parking. Mudah pun, sesak juga! Dalam dah seminggu ni taklah aku keluar hari2. Keluar pun, 'gelagat' membeli, insya Allah terkawal. Terkawal kuantitinya dan macam2nya. Tukang makan di rumah pun dah tinggal 4 orang. Semuanya dalam kategori makan bersukat, dan makan berjaga dari segi jenis dan kandungannya. Anak2 dah berbuka sendiri2, dengan famili masing2.

Seronoknya ke PR macam di BBBangi ni, juga macam di tempat2 lain pastinya, memang banyak betul jenis makanan. Penjualnya juga dari macam2 negeri. Mungkin 'dari Perlis sampai ke Sabah', semua ada. Juga macam2 kelompok dari tanah seberang. Maka amat berbagailah juadah yang di pasarkan, baik kuih muihnya, mahupun lauk pauknya. Malah juga jenis minumannya.


Ini gerai kegemaranku. Lauk pauknya simple. Tapi
sesuai dengan citarasa. Sesuai dengan poket.


Bila hati sudah suka, biasanya kita akan ke situ juga.

Bila ke PR, sebenarnya kita juga beri cuti pada orang rumah. Bukanlah sepanjang 30 hari! Kalau orang rumah termasuk kategori yang blognya cerita resepi tiap2 hari, memang tak payahlah kita beri dia cuti. Tentu dia akan merajuk!

Lagi satu, bila ke PR, bolehlah juga kita tambah bilangan juadah yang orang rumah sempat sediakan. Jadi tak payahlah dia memasak semua juadah yang kita kata kita teringin. Ada masanya kita ni jadi teringin bila ternampak makanan tu di PR. Misalnya, berpuluh tahun tak pernah sentuh tapai ubi. Tapi bila nampak di PR, cantik pula packagingnya, tapai ubi pun jadi bekalan balik.


Terkejut juga lihat tapai ubi RM2, tapai pulut RM1 sepaket. Dulu, terbalik.
Si tapai ubi dulu, malahan, jauh lebih murah berbanding si tapai pulut.


Kalau nak berbuka dengan Italian Food dulu2,
macam pasta atau yang seumpamanya, tentulah kita tak ke PR.


Ke PR ya. Di mana pun. Jangan tak pergi. Itu juga budaya puasa kita  yang sebenarnya punyai banyak makna tersurat dan tersirat.

26 comments:

en_me said...

rajin ke param abang temuk teww..

thanx sudi singgah keblog me yg ittewww

Temuk said...

Salam en_me
Terima kasih kembali. Nanti nak cari masa lihat entri2 en_me terdahulu. Ada PR tak di tempat en_me tu? Selamat meneruskan ibadah puasa.

AUR said...

Salam Pakcik ku..

Semoga puasa berjalan lancar...

Kalau tuan ke Pasar Ramadhan,
Bungkus sekali ye kat AUR di Selatan..

Hehehehe...Selamat berbuka Puasa..

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Pada awal Ramdhan ni rajin la nk ke bazar/pasar Ramadhan tp bila dh selalu pergi, kita akn jd bosan sbb tgk benda yg sama.

Kak Nora said...

Salam Ramadan Temuk,
Meriahnya PR di BBB. Hati-hati makan tapai ubi tika perut kosong.

Siti Roffini said...

Semenjak berpuasa tahun ini, belum lagi ke PR. Tapi akan berangkat secepat mungkin kerana teringin sangat tapai ubi. Di sebelah utara tapai ubi tidak begitu popular. Pernah beberapa tahun lalu terserempak dekat pasar malam. Terus beli tetapi kecewa kerana ubinya keras. It should be moist and spongy and sweet, right? Enjoy your tapai ubi.

Ayah Zain said...

salam temuk

nampak macam sedap juga lauk pauk tuhhhh. az belum sempat lagi ke pasar ramadan ni hehhehe

azieazah said...

Sama jugak ler dgn Bang TEMUK. Pergi PR utk cari menu-menu yg susah dapat, sambil sokong peniaga...

Idalara said...

salam
kerap gak ke PR untuk beli kueh mueh..mkn utk 3 mulut,kalau buat rugi rasanya sbb tkde jiran tetanga untuk diagih2kan..tp frust rasanya bila beli kueh ketayap,intinya kelapa keras dan pucat lesi..ada cara untuk jdkan inti kelapa jd sedap dn lembut...tp mlngnya sbb berniaga setahun sekali gitulah jadinya.

aidah said...

salam en temuk,
sy ni sejak anak2 meningkat dewasa ni dh jarang2 ke PR. dia orang ni belum lagi makan bersukat jadi terpaksalah saya masak. kalau nak membeli banyak belanja. tapi ada gak kuih/air yang dia orang teringin nak makan/minum tu dibeli jugak.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Sepertimana yang dikatakan oleh isteri saya, sehingga hari ini masih tidak melawat PR. Mungkin sebelum raya ini, insyaAllah. Kami pun berbuka puasa ala kadar sahaja...hanya 3 orang warga mas dalam rumah ini.

sahromnasrudin said...

salam Dr Halin, sy setuju statement tue..kiter pi PARAM sebab nk tolong peniaga org kita gak kan..penat mrk berniaga, klu kiter yg tak beli...kiter tak menolong tingkatkan ekonomi org kita gak...

ahmad humairi said...

salam ramadan almubarak,

Sikit cukup, banyak pun habis. Alhamdulillah!

Bila berkumpul, iftar bersama famili, amat terasa nikmatnya, bila semua juadahnya beres.

Selalunya tersasar bila mata tertipu dek juadah mengancam. Rasa tidak memenuh selera....habis ke tanah jua.

Temuk said...

Salam AUR
Insya Allah, so far so good!
Kalau nak beli bungkus utk AUR, kenalah cari masak lemak REBUNG. Tapi camana nak hantar jauh ke selatan tu? Bayangkan dah sampailah! Selamat meneruskan pelbagai aktiviti Ramadan, demi Allah.

Temuk said...

Salam Adry@Daun
Rasanya, semua yg menjual tu sediakan juadah yg sama hari2. Yg disedari kurang popular mungkin dikensel. Sebab tu kita tengok masakan serupa saja bila-bila pun. Ok, kalau gitu, tukar lokasi, dari seksyen 3 ke seksyen-seksyen lain pula!

Temuk said...

Salam HJH NORA
Apalah agaknya juadah berbuka spesel kat BC/BS, ye? Memang dah jarang sangat makan tapai ubi. Tapi ada lagi rupanya bahagian perut anak kampung ni yg masih cam tapai ubi. Jadi, bila si tapai datang, dia mudah dikenali & diterima. Tapi betullah juga, makanan beragi tak boleh banyak2, bimbang perut yg biasa makan pun mogok. Semoga terus memperolehi keberkatan Ramadan.

Temuk said...

Salam SITI ROFFINI
You are right. Tapai ubi shd be spongy & sweet. If the ubi is hard, it must be old ubi, and the tapai will not be nice at all. Tapai ubi makers shd use the right variety of ubi and only that which is harvested at the right time.

Temuk said...

Salam AZIEAZAH
No problem for you, azie. Sebab memang suka & rajin memasak. Memang teruja juga bila lihat satu-satu masakan 'baru' & nampak canggih di PR. Kot nampak yg biasa tu kita pun akan kata, 'Aku pun tahu masak macam tu!' Tapi, ada kala, nak juga cuba, orang lain masak apa rasanya.

Temuk said...

Salam AYAH ZAIN
Baru habis satu pertiga puasa kita. Ada banyak lagi masa nak ke PR. Mungkin dah tahu dari kawan2, gerai mana di PR mana, yang mesti dilanggani. Insya Allah dapat masakan yang digemari utk famili.

Temuk said...

Salam IDALARA
Yalah, utk cuma 3 orang (tambah2 kalau makan pun sikit), tak berbaloilah cari bahan mentah & masak sendiri. Betul, inti ketayap kena bagus, barulah enak. Saya suka inti yg dibuat dari parutan kelapa tua, tapi sabut buah kelapanya masih hijau. Parutan kelapa itu pula kenalah di masak dengan gula kabung atau gula Melaka. Tapi, kot ikut cara ini, mungkin kena lebihlah sikit harga ketayap.

Temuk said...

Salam Aidah
Pasal masak mesti tak ada masalah bagi Aidah. Malahan menyeronokkan. Sebab diri sendiri memang suka memasak. Kalau anak2 pun suka makan, memang baguslah kita masak sendiri. Lagi pun kita tahu mereka gemarkan apa. Makanan yg rumit sikit, bolehlah cari kat PR. Dengan doa, sedaplah hendaknya.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam MEJAR NOR IBRAHIM
Kalau dikirakan, warga emas macam kita ni, dah tak cerewet mahukan macam2 utk berbuka puasa. Dapat air + kurma pun beres! Lepas maghrib makan sesuatu yg lebih berat: nasi atau mi, atau laksa, atau yg seumpamanya. Itu pun kalau terlebih intake, meliuk-liuklah si kaki semasa Isya'. Apalah lagi waktu terawihnya!

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN
Yalah. Depa berniaga setahun sekali kat PR tu. Kita pun bagi support setahun sekali. Semoga yg dapat lebih untung tu nanti, lagi rajin agih duit raya kpd lebih ramai saudara mara depa. Dengan envelop yg lebih tebal pulak! Hihihi. Jgn lupa 'identiti' baru saya, ya.

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI
Sikit cukup, banyak habis. Dua2 bagus! Yg 'sikit cukup' lagilah ok. Sebab jimat poket & sihat badan!

Berkumpul semasa iftar memang menyeronokkan. Perihal signifikannya 'berkumpul' ini mengingatkan saya kepada cerita seorang bekas pelajar dari Indonesia. Dia kata orang2 Jawa di sana amat menjulang nilai 'makan tak makan, asalkan kumpul'. Berkumpul itu lebih penting drpd makanannya.

Berkumpul iftar dgn juadahnya sekali, tentulah lebih membahagiakan. Bahagia kumpoi, bahagia ilangkan lapo!

Puan Isah said...

Salam Temuk, Dibandar saya ada 3 buah PR, PR Seberkas Bulatan, PR Indoor Stadium dan PR Servay Morsjaya. Tak banyak berbezaan PR ditempat Temuk dan ditempat saya, semua memang meriah. Tapi, pasti makanan di PR tempat Temuk lebih beraneka warna lagi, lebih2 lagi bila sebut tentang tapai ubi, dah bertahun-tahun saya tak makan. Rindu :)

Selamat Berpuasa!

Temuk said...

Salam ISAH
Bila ada orang 'luar' berjualan di PR, itu akan lebih menarik. Contohnya ada kuih muih Kelantan yg saya tak pernah cuba, bila beli di PR dapatlah rasa. PR juga memberi peluang kpd kita membeli makanan yg telah lama kita tak buat & tak makan. Macam tapai ubi tu lah. Sebagai orang yg memang rajin memasak tentu Isah tak risau pasal PR, kan? Selamat meneruskan ibadah Ramadan.