Saja nak abadikan kenangan ini. Ramadan zaman sekolah rendah, tahun-tahun 50an. Nak cerita 3 perkara.
PERTAMA, pasal 'lampu suluh' pergi tarawih. Surau, di kampung satu lagi. Sehala, kira-kira 2 batu jauhnya. Jalannya semak. Bahagian jalan yang terang, muat-muat tayar basikal. Untuk ke surau aku selalu dibonceng abang atas basikal lamanya.
Cara terangi gelap malam? Torchlightlah. Yang ada pun 'toslit' kecil. Jenis dua ubat (bateri). Memang tak terang. Toslit pun satu barangan luxury. Mahalnya dia. Juga mahal dan susahnya nak dapatkan ubatnya.
Yang lebih terang dan sangat kerap digunakan ialah 'obor' daun kelapa kering. FOC! Ada bila-bila, asal mahu buat. Obor juga lebih praktikal.
Ada 2 cara gubah obor. Cara pertama, siat 40-50 helai daun kelapa kering dari pelepahnya. Susun macam kita menyusun lidi untuk sediakan sebatang penyapu. Ikat di tengah-tengah, atau di dua tempat. Jadilah obor sebesar betis. Cucuh sebelah hujungnya bila diperlukan..
Cara kedua, ambil sepertiga bahagian pelepah kelapa kering, sebelah pucuk. Cekak daun-daun yang menggerbang di kanan kiri pelepah dan ikatkan di sekeliling pelepah. Mula dari pangkalnya. Buat ikatan sama pada beberapa bahagian (sama seperti kita mengikat pangkal sapu lidi) sehingga ke hujung pelepah. Jadilah obor yang lebihkurang bulat bentuknya. Obor jenis ini lebih gemuk, panjang, dan lebih tahan lama.
Boleh ke gambarkan rupa obor berpelepah dari bahan di atas?
Tali pengikat untuk kedua-dua jenis obor? Daun kelapa kering itu sendiri! Atau tali batang pisang (mana ada tali plastik!). Supaya obor menyala lama, sebelah hujung yang dicucuh api mestilah menghala ke atas, dengan obor dipegang pada kecondongan lebihkurang 40 darjah. Kalau bahagian yang berapi lebih rendah kedudukannya dari pangkal obor yang dipegang, lajulah api memakan obor. Alamat kenalah meredah gelap malam tanpa obor untuk sampai ke rumah! Obor juga tak dipegang tegak. Itu menyebabkan apinya mati.
Kalaulah zaman tu mampu miliki toslit yang elit ni, alangkah seronoknya!
Masa tu tak terfikir pun pasal bagusnya guna bahan sedia ada yang mesra-alam!
Sesekali terfikir, ia memang mesra poket.
KEDUA, nak cerita pasal air batu untuk berbuka puasa. Ada kala dijual di surau. Memang akan muncul seorang dua tauke air batu instant di kampung masa bulan puasa. Lebih biasa air batu dijual kat kedai 'tepi jalan batu'. Dekat-dekat 4 batu jauhnya dari rumah.
Biasanya beli air batu sepuluh sen saja. Saiznya lebihkurang 6"x6"x6". Penjualnya beli air batu satu blok besar. Kemudian digergaji kecil-kecil. Rasanya itulah ice block yang para nelayan gunakan untuk menyimpan ikan! Ketulan air batu kecil dipupuk kelilingnya dengan habuk kayu (dari kilang papan) supaya ia lambat cair. Kemudian dibungkus dengan kertas surat khabar. Sampai rumah, pun dengan dayungan basikal paling pecut, biasanya adalah tinggal separuh ketulan si air batu tu! Pada tempat duduk belakang basikal, di mana ia diikat, penuhlah habuk kayu basah, selain kertas bungkusan kuyup yang mungkin telah koyak rabak!
Biasanya beli air batu sepuluh sen saja. Saiznya lebihkurang 6"x6"x6". Penjualnya beli air batu satu blok besar. Kemudian digergaji kecil-kecil. Rasanya itulah ice block yang para nelayan gunakan untuk menyimpan ikan! Ketulan air batu kecil dipupuk kelilingnya dengan habuk kayu (dari kilang papan) supaya ia lambat cair. Kemudian dibungkus dengan kertas surat khabar. Sampai rumah, pun dengan dayungan basikal paling pecut, biasanya adalah tinggal separuh ketulan si air batu tu! Pada tempat duduk belakang basikal, di mana ia diikat, penuhlah habuk kayu basah, selain kertas bungkusan kuyup yang mungkin telah koyak rabak!
Sebab memang di luar kemampuan, tak difikirkan langsunglah tentang peti ais zaman tu. Yang agak berada pun kurasa memang tak fikirkannya. Elektrik pun tak ada nak hidupkan peti ais.
Bila dah ada 'kilang' air batu sendiri, juga boleh seronok-seronok, bila-bila,
buat air batu yang shapenya boleh ikut suka hati, sendi-sendi pula
berbisik , 'Jangan banyak minum ais!'
KETIGA, hal buah tamar @ kurma. Zaman tu tak teringat pun nak fikirkan macam manalah rupa sebenar buah tamar. Yang aku ingat, tamar yang sampai di 'kedai tepi jalan batu' kampungku hampir-hampir serupa rupanya dengan asam jawa dalam paket! (Gambar asam yang dah keluar dari paket, di bawah). Jadi, yang ada tu sebenarnya tamar paste! Bukan buah tamar. Memang tak kelihatanlah rupa tamar sebiji-sebiji!
Di kedai Ah Keng, aku ingat, tamar tu terconggok bagaikan busut dalam 'bakul' yang agaknya anyaman daun pokok tamar. Ah Keng nampakkan sebelah atas busut tamar tu, macam pucuk busut anai-anai! Bila kita beli, dibungkuskan dengan kertas. Melekatlah si kertas pada si tamar, termasuk juga tulisan-tulisannya!
Tamar yang rupanya macam di atas ada kalanya muncul dalam rumah sekarang ni,
dengan nama 'inti kuih makmur'. Itu pun bila 'yang sebelah' lagi tu datang
moodnya nak makan makmur buatan sendiri.
Di kedai Ah Keng, aku ingat, tamar tu terconggok bagaikan busut dalam 'bakul' yang agaknya anyaman daun pokok tamar. Ah Keng nampakkan sebelah atas busut tamar tu, macam pucuk busut anai-anai! Bila kita beli, dibungkuskan dengan kertas. Melekatlah si kertas pada si tamar, termasuk juga tulisan-tulisannya!
Zaman tu buah tin memanglah tak kukenali, walau dah mengaji 'wattini wazzaituni ..'.
Kalau masa tu ditunjukkan pula tamar berkotak cantik molek macam dalam
gambar tu, pastilah aku tak akan percaya itu tamar. Ah Keng pun takkan percaya.
Berpuluh-puluh tahun kemudian dari era 50an, wajah pokok dan buah tamar sebenar,
di atas bumi asli dan bumi kegemarannya, dapat kutatapi. Syukur. Rantaian buah
merahnya pun sempat kupegang dan cicipi. Dan dalam negeri sendiri pun,
buahnya yang cantik kering atau yang masak merah pun sudah
begitu mudah diperolehi. Jadi memang kutahu: tak perlulah dibawa balik pokoknya!
Ramadan tahun-tahun 50an, di kampung terpencil. Memang tak kurasakan apa-apa keperitan atau kekurangan hidup di dalamnya kala itu. Cuma, andainya pada hari ini aku di sana, mungkin juga akan kurasai aku ketiadaan sesuatu suatu ketika dulu.
Tapi mujurlah dan syukurlah, memang amat mujur dan syukur sekali, aku tak mungkin 'di sana' untuk berasa begitu. Kampung asalku itu telah pun mati.
Tapi mujurlah dan syukurlah, memang amat mujur dan syukur sekali, aku tak mungkin 'di sana' untuk berasa begitu. Kampung asalku itu telah pun mati.
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
KHUSUSNYA PARA RAKAN PEMBLOG YANG DIMULIAKAN
KHUSUSNYA PARA RAKAN PEMBLOG YANG DIMULIAKAN
DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN 1431H
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN MEMBERI PENGAMPUNANNYA
SERTA MENJAUHKAN KITA DARIPADA SIKSAAN API NERAKA.
54 comments:
salam temuk. nostalgia manis dimasa silam memang mengimbau kenangan. zaman saya kecil-kecil dikampung sempat juga merasa pakai pelita obor-obor pelepa kelapa ke surau. silap haribulan, habis baju melayu lekat abu dari daun kelapa.
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.
salam,
Selamat melayari ramadhan al mubarak. Moga al mubarak berterusan ke aidilfitri.
Nostalgia dulu-dulu kembali...bila baca semula beli ketul ais dibungkus habuk kayu.
Salam ramadhan al mubarak.
yang rasa tang ais tu ada la... memang nostalgik... kami bulan posa pi kutip biji sawit kering longgok tepi jalan dan bakar malam-malam jadik cam pelita.... seronok tul zaman tu
Salam Temuk,
Entri sdr mengingatkan LF macam2 di waktu kecil dulu. Walaupun masa tu tak banyak kemudahan seperti sekarang, kita rasa tenang, releks dan seronok. Tak complain kalau terpaksa berjalan jauh dan kena angkut air perigi. Tengok anak-anak kita sekarang ni. Susah sikit dah mengaduh !
Kita nak puasa ni Temuk. Jadi malam esok jangan lupa bersahur.
Salam DrSam
Oh, ada pengalaman berobor daun kelapa juga, ye? Memang ada bara dan abu yg menjamah pakaian atau badan. Tapi, masa tu, kita kata 'tak hairan!'
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadahlainnya.
Salam Cikgu Humairi
Semoga pelayaran kita sampai ke pantai sasaran, dengan mendapat keredhaan Allah. Kalau diingat-ingat, memang macam-macam cerita kita berpuasa (dan beraya) di kampung dulu-dulu. Zaman pra- dan baru-merdeka memang ada juga episod-episod seronoknya.
Salam cemomoi
Oh, begitu pula cara adakan 'pelita' di tepi jalan, ye? Walaupun kampung-kampung dekat kampung lama saya dah mula berubah jadi kampung kelapa sawit (asalnya 100% kelapa), rasanya di kalangan anak-anak kampung itu tak ada pun yang terfikir nak berpelita dengan melonggokkan dan membakar buah kelapa sawit di pinggir jalan. Memang dah tak praktikal mungkin. Tapi mereka tak dapat rasai keseronokan dulu-dulu tu.
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam luahfikiran
Syukurlah sesetengah kita dapat alami zaman 'susah' atau zaman 'serba kekurangan' dan membezakannya dengan zaman kini. Memang infrastruktur kita dulu (dalam pendidikan, perhubungan, kesihatan dan sebagainya) sangat terbatas, terutama utk yang tinggal di luar bandar. Alhamdulillah, sesetengah kita sempat ketemu pelbagai infrastruktur dan kemudahan yang lebih sempurna hari ini. Malah sesetengah kita dah pun jadi orang pekan pula!
Insya Allah tak lupa bersahur. Ada orang kata dah jadi warga emas ni kenalah minum susu segar masa bersahur supaya perut jadi stabil sehingga sampai waktu berbuka.
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Temuk, Yang paling seronok sekali bagi saya ialah Air Batu. Tiap tiap petang saya kena beli air batu. Seketul air batu dibalut dengan hampas kayu gergaji, di ikat di belakang basikal dan sampai kerumah lebeh kecil dari ketul asalnya. Air Batu menjadi keistimewaan bagi membuat air minuman sewaktu berbuka puasa. Sahingga kini peristiwa Air Batu in sentiasa terbayang2 dalam ingatan saya sahingga sekarang. Nostalgic sunggoh!
salam tuan temuk..ramdhan kat kampus pun best gak..solat terwaih yg diimamkan oleh rakan kampus sendiri..selamat menyambut ramadhan kpd tuan temuk
p/s: tuan, nape gune nama temuk..napa tak guna nama sendiri???
Salam Temuk,
Antara tiga nostalgia Temuk, yang dekat di hati saya ialah air batu kiub besar, di salut dengan 'saw dust' dibalut dengan kerta surat khabar, diikat dengan tali (jenis daun), dijinjit balik ke rumah. lalu diketuk kecil-kecil, direndam dalam jug untuk menyejukkan air sirap. Tentu anak cucu Temuk suka mendengar
cerita nostalgia Temuk. Kita boleh terus'hidup'walapun tiada barang-barang canggih seperti sekarang.
Selamat menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan penuh berkat.
Salam cikgu,
Nukilan kali menyingkap kembali nostalgia. Semua penrah sy alamni dan lalui semasa zaman kanak2 dulu. Buat jamung(di Kelantan ia dipanggil 'karok') guna daun kelapa kering masa blik mengaji. Beli kurma yg tak nmpk rupa buah kurma. Dh tu siap ada pasir kat dlm. Wktu ptg beli air batu yg dh siap dibooking krn stok sgt terhad. Masa tu beli airbatu bersaiz 1/2 blok dgn hrga 30 sen.
Nostalgia sungguh... Kini semua tu tak mgkn kita lalui lagi..
Terbenamnya mentari di akhir Syaaban,
Menjelang kini bulan Ramadhan, Bulan yg penuh dengan keberkatan, Marhaban ya Ramadhan...
Slmt menjalani ibadat puasa.
Memang kenangan ramadhan zaman 50an sangat2 nostalgik. Kedai Ah Keng tu dah takda lagi ke..
Selamat berpuasa.
Selamat menyambut Ramadhan.....
Salam ramdhan pakcik...
sya ada pengalaman air batu tu, dan kurma tu rasanya pernah tengok.
Salam buat Pakcik Temuk ku...Salam Ramadhan dari AUR..
Tiga2 cerita pakcik memang best sebab saya hanya boleh 'bayang'kan tapi tak dapat 'rasa'kan...hehehe...bayangkan pun x mungkin dpt 100%
Tapi tak tahan ketawa dgn cerita bawak balik ais tinggal separuh...Jauhnya mengayuh.Tu dah kira gear 5 dah tu...Kalau kalau 'slow rock' agaknye tinggal apa la kat 'karia' tu...
Salam En Temuk,
rasanya kehidupan masa dulu lagi seronok dari masa sekarang, walaupun segalanya serba kekurangan. Cerita tentang airbatu tu mengingatkan saya, setiap kali mak suruh pergi beli mesti sy merungut sebab tak tahan tangan ni naik kebas bawa air batu tu nak sampai ke rumah. Budak2 sekarang untung semuanya mudah dapat, itu pun asyik mengeluh je.....
Kebanyakkan orang biasanya mengaku nostalgia kehidupan dizaman kanak2 memang asyik dan menyeronokkan, cuba kita fikirkan sebab2nya mengapa ya?
1) Masa itu tiada masalah hidup langsung untuk difikirkan, asyik tau nak berseronok dan berkawan je.
2) Jika kita hendak apa yang kita mahu, seperti mainan tak macam sekarang - kena beli. Jadi, mainan kita kena buat sendiri - boleh kembangkan idea, kreativiti. Atau ada juga bapa yang tolong buatkan.
3) Tiada kenal erti kebencian. Kanak2 tak tahu berdendam ataupun berdengki dengan kawan2, hati mulia
4) Kalau bergaduhpun sekejap saja, lepas tu berkawan balik, hati jadi lapang. Asalkan dapat berkawan.
5) Dahulu tiada langsung iklan2 TV atau gambar2 godaan yang buat kita teringin sesuatu benda yang boleh mengeringkan poket ibu-bapa.
6) Dahulu tiada ancaman jenayah atau orang2 jahat yang menghalang kebebasan dunia fantasi kanak2.
7) Dahulu tiada jalanraya/kereta atau kesesakan jalan yang dapat merisaukan fikiran kanak2 serta ibubapa - membataskan kebebasan.
8) Zaman dahulu kawan2 tak kisah pasal stail/penampilan diri. Asal ada pakaian walaupun koyak/buruk, tiada orang yang kisah/sibuk.
9) Lagi.....cuba fikirkannnn...
Salam PAK IDRUS
Pengalaman membeli air batu berbungkus hampas kayu & kertas itu nampaknya common di mana2 dlm era 50an itu. Memang lebih geli hati daripada hiba hati kenangkan kisah lampau itu. Sekarang kot ice box mogok pun, walau di kampung, mudah saja orang start motorsikal pergi ke kedai membeli air batu berbungkus plastik cantik.
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam SAHROMNASRUDIN
Mungkin imam di kampus tu dah jadi imam di mana-mana, tak? Di kawasan saya ada bekas pelajar UPertanianM (masih bekerja) yg jadi salah seorang imam surau. Agaknya lepas tarawih di kampus masa tu masing-masing cari teh tarik sendiri, ya?
Pakai nama baru utk memblog saja. Nama asal dah lama sangat dipakai. Hehehe. Tapi tetap guna juga. Nanti mungkin sahromnasrudin akan tahu mengapa nama Temuk begitu bermakna bagi saya. Panggil saya Temuk saja, ok?
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam HJH NORA
Generasi anak2 kini tak ada lagilah pengalaman cari air batu yang berbungkus kertas & berinsulasikan habuk kayu! Mudahnya mereka membeli air batu berbungkus plastik jernih & cantik di mana2. Malahan air ais di peti ais pun sentyiasa tersedia utk dicapai. Tak payah susah ke kedai. Anak2 ketawakan cerita kita. Funny! Cucu2 pun ketawa, tapi nampak bingung. Mungkin hati mereka berkata, unbelievable! Tak terfikir akan hal2 sedemikian rupa.
Agaknya keperluan kita dulu terbatas & kita gembira dengan apa yang ada, seada2nya. Hari ini penawaran pelbagai barangan & perkhidmatan menyebabkan permintaan kita sendiri meluap2, dan berterusan kita tak puas dgn apa yang ada. Sentiasa mahukan sesatu yang baru, lebih baik & lebih banyak. Era consumerism & era nafsu tanpa sempadan!
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam ADRY@DAUN
Nampaknya orang yang di kebun kelapa dulu2, semuanya berpengalaman guna jamung@karok@obor. Betul, masa mengaji Quran dulu memang karoklah yg jadi penerang jalan. Siap bawa reserve lagi! Kuatir kehabisan karok di tengah jalan yg gelap gelita.
Kihkihkih. Memang biasa terasa ada pasir dlm kurma 'paste' tu! Tapi sayang nak buang! Itu benda jumpa setahun sekali!
Air batu memang kena booking. Bila tak dapat, ada juga kalanya kawan yg sanggup 'belah dua' air batu kecilnya. Sebab kesian kat kita yg dah berkayuh berbatu2 cari air batu!
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam JEJARI HALUS
Cerita2 lama ni sikit2 bolehlah juga dijadikan penawar. Jadi penghibur. Harap2 boleh juga jadi teladan.
Kedai atap nipah Ah Keng (bersama kedai sederet dengannya) bersama keturunannya, memang dah tak ada lebih dari setengah abad yg lalu. Zaman itulah buku kecil '3 lima'
(555) popular. Bila hutang masa berbelanja, Ah Keng akan tulis jumlahnya dlm buku 555 itu. Seorang, satu buku. Peliknya, tak pernah dipantau pun oleh yg berhutang, betul atau tidak rekodnya. Juga peliknya, si Ah keng akan 'ikat' buka 555 itu kalau amaun hutang dah banyak & tak dibayar-bayar. Tapi orang itu boleh terus berhutang - pakai buku baru!
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam CKLAH@XIIINAM
Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Ada ruang+peluang berpuasa di kampung ke? Sebab dah tak punyai orang tua, saya tak ada peluang+ruang itu. Rumah sendiri yg kini jadi 'kampung' bagi anak2 & cucu2 datang berbuka, bila mereka lapang.
Salam SAYANGSAYANGIBU
Lucu & seronok juga pengalaman air batu tu, kan?
Kalau ada kurma macam 'paste' tu masa ni, mungkin kita boleh beli utk dijadikan inti kuih makmur atau seumpamanya. Yg utk berbuka, bolehlah kita cari yang dalam kotak atau bekas plastik. Nampaklah rupa kurmanya, kan?
Pakcik ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam AUR
Pakcik ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Hehehe. Memang bila bayang2kan saja, tak boleh sama dgn pengalaman sebenar. Tu belum masuk cerita kadang2 air batu jatuh & menyorok dalam semak jalan! (Pakcik nampak AUR ketawa tu). Alahai, memang kelakar betul.
Kalau dayung basikal dgn irama slow rock, pastilah bila sampai rumah, atas karia akan hanya ada habuk kayu + cebisan kertas basah!
Salam PN AIDAH
Kehidupan dulu tu memang seronok. Tapi dlm konteks kehidupan di kampunglah agaknya. Dan 'pada masa itu'. Anak2 kita kalau hidup dlm zaman tu mungkin juga (terpaksa?)tak komplen. Dan buat serupa dgn apa yg kita telah buat. Dlm keadaan sekarang yang 'serba ada', berpeluang utk manja lebihlah mereka. Dan kita pula bersungguh2 nak berikan anak2 tu apa2 yg kita dulu tak miliki. Harap2 mereka bersyukur dgn segala kelebihan & dapat mengisi kehidupan jauh lebih baik drpd yg mampu kita lakukan.
Pn Aidah gemar memasak. Macam2lah juadah sedap dlm bulan ni di rumah, ya? Insya Allah. Selamat menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan ibadah lainnya.
Salam Sdr NOTA FIKIR
Terima kasih singgah. Memang benarlah yg Sdr Nota Fikir nyatakan tu. Semasa dalam era serba mundur (kita di ambang kemerdekaan 1957), kehidupan kita tidak cerewet. Kita mudah berpuas hati & bergembira dgn apa yang ada. Yg penting masa itu kita tak sakit & tidak kebuluran. Lebih dari setengah abad selepas kemerdekaan, sebagai yg dijangkakan, keperluan kita dari segi barangan & perkhidmatan sangat banyak berubah - baik sifat, jenis, mutu atau kuantitinya. Dalam keadaan demikian, saya rasa, kita mudah berasa tak puas hati, tertekan dan jadi bermasalah apabila yg kita kehendaki tidak menjadi realiti.
Selamat menjalani ibadah berpuasa & meningkatkan ibadah lainnya.
Assalamualaikum Cikgu,
Saya taklah sampai ketahap bakar daun kelapa & guna torchlight untuk ke masjid walaupun rumah yang didiami di Lumut ketika tiada lampu karan. Kami mengguna lampa carbite. Lampu jalan ke masjid dah ada tapi quaters masih tiada kemudahan lampu karan.
Ice tu memang tepat sekali. Serebok kayu dan kertas akhbar untuk membungkus ice. Sama le makan ice kepal yang diletak atas akhbar.
Buah kurma ditimbang dengan kati. Tapi bapa saya tak lah beli berkati kerana mana nak cari duit.
Memang jauh bezanya dengan zaman sekarang.
Wa'alaikumussalam MEJ NOR IBRAHIM
Lampu 'kabat' memang terang. Kot di kampung saya dulu memang tak pernah orang guna utk lampu jalan. Kat rumah pun tak biasa. Kabat memang susah nak dapat, kecuali masa hujung bulan puasa, sebab masa tu orang beli nak letupkan meriam buluh sambut raya.
Guna lampu kabat kira tinggi kosnya. Ada orang yg tak suka bau sisa kabat bila lampu dah padam.
Betul tu. Dulu, bila beli kurma memang pakai kati. Memang tak ada sapa pun di kampung saya yang beli berkati2. La ni kita duk sekejap makan berkotak2. Bendanya banyak, duit pun adalah lebih sikit. Masa dulu tu, sorang dapat secebit saja. Barang yg diimport setahun sekali, walau rupa pun kira tak berapa cantik, mahallah harganya.
salam En Temuk...Terima kasih menziarah ke rumah AGK di bulan yang mulia ini...
jika di imbas kisah berpuasa zaman kita dulu....tak kisah dengan apa yang seadanya...cite air batu pun saya ade beli...ketul kecik2 balut dengan serbuk kayu...puaslah mengikis bila nak letak teko...
masa sekolah agama ( sebelah petang ) - panas terik pun dok bermain2....cikgu pun sound...tak letih ke ! punyalah suka bermain zaman sekolah2 dulu - 60an ...he3x
Salam En. Temuk.
Ingat lagi puasa di kuarters keretapi K.Lipis kecik-kecik dulu. Suka pergi terawih, morenya best... Makanan dari pelbagai negeri
Salam SONATA ANAK KANCIL
Harini kalau kedai atau sapa-sapa jual air batu berturap habuk kayu, mungkin orang tak beli. Memang semasa menghuni kampung, saya teringat masa puasa, makanlah tanpa komplen apa yg ada. Ubi, pisang & keledek jadi bahan pelbagai juadah. Tapi banyak rupanya makanan yg diperolehi dari keliling rumah tu berhasiat & amat bersih dari pencemaran.
Salam CIKGU AIDA
La ni ada ke more di surau/masjid kawasan Cikgu? Saya agak pasti ada. Satu kelaziman bagi kita yg ada 'kelebihan dari segi umur' ni mengatakan makanan itu-ini yg dulu2lebih sedap berbanding dgn yg sekarang. Rupa2nya memang ada kes ramuan masakan sekarang dah dipermudahkan. Tambah2 kot nak dijual. Juga rupa2nya sebab selera lidah kita pun dah berubah.
Salam
bila kenang2 semula zaman kita kecil2 dulu memang best dan tk rasa keperitan walaupun hidup masa tu agak susah,puasa dan raya meriah sgt....alhamdulillah masa merubah segalanya...bagi usia dah masuk senja mcm saya ini raya tk bermakna sgt hinggakan saya rasa tak payah raya,biar puasa saja...
Salam Idalara
Betullah tu. Peringkat kita memang dah tak berapa bersemangat nak raya-raya ni. Cuma, sementara ada peluang & kemampuan, kena layan cucu-cuculah nampaknya. Juga anak-anak sdra dgn keluarga mereka. Kalau kurang jemputan ke rumah terbuka, legalah sikit perut & tenaga kita.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Salam...suatu kenangan yang mengusik jiwa..apatah lagi pengalaman itu dapat dikongsi bersama-sama anak dan cucu..Alhamdulillah. Sdr Temuk..saya berasa serba-salah untuk menyatakan sesuatu kpeada anda..pameran lukisan Kelantan di Kuala Lumpur nampaknya terkubur begitu sahaja. Pihak penganjur menyepikan diri tanpa berita sejak beberapa bulan yang lalu. Apa nak buat dah takder rezeki saya. Nampaknya 'Orkid 1Malaysia lapuk di dalam rumah saya tu..
Deen
Yalah temuk kalau teringat zaman dulu memang sedih sya pun begitu pernah menguna pelita minyak tanah. Di bulan puasa kalau nak ke surau untuk bertarawih and terderus terpaksa lah guna obor. Obor yang saya guna d perbuat dari buluh minyak tanah dan guna kain sebagai sumbu. Kalau cerita kepada anak2 kita memang seronok mereka mendengar. Anak mulai lahir dah ada letrik rumah terang benderang. skolah tak pernah pun jalan kaki seperti kita dulu2. Skolah 8kilo meter pun jalan kaki. Anak zaman ini memang tak kesusah dan kepayan yang kita pernah rasa kan.
Salam SDR DEEN @ Mari La Ko Masjik
Mcm dlm lagu A. Ramli, kenangan masa lalu memang mengusik jiwa. Saya memang teringat nak tanya pasal pameran tu, tapi tak jadi-jadi sebab saya jangka pasti akan ada entri dlm blog sdra mengenai perkembangan atau pelangsungannya. Amat mendukacita & mengejutkankan sekali apabila penganjur 'menyepikan' diri. Paling kurang mereka patut beri penjelasan apa berlaku & apa akan dilakukan. Insya Allah, bila ada pameran tertentu yg lain nanti, O1M sdr boleh diketengahkan. Misalnya bila ada pameran/jualan orkid mega di mana-mana. Buat sementara tak mengapalah lukisan itu disimpan dengan baik di rumah. Selamat meneruskan ibadah puasa.
Salam asnah58
Rezeki anak-anak nampaknya baik. Tak perlu berpelita minyak tanah, berumah atap, berjalan lecah, bersekolah buruk & jauh, dan macam-macam lagi.
Tapi, kita pun pasti gembira & bersyukur, dgn izin Allah, dapat memberi mereka apa yg terbaik yg mampu kita berikan. Ada rakan-rakan yg kurang bernasib baik sebab kehidupan anak-anak mereka masih sama dgn kehidupan mereka dulu. Walau apa pun, itulah ketentuanNya, dan kita pula mestilah berusaha.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Kalau diizinkan saya sebut perkara yang keempat. Ini munkin betulnya di Terengganu. Itu lah bulan orang orang kampong bekerja sama membuat bubur lambuk disuarau surau. Kanak kanak akan datang mengambil dalam bekas untuk dibawa pulang. Ramai yang tua tua berbuka puasa disurau dengan bubur dan kurma. Sekarang jamu selera dihotel besar besar.
Aslmkm.
Selamat beribadah di bulan Ramadhan Al Mubarak.
Hmmm ... setiap orang itu berbeza pengalaman ... setiap satunya tetap nostalgia bermakna bagi yang mengalaminya. Bagi orang lain pula tentu reaksinya juga berbeza kan?
Aziz kirim salam & ucapkan 'selamat beribadah' juga.
Salam Al-Manar
Seronoknya dapat berkumpul, bekerjasama buat juadah bubur & sama-sama berbuka menikmatinya. Hari ini, yg di kampung-kampung di Terengganu masihkah teruskan lagi tradisi begitu? Agaknya yg lazim ke hotel berbuka tu generasi muda sedikit, barangkali. Masih bekerja. Mungkin asalnya drpd kampung juga tapi bekerja di bandar & memegang jawatan tertentu. Jadi, ada masanya kena buat/ikut majlis berbuka di hotel, walaupun ada kalanya mungkin juga program famili sendiri. Selamat meneruskan ibadah Ramadhan.
Wkslm DDrfauziah
Benar. Ada orang yg sepengalaman dgn kita, ada yg tidak. Maklumlah, kita sama-sama Islam/Melayu di Malaysia pun berbeza juga dari segi-segi tertentu. Yg menariknya membaca pengalaman orang, kita jadi faham bagaimana alam sekeliling & latarbelakang ekonomi, antaranya, mewujudkan cara hidup tertentu. Selamat meneruskan ibadah Ramadhan.
Salam Temuk, cukup nostalgik cerita Temuk. Thank you for sharing. Harap tidak lambat bagi Isah ucapkan 'Selamat Berpuasa'.
Salam sejahtera, ceria selalu!
Hi Isah
Selamat berpuasa to you & family too. Ada bisnes juadah puasakah Ramadhan ni? Kalau tak pun pasti sibuk di rumah dengan masakan berbuka & sahur. Salam bahagia.
salam ramadhan abang temuk itteww..
Salam en_me
Wkslm. Terima kasih singgah. Selamat menjalani ibadah Ramadan. Semoga mendapat keredaan Allah.
salam kenal Abang, smg Allah memudahkan segala urusan kita semua, amien
assalamualaikum, terima kasih informasinya
kyrie 6 shoes
longchamp
balenciaga triple s
yeezy boost 350 v2
jordan shoes
supreme
jordan shoes
yeezy supply
yeezy shoes
off white shoes
z3y05i4t32 p1a89g8l48 r9m26q4z01 x6i19u0s36 c8g97p3q92 b1w80k9t29
v1y84a1f97 l3g58g7w01 d6r15c0i54 k9j94d6i22 c7p01w4z03 c4l89h2w19
Post a Comment