Tuesday, November 23, 2010

K O R B A N

Pengalaman lakukan korban di surau pada hari raya haji 17 November 2010 yang lalu memang satu kenangan manis. Juga memberi satu rasa kepuasan. Walaupun tak buat semua kerja, A sampai Z. Yang jelas, memang tak cari lembu sendiri, tak sembelih sendiri (tak ada tauliah lagi!), dan tak agihkan sendiri daging yang telah ditimbang dan dibungkus untuk disedekahkan (serah pada jawatankuasa surau!).

Yang kata jadi kenangan manis tu sebab itulah kali pertama dalam hidup, aku melapah lembu.

Yang lepas-lepas, bila buat korban, main 'wakilkan' saja. Tak sama-sama tengok. Apa lagi kalau tempat korbannya di luar Malaysia  - korban berwakil, sumbangannya 'cara pos' atau 'on-line'.  Ada masanya, walau sama tengok, memang cuma tengok saja. Tak buat apa-apa!

Pengalaman tempoh hari memang menyeronokkan. Walaupun lenguh juga badan buat kerja melapah dengan menghiris daging tu.  Buktinya, malam beradu awal. Maklumlah, dah tak muda. Pulak tu, boleh dikatakan  ahli kumpulan tak banyak pengalaman, malah kebanyakannya tak ada pengalaman (hihihi!).

Walau macam mana pun, syukurlah dalam 2 jam lebih, semua kerja beres. Tentulah  juga kerana ada beberapa orang  sukarelawan yang turut membantu, meringankan kerja. Merekalah yang gagah kerja kapak mengapak tulang dan bijaksana mengeluarkan bahagian-bahagian dalam lembu. Juga boleh cepat selesai kerja kerana kumpulan tak proses kepala dan perut lembu, yang diberikan kepada beberapa orang pemerhati di lokasi.


Banyak tangan, kerja berat menjadi ringan. Yang ni kumpulanku, Kumpulan 3.
Parang kecilku yang 'made in Sabah' tu pertama kali diuji ketajamannya pada hari tu. Lulus!

Yang menyembelih dulu, siap dululah! Lagi pun semua pelapahnya bertaraf sifu!
Ketara, ibadah korban begini membuhulkan silaturahim yang juga dituntut oleh agama.


Yang menggelikan hati masa korban tu, ada yang datang dengan pisau pendek kontot saja! Juga banyak pisau yang sekejap dipakai dah tumpul, dek penangan lemak lembu dan agaknya juga dek kemahiran terbatas pemilik pisau dalam mengasah senjata (hihihi!). Kebanyakannya pula 'lupa' bawa pelapik menghiris daging. Tapi pandai pula masing-masing mencari kayu-kayu terpakai semasa kontraktor mebaiki tebing surau yang rubuh beberapa bulan lalu. Itu dijadikan pelapik memotong daging.

Yang ni ahli kumpulan nombor berapa, aku pun tak ingat.
Bersungguh-sungguh betul nampaknya. Mungkin juga dia sedang berkata-kata
sendirian..... "Walau pisau panjang sejengkal, satu paha akan ku duga!'
 

Potong ikut sempat, ikut patut! Kira oklah tu!
Semua orang memang ada pengalaman 'first time' dalam membuat sesuatu kerja.

Tahun depan, kot panjang umur, camana? Kepingin juga lihat korban di luar negara, yang dekat-dekat. Macam di Kambodia atau Pakistan. Boleh sambil tengok keadaan hidup saudara-saudara kita di sana. Tapi ini masih dalam peringkat angan-angan lagi .....


Semoga sambutan hari raya korban dan ibadah korban
saudara-saudara semua berlangsung sempurna dan meriah,
serta mendapat keredhaan Allah.

9 comments:

sahromnasrudin said...

salam tuan temuk...memang hebat bile dapat bergotong royong macam nie..selain dapat eratkan tali silaturrahim, dapat juga bersenda gurau dan beramah mesra kan...

ckLah@xiiinam said...

Bukan semua calang-calang ada skill melapah ni...dan bukan semua orang sekarang ada simpan parang gadek kat rumah.



Disop uwenak tanan!

ckLah@xiiinam said...

ooops, entah apa ayat saya taip di atas. Maaf ya Pak Temuk..

Temuk said...

Salam SAHROMNARUDIN

Betullah kata sahrom tu. Masa begitu kita tak sangka, Pak Imam dengan ustaz-ustaz pun boleh berjenaka .... yang dikaitkan dengan lembu punya tulanglah, tanduklah, matalah, dan macam-macamlah! Ceria selalu!

Temuk said...

Kabarepon ckLah

Betul, ada orang yg selamanya tak pandai melapah. Hingga banyaklah daging melekat di kulit binatang korban. Yang tak pandai berjaga-jaga, tangan kawan pula turut dilapahnya!

Kalau melapah dengan gadek yg betul-betul tajam, memang efisien. Kalau tumpul, kita terkial-kial, bosan dan kepenatan.

Wong enom eyo apik ngesop. Pak Temuk wes ora keno mangan akeh. Have a nice day, Cikgu!

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kena sediakan alat pengasah waktu korban. Jadi mereka yg pisau atau parangnya tumpul kena asah dulu.

Apa-apa pun hebat juga cikgu berjuang sampai habis melapah bersama-sama teman. Tahun depan kalau nak berjuang di negara luar pasti akan lebih nikmatnya kerana mereka golongan yg susah nak dapat makan daging seperti kita di sini.

Temuk said...

Salam Kakzakie
Betul tu. Kena bawa pengasah. Saya bawa lebih pisau, tak payah nak asah-asah.

Ada satu syarikat di KL yg telah berpuluh-puluh tahun menguruskan korban (& aqiqah) di Kambodia. Seronok baca laporan & gambar-gambar yg dihantarkan kepada kita selepas dijalankan korban. Kita boleh tahu di kampung mana korban kita dilangsungkan. Memang dari gambar-gambarnya, spt gambar rumah, sekolah dan persekitaran kampung, ketaralah tahap hidup mereka yang rendah. Memang wajar kita buat korban di sana atau di tempat-tempat yg seumpamanya.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Kalau macam tu, kira saya dah 'pakarlah' kerana dah lebih 5 tahun melapah lembu/kambing di surau kami. Tapi, sembelih tu saya tak pernah tengok. Lepas korban, tak ada kenduri ke? Kami di sini, kenduri dengan sup, kari daging dan boleh tapau lagi kerana berlebihan. Sungguh bertuah orang Malaysia ini. Kesian pada orang Kambodia...makan daging pun setahun sekali. Berapa lembu/kerbau/kambing yang dikorbankan?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Mej. Nor Ibrahim

Alhamdulillah dah lama berpengalaman melapah rupanya. Saya ni kira prevetlah lagi.

Masa sembelih betul tu, saya pun tak berani tumpukan perhatian - jeling-jeling sesaat dua saja.

Memang ada kenduri sup kat surau, tapi tak ada kari. Memang lebih-lebih. Yg dah masuk group saya ni manalah berani makan lebih.

Di surau kami, 9 ekor. Memang, kita diberi Allah rezeki yg melempah ruah. Semoga tak alpa utk sentiasa bersyukur.