Melur di telapak harum semerbak
Manalah bau tidak ke hidung
Bertutur tidak berutus pun tidak
Manalah rindu tidak menggunung
Manalah bau tidak ke hidung
Lampai batangnya bunganya lebat
Manalah rindu tidak menggunung
Sampai bila tiada terubat
saja teringat
cikgu humairi & al-lavendari
kala puisi kalian menyengat
bisanya berhari-hari
19 comments:
salam
pak cik Temuk
teringgat lagu bunga melor sharifah aini tak silap
wangikan bunga ni walaupun kecik.
ibu_suri ada taman bunga melur tepi rumah. wangi bila malam..
Manalah baunya tidak menyengat;
Dikarang gadis, berikat-ikat.
Sakitnya rindu bila teringat;
Namun diri sudah terikat.
Pssst: ckLah merepek saja ya Pak Temuk!
Salam sayangsayangibu
Si kecil Melur memang sederhana. Merendah, putih bersih, juga semerbak harumnya. Tapi, kalau si 'Flame of the Forest', lain pula sifatnya.
Pakcik ada lihat beberapa orang melagukan 'Melur' dlm U-tube.
Salam IM
Memang untung mengindahkan kawasan dgn bebunga, dan mengendahkan kesuburannya. InysAllah dapat kita menumpang semerbak wanginya.
ckLah
Dikarang gadis, berikat-ikat
Terjuntai serasi ranting barunya
Namun diri sudah terikat
Dek rantai besi, sepuluh lilitnya!
Hihihi. Ora biso mareng ndi-ndi!
beribu bunga di dalam ladang
melur tetap cantik menawan
walau dinda jarang bertandang
kanda tetap dalam ingatan.
Bunga melur harum ditapak tangan
Lambat laun layu jua
Dikenang jangan, dirindu pun jangan
Dalam mimpi wajah menjelma.
al-lavendari
Bunga di ladang tumbuhnya rapat
Bunga selasih pokoknya lurus
Jarang bertandang namun mengingat
Tanda kasih murni dan tulus.
Hjh Nora
Seruling perindu nafirinya gamat
Suara penghibur terngiang-ngiang
Dikenang, dirindu, dimimpi, diingat
Jaga dan tidur terpandang-pandang!
(Seorang kawan kata, anak-anak muda yg diserang penyakit yg merep di atas kenalah berenang dalam sekawah asam pedas ikan... Huru-hara betul kawan ni!).
salam tuan temuk..saya juga rasa kehilangan apabila cikgu humairi mahu meninggalkan dunia blogging ini..saya banyak belajar dari puisinya..semoga dia akan kembali kan
Salam sahromnasrudin
InsyaAllah Cikgu Humairi kembali ke dunia blogging semula. Beliau amat terbuka dan pintar mengusik dan saya juga banyak belajar dari tulisannya. Mungkin sementara ini banyak perkara yg perlu diuruskannya.
Salam cikgu,
Kalau lihat pada gambar, rasanya bkn bunga melur tp bunga melati. Bunga melati sering disalahanggap sbg bunga melur. Kalau saya silap hrp maafkn (saya pn bkn tahu sgt mgenai bungaan ni.)
Cantik sungguh pantun itu. Itu lah kelemahan saya sungguhpun meminatinya.
Salam Adry
Terima kasih di atas pembetulan itu. Sebenarnya di kampung saya dulu pun bunga itu dipanggil melati. Yang pernah saya baca di beberapa sumber, entah mengapa disamakan pula melur dengan melati. Saya pun tumpang ikut saja. Maklumlah bukan orang hortikultur.
Anyway, thanks again.
Salam AL-MANAR
Saya amat pasti Al-Manar boleh memantun! Cuma belum dipaparkan lagi. Satu hari, insyaAllah saya akan melihat paparan itu.
Salam cikgu,
Manalah rindu tidak menggunung
Sampai bila tiada terubat
Walau rindu tidak tertanggung
Kasih masih terasa dekat
Salam eidul-adha KAKZAKIE
Di mercu gunung merak bertarung
Kalah lari menang menghambat
Rindu menggunung tidak tertanggung
Terasa dekat itulah pengubat
SALAM BAHAGIA
Kepada semua PENCINTA PANTUN
Terima kasih Temuk ucapkan
Pusaka bangsa hayatnya panjangkan
Di alam maya kita perjuangkan
Masing-masing, ikut kemampuan.
Post a Comment