Friday, November 26, 2010

MACAM SEKETURUNAN, TAPI .........................


MACAM SEKETURUNAN  - SEDIKIT CERITERA MERANTI dengan LETUP-LETUP ..........

Cuba lihat dulu, daunnya ..........


 'Kenal aku tak, MERANTI yang dah jadi sayur glamorous hari ni?
Pahit-pahit sikit, tapi pasti lazat cita rasanya kalau ditumis, dibening, atau dimasak lemak.'
 
'Nama lazim lokalku LETUP-LETUP, LELETUP, CIMPLOKAN, CIPLOKAN ......
Kalau anda menjumpaiku, anda panggil aku apa? Aku berangan-angan
selalu ni, kot-kot satu hari aku jadi tanaman tunai di Malaysia.'

Buahnya ......... berinya (berries )


'Kalau aku segar bugar, memang ratusan berries boleh ku hasilkan. Tumbuh
di tepi tembok macam melukut tepi gantang ni pun berbondong-bondong buahku!'

'Cantik tak buah masakku? Kepada yang ingin tahu lebih lanjut terutama mengenai
suku sakatku dan hebatnya nilaiku sebagai makanan, lawatilah http://www.incaberry.com.au/ dan
lain-lain yang berkaitan. Selepas itu aku percaya, buah beriku yang dianggap liar pun
akan jadi buah idaman hati. Paling kurang pasti akan ada yang ingin cuba mencicipiku.'

 'Bila pucukku dimasak sebagai sayur, tak mengapa buah hijauku dicampurkan.
Kalau untuk saja-saja makan, aku pun tak berapa recommend, walaupun
sebenarnya taklah teruk rasanya. Kan aku buah eksotik!'
  'Kalau anda jenis yang suka cuba pandu try, cicipilah aku yang sudah masak biru-hitam ni.
Mungkin anda akan kata, aku lebih lazat daripada blueberries dari USA.'


Pembiakan ..........






Aku hidup liar .... di Malaysia. Pembiakan, ikut nasiblah! Tapi yang lebih
dekat seketurunan denganku, memang dibiakkan dan ditanam untuk tujuan komersil. Berryku
digemari kerana nilai pemakanannya. Nama-nama macam Inca berry, Cape gooseberry,
Golden berry, Aguaymanto berry, Peruvian gooseberry, itu nama suku sakat akulah.
Ada ditanam di Equador, Peru, dan negara-negara Amerika Selatan yang lain.
Malah di beberapa negeri di USA dan Australia pun suku sakatku itu ditanam
orang. Berry yang ku hasilkan dianggap eksotik dan unik. Ia juga dikeringkan untuk campuran
 dalam kek  dan aiskrim. Yang segar dimakan begitu sahaja atau digunakan untuk campuran dalam
hidangan salad dan sebagainya. Dan semuanya dijual pada harga yang tinggi.
Aku si MERANTI yang dulu dianggap sayur kampungan, sekarang dah naik standard. Dah ramai
orang mengusahakan aku untuk pasaran. Tengok aku di atas tu, dalam pasu pun orang
cuba biakkan. Tapi, yang ni kira small-scale plantinglah. Kalau di kampung-kampung,
aku juga tumbuh liar, misalnya di kebun
getah, kelapa sawit, kelapa, atau juga dusun. Memang ada juga orang
kampung yang menanam aku di sekeliling rumah sepokok dua. Bila pucukku dipetik, akan
ku keluarkan pucuk-pucuk baru, sampailah aku tua, berpenyakit, dan meninggal dunia.

32 comments:

Echam said...

Dulu kecik-kecik bila pegi ladang sawit mesti cari buah letup2.

Temuk said...

Salam Echam
Bila saya baca mengenai buah Inca berries (yang bagi saya samalah dgn letup-letup) begitu banyak kebaikannya sebagai bahan makanan, ingin pula cuba biakkan jenis yang liar tu. Mungkin dgn baja organik dan penjagaan yang sempurna, letup-letup liar boleh mengalami perubahan, jadi macam Inca berries. Ceria selalu!

Yan said...

Salam Temuk,

saya suka sayur meranti. Masak bening makan dgn ikan goreng garing. Bojo ne suka yg dicelur makan dgn sambal taun..

Abah saya lak suka masak lemak.. yang pasti sedap dan berkhasiat.

Abu Aiman said...

Salaam.
Banyak tumbuhan dan buah2 kampung yg ada potensi utk dikembangkan, cuma takde org nak explore.

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Tak sangka pokok ini menghasilkan berri yang boleh dimakan. Di masa kecil selalu guna buahnya untuk letup didahi kawan je.

ckLah@xiiinam said...

Mak saya masih tanam pokok ni berhampiran rimbunan pokok kunyit dan rumpunan serainya di belakang rumah...


....dikulub, makan dgn sambal, atau dibuat kuluban dgn kencur,sedap.



'Kulub' ya, bukan 'kulop'...hehe

Temuk said...

Salam YAN
Meranti celur belum pernah cuba. Sebab enak dibening, sepatutnya kalau dicelur pun tentu ada umph!

Sambal 'taun' tu yg guna 100% cili padi + santan kelapa (+ lengkuas dll) , ya? Wow, yg itu pedasnya tahan bertahun-tahun kat seluruh mulut... dan sang hidung pun turut hujan dek kepedasan. Kesewun.

DrSam said...

salam temuk, negara kita bertuah dengan kepelbagaian flora dan tanah yang boleh dikatakan subur. Namun dek kepelbagaian yang rabun mata itu lah membuatkan rakyat jelata tidak ambil endah dengan kurniaan sediaada, malah setengahnya ada melata-lata didepan mata.

Temuk said...

Salam Abu Aiman

Benarlah tu. Mungkin MARDI dan universiti boleh buat penyelidikan, khususnya bagi tanaman-tanaman yg boleh keluarkan hasil segera. Tapi, yalah, barangkali banyak penyelidikan yg dah dibuat pun tak ada 'takers' utk komersilkan penemuan/jumpaannya. Mungkin orang perseorangan yg 'enterprising' boleh mula dgn 'minute/home-based production' bagi komoditi-komoditi tertentu.

Temuk said...

Salam Pak Zawi
Semasa kanak-kanak di kampung dulu saya rasa letup-letup tu memang tak sedap. Memang tak patut dimakan. Hihihi, dah tak muda ni, terjumpa balik buah 'liar' tu di kawasan rumah, dan setelah membaca tentang khasiatnya, saya rasa ia buah yg enak pula. Perubahan citarasa!

Temuk said...

Salam ckLah
Hihihi, bocah iki! Meranti kepiye si arek dikulopi?

Waduuh. Lama tak dengar istilah keluban. Orang Bg. Datoh suka keluban jantung pisang dan juga daun ubi, + parutan kelapa & perencah-perencah lainnya. Tapi biasanya tanpa kencur.

Tentu emak ckLah seronok bila lihat pucuk-pucuk baru merantinya tumbuh, beberapa hari selepas memetik yg sedia ada. Berterusan ada meranti......menanti!

Temuk said...

Salam DrSam

Benarlah yg dikatakan itu. Kadangkala, bila dah melata-lata di sana sini, kita pun kata itu barangan yg tak berguna.

Saya percaya, berhubung dgn makanan, ada kalanya kita sangsikan rasanya sehingga kita tak berani pun cuba memakannya. Saya sendiri, bila ke pasar, memang selalu nampak banyaknya jenis sayur yg belum pernah dibeli, tetapi tertahan-tahan drpd membelinya. Walhal, itulah anugerah Tuhan yg wajar kita nikmati. Memang kena 'delete' rasa sangsi dalam hati. Have a nice day!

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kakak gelihati baca cklah punya comment. Kalau cimploan tak boleh buat sayur. tapi meranti tu masak lemak campur dgn labu lagi sedap. daunnya memang seakan-akan serupa.

memang kalau buat keluban (cklah kata kulub) campur dgn kencur (cekor) dan taugeh memang lazat. Hingga menjilat jari....

Pak Idrus said...

Temuk, thanks for sharing those images. It brought back so much memories on my childhood lurking in the bush between the rubber trees and play around or eating those wild berries.

With your images my memories of yesterday years became so vivid as though it just happens yesterday. Nostalgic indeed.

Have a nice day.

Al-Manar said...

Kalau orang seperti temuk melihat rumput rampai dan pokok pokok yang tumbuh liar dibelukar tepi pantai, seperti tempat saya, tentu banyaklah posting yang menarik boleh ditulis.

ahmad humairi said...

salam,

mungkin istilah 'rututi' menepati diri. Ingin bersama tetapi tidak mungkin di taman larangan. Singgah sementara di hujung tembok,....aduhai sayang...,baru memandang, sudah dibuang!

sahromnasrudin said...

salam ziarah tuan temuk...melihat semua tumbuhan itu teringin benar saya hendak ke rumah tuan temuk untuk menikmatinya..mungkin akan tiba harinya kan

Temuk said...

Salam KAKZAKIE
Yalah, ckLah 'lucu jugak wonge'! Keluban kok dadi kulub! Dah dengar KakZakie pun kata begitu, kenalah cuba juga buat keluban meranti nanti sebaik-baik saja saya dapat menyambar sayuran itu di pasar malam, sebab yg di pasu sudah dicabut kerana dah tua.

Temuk said...

Salam PAK IDRUS

Thanks for your kind words. Yes, those were the days..... if only we could go back to the good old days.....

The relationship then that we had with our surrounding was certinly intimate. And even as young boys we knew then that we could depend on our surrounding for our daily food, recreation, and even income. I think, that is the reason why we could still remember until today all the living things that surrounded us and formed an integral part of our life when we were young.

Temuk said...

Salam AL-MANAR

Yang pasti, pantai akan menguliti minda saya yg sememangnya akan menyerah kalah kepadanya. Lalu, tidak akan jagalah minda utk berkarya, tetapi beradu dengan mimpi asyik akan istimewanya belukar pantai dan rumput rumpai yang mewarnainya. Akhirnya, paling baik pun, yang terhasil mungkinlah hanya secebis cerita kecil, untuk satu paparan yang kerdil.

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI

Selamat bertemu kembali.

Teringat saya orang ekonomi berkata, 'life is about making choices', dan sambungnya, orang lumrah memilih sesuatu yg digemari & menguntungkan. Memang kesihan pada rututi yg tidak dipilih & tidak digemari utk hidup di taman larangan. Namun, rututi bebas hidup di taman biasa, malah mungkin hidup ditatang di taman herba!

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN
InsyaAllah. Namun usah mudah terpedaya dgn produk si lensa atau ketikan si penggambar. Tumbuhan, kembang & seumpamanya, boleh jadi fotogenik. Dan amat lazim orang baisa kecewa melihat apa yang sebenarnya.

al-lavendari said...

entri yang sangat bermaklumat. pertama kali saya tahu bahawa pucuk meranti boleh dibuat sayur.

namanya saja saya ni orang kampung !

roha said...

Salam cikgu.
Macam sedap aje buah hutan ni. Ini buah hutan kan? Kalau tak silap saya la.Jika duduk kat kawasan taman payah nak jumpa buah ni.Biasanya banyak terdapat di kawasan kampung. Dulu macam kecil, rajin jugak petik buah ni.Cantik taman cikgu.Mak saya kata, sesiapa yang tanam pokok terus tumbuh maknanya "tangannya sejuk".Betul ke cikgu?

Keyyah said...

salam..
1st time makan buah meranti hari ni kat rumah kawan.. bila di google2, rupanya buah letup2... dulu kecik2 slalu ja main masak2 ngn buah ni..hehehe..

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Camno ni? Kalau nak turut jadi orang kampung, lepas ni kenalah beli meranti & buat sayur - masak bening, lemak atau tumis. Jika masak bening atau lemak, macam yang sesetengah bloggers kata, cuba campurkan dengan labu. Tapi tak taulah pula, ada atau tidak selera al-lavendari memakannya.

Temuk said...

Salam CIKGU ROHA

Tak pasti pula sama ada buah itu terdapat di kawasan hutan. Kalau di kawasan kampung, memang benar. Yang sepokok tersesat ke kawasan rumah saya ni mungkin burung bawa benihnya, dgn izin-Nya.

Mungkin betul orang yg tanamannya terus tumbuh punyai 'tangan sejuk'. Sebabnya, tangan dia memang kerap terkena air, baik kerana dia rajin menyiram tanamannya atau rajin membasuh tangan selepas menjaga tanamannya itu. Bolehkah terima rasional ni? Ceria selalu!

Temuk said...

Salam KEYYAH
Terima kasih datang berziarah. Oh, agaknya kawan dapat dari mana buah tu? Saya juga pernah terjumpa buah letup-letup yang diimport daripada luar negara, dijual di sebuah pasaraya di KL. Baru teringat, kalau tak silap ditulis nama buah itu Inca Berries.

sayangsayangibu said...

salam pakcik
------------
sya makan sayur ni pun bila duk di Kuala Langat nih
masak lemak cili api campur udang pun terangkat

Temuk said...

Salam SAYANGSAYANGIBU
Saya perhatikan pasar minggu di kawasan Hulu Langat pun banyak orang menjual meranti. Bagi yang suka masakan bersantan, sayur lemak meranti dengan udang (kering atau basah), dan campur labu atau keledek, memang menyelerakan. Kemudian + ikan masin goreng pula. Puuuh!

Cikgu Anuar bin Mat said...

hebat!!! mengagumkan blog ni... penuh kenikmatan bahasa dan rasa kempunan ingin merasa nikmat buah.. sesaper yg tau kat mana saya nk dapatkan benih/keratan batang/anak pokok keluarag berry? saya dah ada koleksi mulberi.. jual lagi, dipos keseluruh malaysia. berminat, sila lawati: http://www.malberimulberry.blogspot.com
tolong saya carikan pokok blackberry... call/sms saya Anuar 013-9791736 or email akulanuarmat@yahoo.com
berharap sangat2...

ongzi said...

the letup-letup is Physalis peruviana, from Solanaceae family

the sayur meranti is Solanum nigrum, also from the Solanaceae family...

they are cousins....
related....
seketurunan.