Semasa buat servis kawasan depan rumah kelmarin, baru ku tahu banyaknya duitku. Sampai merayap naik ke pokok. Macam-macam pokok pula tu.
Penuh duit kat pokok-pokok pinang.....
Lagi lebat duit kat pokok-pokok bouganvilla. Sampai tak nampak cabang-cabangnya. Ada pula duit-duit yang panjang lebar. Mana tak kaya!
Kat pokok kelat payaku, yang selama ini ku beri tugas mengurangi kepanasan bumi tepi bilik utama, pun melambak duit. Melilit-lilit! Dari pertengahan batang sampai ke dahan-dahan, juga ranting-rantingnya. Duit, duit, duit .....
Tapi, bila ku sedar kekayaan itu, dek banyak duit sampai melempah-melempah, hatta duit memanjat-manjat ke mana sempat, rupa-rupanya hati jadi walang!
Terasa sangatlah peri betulnya apa orang-orang lama kita kata, duit tak semestinya beri kita kebahagiaan. Duit menutup lahirnya keceriaan.
Bila duit mendaki hati, duit jadi segunung daki!
Malah, duit juga parasit agung!
Tengoklah bouganvillaku. Tenggelam lemas batang dan cabang-cabangnya diselimuti duit. Mewah luarnya, tak bernyawa di dalamnya. Ranting-ranting, bagaikan lukisan batik canting. Berpola cantik tapi mengering.
Sebab itu, masa bersihkan kawasan tempoh hari tu juga, ku segerakan gerak gempur ke atas duit-duit yang ada. Tontonilah, betapa bersihnya cabang-cabang bouganvilla ini lepas implementasi gerak gempur. Nampak si cabang-cabang, dadanya lapang. Paru-parunya, lega bebas menghela nafas.
Sebelum itu, banyaklah ranting-ranting gering dan kering, bersama duit parasit, yang disentap tangan si 'kaya main-main'. Rentapan bersama sebungkal rasa rakus, juga segenggam rasa geram.
Nah, di bawah ini, duit besar kecil, pendek dan panjang, lusuh luruh ke bumi.
36 comments:
Salam...
Terngiang-ngiang dialog semasa 'membeli-belah' pada zaman lampau.
Dan...leteran emak, apabila mahu membasuh pakaian, terjumpa duit-duit itu sudah membusuk dalam poket seluar katok di tepi kolam....
:D
SALAM,
TAK MENGAPA BANYAK DUIT KALAU DIMANFAATKAN DENGAN PERKARA2 KEBAIKAN YG BOLEH MENAMBAH BEKALAN KITA. BERHATI2 DI JALAN KEHIDUPAN. KALAU TERSILAP LANGKAH. KATA ORANG, DUIT TU BERHANTU !
"Money is the root of all evil". But, seriously, I could do with a little bit more!!! Suka baca cerita Cikgu, sangat kreatif.
Duit ni boleh buat org lupa diri....
Temuk, now you are a millionaire. Money is very important to the present culture of living. Without it living would be miserable. That is the reality.
Take care.
mesti bole buat duit dengan pokok duit-duit ni kot..
Salam cikgu,
Pokok duit-duit sgt bernilai bagi kanak2 zaman 70an dn 80an krn daunnya digunakan sbg matawang dlm permainan masak2. Spt kata cikgu, byk duit atau duit-duit ni tdk bmakna blh menggembirakan hati kita. Duit-duit ni blh menyebabkn hati peminat pkk akn jadi gundah gulana krn ia blh mematikan dahan/ranting atau btg pkk yg ditumpanginya. Ia mampu hidup di hampir semua jenis pkk. Pkk bunga, pkk besar, pkk jenis palma dn pasu kita juga ditumpangi juga. Dan tiada cara lain utk membunuh atau membuangnya kecuali kita tarik batang pkknya dgn hati2 dn agak rumit krn ia mudah putus. Untuk itu, kita perlu kesabaran dn kesungguhan!
CkLah
Semoga sihat sejahtera. Oh, zaman ckLah yg dah lebih moden pun ada main-main jual-beli guna duit-duit, ya? Hihihi, kenapalah simpan duit dlm saku katok... Kawus kenang seneni!
Tapi yalah, masa tu si Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Calvin Klein + yg hebat-hebat lain, belum berani datang tempat kita, kan?
LUAHFIKIRAN
Semoga sihat sejahtera. Seronoknya kalau kaya duit & menginfakkannya dengan banyak ke jalan Allah. Namun, insya-Allah, sumbangan sedikit dari si miskin, sama nilainya berbanding dgn sumbangan banyak dari si kaya.
Saya percaya duit itu berhantu. Ia menakutkan pemiliknya kalau tak mencukupi, juga kalau terlalu berlebihan.
Assalamu'alaikum Siti Roffini
Certainly I'd also like to always have a bit more of that stuff! Will we ever say, dah cukup dah? Hihihi.
Insya-Allah, the more money we have, the more we can give to the needy, while we meet our own needs.
Pastinya duit juga mampu menjadi punca segala kebaikan. Insya-Allah. Ceria selalu!
Assalamu'alaikum ZURENA
Memang melempah bukti, duit membuat orang lupa diri. Kesihan, pasal duit, malah ada orang lupa duitnya ... alpa segala-galanya. Ceria selalu!
PAK IDRUS
I would have been a millionaire, had I not pulled down all the money that grew on the trees around the house. Silap besar!
You are certainly right. In today's world, no money no life.
Have a nice day!
Assalamu'alaikum CEMOMOI
Mungkin boleh, bila ada saintis kata pokok duit-duit ada khasiat kesihatan atau perubatan. Masa tu semua pokok kita akan berselimut dgn duit-duit.
Ceria selalu!
ADRY
Semoga sihat sejahtera. Memang Adry mengamati tumbuhan dan mampu belajar erti kehidupan darinya.
Benar, duit-duit yang melekap ke batang, dahan atau ranting pokok yang jadi mangsanya, sukar dipisahkan, dek 'tali'nya yang kecil, mudah putus dan kuat melekat. Maka kita belajar bersabar & bersungguh-sungguh untuk membuangnya. Kagum juga saya akan keanjalan duit-duit yang Tuhan jadikan boleh merayapi mana-mana pokok pun untuk terus hidup. Ceria selalu!
Salam Temuk,
kalau kat kg dulu suka sangat buat main tumbuhan ni. Banyak kat batang kelapa.. Sekarang jangang malah tak ada langsung nampak kat memana di bandar ni
Salam
Duit bukan segalanya..tapi tanpa duit pun akan jadi huru hara..so cukuplah sekadarnya...
Salam Temuk,
Duit-duit di pokok-pokok Temuk, parasit. Tapi ada pokok duit yang di tanam sebagai hiasan rumah dan laman. Musim menjelang CNY, banyak pokok duit di pasaran. Ditanam dalam pasu,cantik. Kata yang mempercayai, pokok duit 'ong' untung...banyak duit masuk ma...Teka teki, kalau sebut sekali untung, cantik, sebut duit dua kali, parasit, menumpang. Have a nice day.
Salam cikgu,
Kalaulah duit-duit itu jadi duit syiling pun dah beribu juga jumlahnya. Tapi kalau ikut mata kakak cantik pautan duit-duit di batang pinang. Kenapa cikgu buang?
assalamualaikum,
burung serindit terbang melayang,
turun ke tanah makan padi,
duit-duit saya tak sayang,
buang deduit asal senang di hati.
Salama bahagia YAN
Nampaknya yg berasal dari kampung, ramai yg berpengalaman jadi pengeluar duit sendiri. Semuanya kaya raya. Mujur duit-duit tu tak memberi kesan buruk kpd badan kita. Benar, pada batang kelapa pun hari ni tak semestinya ada duit-duit. Apatah lagi, sekarang ni, pokok kelapa pun semakin berkurangan.
Salam bahagia IDALARA
Betul tu. Tanpa duit kenalah kita balik ke zaman barang/perkhidmatan tukar dengan barang/perkhidmatan. Setahu saya pernah kita gunakan kaedah ini utk urusniaga pada peringkat negara, apabila barangan dari negara Cina kita tukar dgn minyak sawit.
Ada orang kata, berduit sebanyak-banyaknya, berbelanja ikut agama.
Ceria selalu!
Assalamu'alaikum HJH NORA
Yalah tu, sebut sekali RMlah dia. Sebut 2 kali, perosaklah dia, walaupun mungkin ada juga yg anggap dia juga penghias dahan!
Mungkin yg Hjh kata jenis pokok duit yg dipercayai bawa ong itu ada juga dlm belaan saya. Atau mungkin yg sefamili dengannya. Lain kali boleh papar. Ceria selalu!
Assalamu'alaikum KAKZAKIE
Ada juga yg melekap pada batang pinang yg tak dapat dibuang, sebab tinggi & banyak.
Tapi kalau semuanya menukar diri menjadi duit syiling, setinggi mana pun saya kan panjat. Dan tentulah tak sekeping pun akan saya tanggalkan dari pokok, apabila si duit-duit tumbuh menjalar!
Gembira selalu!
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Turun ke tanah makan padi,
Habis makan burung berehat,
Buang deduit senang di hati,
Pokok mangsanya menjadi sihat.
seronok dizaman kanak2....hidup tak perlukan duit....dapat 1o sen ...pun hati dah cukup gembira.....
Assalamu'alaikum ZUL PERMATANG BADAK
Saya amat ingat zaman bawa 10 sen ke sekolah (pun ada kala dapat 5 sen saja!); dapat nasi lemak sebungkus (yg betul-betul lemak) + sebiji ais kepal. 'Syurga'lah dah tu...
Salam...
Huiyyo!!! Pakcik Kayo!!!...pinjam 13 ribu bleh tak pakcik Temuk..??? hehehe..
Lama tak jengah blog Pakcik ni...Semoga Pakcik orait2 saja!!!
assalamualaikum..dulu kecik2 nenek selalu ajar..kiter kne sayangkan duit..rupanya merujuk kepada pokok duit2 hehehehe
Adakah duitduit sejenis parasit yng boleh memtikan pokok singgahan nya? Sangkaan saya duit duit tidak seprti nenalu. Tuan lebih arif. Apakah fungsi duit duit yang senang membesar itu? Cantik pula nampaknya menghiasi batang pokok yang besar besar.
Wa'alaikumussalam ckLah
Yang ditaip tak keluar, ya?
Salam bahagia AUR
No problem. Dari satu pokok pinang tu bukan 13,000 tapi 1313,000 pun boleh Pak Cik Temuk petik & pinjamkan. Tapi cagarannya apa?
Terima kasih masih ingat & jenguk. Insya-Allah Pak Cik orait selalu. Semoga demikian juga AUR di sana.
Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Tak mengapalah kita sayangi kedua-duanya. Bila sayangkan duit RM, kita berwaspada membelanjakannya supaya ada manfaat darinya. Bila sayangkan duit tumbuh-tumbuhan, kita manjaganya sebagai sebahagian drpd ekosistem, bagi mempastikan kewujudannya juga bermanfaat dan tidak pula mengganggu kesejahteraan ekosistem.
Assalamu'alaikum AL-MANAR
Saya jangka kematian banyak ranting-ranting bouganvilla saya adalah kerana dikerumuni duit-duit dengan begitu padat sekali.
Tapi, macam ada sesetengah rakan kita kata, duit-duit juga merupakan tumbuhan yg mampu mencantikkan kawasan kita, termasuklah mencantikkan tanaman kita yg dihinggapinya.
Maaf banyak-banyak. Saya tidak tahu banyak mengenai tumbuh-tumbuhan. Khusus mengenai duit-duit, ada blogger yg memaklumkan, namanya juga ialah Dragon Scales.
Saya amat suka blognya, "Dedaun Alam". http://adrydaud.blogspot.com
golden goose
supreme t shirt
hermes birkin
balenciaga shoes
golden goose sneakers
yeezys
off white x jordan 1
ggdb
stone island
kyrie 6
pop over to this site bag replica high quality his explanation find out here click here for more info More Help
Post a Comment