Can you identify the flower shown below?
It bloomed a few days back. It looks quite beautiful. Tetap syukur!
Please don't tell me that it is heliconia. And, a thousand apologies, please don't give me the Malay name for it. My worry is, among the Malays, it might have many different names!
Let me give you some tips. The picture does not show you the 'whole' flower. It shows you only part of the flower. And let me give you one Malay word (not English, ha?) that might help you make a better guess: unggas!
I have 2-3 small monographs to be given away. The first person giving the correct answer will get these monographs. Semoga sudi! I find these 'booklets' quite a heavy stuff....but they are interesting to read. And again, a thousand apologies, these 'gifts' are not 100% new.
22 comments:
assalamualaikum,
mencabar sungguh ni....nanti saya study dulu...kalau sempat dan kalau ada luck!
As Salam cikgu,
Mmg agk sukar utk meneka bunga tersebut tp saya cuba. Kalau diperhatikan ia adalah sebahagian drp bunga 'bird of paradise'.
assalamualaikum,
kalau berdasarkan klu tu :
1. bukan heliconia - bermakna ianya dari famili yang sama.
2. 'unggas' - burung (Bird)
jadi betullah tu - namanya 'birds of paradise' dari keluarga heliconia - si sepit udang.
Aci tak tiru jawapan Adry@Daun tu?
...Stelitzia......
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Alahai, terlambat sikit saja tu. Hehehe. Dah tua-tua ni kita dapat main aci-tak aci lagi pula, ya.
Jawapan singgah kali kedua tu memang betul. Siap dgn analisis sekali... tapi penganjur kena tolak, dgn maaf. Bukan pasal tiru jawapan orang, tapi sebab itu jawapan BETUL yg kedua! Nampaknya jawapan betul PERTAMA datang darti orang lain. Walau apa pun, terima kasih sama seronok-seronok. Ada lagi, insyaAllah.
As-Salam ADRY
Memang tepatlah tu! Sebab Adry orang pertama yang menjawab betul, maka Adrylah pemenang kali ini. Tahniah! Diharap Adry sudi smskan kpd saya alamat utk dihubungi - hp saya 0173114884.
Thanks for joining the fun!
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Alahai, macam Cikgu Humairi juga, terlambat sikit jawapan tu. Kalau tidak, memang menang kali kedua berturut-turut!
Betul, bird of paradise juga dikenalai sebagai STRELITZIA spt yang sdra ZUL nyatakan itu.
Terima kasih turut seronok-seronok. Semoga sdra telah terima buku yg saya hantar baru-baru ini. Mohon sms saya kalau dalam minggu ini pun tidak sampai lagi - hp 0173114884.
Assalamu'alaikum RAKAN-RAKAN SEMUA
Wah, kali ni buka-buka saja "kedai teka", terus datang jawapan-jawapan betul. Lain kali kena tunjuk 10% saja gambar bahan yg perlu diteka, kan?
Bunga BIRD OF PARADISE memang cantik. Walaupun tak harum semerbak mewangi. Bila buka internet, ada yang warnanya agak lain, lebih kemerah-merahan, tapi tak lari jauh. Bunga ini juga dikenali sebagai STRELITZIA dan CRANE FLOWER.
Bolehkah kita beri nama BURUNG SYURGA padanya? Mungkinkah 'ada masalah', kalau dilihat dari sudut agama?
Terlambat sehari daa...Yg ni memang saya tau sangat la Heliconia...Dah bersemangat nak jawab, rupanya dah ada yg lebih pantas...Melepas lagi daaa...
If I were threatened with death to give an answer I would say 'sbahagian bunga jantung pisang, and plead for mercy. Now that it is all over I can afford to laugh.
Tahniah....untuk Adry....
cikgu.....hadiah tu dah saya terima....saya akan simpan sebagai bahan rujukan.Susah2kan cikgu je....
As-Salam AUR
Maaf, terlambat. Tak apalah. Lain kali insya-Allah ada peluang. Walau apa pun, terima kasih.
Assalamu'alaikum AL-MANAR
Your guess that that is bunga pisang really tickles me! Anyway, thanks for joining in the fun.
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Ya, tahniah utk ADRY. Terima kasih kerana sudi menyimpan buku lama yang tak sepertinya itu.
salam pak cik Temuk
sya terlambat beberapa hari.. ;p
unik bentuk bunga tu..tp tetap cantik
As-Salam sayangsayangibu
Pakcik memang percaya semua bunga ada keunikannya. Apa lagi bunga-bunga hiasan. Kesian sayangsayangibu terlambat kali ni...lain kali, insya-Allah, boleh cepat.
As Salam cikgu,
Bunga bird of paradise ni mmg slh satu bunga top ten saya. Saya ada tnm beberapa spesis dlm famili yg sama dgn bird of paradise ni. Bird of paradise dlm bhsa Melayu ialah burung cenderawasih.
InsyaAllah saya sms alamat saya kpd cikgu. Sbnrnya bkn hadiah yg saya mahu tp ingin berkongsi ilmu.
As-Salam ADRY
Oh, memang sesuailah nama 'burung cenderawasih'tu - burung yg ayu. Teringat pula kpd senikata lagu 'cenderawasih burung di awan', unggas anggun yg tinggi darjat terbangnya.
Seronoknya ADRY miliki beberapa spesis bird of paradise itu! Saya menanti sms ADRY. Pastinya pengongsian ilmu & ikatan silaturrahimlah yang menjadi matlamat lebih utama kita berhubung di alam maya ini. Ceria selalu!
salam cikgu...nk jawab tapi dah terlambat...kalau awal pun mmg saya x tahu jawapannya..hehe...
datang ke blog cikgu melalui bacaan dari entry zul permatang badak..anyway...bagus blog cikgu...rasa teruja untuk mengenali tumbuhan melalui pendekatan cikgu yg fun!tahniah!
As-Salam KELI OH KELI
Terima kasih banyak-banyak sudi singgah. zul permatang badak dan juga adry@daun (di atas) merupakan dua orang pakar mengenai tumbuh-tumbuhan yang blognya acap saya susuri. Saya amat seronok menonton gambar-gambar yang mereka paparkan. Begitu cantik dan informatif. Saya hanyalah 'penggemar' tumbuh-tumbuhan, tanpa latihan atau pengalaman apa-apa mengenainya. Cuma dgn bantuan internet hari ini, kita semua boleh cuba belajar sendiri mengenai apa sahaja yang kita ingini. Insya-Allah. Semoga ketemu selalu!
Assalammualaikom wtb tuan. Khaifahaluka. Allhamdullah ana ziarah sebentar di blog tuan. Seronok ana membaca N3 di Blog tuan. Siap ada petandigan teka-meneka lagi. Allhamdullah mengeratkan lagi silaturahim di alam maya. Ana sudah banyak berkenalan di maya. Ada Group yang aktiv dan saling kenal sesami individu walaupun tidak pernah berjumpa sebelumnya.
Salam Maulidul rasul. Sambung kerja Nabi s.a.w. tunaikan hak-hak saudara Muslim.
Ana juga gemar menanam dan gemar melihat tanaman tetapi hanya sedikit ilmu. Bisa ana pelajari dari tuan, InsyaAllah.
JazakaAllah
Wa'alaikumussalam Sdr Musafir_Islam
Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Blog sdra amat bermanfaat sekali bagi kita mempelajari, atau mengingati semula, ajaran-ajaran dalam agama Islam kita yang mulia. Saya yakin, melalui internet, penyebaran dan penghebahan 'isi' Islam dapat kita lakukan dengan berkesan. Terima kasih di atas kesudian berkongsi ilmu.
Post a Comment