Apa lagi kalau yang melompat sempadan tembok dan menyelusup ke ruang kita tu si cantik manis macam Pseudokalima ni.
Pun dia cuma si Bouggainvillea.... yang kita biasa panggil bunga kertas tu.......siap dengan jarum-jarum tajamnya.....tak mengapalah juga, kot. (Takkan aku tak sedar, kaktusku pun menyeberangi sempadan. Kepak-kepaknya yang bersimpang siur tu boleh jadi sangat menyimpangsiurkan pandangan dan perut jiranku).
Pun dia si Pakis Besar.... Kan nampak gagah, tu!
Allamanda Kuning ni (yang orang Putih panggil Yellow Bell.... Golden Trumpet.... Buttercup Flower tu) yang tumpang menjuntai ke tamanku (bukan taman larangan pun!) amat ku Selamat Datangkan. Segar meriahnya empat sekawan. Tentu lebih menceriakan kalau berjuntaian satu platun!
Yang menyeberang sempadan tu semua memang jadi penyeri ruang tamanku. Tentunya juga ruang mata dengan padang hatiku. Tak payah berkeringat dapat pemandangan ayu percuma. Tak payah bermodal, berhias taman secara FOC!
Jadi, dalam suasana begini, kalau misalnya sepelepah dua daun pinang jiran 'terterbang' ke lapangan terbang kita, mungkin tak payah berkiralah. Begitulah rasaku (mudah-mudahan bukan dengan hasrat tunjuk baik, tapi dengan tujuan wujudkan suasana baik). Kalau nak berkira, memang senang sangat. Terbangkan sajalah si pelepah itu semula ke arah berpatutan......
Jadi, dalam suasana begini, kalau misalnya sepelepah dua daun pinang jiran 'terterbang' ke lapangan terbang kita, mungkin tak payah berkiralah. Begitulah rasaku (mudah-mudahan bukan dengan hasrat tunjuk baik, tapi dengan tujuan wujudkan suasana baik). Kalau nak berkira, memang senang sangat. Terbangkan sajalah si pelepah itu semula ke arah berpatutan......
Memang, kalau nak kira pun senang sangat juga. Sebabnya, sesekali kira, bukan sampai sepuluh pelepah pun. Malah lima, malah tiga, malah dua pun tak sampai. Senang kira, tapi nak kira untuk apa?
Tak teringat hati nak berkira atau mengira. Jiran pun jenis yang amat menyanjung warisan bahasa berperi-peri kita.... 'Orang berbudi kita berbahasa....'.
Dek kerana itu, dengan pemantauan yang kadang-kadang adalah juga kealpaannya (kenakan NC - non compliance - ke atas diri sendirilah!), ku biarkanlah juga Raya Kuncupku, dengan rakannya si Kaktus, mengembangkan sayap ke pekarangan jiran berbudi, jiran berbahasa.
Juga si Senduduk Putih kat bawah ni. Yang malahan, ada keturunannya yang bercambah di pangkal, yang telah jiran tanam di ruang tamannya.
Juga ku biarkan si Kertas Orkid yang ku cantumkan dengan si Kertas Kuning ni....
Juga dia ni.... Alahai, siapa pula namanya? (Tolong.... Adry ke, sesiapa saja kat luar tu....!)
Memang, sesekali rasa risau mengetuk pintu hati juga. Manalah tahu, 'para penceroboh sempadan' dari sebelah kita mungkin lebih agresif, atau paras rupa mungkin kurang anggun, atau masing-masing tu asyik mencemari ruang orang pula. Alahai..... baik sangkalah!
Yang kurang ku fikirkan kala ni, reaksi 'jiran' yang seorang lagi ni. Yang lotnya kosong ni. Di manalah dia bermastautin.....
Buat sementara waktu ini ku biarkan para dahan, ranting dan kembangku melebarkan penyelusuran ke kawasannya. Kalau dia datang menetap, mungkin ku lainkan cerita.
Lihatlah antara para 'penjelajah' yang ku biarkan merayap-rayap tu....... si Alamanda Ungu.
Si Kertas Merah......
Si Tasbih, yang selesa berpayungkan Kertas Merah.....
Malah juga si Siantan.... yang orang juga namakan Jarum-Jarum....... Pecah Periuk.
Juga, seperti yang adik kandungnya ada disebut awal tadi ..... si Kaktus. Kebetulan, yang ini, rajin sekali dia berbunga.
Bila nak lainkan cerita, kalau perlu, kenalah jelas dan pasti sebabnya. Ikhlas tujuannya. Hatta, faham akibatnya. Berkira atau mengira, atau pun sebaliknya, memang senang. Tapi tak semestinya menyenangkan.
Berkira atau mengira mestilah lurus haluannya, kaedahnya tak berkait bagaikan kelingking, tak bengkok pula hasratnya, tak huru hara penghujungnya.
26 comments:
Hidup saling memerlukan,begitu juga tumbuhan,kait mengait kunjung mengunjung mempamirkan kecemerlangan.menzahirkan keindahan,memanggil sang kumbang...hubungkan zuriatku......
Sinkronis kehidupan tumbuhan berterusan tanpa disuruh bentuk...ia terjadi dengan sendiri......
Siapalah kita untuk berkira atau mengira...mengapa? sedangkan apa yang dihidang adalah anugerah alam....
ada hikmahnya....
biarkan ia berjalan secara sinkronis.....
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Terima kasih atas komen yang sarat pengertian, melempah pengajaran itu. Ya, kita hanyalah wakil, juga peminjam. Usahlah dalam kita menghidang, memanfaati anugerah-Nya, kita kecundang dalam pelbagai segi. Ceria selalu!
Salam. Seronok saya baca yang tersirat dan tersurat. Jiran saya yang Islam lain sikit. Disuruhnya saya tebang pokok mempelam yang sebahagian ranting dan daun...juga buahnya ketika musim, keluar sempadan. Ia suruh orang gajinya bercakap. Katanya penat sapu daun-daun kering. Saya pun tak banyak kira dan terus tebang pokok kesayangan. Saya pun dah kata buah yang keluar ke kawasannya boleh ambil. Tapi lebih baik tebang dari banyak kira. Semoga sekarang hatinya lapang. Tetapi mungkin jugak orang gajinya yang berkira. Tetapi tak apalah. Sekarang dah selesai.
asalamualaikum Pakcik,
kaktus tu edible punya breed.. buang semua spike dan dipotong..
sila lihat diyoutube:#
Cooking With Prickly Pear Cactus Pads
juga:
Picking "Tuna" in the Desert (medium & high speed internet; slow internet version on YouTube)
juga
Prickly Pear Delight
juga
Forever Lean
juga
Food From Prickly Pear Cactus
Learn how to make Nopales (Cactus) Salad with Amelia Ceja
di you tube
salam
salam pakcik ni ada lagi cara menyediakan nopal di you tube:
Cactus Cleaning - Nopal cleaning 12-30-08
juga
nopales asados
Assalamualaikum,
1 + 1 = 2, 2 - 2 = 0,
2 x 5 = 10, 5 x 2 = 10,
2 / 2 = 1
satu angka, darab dua, tambah dua, bahagi dua, tolak dengan angka yang pertama, jawapannya satu.
kena ambil kira kesemuanya.
assalamualaikum cikgu,
hidup bermasyarakat kalau dapat yang berkira memang sakit juga kita untuk mengira sama
kalau yang cantik dan indah dipandang mata apa salahnya ia tumpang bertandang sama, sama-sama dapat rezeki menghayati keindahan ciptaan Allah yang berbagai warna dan bentuk..
cantik2 koleksi bunga di taman cikgu, saya lebih bertumpu pada orkid saja
Salam Temuk
Apa khabar?
As usual Isah find your story very entertaining :)
Thank you for sharing.
As-Salam NGASOBAHSELIMAN
Terima kasih singgah. Alahai....sayang dan kesihannya si pohon mempelam. Dah ditebang, nak buat macam mana lagi. Mungkin masa tu tak teringat nak buang dahan-dahan yang menyeberang sahaja, sebanyak mungkin. Ada juga kemungkinan orang gaji yang berkira, dan repot, dan dapat restu tuan rumah untuk beritahu orang sebelah... atau mungkin juga semuanya cerita orang gaji sahaja, yang memandai-mandai sebab malas kerja lebih. Atau ... memang boleh ada macam-macam kemungkinan. Anyway, the good thing is, it's all over now. Have a nice day!
As-Salam NOR
Lots of thanks for the information. Banyaknya rujukan tu. Nanti Pakcik layarilah. Memanglah ingin nak tahu cerita pokok yang Pakcik sangka boleh menggatalkan tubuh badan ni, rupa-rupanya boleh dimakan. Dalam maklumat awal Nor tu ada perkataan 'salad' dan 'tuna'. Nampaknya kaktus ni boleh jadi berasa sayur dan ikan. Kalau betul begitu, dan sesuai dengan citarasa Pakcik, akan datang ni memang banyaklah boleh diselamatkan belanja membeli ikan dan sayur di pasar, yang semakin melonjak harganya sekarang! Have a nice day.
ps. Pakcik ni tak pandai cari cara nak singgah ke blog Nor, sebab tak ada profail. Maaf, ya.
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
"Satu angka, darab dua, tambah dua, bahagi dua, tolak dengan angka yang pertama, jawapannya satu." Saya sudah 'test' berulangkali, guna nombor apa pun, terbukti formula Cikgu ni betul!
Dari segi simboliknya, nampak juga kalau hujungnya nak 'satu', memang kena ada darab, tambah, bahagi dan tolak dalam kehidupan.....kan Cikgu? Tak boleh asyik nak darab saja, atau tambah saja.... Nampaknya angka 2 sangat penting. Barangkali, itulah '2 pihak' (yang mungkin ada pecahannya) yang terlibat. Darab ke, bahagi ke ....semua melibatkan 2 pihak. Yang menariknya pula, dalam formula Cikgu ni, cerita bahagi dan tolak terletak di hujung. Memang tak molek hidup berbahagi-bahagi dan bertolak-tolak, kecuali itu menyokong 'darab' dan 'tambah'.
Wa'alaikumussalam IBUINTAN
Pernah juga saya membaca blog yang mengkisahkan si dia yang 'tak mahu kecantikan bunganya, dan (yang sebenarnya) tak mahu daun-daun si bunga yang berguguran di tamannya'. Yalah, mungkin ada pemilik taman yang tak gemarkan bunga, walaupun cantik; apa lagilah daun-daun keringnya.
Pokok-pokok saya ni saya tanam 'hantam keromo' saja. Cara kampung - main cucuk ikut sempat, ikut suka, ikut mood. Jadilah, untuk keluarkan peluh dan seronokkan mata sendiri. Kalau lapang nanti nak jelajahi paparan ibuintan yang lalu, mungkin ada cerita orkid yang ibuintan jadikan tumpuan itu.
As-Salam ISAH
Lama tak bertemu di alam maya, ya? Di sini sihat. Semoga Isah dan famili juga sihat. Bagaimana bisnes sekarang? Cucu pun mesti telah bertambah tinggi dan manja. Sehingga kini pastinya telah beratus gambar dikumpul gunakan kamera baru yang dibeli tak lama dulu tu. Ceria selalu!
asmkm Pakcik
maaf nor takde blog.... takde masa lah ...nak update ni..keja harian pun tak terabis.
jadi menyinggah saja mana yang sempat...
wasalam
http://www.dailynews.com/lalife/ci_13271367
All cactus fruit are edible, although on many cactus species, the fruit have no taste or they are spiny and full of seeds, which makes their consumption a challenge. In the case of Epiphyllum, a spineless cactus that consists solely of floppy, often deeply scalloped, green cladodes (stems), the fruit tends to be sweeter if it is the result of cross-pollination between two different Ephiphyllum species or clones.
A close relative of Epiphyllum is the vining pitaya cactus (Hylocereus and Selenicereus species), whose so-called dragon fruit have attractive magenta or yellow skin, and whose flavor varies from bland to magnificent, depending on the cultivar.
Epiphyllum is commonly called orchid cactus, which refers more to its conditions for growth than to its flowers. Epiphyllums, like orchids, are epiphytes, which means they live in trees.
Specifically, they feel most at home in tropical rain forests where, in the moldy compost that collects in branch angles and crotches where limbs meet, their seeds can germinate.
Epiphyllum flowers, which will remind you of water lilies or fireworks explosions in white, pink, red, lavender, orange or yellow, reach up to 10 inches in diameter. The plants do not bloom reliably from one year to the next and, although tropical, are stimulated to flower by a certain measure of winter cold.
They prefer fertilizer that is low in nitrogen and should be fed monthly, or given slow release fertilizer at longer intervals, during spring and summer.
Epiphyllums need protection from direct sun and are best grown under shade cloth or where light is filtered through overhanging tree branches. They are ideal plants for hanging baskets or tall flower pots whose sides their stems can flop over as they grow.
Soil should be a fast draining mix of ingredients such as washed sand, peat moss, and compost. Propagation is ridiculously easy. Break off a stem, let it dry out in the open air for a few days, dip the bottom end in rooting hormone (or not), and then insert it into your potting soil.
I spoke to David Bernstein, proprietor of California Nursery Specialties Cactus Ranch on Saticoy Street just west of Tampa Boulevard in Reseda, about edible cactus. He extolled the smooth, baseball-size fruit (with minuscule, kiwi-like seeds) of the Peruvian apple (Cereus peruviana).
This arboreal cactus is distinguished by its many columnar limbs, blue to green in color, that may reach
The yellow bird of paradise adds a tropical look to your garden. (Photo courtesy of Joshua Siskin) 10 feet in height. Indian fig or prickly pear (Opuntia ficus-indica) has fruit of a similar appearance except they have spines and large seeds.
Bernstein also mentioned the edible pads of prickly pear, referred to as nopales, that have a taste somewhere between spinach and cucumber, a mucilaginous texture, and may be cooked with omelettes or meat or eaten fresh in salad. Young pads, once outer cuticle and spines have been removed, are tastiest.
Cactus and other succulent plants come to mind whenever brush fires flare. Bernstein told me about a house that had cactus, agaves and aloes around it and emerged from a surrounding blaze with little damage.
The plants themselves were burnt but the house remained intact. He suggested
When bamboo is grown in containers, it needs daily watering during the summer months. (Photo courtesy Joshua Siskin) that succulents may be more fire retardant than certain native plants.
Aloes, by the way, are not only fire resistant but have a gooey sap that acts as a salve for sunburn. "It's a savvy plant," Bernstein joked.
salaam..
Adat hidup berjiran, janganlah berkira sangat kan. Barulah aman.
http://forums.gardenweb.com/forums/load/cacti/msg0618271414150.html
Wa'alaikumussalam NOR
Terima kasih sangat. Siap masukkan cerita dari laman sesawang sekali! Memang seronok membacanya. inilah yang selalu kita alami dalam hidup: kita nampak dan lihat sesuatu, selalu. Tapi kita tak mengenalinya! Maklumat dari internet ini memang bermanfaat sekali. Asal kita rajin & tahu mencari, memilih dan menggunakannya.
TQVM, your kindness is greatly appreciated.
As-Salam ABU AIMAN
Ustaz pun dah selalu mengulangi cerita rukun hidup berjiran dan hak jiran. Tapi kita acapkali terlalai, terlupa(?), atau 'terdegil'. Memang lebih "mudah" berkira, dan mengira kesalahan jiran daripada tak berkira dan tak mengira salah silap mereka. Yang "mudah" inilah yang wajar kita 'susahkan' supaya, insya-Allah, seronoklah kita hidup berjiran. Gembira selalu!
assalamualaikum tn temuk..
semoga lotnya yang kosng itu tidak dipenuhi oleh bangkai bernyawa..jika ia, amatlah bahaya untuk penduduk di kawsan tuan ini...jika tidak pun, berilah kepada petani moden untuk diusahakan ataupun "orang asing" yang memang menunggu untuk mengerjakannya
x nk tanam pokok buah2 an ka? ;-)
Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Lot 'kosong' itu sebenarnya membolehkan saya nampak jiran-jiran sekeliling. Demikian juga sebaliknya. Alhamdulillah, dua tiga orang kami sepakat, cari orang untuk menjaganya daripada menjadi semak samun. Yalah, kami pun malas nak cari tuannya. Kalau diusahakan memang boleh dapat hasilnya, tapi nanti dapat saman pula... Ceria selalu!
As-Salam ANIES (http://aniesandyou.blogspot.com)
Dalam kawasan sekangkang kera Pakcik ni ada 3 pokok rambutan, 'empat' jenis buahnya! Ada sebatang mempelam yang namanya Belalai Gajah, tapi belum menunjukkan jasanya. Pokok-pokok ini semua lebih merupakan pokok teduhan yang diberi tugas menyejukkan kawasan. Anies suka pokok, tak?
السلم عليكم ورحمة الله
Dulu saya ni pengemar bunga kertas, banyak juga jenis yang saya tanam. Hasilnya berwarna-warni di luar sana. Sekarang ni tanam buah tomato dan cili, seronok rasanya tengok buahnya lebat dan kurang membeli..:)
Terima kasih kerana berkesempatan ziarah ke blog saya...
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah ada ruang & kesempatan menanam sayur-sayuran sendiri. Pastinya dan semestinya, itu amat mengujakan. Selain daripada memperolehi sayuran-sayuran segar, kita juga dapat menentukan ia halal dan selamat di makan. Seronoknya!
Post a Comment