Sunday, June 19, 2011

MENTARI PECAH DI BAGAN DATOH

Sudah bertahun aku merancang untuk mengambil gambar 'mentari beradu' di jeti Bagan Datoh.

Selalu kugambarkan dalam kepalaku .....sang mentari yang beradu itu terpampang, pra-dakapan malam, sebagai sebiji bola agung yang merah, tapi redup.....bertahta mantap di muara sungainya.....Sungai Perak. Dan dia akan jadikan langit senja sekelilingnya sebidang tirai luas, yang keindahannya pasti bakal diendahkan.
Dan baru-baru ini hajat menggambar itu terkabul.

 
 
 

Cuma, mentari beradu memecahkan diri..... Tak membola ia rupanya petang itu.

 
Belum ada rezeki, nampaknya, untuk menonton mentari yang kugambarkan, yang kuharapkan. Yang membulat merah.....memukau, redup, dan  akur kepada taklukan malam.

 
Lain kali, kan ditunggu lagi mentari beradu. Bilalah agaknya.....

Dan kalian yang arif akan gelagat mentari, mungkin ada panduan untuk penggambar memenuhi hajatnya.

24 comments:

kasihibu said...

subhanallah..
cantik anugerah Allah

sya selalu ajar anak yg kecik tu sebut subhanallah, kalau melihat benda yg cantik,
betul kata orang tua tua melentur buluh elok dari rebungnya
sbb si kecik tu dah pandai sebut secara sepontan bila melihat bulan

sebut pasal rebung apa cerita rebung buluh kuning pakcik tu?

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Penggambar,
perlu sabar,
apa yang terdampar,
itulah yang dilayar,

....kena tunggu sang rawi membola sendiri di ketika kaki langit berjerebu....sampai kapankah???

Unknown said...

SALAM
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI ! TERINGAT TAHUN2 60'AN DULU, TEMAN SELALU KE JETI INI - BEREMBUN PAGI ! LEPAS T/MALAM BERSAMA RADIO BIMBIT DUDUK BERSANTAI BERSAMA KAWAN2 (LELAKI). RUMAH LF LEBIH KURANG 300 METER JE DRPD JETI INI.

rohaizahabas said...

Salam pak

tak payah pergi jauh jauh pak..datang jer ke Port Klang ni..saya selalu dapat melihat sunset yang cantik..bulat jingga warna mentari terbenam...

ckLah @xiiinam said...

Masa minggu-minggu awal anak saya masuk ke Sek men Sains Bagan Datoh tahun lepas, tiap hujung minggu, ke sinilah dia kami bawa....untuk melepas rindu sambil makan soto. Ater, memang tak ada tempat lain dah... :D

zul permatang badak said...

sekecil-kecil biji sawi pun memerlukan matahari untuk meneruskan kelangsungan hidup......

matahari dan air hujan....
menyirami alam
mewarnai
keindahan.....

~ShErA~ said...

Assalamualaikum Pak Temuk...

Insyaallah..pasti suatu hari Pak Temuk akan bertemu dgn sang mentari jingga tu...belum ada jodoh agaknya..

Teringat kg halaman suami..tepi laut & sawah..dipisahkan dgn sebatang sungai...klu blk sana..pasti kami sekeluarga tunggu saat mentari itu masuk beradu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Cantiknnya pemandangan walaupun tiada mentari bulat merah jingga. Indahnya penulisan seindah lukisan.Best wishes, Temuk.

Temuk said...

SAYANGSAYANGIBU
Alhamdulillah anak disosialisasi cara demikian dari kecil lagi. Memang amat penting mereka dididik dengan apa yang sepatutnya semasa mereka masih rebung. Hihihi, kebetulan pada petang hari tadi, Pak Temuk telah 'punahkan' buluh kuning tu. Terlalu subur membiak, dan terlalu banyak daunnya berselerak! Semoga famili sihat sejahtera.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI

Benar
Si penggambar wajar bersabar.

Gembira merawi
Kisah sang rawi
Walau bukan
Wajah keinginan.

Tunggulah juga wajah dibayang
Takkan menghampakan si maharaja siang.

Temuk said...

As-Salam LUAHFIKIRAN
Aduhai.....kenangan lama mengusik jiwa. Masa tahun-tahun 60-an, lain wajah jeti tu, kan? Yang baru ni bolehlah dibanggakan, walaupun beberapa pembaikan boleh dilakukan supaya jeti & persekitarannya jadi lebih laku. Masa remaja tu, seronoknya mendengar radio bertemankan kawan-kawan, aliran air sungai & desiran angin perkebunan kelapa, ya!

Temuk said...

As-Salam EZZA
Terima kasih jemput Pak Temuk menikmati 'Kelang sunset' tu. Di bahagian mana Kelang agaknya? Insya-Allah, satu hari akan menontonnya. Yang ke Bg Datoh tu pasal 'dendam lama'. Lagipun sambil balik kampung. Ketemu lagi!

Temuk said...

ckLah
Oh, anak masih di SMS BD? Kok tak di SMS Batu 8?
Yalah, Bg. Datoh ni dah tua, tapi tak punyai apa-apa. Tak nampak mengembang. Tapi paman percaya ia akan membesar dengan pelbagai kemudahan dan tarikan. Walaupun slow. Tunggulah UiTM naik (katanya siap 2012?), walaupun cuma baru kelihatan tapaknya sekarang.
Paman teringat macam ada lihat gambar orang Sg Manila bergambar di 'anak jeti' Bg Datoh tu, betul tak?

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Orang suka tanam-tanaman seperti sdra memang tak lupa pentingnya cahaya sang suria & air untuk tumbuh-tumbuhan. Benarlah sang suria & air itu pewarna dan pengindah alam, seperti juga tumbuh-tumbuhan, yang dimungkinkannya menghijaukan bumi.
Selamat menghijau & menyejukkan persekitaran.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ~ShErA~
Terima kasih, insya-Allah akan temuinya suatu hari nanti.

Alahai, seronoknya persekitaran kampung halaman suami ShErA tu. Tak pernah Pak Temuk lihat dan tak boleh Pak Temuk bayangkan bagaimanalah wajah sawah dan padi masak kala diselubungi cahaya mentari dan langit jingga! Ceria selalu!

Temuk said...

HJH NORALENNA
Agaknya, dari puncak atau lereng BC dan BS boleh kelihatankah matahari tidur? Tentunya boleh ditonton di lokasi-lokasi tertentu pantai Kuantan, atau pantai Bandar Melaka. Selalu menyaksikan? Ceria selalu & salam bahagia.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

indahnya semua gambar itu, tuan temuk..Allah MAHA BESAR...

Al-Manar said...

From my experience, if we need a beautiful reddish sky just before sunrise, there must beautiful thick formation of clouds just above the horizon. Sun's ray will strike the cloud formation before the sun itself emerges. If the shape of the cloud if strangely beautiful, the sky will look beatiful until the sun emerges. Then it is all over. It is just a matter of a minute or so.

If we want redish ball of fire, there must be sufficiently thick cloud formation at the point where the sun will emerge, wher the sky meets the sea. This thick cloud will cover the sun as it begins to emerge, giving that ball of fire picture. Again this is a matter a minte or so and the show is over.

These are my observation. It is a touch and go situation, very much depending on the season when formation of clouds is present in the sky.

The full moon needs less, in fact nil cloud over the horizon to see her rising, giving a stream of reflection on the water surface from her to the observer's eyes. The sea has to be calm to give the mirror effect of reflection.

Kalau yang saya cuba terangkan diatas susah difahami, lebih lebih lagi kalau saya tulis dalam bahas Melayu. Maaflah

Azian Elias said...

Assalamualaikum Pak Temuk..

mentari sebegitu pun sudah menarik.. cahaya senja mmg mengugat hati..nak je ke sana melihat mentari berlabuh.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN

Terima kasih. Sekalipun kita tanggap gambar-gambar itu indah, tak mungkin kesemuanya itu mampu menggambarkan keindahan sebenar alam yang DIA cipta. Walau apa pun, kita wajar bersyukur dengan apa yang diizinkan-Nya untuk kita alami dan nikmati. Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam AL-MANAR
I should have known! Next time, I should look for those signs, and just balik rumah if the signs are not there. Saya pasti, dengan menggunakan BM, tuan mempunyai kemampuan yang sama hebat untuk menjelaskan tanda-tanda terbit & tenggelam mentari yang mempesonakan yang patut saya perhatikan. Terima kasih daun keladi!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam YAN
Amat benar, pemandangan begitu pun sudah amat cantik. Dan kamera ciptaan manusia serta kita sendiri tak mungkin dapat menggambarkan kecantikan alam Allah yang sebenarnya.

Merah jingga sang matahari memang mengusik...ada kala sayu rasa hati kita melihatnya. Kerana sang suria yang gagah seharian itu, tatkala senja, saban hari, akan layu didakap malam. Ceria selalu!

KELI OH KELI said...

walaupun mentari tiada membola hari itu...namum panoramanya tetap mengasyikkan ditangkap lensa cikgu..satu momen yang mendamaikan rasa.

Temuk said...

As-Salam KELI OH KELI
Pastinya mengasyikkan. Pastinya mendamaikan. Yang penting, kata orang seberang, jangan buru-buru. Releks & nikmati keindahannya.