Baru saja kubaca mengenai pokok Pena (atau Penar, Penai, Mempenai) yang dipaparkan pada 28.5.11 oleh rakan pemblog zul permatang badak (http://zulbahrihussin.blogspot.com). Blog 'Kenali Pokok Sayangi Pokok' Sdra Zul ini memang antara yang amat kuminati.
Cerita mengenai pokok bagiku adalah cerita sejuk. Biasanya, cerita yang mententeramkan. Sesekali kumarahi pokok, dan ada kalanya aku mengumpat pokok. Tapi, rasanya taklah berat sangat beban yang perlu ditanggung berbanding jika kita bercerita mengenai sang orang, apa lagi mengumpatnya. Eh, eh, meleret dan melarat pula!
Sebenarnya, hajatku cuma ingin memaparkan wajah pokok yang tumbuh sendiri di kawasan rumahku (sila lihat di bawah). Terutama Sdra Zul dan Adry mungkin boleh tolong beritahu, pokok Penakah ini? Atau suku sakatnya? (Blog 'Dedaun Alam' Adry yang menumpu kepada tumbuh-tumbuhan - http://adrydaud.blogspot.com - juga amat memeriahkan hatiku).
Pokok Pena paparan Sdra zul permatang badak pada 28.5.11 (Mohon izin menggunakan gambar ini ya, Sdra Zul) |
Pokok yang tumbuh di kawasanku |
Pokok yang tumbuh di kawasanku - 2 batang berdekatan. |
Kepada Allah, aku amat bersyukur, kerana mengizinkan pelbagai pokok tumbuh sendiri di kawasan rumahku. Pokok-pokok ini banyak mengajar kita.
Terutamanya, jenis-jenis 'lama' yang pernah menjadi sebahagian dari kehidupan lampauku di kampung, bila muncul tanpa disemai, pastilah lebih menyentak diriku untuk sentiasa ingat kepada akarku, suatu kawasan pendalaman yang kini tiada penghuni. Dan lebih daripada itu, akan kebesaran-Nya.
18 comments:
Assalamualaikum cikgu,
Walau tembuh sendiri tapi bagaikan kena semai ianya cantik. Anugerah Allah buat cikgu yg rajin berbudi dgn tanah.
Tumbuh pun hampir dengan rumah lagi. Itu yg kena tanya Sdr Zul / Adry dia boleh rosakkan simen tak akarnya.
Assalamualikum sdr Temuk..
kalau di kampung2 insyaallah mudah bertemu pokok2 sebegini..skrg ni nk jumpa pokok2 gitu di kwsn bandar memang tk merasalah.
Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Betul tu, kena tunggu berita dari yg pakar, takut kalau-kalau akarnya nakal. Inilah masalah besar kita nak bertaman di kawasan pekan, dgn ruang yg cilik. Selalu terpaksa bimbang dgn kesejahteraan si Long Kang, Lan Tai, Tem Bok, Man Hole dan lain-lain. Kalau tidak, banyak pokok, tambah dingin persekitaran kita. Tak apalah, kalau tak sesuai, selepas beberapa bulan atau tahun kita bersama, kita minta maaflah kpd si pokok utk kita ganti dia dgn pokok kecil.
Wa'alaikumussalam NYANYISUNYI
Dapat berjumpa pokok-pokok yg tumbuh sendiri ni seronok juga, walaupun utk sekejap waktu. Adatlah tu, orang dah biasa kata, pertemuan itu permulaan bagi perpisahan. Yg penting bagaimana kita memberi makna dan belajar dari pertemuan, walaupun dgn pokok.... Ceria selalu, nyanyisunyi!
Assalamualaikum cikgu...
maaf lewat bertindak balas untuk membalas pertanyaan.....
cuti sekolah....sibuk bergilir ganti...anak2 ada pula turn...siapa yg dulu menghadap p/c...
pokok di kaw rumah cikgu....jika diteliti daunnya tidak bergeligih.....bererti pokok pena...kalau daun memanjang bergeligih....pokok mata ayam....
pokok jenis renek ini tumbuh melata dan sering tumbuh dikaw belukar dan pinggir hutan.....tapi benih penar ini dibawa oleh burung...sebagai ejen penggerak....jadi kalau tumbuh dikaw rumah kita,memang biasa...
elok dialih kedalam pasu yg besar sebagai koleksi.....buahnya pun cantik.....
spesis pokok renek......tidak menganggu halaman rumah....
kita tuggu Adry.....apa pula...
ulasan darinya.....
Wa'alaikumussalam ZUL PERMATANG BADAK
Terima kasih banyak-banyak di atas penjelasan itu. Seronok hati saya. Sebab kini saya punyai pokok Pena juga, yg dulu saya tak pernah ketahui atau lihat. Burung apalah agaknya yang rajin menghadirkan buahnya ke kawasan saya... Terima kasih atas nasihat supaya pokok itu dipindahkan ke dalam pasu besar. Insya-Allah akan saya lakukan secepat mungkin. Saya juga teruja untuk melihat buahnya nanti. Insya-Allah, semoga Adry pula memberi ulasannya kemudian.
As salm cikgu,
Pkk ini adalah anugerah alam dari penciptaNya. Ia dibawa jauh melalui ejen yg myebarkn bijibenih pkk ini drp induknya (yg entah berapa jauh lokasinya). Spt kata en zul kita tu, kalau diperhatikn bentuk daun, ia adalah pkk mata itek (Pkk pena di Pahang). Utk pastiknnya sy perlu lihat bunga dn buahnya lps ni krn ada beberapa spesis lg dlm famili ini yg hmpir sama iaitu beras-beras dan mata pelanduk. Pkk mata ayam mempunyai daun seakan mata tombak dn bergerigi pd bhgn tepi daun. Pucuk muda, buah dan akar pkk mata itek ini blh dimkn. Akarnya dimkn sbg herba. Pckunya sbg ulam dn buahnya pula manis-manis kelat dgn biji yg agk besar jika dibandingkn dgn saiz buahnya yg kecil. Jika pkk yg tmubuh semulajdi ini tdk menukar rupabentuk landskap, pandangn mata dn menghalang laluan, ia blh diarkn trs hidup di situ. Pkk ini tdk akn membesar spt pkk balak. Tinggi maksimum hnya sekitar 4m. Jika ditanam dlm pasu ia lbh terjaga tp pembesarnnya agk terencat. Dn bentuk pkk akn lbh menarik jika ditanam dlm pasu bsr spt cdgn en zul tu.
As salam cikgu,
Cikgu blh tgk bunga pkk mata itek di sini. http://adrydaud.blogspot.com/2010/10/bunga-part-xi.html
Assalamualaikum,
POTUTI (bolehke agaknya istilah ini) yang diizinkan untuk meneruskan kemandirian spesisnya di laman larangan....kalau RUTUTI...dah lama dibuang..
Salam singgah baca entri terbaru..
As-Salam ADRY
Terima kasih di atas huraian panjang mengenai pokok pena saya, dan mengaitkannya dgn komen sdr zul. Insya-Allah akan berpindah sepokok ke pasu yg 'agak' besar nanti. La ni, nak guna pasu besar king-size, dah tak kuat angkat mengangkat. Insya-Allah bila dah keluar bunga-buahnya nanti, saya paparkan lagi gambar pokok pena/mata itik tu nanti.
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
POTUTI yg diizinkan tinggal bersama kita tu berubahlah statusnya menjadi Penduduk Tetap, walaupun bukan Warganegara. RUTUTI memang takkan kita beri peluang.....kelihatan saja, mereka kita ca alif but dgn akar-akarnya!
As-Salam CIKGU AIDA
Terima kasih. Semoga sihat selalu & selamat bercuti.
Assalamualaikum Sdr Temuk,
Terima kasih sudi ke blog saya.
Tentu sejuk kawasan rumah sdr kerana banyak pokok. Oksigen pun banyak dan sedap mata memandang.
Wa'alaikumussalam Sdr YUNUS BADAWI
Terima kasih singgah. Adalah sepokok dua. Itu pun tak terjaga...maklumlah dah masuk golongan warga emas.
AsSalam Pak Temuk..
Oh dah selamat kembali Pak Temuk dari menunaikan ibadah umrah..alhamdulillah.. Mungkin terlewat untuk menanya kesihatan Pak Temuk semasa di sana, sihat Pak Temuk masa di sana?
Teruja untuk dapat ikut merasa duduk di depan Kaabah, solat Subuh di Masjidil Haram dll.. mungkinkan ada rezeki buat kami sampai ke sana.. moga Allah kurniakan rezeki dari berbagai pintu...aminn
Pak Temuk, kalau perhati2.. unik sungguh tumbuhan yang tumbuh sendiri di laman rumah. Kat kawasan rumah kami pun banyak pokok yang tumbuh sendiri sampaikan suami ada buat teka-teki baru2 ini.. "Pokok apa yang kita tak tanam tapi tumbuh subur?" Saya sibuk meneka2 tapi semuanya tak betul..Jawapan dari suami ~ Pokok Kapal Terbang.. he he
As-Salam NUR
Terima kasih di atas doa. Pakcik sihat. Biasalah, baru balik dari tanah suci, kita kena batuk-batuk sikit & keletihan. Maklumlah, dah berstatus wargaemas. SEMOGA NIAT NUR UTK KE TANAH SUCI AKAN TERMAKBUL. Kalau umrah memang bila-bila masa, tapi kalau utk haji, nampaknya sekarang ni kena tunggu bertahun-tahun sebab Saudi kenakan sekatan bilangan, kan? So, plan early. Hehehe, camne la rupa si pokok kapal terbang tu ye? Mungkin merah macam AirAsia. Nur ni tinggal di kawasan & negeri manalah agaknya?
m2y71j8m34 u2t74q0b07 n8f39q9e66 s8c95w2q50 w5z12i9r55 w0p69h7v53
Post a Comment