Wednesday, July 6, 2011

KOMANIS atau KOMUNIS? SEDIKIT CORETAN MENGENAI "CORETAN XNURI PILOT"

Anda semua mahu tahu tentang sebuah karya baru (diterbitkan tahun ini) yang kelahirannya memang Temuk tunggu-tunggu?  

Bukan, bukan, bukan! Bukan mengenai tumbuh-tumbuhan!

Karya menarik ini telah dihasilkan oleh pemilik blog Jottings of Xnuripilot, yang boleh dicapai melalui  http://xnuripilot.blogspot.com.

Inilah dianya, "Coretan Xnuripilot"! Hasil minda bekas juruterbang helikopter Nuri  - Mejar Nor Ibrahim bin Sulaiman  -   yang Temuk telah baca baru-baru ini.

Penulis Buku, Mej. Nor Ibrahim bin Sulaiman TUDM (B)
Kulit Depan Buku.
Rasanya, lebih tahulah Temuk sekarang akan jerih payah dan pengorbanan besar angkatan tentera, khususnya Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dalam membantu mewujudkan 'sebuah negara' yang kemajuan dan kesejahteraannya kita sama-sama nikmati hari ini.

Paparan Temuk ini bukannya satu book critique. Maka dengan amat bersahaja, Temuk ingin menonjolkan karya menarik itu dari segi-segi berikut:

Apa yang penulis hidangkan?

Coretan Xnuripilot  mengandungi 31 bab.  Puas membacanya! 

Bab-bab awal menyingkap latarbelakang diri penulis sendiri semasa zaman persekolahannya dan semasa menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet. 

Bab-bab lainnya menyajikan liku-liku hidup penulis selaku juruterbang helikopter Nuri, bersama rakan-rakannya, dalam menjalankan tugas anggota tentera udara (sebelumnya penulis menganggotai tentera darat), sekitar tahun-tahun 70an dan 80an. 

Secara tersurat dan tersirat telah diperlihatkan di dalam bab-bab ini kehebatan Nuri (bagi Temuk lebih pastilah kehebatan juruterbang dan anggota kumpulannya!), yang bagaikan ditanggap oleh penulis umpama satu simbol unggul, satu lambang kekuatan dan kegigihan TUDM dalam perjuangan menentang komunis. Tidak hairanlah mengapa Nuri itulah yang sebenarnya  menjadi sasaran idaman kumpulan pengganas.

Suatu ketika dulu..... bila Nuri terbang tinggi..... itu bukannya penerbangan liburan
 Selain itu, di dalam karyanya, dirakamkan juga oleh penulis pelbagai tugas kemasyarakatan dan kemanusiaan lain yang  pernah dijalankannya,  bermacam-macam maklumat teknikal berkaitan tugas dan teknologi ketenteraan dan latihan dalam perkhidmatan, rekod pengiktirafan pemerintah kepada anggota tentera, serta kisah kejayaan akademik dan perniagaan bekas seorang anggota tentera yang telah hilang penglihatan ekoran operasi membasmi komunis.

      Paparan terperinci operasi menentang komunis

Sesuai dengan tujuan buku ini ditulis, Mej. Nor Ibrahim telah memberikan tumpuan khusus kepada penglibatan anggota TUDM, termasuk dirinya sendiri selaku juruterbang Nuri, dalam menentang keganasan komunis. Pelbagai operasi kritikal menentang dan menangani komunis telah dipaparkan oleh penulis secara terperinci. 

Yang membaca episod-episod serang hendap komunis dan keganasan mereka terhadap masyarakat awam dan harta awam, sebagai yang disogokkan penulis, sepatutnya dapat mencelikkan mata sesiapa sahaja peri tingginya risiko perjuangan dan besarnya kesangsaraan yang ditanggung oleh kumpulan tentera kita yang ketika itu sentiasa mencari dan dicari komunis.

Kemalangan, kerosakan, kesakitan, jerangkap samar, serang hendap, tembakan, bom, putus anggota badan, hancur tulang, berkecai daging, hatta kematian..... semua ini menghantui, dan semua ini terpaksa dialami para parajurit kita. 

Lantas mungkinlah ada di kalangan kita yang jadi sekeyakinan, bahawa sepatutnya kita insaf sendiri akan 'kecil'nya sumbangan kita kepada negara, apabila kita mengimbau kisah pahit maung dan perit getir para pejuang kita. Kita tidak menyumbang dan berjuang dengan mempertaruhkan nyawa!

Lihat sajalah, sebagai contoh, antara babak-babak dalam "Coretan Xnuripilot"..... yang berupa gambar-gambar.... yang rasanya tak mampu kita terima sebagai sesuatu yang telah ‘benar-benar berlaku’.
 
  
 
Temuk menjadi lebih faham mengapa, pada halaman vii bukunya, penulis mendedahkan rasa hatinya:
“.....kerana terlalu kecewa dengan pihak tertentu yang cuba melobi agar Setiausaha Agung 
Parti Komunis Malaya (PKM), Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai ‘Chin Peng’, 
dibenarkan kembali menetap di Malaysia, memaksa saya untuk meluahkan perasaan yang 
terpendam. Saya tidak nampak walau sekelumit  sekali pun bagaimana golongan tersebut 
mahukan beliau berinteraksi semula dengan rakyat Malaysia tercinta ini tanpa 
mengambil kira perasaan kami yang berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan negara.”

 Mata kita hanya memandang (yang dipandang itu pun hanya tulisan dan gambar) detik-detik pahit dan ngeri sebenar yang anggota TUDM lalui. Bahu kita tidak memikulnya!

Dengan minda yang dilautkan, hati yang dipelahangkan, juga mata yang dinyalangkan, setinggi manakah darjah kemungkinannya kita jadi sekeyakinan dengan penulis?

Jika sekeyakinan, pastilah akan jadi serupa harapan dan doa kita. Harapan dan doa, bahawa berita-berita di bawah ini, contohnya, hanyalah agakan, hanyalah sangkaan, hanyalah satu kesilapan dalam menganalisis situasi. 



Pastilah kita menyukai dan merindui KOMANIS (.....Engkau yang manis!). Dan bukannya yang satu lagi itu!


Penghargaan

Temuk mengaturkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada penulis  
"Coretan Xnuripilot", Mej. Nor Ibrahim bin Sulaiman TUDM (B)
kerana berusaha mengabadikan kisah pengorbanan dan
perjuangan para parajurit yang selama ini tidak atau kurang didendangkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada penulis yang telah 
mengizinkan Temuk menukil sebaris dua mengenai karyanya 
dan memaparkan semula beberapa gambar di dalamnya untuk tujuan entri ini.

Untuk mendapatkan buku berkenaan, anda boleh menghubungi terus penulis. Untuk maklumat lanjut, lihat entri beliau bertajuk "Akhirnya...", bertarikh 28 April 2011 beralamat http://xnuripilot.blogspot.com. Selamat mendapatkan "Coretan Xnuripilot" dan menghayati kandungannya.

23 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kisah dan teladan bagi generasi seterusnya memanfaatkannya. Saya terkadang terkeliru bila menyangka komunis baik hati kerana selalu memberi ('komuniskasi') dan sering berinteraksi dan lagi dikelirukan oleh komanis....namun menghayatinya menambah kefahaman kita.

Mej. Nor Ibrahim boleh sumbangkan senaskah dua untuk PSS Sekolah (?)

ctpayong said...

jangan mahu ikotkan hati muda bergelora.
jangan ikot membabi buta kelak,
mati beragan dan merana badan.

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Wah.... satu ulasan yang mantap cikgu. Kakak jarang membaca buku kategori ini. Tapi bila cikgu ulas kakak macam teringin utk memiliki. Dari sini kita dapat tahu betapa perjuangan mereka amat perlu diketahui kita yg dulu ingatkan mereka terbang suka-suka.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Jika tiada karya-karya sedemikian rupa, tipislah peluang generasi akan datang untuk mengetahui perjuangan orang-orang yang terdahulu. Generasi sekarang yang disogokkan dengan 'kisah & teladan' begitu pun tidak mahu dan tidak mampu menghayatinya.

Hihi, pasal sumbangan ke sekolah tu nampaknya kenalah Cikgu kuis-kuis tuan bukunya sendiri. Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam CTPAYONG
Yang muda memang boleh dijangka ingin selalu mengikut hati muda mereka yang bergelora. Juga mengikut orang membabi buta. Kemudian, mereka itu, beragan matinya, merana badannya. Anehnya yang tak muda pun, 2 x 5 juga.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Saya pun jarang membaca buku yang begitu jenisnya. Tapi teringin juga mengetahui cerita parajurit "bersihkan" komunis, selain daripada hanya membaca tentang tukang kebun membersihkan laman rumahnya. Selamat membelinya, dan kemudian membacanya..... nikmatilah karya yang berlainan sedikit daripada yang biasa kita tatapi.

luahfikiran said...

SALAM,
TKASIH KERANA BERKONGSI APA YG TEMUK BACA. PAPARAN PENGALAMAN PENULIS YG AGAK BERLAINAN SEDIKIT ! MENARIK !

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya sungguh terharu dengan posting Cikgu. Apa yang termampu saya katakan hanyalah TERIMA KASIH.

Untuk makluman, Kol Zakaria Salleh (B) yang pengalamannya di halaman 49, telah terkorban di Padang pada 23 Jun 2011 ketika membuat aerobatic display.Al-fatihah. Arwah adalah abang ipar kerada arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal yang terkorban dalam Nuri yang ditembak jatuh pada 26 April 1976.

Saya percaya sekolah mempunyai dana untuk membantu penulis persendirian kut.

nor said...

masalahnya pakcik ada generasi kbsr dan kbsm yg lemah dan cetek pengetahuan sejarahnya. Strangely yg mengubah kbsr/kbsm ni sedara refobasi kita tu.
Mungkin agenda beliau sudah berjaya.. mendapat sokongan dari golongan yg buta sejarah.memporakperandakan bangsa..

serta generasi selepas merdeka 60-80 dimana pendidikan sejarah tanahair kurang ditanamkan. maka ada level of support.

kalau dikaji balik perjuangan komunis dimsia hanya emata utk memberi support perjuangan komnis di Negara China.
Bukan lah nak merdekakan tanah melayu.
Klau lah negara China tu elok benor, gamaknya takdelah menebeng kat sini.
Dok lah kat sana. as always history is cycle of event repeated again and again, what is happening in CHina Skrg has happened before sebelum kejatuhan dinasti dan kjaan kuo mintang later komunis china.
skrg ditahta komunis china yg penuh dgn korupsi capitalist plunder the land and lanyak bumi hanya semata 2 nak jadi gergasi dunia. tanpa memikirkan masa depan. Tunggu sikit hari akan hancur ekonomi mereka yg hanya sebhagn saja yg dapat merasa, maka mereka akan kembali melahu dan rakyat yg berbillion akan macam lalat dtg kesana kemari..

kalau mereka hebat mereka tidak akan menghancurkan tamadun dan scorch earth and plunder pillaging their infrastructure..

suruh je si komunis ni duduk kat siam..
tak pun vietnam

Temuk said...

As-Salam LUAHFIKIRAN
Terima kasih kembali. Buku yang diperkatakan jelas menampakkan tidak senangnya hati penulis terhadap komunis. Saya percaya, rakyat Malaysia yang sejati, setuju dengan beliau. Kebetulan dalam beberapa minggu ini kita disogokkan dengan kisah-kisah yang menampakkan komunisme, seperti kata pemerintah, mahu bernyawa semula di tempat kita. Jadi mungkin kita boleh tatap komen-komen menarik dari ramai pembaca.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam MEJ. NOR IBRAHIM
Terima kasih kembali. Saya amat menghargai kesungguhan Mej menghasilkan buku tersebut. Amat bermaknalah segala catatan kerja semasa bertugas dahulu, di samping paparan-paparan di blog Mej sendiri, kerana dapat dijadikan asas untuk menulis buku. Kesungguhan Mej menerbitkan sendiri buku tersebut amat wajar diberi pujian.

Turut sedih dengan berita mengenai arwah Kol. Zakaria Salleh yang Mej sebut itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Juga ke atas roh kesemua para tentera muslimin kita yang telah pulang ke rahmatullah lebih dahulu daripada kita.

Semoga ramai yang akan memberi sokongan terhadap 'hasil' pelaburan fikiran, keringat dan wang Mej itu.

Temuk said...

As-Salam NOR
Terima kasih di atas buah fikiran Nor itu. Pakcik setuju, ada kumpulan-kumpulan tertentu di negara kita yang buta sejarah dan kerana itu tidak berupaya menghargai sejarah. Di kalangan yang celik sejarah ada pula yang menjadikan kejadian-kejadian sejarah sebagai modal mengelirukan dan mengharu-birukan masyarakat dan negara. Ada pula di sana sini golongan-golongan yang mengaku merekalah pejuang masyarakat dan negara yang tulin, anehnya tanpa memperdulikan pun kaedah 'perjuangan' mereka itu.

Menarik juga pemerhatian Nor akan perkembangan negara China dan komunisme yang telah dinodai kapitalisme tu. We will wait and see. Sementara itu, mungkin betul juga cadangan Nor iaitu, sesiapa yang sukakan komunisme kenalah berhijrah ke negara-negara yang mengamalkan ideologi itu.

Temuk said...

Assalamu'alaikum Para PEMBACA/PENGIKUT budiman

Maaf kerana ada yang tidak dapat meninggalkan komen dalam blog Temuk. Telah diperbetulkan. Semoga ok. Temuk ni memang k.o mengenai hal-hal teknikal komputer/blogging ni. Terima kasih kpd semua yang memberitahu masalah melalui bloggers lain.

KELI OH KELI said...

naskah yang baik buat tatapan generasi kita...bukan senang nak mendaulatkan bangsa dan negara....janganlah pengorbanan wira2 yg x didendang dahulu dimusnahkan dengan pemikiran dangkal oleh generasi yang tak kenal erti terima kasih dan syukur...

Temuk said...

As-Salam KELI OH KELI
Terima kasih di atas komen sdra. Memang kita celik-celik mata, negara sudah merdeka. Sudah merdeka pun penjahat komunis masih mengganggu negara. Parajurit (dan polis) kitalah yang menggadaikan nyawa mereka. Kita menggadaikan apa? Pun begitu kita bising, rumah siap kita jadi pahat yang berbunyi kuat, tanpa henti-henti. Kita buat pelbagai tuntutan dan berteriak, kitalah pejuang sebenar! Walhal kita hanyalah pengabur mata, sebab kita tak mahu orang nampak, kita sedang mengaut segala laba kemerdekaan!

zul permatang badak said...

cikgu.. komen saya agak lewat,sebab beberapa kali mencuba tapi gagal....
ni...dah dipelbetulkan dah ya....

naskah yang mengingatkan kita,perjuangan wira negara.......
ianya terlalu mahal.....terlalu beharga.........marilah kita, sama-sama merenungnya.......

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Mudah-mudahan Abang Temuk sihat hendaknya.

Lama tak dengar khabar.

sayangsayangibu said...

salam pakcik
gembira sya dapat berbual dlm ruang ni
terima kasih kenalkan blog "Coretan Xnuripilot" dlm en3 ni,

harap pakcik sihat dan sejahtera hendaknya, sebab lama sangat menyepi.

Al-Manar said...

Tak banyak buku buku yang ditulis oleh bekas perwira kita. Memang patut digalakkan. Arwah Tun Ibrahim Ismail ada beberapa buku yang sungguh menarik - mencerminkan sikap sikap dan nilai luar biasa dikalangan mereka yang betul betul berdisiplin.

Sdr dah tukar format untuk comment?

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Walau lambat ada nasihat berguna dari sdr Zul, iaitu perlunya kita merenungi perjuangan wira-wira kita yang lalu itu. Orang memang teruja dengan sumber-sumber kekayaan di bumi kita, tapi tak ambil kisah akan penjaga keamanan dan ketenteraman. Maaf, utk masuk ke blog saya kebelakangan ini ada berbagai masalahnya.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Terima kasih, dengan izin-Nya, sihat. Semoga Cikgu juga sihat. Kebelakangan ini saya agak takut memblog, sebab huru-hara rasanya beberapa perkara teknikal pemblogan saya, termasuk masalah rakan-rakan tak boleh meninggalkan komen, dan format blog yang berubah-abih akibat ketaktentuan command yang saya picit!

Temuk said...

As-Salam SAYANGSAYANGIBU
Pakcik gembira SSI dah dapat tinggalkan komen. Malu nak kata, Pakcik ni memang hentam keromo saja dalam memblog. Banyak perkara-perkara teknikalnya Pakcik tak tahu. Terima kasih, Pakcik sihat, insya-Allah. Semoga demikian juga SSI sefamili. Dah dapatkan Coretan Xnuripilot?

Temuk said...

As-Salam AL-MANAR
Terima kasih mengenalkan saya kepada penulis lain. Semoga saya dapat membaca buku arwah Tun Ibrahim itu satu hari. It's embarrassing to tell you what I have actually done or not done to my comment format! I wish I had a good teacher to teach me the basic technical aspects of blogging. Maaf di atas segala kekurangan.