Saturday, July 16, 2011

PISANG JIRAN?

Pisang apa, ha? Sementara ini tak mengapalah, aku namakannya Pisang Jiran (PJ).

Bukan Pisang Nangka? Bukan! Sebab itu bukan Nangka punya! Pisang Abu?? Tak, tak. Bukan Abu punya!! Pisang Awak pun bukan. Pisang Raja pun bukan. Bukan Awak atau Raja punya!

Itu Pisang Jiran (PJ)!

Jiran pernah bercerita, dapat anakbenihnya dari saudaranya. Pokok-pokok pisang itu kemudian menjadi PATI di lot kosong sebelahnya tatkala tembok belum didirikan. Berlakulah pembiakan di situ. Si Jiran telah pupuskan pokok-pokok asal yang tumbuh di lotnya sendiri.

Sebahagian daripada gerombolan PJ yang membiak di lot kosong
Lot kosong siapa punya? Entahlah. (Lot ini memisahkan lotku daripada lot Jiran). Dengan seorang dua jiran, yang tak mahukan lot kosong itu (pernah menjadi hutan mini) terus menjadi tempat polis mencari geng penyamun malam-malam buta, kami maintain lot itu. Bagi terang!


Tak mengapalah hal lot kosong tu. 

Minatku nak tahu pisang apa sebenarnya yang kuberi nama PJ itu. Geng PJ ini memang subur dan sentiasa saja berbuah. Yang jiran pernah cerita, pisang tu bukan jenis pencuci mulut, tapi boleh digoreng muda atau masak. Kerap juga buah PJ masak di pokok. Para burung dan tupai di sekitar memang senyum selebar kawah kalau Jiran tak menuainya.

Buah PJ memang besar dan molek. Cuba tengok rupanya  - yang muda dan yang telah tua, kat bawah ni.




Tapi, takkan nak kukekalkan nama PJ tu. Sebab kalau jiran itu sendiri yang kena menyebutnya, takkan dia nak kata PJ juga. Kalau dia sebut begitu, dah jadi pisang aku pula! 

Para pakar pisang.... Tolong! Tolong!

27 comments:

ckLah said...

Kalau tumbuh sendiri...namanya pisang tukulan tu paman...


***Tapi sebutan 'T' pada 'tukulan' tu, susah nak eja dengan tepat. Hanya lidah Jawa saja yang boleh mengujarkannya dengan tepat idghamnya :D

Temuk said...

Hihi, ckLah mengingatkan paman kepada kelas ilmu linguistik di UM pada penghujung 60-an dulu. Mesti ada simbolnya utk pastikan 'tu' dalam 'tukulan' (yang maksudnya adalah'tumbuhan' atau 'tumbuh sendiri') dibunyikan dengan betul mengikut lidah Jawa.

Ada rakan-rakan yang pernah komen, orang Jawa perlu banyak gunakan tenaga bila berbual sebab banyak perkataan yang 'berat' nak menyebutnya.

Kes PJ tu betullah tukulan, tapi pastinya keturunan pisang asal si Jiran.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kalau tgk dr jauh...pkk pisang ni lbh menyamai pisang berangan atau bunga klon baru. Buahnya mmg menepati ciri2 pisang berangan klon cavendish.. Kita tgk apa kata rakan2 yg lain.

Temuk said...

As-Salam ADRY
Terima kasih beri komen. Dilihat pada gambarnya memang seperti berangan. Ada juga rupa pisang bunga. Tapi tak tahulah, hati saya kata, bukan kedua-duanya (tapi juga, bukan diri ni pakar pisang!). Mungkin ada kawan-kawan lain nak beri pandangan.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Saya juga keliru. Lihat pada buah pisang itu si jauhari dah kenal yang jantan atau betina...tolong...tolonglah saya juga...camana nak tahu pisang itu jantankah atau betina???

ctpayong said...

wah! kakCT lagilah, bab2 pengecaman memanglah fail (gagal).

jom buat DNA.

http://aniesandyou.blogspot.com said...

nama baru ke ni? hehehe

Kerana LiverpoolFC episode 1

Kerana LiverpoolFC episode 2

zul permatang badak said...

Cikgu..
jika ditengok betul2....gambar besar...kedudukan sikat antara sikat yang lain,sedikit renggang....begitu juga jejari buah membuka....ya betul kata Adry....pisang berangan.

Berangan original kampung....isi oren,kulit berbau wangi.....bila tua,ia akan berbintik hitam...

Anak pisang berangan akan mengelilingi induk,setelah induk berbuah,hasil dituai....anak2 perlu dialih ketapak baru,untuk kualiti buah yg lebih baik....

Tak dialih pun ia berbuah, tapi buahnya jarang dan sikatnya sedikit.....

Yan said...

berbudi pada tanah, begitu lah yeee...

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Woop.....rasanya belum pernah dengar cerita ada pokok pisang jantan. Kalau buahnya, takkah memang dikira jantan, Cikgu? Bila dimensi jantina pula mahu diperkatakan, waduuuuh...... memang pening kepala. Tunggu pakar-pakar lain pula cerita.....

Temuk said...

As-Salam ctPayong
Ya juga tu, kalau kena DNA baru pisang ni tahu yang kita kenal asal keturunannya. Tapi si pisang beranikah beri bahagian-bahagian yang kita nak minta untuk ujian DNA tu? Jom cari doktor pisang untuk kendalikan ujian.

Temuk said...

As-Salam http://aniesandyou.blogspot.com
Kira nama gantianlah tu sementara dicari nama sebenarnya. Biasa dengan jenis-jenis pisangkah? Boleh tolong? Pak Temuk bercadang nak singgah ke blog anda, tapi tak dapat.

Temuk said...

Sdr ZUL PERMATANG BADAK
Mungkinlah nama pisang itu pisang berangan. Atau ia mungkin juga sekeluarga dengannya. Cuma, apa yang saya boleh kata, ia memang tak serupa dengan berangan yang biasa saya lihat (juga makan). Nanti nak intai-intai jiran dan tanya lagi kalau sekarang dia tahu namanya (dulu tak tahu). Juga kalau dapat kecek sebiji dua mungkin saya boleh cerita panjang tentang buahnya itu. Terima kasih di atas tips menjaga berangan itu. Salam bahagia.

Temuk said...

As-Salam YAN
Berbudi pada tanah, insyaAllah hebat balasannya dari Allah. Macam kisah si pisang jiran tu, entah sudah berapa tahun selepas 'tuan asal'nya menanam ia di situ, ia tetap terus mengeluarkan hasil untuk orang-orang di sekelilingnya. Salam bahagia, YAN.

Aida Ali said...

Pisang wakaf le tu

Temuk said...

Cikgu AIDA
Nampaknya nama pisang, atau barangkali apa-apa buah pun, boleh kita asaskan kepada macam-macam faktor. Betullah tu, berasaskan faktor 'siapa-siapa pun boleh ambil', maka jadi 'pisang wakaf'lah namanya. Ceria selalu!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan TEMUK...

sebut saja pasal pisang yang saya tahu hanyalah pisang goreng hehehehehe....

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Saya singgah nak kenal2.

Pisang tu kalau dah masak mungkin senang sikit kita teka namanya.

Bila dah masak esok, masuk blog lagilah.

sayangsayangibu said...

assalamualaikum pakcik temuk

dah tahu ke jenis pisang tu?

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Zaman saya di kampung dulu-dulu, bila tak ada minyak masak (walaupun kami hasilkan juga minyak kelapa utk kegunaan sendiri), kenalah buat pisang rebus. Memang masa tu dirasakan tak sedap. Yang sedap mestilah yang bergoreng. Rupa-rupanya yang berebus, tak berminyak, itu yang bagus!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KUNANG-KUNANG
Terima kasih. Silakan singgah & selamat berkenalan. Kalau masa pisang dah masak jiran hulurkan sedikit bolehlah diambil gambarnya utk entri akan datang. Bimbang ada penggodam yang tak diundang datang sebelum buah dituai. Atau kalau bertuai, saya tak ada rezeki! Ketemu lagi.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam SAYANGSAYANGIBU
Dah tahu, hihihi. Banyak namanya. Cuba SSI baca sesetengah respon yang ada tu. Ada yang agak 'tukul', berangan, bunga, wakaf...... Nanti Pakcik campurgaul nama-nama tu, dapatlah kita namanya yang sebenar.

Al-Manar said...

Pagi tadi saya tanpa dirancang pergi keKg Janda baik, dalam perjalanan ke KL. Disana ternampaklah berberapa sikat pisang yang besar dan cantik. Mati mati saya ingat itu pisang 'raja' di tempat saya.

Bila di KL adik ipar, tanpa saya tahu, makan sebiji dan memberi tahu saya sedapnya nya pisang berangan yang saya beli! Begitulah arifnya saya tentang pisang. Patut jadi tajuk posting dalam blog saya!

insan_marhaen said...

Kat rumah IM tak boleh nak tanam pisang. Takat tanam kunyit, pandan dan limau purut je..

Temuk said...

As-Salam AL-MANAR
Barangkali sebab berlaku perubahan genetik pada para pisang, atau perubahan daya pengecaman kita, maka kita menjadi kurang pasti nama sebenar sesuatu jenis pisang. Ada kalanya kita pasti akan namanya, sedangkan kepastian itu sebenarnya meleset. Tak mengapalah....asalkan kita tetap mengenali pisang goreng dan kerepek pisang.

Temuk said...

As-Salam IM
Di kawasan saya sendiri pun saya tanam sepokok dua saja pisang, iaitu pisang emas. Saya sukai kerana batangnya kecil. Itu pun kena kawal betul-betul supaya tak tumbuh meliar sehingga makan banyak ruang.

Dapat menanam kunyit, pandan dan limau purut seperti yang IM lakukan itu pun sudah cukup menyeronokkan dan memberi manfaat. Saya juga punyai tanaman-tanaman itu. Selamat sama-sama menghijaukan ruang!

artkreatip said...

Assalammualaikum.. pd renungan saya akan gambar dan keyword "boleh di goreng muda atau masak", tak silap kalau di tempat saya di panggil pisang toman. Dulu pd tahun 80an ada juga saya dengan arwah abah saya menanam pisang jenis ini (jika betullah tekaan saya dengan nama pisang yg dimaksudkan tadi). Memang jika digoreng muda, kemudian disira dengan gula, sangat sedap makan ketika masih panas-panas, isinya sangat lembut dan gebu. Setelah kami tidak lagi mengusahakan kebun pisang pd awal 90an hingga lah sekarang, saya tidak lagi pernah bersua atau merasa pisang toman ini.