Monday, November 28, 2011

MUNGKIN PINTU GERBANG BERUBAH WAJAH.....SIAPA YANG BERTUAH?

Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang pandangan, berhubung bagaimana mungkin kutiadakan ‘tiang-tiang’ pintu gerbangku, agar tiada rintangan bagi kereta kudaku lalu di bawahnya (Paparan berkaitan bertajuk “CAN SOMEBODY HELP ME, PLEASE?”, bertarikh 14 Oktober 2011).



Setujulah aku dengan rakan-rakan, tidak mungkin boleh diapa-apakan ‘tiang-tiang’ pintu gerbang itu. Pembuangan tiang samalah dengan tindakan mempunahkan  pintu gerbang.

Ada saranan agar usahlah diapa-apakan pintu gerbang itu. Aku kurang setuju pula. Tidak wajarlah ‘binaan’ itu terus kukekalkan dengan nama pintu gerbang. Masakan pintu gerbang punyai barisan ‘tiang’ yang begitu banyak, sehingga menghalang  lalulintas?

Sebenarnya sudah lama aku punyai angan-angan. Usah berpintu gerbang lagi! Aku terfikir untuk melakukan intervensi ke atas binaan yang sedia ada itu. Merubahnya menjadi sebatang titi pendek.

Terfikir aku sedemikian rupa kerana lengkungan jambangan daun si pintu gerbang yang asal kurasa mudah diolah, diperlihatkan sebagai lantai titi, atau dindingnya. Kemungkinan boleh juga di’bina’ ruang orang berhenti rehat di bahagian tertentu titi, untuk menikmati udara di sekelilingnya. Tiang-tiang yang sedia ada tentunya boleh dikekalkan.  Titi yang kukuh kan perlukan banyak tiang!

Reaksi seorang rakan blogger secara tidak langsung memberiku satu idea lain pula. Idea tentang satu struktur 'alternatif' yang boleh kuhasilkan. Di bawah ini kuturunkan reaksinya yang menarik.

Hjh Noralenna Abbas said...
Arch and pillars..unique feature in your garden, Temuk.....reminds me of the Chinese dragon dance. You know the 'dragon' with dancers holding the 'feet' (poles)...and up and down goes the dragon dancing along with the music. Does your 'dragon arch' has flowers? Let it be there, just trim the 'dragon'. Thank you.
October 16, 2011 7:24 PM

Lalu terfikir jugalah aku, kemungkinan si pintu gerbang dirombak menjadi 'sang naga yang menari'.

Pastilah sukar untuk menenun gerbangan daun pohon-pohon yang sedia ada menjadi sang naga, dengan memperlihatkan lengkungan-lengkungan sekujur tubuhnya. Agar ia kelihatan bagaikan menari, menurun dan menaikkan bahagian-bahagian tertentu badannya. Memang besarlah cabarannya untuk mengolah, menata, menggunting, atau mengapa-apakan sahajalah lengkungan dedaun itu mengikut kewajaran,  bagi menghasilkan bentuk yang dikehendaki.


Kurasakan mungkin kuranglah masalah merapikan tiang-tiang pintu gerbang supaya kelihatan seperti deretean kaki naga yang kukuh, yang menyangga dan menurun-naikkan serta juga melenggok-lenggokkan sekujur tubuhnya, mengikut kehebatan seni dan budi orang-orang yang kemas menggenggamnya!

Entah bilalah boleh dijelmakan angan-anganku. Bila terjelma, ia mungkin berupa titi yang pendek, atau sang naga yang menari. Amat mungkinlah juga, angan-angan akan hanya tinggal angan-angan sepanjangan.....

Walau apa pun, dengan ucapan tahniah, sukacitalah kusampaikan nanti hadiah kecil yang dijanjikan kepada pemblog Hjh Noralenna Abbas. Terima kasih, Hjh!

(Maaf kepada semua kerana lambatnya ‘keputusan’ dikeluarkan. Untuk kalian diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi memberi reaksi. Untuk makluman kalian yang budiman, ‘bahan binaan’ pintu gerbang yang dipaparkan itu adalah pohon Kelat Paya. Ia belum pernah berbunga, mungkin kerana selalu dipotong pucuknya).

30 comments:

azieazah said...

Tahniah kepada Kak Hajjah NORA. Idea yang baik.

Nanti dah trim naga tu, tunjuklah gambarnya ya Bang Temuk.

Unknown said...

SALAM,
CANTIK GERBANG ALAM SEMULAJADI NI ! KALAU BOELH BUAT, MEMANG BAGUS. AMBIL MASA SEDIKIT.

Temuk said...

AZIEAZAH
Projek transformasi pintu gerbang kepada naga, azieazah tahu, tentu memakan masa yang amat panjang. Kalau buat titi pendek, mungkin jauh lebih pendek masanya. mudah-mudahan, salah satu menjadi realiti dan dapat dipertontonkan gambarnya kemudian.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam bahagia. Untuk membina gerbang alam semulajadi yang ideal sepatutnya hanya ada dua batang pokok sahaja, satu kanan & satu kiri. Masing-masing beraksi sebagai tiang, dan daun masing-masing dirimbunkan ke arah tengah, ditautkan, dan kemudian dibentuk menyerupai satu 'gerbang'. Kalau dah banyak 'tiang' macam saya punya tu, tak sesuailah diberi nama pintu gerbang. Sesetengah pokok memang cepat berdahan, beranting dan berdaun. Jadi cepatlah boleh kita olah pokok yang sedemikian rupa mengikut bentuk yang dikehendaki.

Azian Elias said...

assalam pak temuk.

saya mungkin terlepas N3 tu.. tapi apa2 pun saya cuma nak tanya khabar Pak Temuk, Gimana sih? waras?

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

YAN
Assalam, Yan. Kesewun. Alhamdulillah Pak Temuk waras. Waras-warase si warga emaslah. Semoga Yan dan keluarga juga waras dan 'biso dholan-dholan, karo mangan, karo shopping'.

November 28, 2011 3:01 PM

azieazah said...

Jemputan khas buat tuan empunya blog dan semua pengunjung:

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

Al-Manar said...

Ada lagikah pertandingan dalam tahun baru ini?

Semoga terus maju dalam apa yang dilakukan ditahun baru dan seterusnya.

dear anies said...

kreatif nyer... simple tp nice!

errr bleh x nk pinjam letak kt umah sy? hehehehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Titi kecil,menarik, mesti ada parit kecil, atau kolam atau tanaman pokok bunga rimbun kecil bawahnya titi itu. Macam English garden aje. Hanya bayangan si naga menari,tak payah lah Temuk susah-susah nak trim daun-daun nak kekalkan bentuk naga, almaklum sajelah. Apa-apa pun terima kasih atas pemilihan respons saya. Sudah rezeki.

Temuk said...

AZIEAZAH
Terima kasih di atas jemputan. Aduuuh! Nampaknya ini memang musim ramai orang bersilat hebat dengan jemputan. Bersilat dengan pelbagai langkah dan tingkah, yang mana terpaksa/boleh dielak (dengan sedihnya), dan yang mana tak boleh dielak.

Temuk said...

AL-MANAR
Selamat Tahun Baru 1433H. Kalau ada modal fikiran & modal barangan, insya-Allah boleh diadakan lagi bisnes pertandingan. Untuk tuan & famili juga didoakan semoga sukses sepanjang tahun baru dan tahun-tahun berikutnya.

Temuk said...

KhaiRin
Terima kasih. Nak pinjam, boleh sangat. Cakap saja bila nak datang mengoreknya. Pak Temuk congak-congak, blok tanah yang perlu dikorek ialah selebar 2 kaki ke kanan dan 2 kaki ke kiri pangkal pokok, sedalam 3 kaki ke bawah, dan sepanjang sembilan kaki sepanjang deretan pokok. Kedudukan pokok dalam blok tanah yang digali mesti mantap, supaya tak layu. Jadi, blok tanah juga mesti tidak retak-retak atau bungkah. Tak tahulah insuran untuk semua ini + belanja pengorek, lori dan lain-lainnya. Hihihi, Pak Temuk agak KhaiRin pun dah buat keputusan tak jadi meminjam, kan? Ceria selalu!

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Terima kasih kembali. Yang menarik dari reaksi Hjh ialah, imaginasi itu boleh dijadikan sesuatu yang 'real'. Dan yang lebih penting, imaginasi itu mencetuskan idea lain pula, akan kemungkinan 'pintu gerbang' dibentuk menjadi sesuatu yang berbeza.

Memang amat indahlah jika boleh diwujudkan sesuatu macam 'English garden' di kaki atau di persekitaran 'titi pendek'. Terima kasih di atas cadangan itu. Memang macam-macam pokok berbunga saya tanam di sekeliling rumah, terutama dulu. Tapi, saya rasa para bunga amat 'demanding', dari segi penjagaan! Sekarang, banyak yang sudah tinggal biji benihnya saja!

Semoga hadiah kecil saya itu bermanfaat.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tahniah Kak Nora.

Mungkin boleh aje ditanam pokok naga di pintu gerbang tersebut. Pasti lebih meriah 'dragon dance' in-situ.

Hjh Noralenna Abbas said...

Tumpang lalu.....ketawa baca repons cg ahmad humairi . Hi, hi...

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Hihihi! Ni pendekatan serampang dua mata nampaknya. Buahnya kita dapat, tariannya juga kita dapat. Macam mana nak buat pokok naga menari, Cikgu?

Temuk said...

HJH NORALENNA
Lalulah, Hjh.... tak kena tol apa-apa. Memang ketawa besau saya dengan coretan Cikgu Humairi tu.

LadyBird said...

rumit jugak ek.. mesti take time.. sebab skrg nampak daun2nye dalam bentuk melengkung.. sdgkan naga kene ada naik turunya.. maybe take time..

Aida Ali said...

Cantik bangat pintu gerbangnya. Kalau lalu di situ, mesti tak cukup sekali tolehnya

Khairul Onggon said...

Ini baru pintu gerbang alam semulajadi.. chantek pun chantek.. Pastu buah nona tu dah bertahun2 saya tak makan agaknya lebih 10 tahun kot.. Lama kan... hehe :)

Temuk said...

LADYBIRD
Rasanya memang ada sikit rumit... tapi kalau ada kesabaran + kemahiran (kemahiran tu yg Pak Temuk tak ada!), insya-Allah yang melengkung tu akan jadi naik turun. Nak lahirkan naga, haiwan hebat yang sekalipun hanya dalam imaginasi, pastilah mengambil masa yang panjang.

Temuk said...

AIDA ALI
Terima kasih Cikgu Aida. Betul tu (hihi, puji diri sendirilah ni!), memang kena toleh paling kurang 2 kali, sekali ke arah kanan, sekali ke arah kiri. Kalau tak begitu nanti sakit leher tak seimbang. Kan, Cikgu! Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

KHAIRUL ONGGON
Terima kasih, Khairul. Itulah kegemaran Wa Temuk, main dengan pokok. Sambil terus snap, snap, snap... tapi gambar-gambarnya tak juga nampak ok. Tangan tak steady, composition pun tak bagus. Menua!

Khairul, yang sambil kerja kerap ke sana ke mari, tentu boleh temui buah nona dan macam-macam buah lagi di sana sini. Jangan kasi chance - beli, kupas dan nyam-nyam.

insan marhaen said...

agaknya bila lihat gerbang itu, teringatlah komen-komen yang santai dari bloggers.

dan bila bloggers lalu ternampak gerbang seperti ini, teringat pula blog NUKILAN.

begitu hebatnya perbincangan ini...

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

IM
Bila melihat si pintu gerbang, saya sendiri pun jadi teringat akan keseronokan membaca coretan rakan-rakan berkaitan dengannya. Dari reaksi mereka juga, secara tersurat atau tersirat, dapatlah saya melebarkan minda dalam menyelami erti kehidupan. Salam bahagia.

tuge said...

v4p15t5o75 v7o70c7k17 p0f39x5a26 i4j92n1z72 n2g82i5f76 z3e07b2w14

Anonymous said...

x2e71b5g53 w3r59o0z06 e3b49o2f90 o1d55j9d99 z5l27y1f24 u8r48d4b55