Wednesday, August 1, 2012

ADA DI KAMPUNG MANA?

Baru saja baca kisah "aih ketoi" dalam blog azieazah,
di azieazah-aa.blogspot.com.


Aku jadi teringat kat gambar di bawah ni.

(Gambar dari Berita Harian, 2.8.2012)

Bila Ramadhan, agaknya ada lagikah "pemandangan" di atas tu,
di mana-mana di tempat kita?  Di kampung-kampung?
Eh, aku ni, assume "tak ada" sajakah?

Aku cuma jangka, kalau ada pun, mungkin "aih ketoi"nya tak bergeraji.
Tapi siap beracuan. Fresh dari peti sejuk si penjual, di kedainya.
Penjual memasukkannya dalam beg plastik. Tak bungkus kertas,
sebab kertas dianggap tak pretty. Tanpa sekam padi atau habuk gerajian kayu.

Atau ada kedai kampung (di pekan-pekan memanglah ada) yang
ais jualannya lagi come lote. Ketulan-ketulan ais kecil. Yang
macam hos air berkerat-kerat dan berlubang tengah itulah!

Aku agak, kalau ada pun cerita jual "aih ketoi" atau ais come lote ni
berlaku di kampung-kampung,  memang dah tak
berapa sempat ais tu nak cair di tengah jalan. Sebab
pembelinya memecut balik dengan motorsikal, bukan basikal tua.

Tapi, rasanyalahai... pun rumah-rumah di kampung, di merata pelusuk negaraku
yang dicintai ini,  sekarang ini, ada "aisbok"nya.

Itu antara nikmat-nikmat dari-Nya, yang amat mampu
menggambarkan nikmat gaya hidup dengan keadaan hidup
yang tak mungkin dapat kita dustakan!



26 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betullah cikgu. Kakak rasa scenario ini dah tak ada lagilah tempat kita hatta di kampung pelusuk pun. Kalau ada pun masuk plastik ikat.

Kalau ada lagi kena ambil tahulah siapa wakil rakyat di tempat itu hihi... kakak dah masukkan politik pulak dah:)

Temuk said...

Kakzakie
Mungkin ada "sitik-sitik" kat belah Sabah-Sarawak, di kawasan pendalamannya. Tapi, ini pun "agakan" saja.

Kita boleh cakap kat wakil rakyat sekarang ni, dengan senyuman panjang, "Kalau kawasan YB ada lagi fenomena aih ketoi, akan berpindah kami punya tanda pangkah!" Hehehe.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Aih batu tu...

Saya ingat lagi...beli seketui kat kedai aji berahim...beli awai, kotidak sampai bebuke nanti baru le dapat aihnye...tapi abuknye tak dibaginye pulak. Bawak balik letak ataih lanting...kene dek penyepit lanting...sampe tembok aih batu tu...mereco-roco ayonye merecik kat kaki....weiii seghonok btuiii!!!

kasihibu said...

sya sempat merasa musim airbatu ketul ni
seronok lah..pepetang ayah bawak balik airbatu tabur serdak kayu ye?
lorrr... baru sya tahu

atau mungkin sya dah tak ingat ayah sya dah jawab itu serbuk kayu ;p

sudipVSsenduk said...

masa kanak2 dulu dapat rasai keadaan mcm ni bila balik ke kampung nenek, berkeromon orang kampung nak beli air batu yg digergaji & dibungkus dgn serbuk kayu... manisnya suasana masa tu

tetiba hati jadi sayu

Anonymous said...

Salam Cikgu Temuk,

Selamat berpuasa. Saya sempat dengan ais batu disalut dengan abuk gergaji ni.

Masa tu mana ada aisbok di rumah, kalau ada mesti orang tu orang 'ada2'.

Teringat karton lat yang beli ais batu ni balik kerumah melalui kebun getah, kebetulan habus gergajinya dibalut sedikit saja, tiba di rumah tinggal kertas surat khabar lamanya aja.

Teringat jugak tok dan tok ki dalam tahun akhir 60an minum air sirap panas sebab jauh dari kedai, susah nak beli air batu kerana hanya ada basikal tua.

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam.

Betoi le Aji Berahim. Tak sempat caghi abok kayu ke diye? Mujo penyepit lanting tak keghat aih jadi duwe, jatuh kanan kighi! Ayo sejuk yang mereco-reco, mati idup balik pun anak-anak kita takkan ghase pengalaman tu.

Hehehe, cerita kita dan dunia kita dulu-dulu.... Jadi bab hebat dalam blog!

Kamsiah yusoff said...

saya pernah merasa,zaman ais yg diselaputi dgn habuk kayu/sekam padi...lbh kurang 2 jam nak berbuka,akan lalu sorg penjual ais..
dipotong dgn gergaji..ikut berapa sen yg kita nak beli...

Temuk said...

KASIHIBU
Kesian juga kat serbuk kayu, sebelah badannya sejuk, sebelah lagi panas. Kasihibu tahu tak, kalau serbuknya serbuk kayu cengal, lebih "kalis cair" airbatunya, berbanding kalau guna serbuk kayu meranti atau kempas.
Hehehe, in agakan Pakcik saja!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Alahai.... tetiba hati jadi sayu, ya? Memang boleh sangat jadi begitu, sVSs. Sebab masa itu, kalau saya, tak terkenang langsung, satu hari Allah akan beri rezeki peti ais yang buatkan kita ais(!), juga menyimpan-sejuk makanan-minuman sekeluarga. Malah menyempatkan juga arwah orang tua memilikinya. Tak terhitung kita akan rezeki lain pula yang diberikan-Nya sepanjang hayat.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wassalamu'alaikum.
Yang seangkatan nampaknya samalah, ada pengalaman ais berserbuk kayu. Saya pun teringat juga cerita Lat tu. Lucu sungguh. Tapi tentulah sedih hati dia masa tu. Beli jauh-jauh tinggal kertas saja.

Walau Tok & Tok Ki susah dapat ais dulu tu, mungkin itu lebih baik untuk kesihatan mereka. Kata orang, kalau minum air sejuk kerap dan banyak, badan jadi lemah. Saya percaya juga tu.

Temuk said...

KAMSIAH
Oh, bagus sangatlah tu. Tak payah berkayuh basikal ke kedai mencari penjual ais sebab dia sendiri datang ke rumah. Tapi dapat "half the fun" sajalah, kan? Seronok dapat ais, tapi tak dapat keseronokan letih ke kedai + ais cair di tengah jalan. Hehehe, tak semestinya itu "fun", kan?

ckLah @xiiinam said...

Kecik kecik dulu, saya jadi AJK beli ais kat simpang. Lambat sikit habis.....balik rumah bancuh dengan sirap selasih. Nikmatnya....

zul permatang badak said...

kenangan dulu2....

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Saya ada pengalaman beli ais(air batu) yg bentuk blok pjg ni. Masa kecik2 dulu saya yg jadi tukang beli ais ni. Kena booking dulu sblm blh beli. Ais atau tmpt kami dipanggil air batu disimpan dlm habuk kayu bergergaji. Ia akan dipotong menggunakan gergaji kayu yang berbentuk huruf D mengikut permintaan pelanggan. satu blok air batu harganya 60 sen dan blh dibeli dgn harga gandaan 10 sen. Siap potong, air batu dibungkus guna kertas surat khabar dan tukang beli perlu bawa balik dgn sepantas yg blh. Singgah menyinggah dilarang sama sekali utk mengelak air batu jadi air..

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Amie sempat merasai zaman yang penuh nostalgia itu, dan kedai hanya menjual air batu begini pada bulan puasa sahaja, .... biasanya beli 20 sen saja, itu pun dah cukup besar! Cepat-cepat bawa balik ke rumah, buat sirap merah campur 'telur katak' dan masukkan dalam termos besar! Boleh tahan sejuknya sampai ke pagi esok, tapi untuk dapatkan ais batu memang kami curi-curi beli pakat dengan bonda, sebab ayahanda melarang sama sekali minum ais! Seingat Amie, barangkali seumur hidup ayahanda... tidak pernah sekali ayahanda meneguk air sejuk (ais).

insan marhaen said...

alhamdulillah. setidak-tidaknya IM berbuka dengan sebiji karipap hari ini lebih baik dari dengan seketul ais.

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Cikgu,

Cerita pasal ais ketul ini, teringat saya sewaktu zaman bujang.

Saya bersama beberapa rakan sekampung pakat2 menjual ais ketul disalut habuk kayu. Satu bungkah ais digergaji 12. Berjaja keliling kampung. Satu ketul kecil dijual 10sen.

Rasanya dah tak ada lagi ais ketul begitu. Sekarang semuanya 'instant'.

Temuk said...

ckLah
Maaf lambat respon. Hehehe, jadi tukang beli ais, ye? Masa tu ckLah "melaku" ke "nunggang basikal"? Dah ada jalan batu ke belum masa tu? Sekarang, jalanraya di Sg Manila amat-amatlah lebarnya.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Maaf lambat respon. Kenangna dulu-dulu jadikan kita rindu juga ke babak-babak lama kehidupan. Agaknya kalau boleh digostankan waktu, bolehtak, dan mahu tak, kita balik ke babak-babak itu?

Temuk said...

ADRY
Bila sampai ke komen Adry ini, saya baru teringat, rasanya, yang lambat-lambat saya komen balik ini semuanya telah saya beri komen. Dan komen-komen itu sudah keluar. Tapi sekarang tak ada, hehehe! Mungkin saya tersilap ingat!

Walau apa pun, terima kasih cerita pengalaman Adry tu untuk dikongsi pembaca. Saya dok tengok, zaman Adry dah naik harga ais. Zaman saya dulu 10 sen dah besarlah aisnya.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Hehehe, menarik juga cerita air batu Amie tu. Sirap manis + telur katak memang menyegarkan kerongkong. Walhal, si telur katak tu tak ada rasa apa pun. Tapi kita rasa ia menyejukkan, kan?

Baguslah ayahanda Amie tu tak pernah minum sejuk. Ayah rasa kepercayaan itu memang ada betulnya. Sedap minum sejuk-sejuk, tapi badan memang boleh jadi lemah, dan ada kalanya, hidung kita jadi rajin "ngences"!

Temuk said...

IM
Alhamdulillah. IM pun tak suka minum ais, ya? Saya tabik orang yang boleh berpantang tak minum ais. Saya selalu berazam untuk minum air yang panas atau suam-suam, tapi selalu pula menodai azam!

Temuk said...

PakMail
Wa'alaikumussalam. Wow, PakMail ada pengalaman jadi penjual ais, ya? Macam mana kiraan modal-untungnya? Mesti menyeronokkan. Yang beli "last" mungkin ketulan aisnya lebih kecil sikit sebab sudah lebih lama terdedah kepada hawa tropika kita, hehehe.

bateys said...

replica bags by joy replica bags from china replica bags wholesale in divisoria

Unknown said...

e4w51n2b44 n3i06g2h58 z7f52r9q78 y2c56v4v57 j3x97q9n80 t4j82s4c88