Sunday, July 29, 2012

BABAK-BABAK BERLALU: 2


 Umur Pinang Berlima ini, rasanya sudah 12-13 tahun.


Masa tanam dulu, ingat dalam hati: satu babah punya, 
satu mak punya, bakinya kepunyaan anak-anak, seorang satu, 
si Iz, Pyan dengan Pija. Depa tak tahu pun. Khayalan babah saja.

Tinggi. Cantik. Seronok tengok buahnya bertandan-tandan. 
Kalau masa sekolah rendah di kampung tahun-tahun 
50-an dulu, buah ni memang ku cari. Belah, bersihkan 
isinya dan jemur sampai kering. Kemudian jual!


Tinggi. Menakutkan bila angin kuat. Bimbang menghempap 
wayar telefon atau kereta-kereta jiran pula, yang memang 
biasa disimpan di luar pagar, bersebelahan Pinang Berlima.
 Aku juga kurang gemar mengumpulkan daun-daun kering para pinang.

Suatu hari, aku sapu batang-batang Pinang Berlima itu dengan racun
pokok + diesel. Dalam seminggu berubahlah warna daun masing-masing.
 

Ingatkan mula-mulanya,  nak biarkan semua mereput sendiri.
Takut pula batang patah ditiup angin sebab sudah mula
mereput. Jadi, sehari sebelum Ramadhan tempoh hari, 
kelima-limanya ku jadikan tergelempang.

Menggeletar juga hati dengan tangan, mengawal batang-batang yang 
mula "geropos" menyembah bumi. Maklumlah, bertugas seorang!
 

Terang benderang kawasan depan nampaknya. Hati lagilah
benderang dari macam-macam kebimbangan.

Pokok kelat paya kat bawah ni mengering sendiri. Bakal dikapak 
juga nanti.Gelempangkan macam Pinang Berlima di sebelahnya.

 
Kalau namanya umbut kelapa, bolehlah dimasak untuk bersahur!
 


  Dan di bawah ini, itulah satu-satunya si pinang yang 
masih dalam simpanan buat sementara waktu. Sebenarnya sudah disapu 
racun+diesel juga. Tapi rupa-rupanya dia ada ilmu kebal.
 

Pra- raya, yang bergelempangan di atas tadi mesti diberi 
layanan seperti di bawahi ni. 
Macam yang aku pernah lakukan rasanya dua tahun lepas.


Tak samalah kita raya ni, ya Pinang Berlima.
DIA sahaja Yang Maha Mengetahui!

23 comments:

azieazah said...

Salam Bang TEMUK:
Kadang2 yang indah dipandang mata, kalu dah membahayakan, terpaksalah memilih antara nak kekalkan, atau nak korbankan.
Itulah kehidupan, ye tak...

KhaiRin : anies said...

ni berkemas2 mcm da sabar nk sambut raya hehehe

Temuk said...

AZIEAZAH
Salam azieazah
Memang betul sangat tu. Bila berkait dengan pokok atau benda-benda lain, agak mudahlah juga kita membuangnya, bila ia merbahaya, walau kita menyayanginya. Teringat pula orang yang kurang bernasib baik, yang ada anggota badannya (yang lagilah amat disayangi) yang kena dibuang akibat sesuatu penyakit. Amat sukarlah dan berdilemalah dia mahu mengorbankannya. Selamat meneruskan perjuangan Ramadhan.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Ni sebenarnya juga merupakan sebahagian daripada projek "simplifying life" Pakcik. Apa-apa yang tidak begitu penting sangat, apatah lagi jika membahayakan, Pakcik singkirkanlah,insya-Allah. Termasuklah barang-barang lama dalam rumah. Dah 5-6 tahun pengceng pun masih belum siap mengemas, sebab dalam mengemas, masih disimpan juga si barang lama. Sekarang.... berikan kepada yang mahu, yang patut... + kurangkan amaun + buang + hapuskan. Nak raya pun memang nak mengemas juga, hehehe.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Pinang di belah kapak!, itulah jadinya....ermmm bukan pada buahnya, tapi batangnya...menjadikan suasana lebih tenang dihati walau terpaksa mengorbankan nostalgia silam.

Selamat mengimarahkan ramadan al mubarak dengan ibadah.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Agaknya yg jadikan belahannya cantik, kena pakai apa, ya Cikgu? Pastilah kita kaitkan soalan ini dengan si buah pinang. Kalau batangnya, wajarlah gunakan kapak (sebab saya buat begitu!). Kalo buahnye, paling brutal pun kenelah gune paghang kuale kangso. Kot pakei piso, walo pun mungkin belahnye beseni, takut tak tebelah pulak, hehehe.

Sama-sama Cikgu, selamat terus menghidupkan Ramadhan mulia kita!

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Dah tue ni, macam2 bende selalu tetingge, temasuklah nak jawab salam.

Kakzakie said...

Nampak sangat kawasan rumah cikgu luas betul sampai boleh tanam pokok pinang semua.

Kalau di kampung kakak cikgu bapak memang jaga. Bapak dan bibik kutip kemudian belah, keringkan dan jual. Sekarang lagi sekilo harganya mencecah RM10.50/-. Jadi sambil duduk-duduk mereka berdua buat kerja ini....

sudipVSsenduk said...

Nampaknya songel babah & mak nanti tak lengkap la tanpa pinang... pasti kurang enak & gurih :)

Fadzli Amir said...

Salam kenal....itu bermakna sekejap saja masa berlalu kan...
dulu mencari pinang tuk arwah tok gobekkan bersama sirih.....sekarang nak carik pokok pinang pun susah...

Maiyah said...

salam..

mmg jarang jumpa pokok pinang ni.. dlu kat skolah dpn rmh ada tnam tp skrg dah tebas juga

PakMail said...

Salam Cikgu,

Masih bertenaga lagi ye, menebang pokok seorang diri. Bukan satu tapi lima.

Tapi yang satu lagi tu, kalau tak mendatangkan bahaya kepada sesiapa biarkan lah cikgu. Buat penyeri.

Sekadar cadangan sahaja..

ckLah @xiiinam said...

Kalau anak dara, dah masuk sunti ya paman...12-13 tahun tu.

Paman nyainya apa khabar? Selamat berpuasa dari kami.

Temuk said...

KAKZAKIE
Oh, bapa kakzakie usahakan pinang, ya? Seronoknya! Baru saya teringat, semasa ke Hujung Benua (Tg Piai) tak lama dulu, saya nampak ada kawasan yang punyai banyak pokok pinang, ditanam sekali dengan pokok kelapa. Rupa-rupanya memang dibela utk ha$il bagu$nya! Masa saya kanak-kanak, yang dibelah + dijemur tu yang sudah masak kuning. Yang India guna utk menyirih, dibelah + dihiris nipis-nipis + di jemur isi mudanya.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Hehehe, berani tebang sebab babah dgn emak tak menyongel. Tapi kesian juga saya lihat batang-batangnya lembik dek angkara racun. Kalau tak cepat tebang, memang boleh melentok ke bumbung kereta orang!

insan marhaen said...

kalau kat kampung, batang pinang boleh buat titi.

hem... musim jerebu ni membakar secara terbuka lagi, ya!

Temuk said...

FADZLI AMIR
Salam bahagia. Terima kasih singgah ke blog saya.

Dulu sibuk, kerja selalu tertunda. Jadi, saya rasa masa berjalan laju. Ni tak sesibuk dulu, rasa begitu juga. Maknanya mestilah betul masa itu berjalan laju! Tapi mestilah itu juga hanya persepsi kita, kan? Oh, ada juga kenangan lama Fadzli berkaitan pinang, ya? Sekurang-kurangnya bila teringat pinang, jadi teringat juga pada atuk. Ketemu lagi!

Temuk said...

MAIYAH
Salam. Begitulah edaran hidup. Kekadang memilukan juga. Pernah ada, kemudian tiada. Termasuklah kita, kan? Selamat meneruskan perjuangan Ramadhan.

Temuk said...

PAKMAIL
Salam, semoga PakMail sihat sejahtera. Tahu nak kena kerja seorang, awal-awal saya racun pokok-pokok itu. Tujuannya supaya pelepah-pelepahnya jatuh, menjadikan lebih mudah kita mengawal arah tumbang batangnya. Tak guna tali sebab sukar nak "syncronize" tebangan dgn tarikan. Sambil dikapak batang, sambil itulah saya tepuk-tepuk batang (hehehe), supaya tumbang ke arah yang dikehendaki. Mujur batang-batang akur!

Yg tinggal satu lagi tu, kalau ia "survive" (sebab saya juga sudah racun batangnya) insya-Allah ia boleh "stay on" sampai hari ia patut dibuang.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Yo bener, umur12-13 tahun tu dara sunti. Yang menarik, 12-13 tahun zaman dulu, sudah boleh berkahwin. Umur 15-16, sangat biasa. Yang dari kumpulan ini, bila dia bersalin, ibunya juga mungkin sama-sama bersalin, hehehe.

Nyainya alhamdulillah sihat. Kesewun. Selamat meneruskan ibadah puasa.

Temuk said...

IM
Batang pinang memang versatil. Saya teringat ruang membasuh pinggan di dapur saya dulu berlantaikan batang pinang. Cantik setelah dibuang kulitnya. Ada juga yang kami gunakan sebagai tiang "awning" .... jenis awning yang beratap nipah! Dan ada orang kampung saya yang membuat meriam batang pinang semasa raya. Bergegar satu kampung!

Gambar "pembakaran" itu gambar lama. Rasanya dilakukan bukan semasa jerebu di sekeliling, tetapi semasa jerebu di kepala kerana terlalu kesemakan pinang.

kasihibu said...

sayang sungguh pokok pinang tu
cantik tinggi panjang je pokoknya buah pun cantik oren oren
kenapa pakcik tak punggut buah yg masak dan di kering di jual
sayang lah pokok tu dah tumbang ye

Temuk said...

KASIHIBU

Si cantik tinggi si panjang pinang Buah orennya menggamit hati
Apa nak buat telah pun tumbang
Semaian anaknya nanti mengganti.

Cuma, mungkin tak sempatlah nanti
Pakcik menebang lagi! Hehehe.