Tuesday, July 3, 2012

BENDA-BENDA KECIK YANG BUAT ANDA BENGANG?

Al-lavendari (al-lavendari.blogspot.com) dalam entrinya "BENDA-BENDA KECIK YANG MEMBUAT ANDA BENGANG?" pada 3 Julai lalu telah tag Temuk. Juga yang lain-lain kat bawah sekali tu.


Biar Temuk respon di laman sendiri ni, dan kemudian tag pembaca lain pula, ya?

Temuk SANGAT SETUJU dengan benda-benda kecil yang membengangkan tu, Tuan al-lavendari!

Jadi Temuk cuma akan tambah, atau beri reaksi Temuk kepada benda-benda yang jadi "keperihatinan" al-lavendari tu, hehehe. 

Responnya, yang bertaip condong merah tu.


Kita mulakan selepas tengok (atau langkah saja, tak payah tengok) gambar bunga "kertas lidah" dengan "kertas orkid"  Temuk di bawah ni, hehehe.
 
Sekarang, reaksi Temuk. Jeng...jeng... jeng...(Yang tulisan putih tu, al-lavendari punya yang asal)

Di samping benda-benda besar (seperti orang pinjam duit kita RM10 ribu tapi tak bayar balik), banyak juga benda-benda kecil yang membuat kita bengang.

(Bila ada orang pinjam RM10 ribu tapi tak bayar balik, mungkin Temuk minta bantuan al-lavendari cari pakar menuntut hutang yang boleh gunakan cara halus..... bersopan santun.... bukan cara kasar seperti guna senapang).

 
Antara benda-benda kecil yang buat saya bengang ialah:

1. Bila orang guna ubat gigi, picit kat tengah.

(Temuk kerat tengah-tengah tiub ubat gigi yang jadi leper kena picit tu, buang tutupnya, dan letakkan semula di tempat asalnya. Agak-agak ada orang picit kat tengah lagi tak?)

 
2. Bila orang pinjam selipar kat surau kemudian letak kat tempat lain.

(Temuk beli selipar baru yang murah dan letakkan yang kanan dan yang kiri di tempat berasingan yang senang diingat. Peminjam takkan pinjam selipar Temuk lagilah!)

3.  Bila orang yang buka tajuk lain sedangkan kita belum habis cakap.

(Temuk akan kata pada dia, "Wow, seronok cerita tu.... tapi, tadi ni.... ha, cerita saya tadi.... bla, bla...")

4.  Bila orang buka botol minuman berkarbonat tapi tutup balik tak ketat
  
(Temuk cepat-cepat habiskan minuman itu sebelum "gas penyedapnya" habis, tutup ketat-ketat botolnya, dan letakkan balik di tempat asal).

 5.  Bila orang tekan loceng kat pagar rumah berkalikalikalikalikalikalikalikalika..

(Temuk intai. Kalau yang menekan loceng tu rasanya orang nak menjual sesuatu, Temuk tutup suis loceng dan kata pada dia dari tingkap, "Abang saya di Gombak!". Memang ada abang di sana! Intai, sebab takut juga kes jiran kecemasan!)
 
Saya nak tag beberapa orang yang terlintas dalam kepala saya pada masa ini. Jangan lupa tengok entri al-lavendari, ya.

sekilau 1; adry@daun:  zul permatang badak; dekni;  ahmad humairi.

Terima kasih, al-lavendari, kerana tag Temuk!

Kakzakie,  Kunang-Kunang, Queenie, Fairus, Junaina,  Encik Hanif, Insan Marhaen, Temuk dan Hanis Zalekha

18 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ah? Tag sekilau 1 ye? 'Dia tak de di rumah, balik kampung!'

ckLah @xiiinam said...

:-)

al-lavendari said...

terima kasih tuan kerana sudi menyahut pelawaan saya buat kerja budak-budak ..

memang kreatif cara yang tuan ambil itu.

pendeknya cara dan tindakan yang 'terbaek' - kata budak-budak muda sekarang.

kasihibu said...

tumpang senyum baca alasan pakcik no 5 macam cerita p.ramlee
no1 kalau macam tu gayanya beli ubat gigi baru tak pun lipat bahagian yang di potong tu
no 2 hebat boleh di tiru;-)
no 4 tu betul.....sya pun akan buat macam tu,lagi best habiskan dan masuk air jaram
np 3 sya tak ada komen
ok dah berpinar mata taip guna telefon ni

kakcik said...

Assalamu'alaikum Tuan.

Jawapan Tuan mampu membuatkan saya tersenyum di pagi ini. Terima kasih. :)

LadyBird said...

kdg2 mnde yg kck pun leh buat kt mrh bl ia berlaku berkali2.

KhaiRin : anies said...

sy ckp bengang kalu baru buka mata (bgn tido) ada org ajak berbual...adeeeezzzz

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS

Alamak, Hjh balik kg, ya? Eh, baru teringat, Hjh mana ada kampung? Saya, ada! Hjh ada BC dengan BS, bukan KG, hehehe. Jadi kira masih hutang kat saya, setuju?

Temuk said...

ckLah@xiiinam

Hehehe! Kok membisu sejuta bahasa? Semoga ceria selalu.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Terima kasih kembali. Sama-samalah kita bermainan walaupun macam budak-budak di alam maya ni..... Masa kita kecil permainan macam ni tak ada, hehehe. Kita bersuka-suka sementara ada "mood", kesihatan, kebolehan berfikir (yang kita bezakan caranya dari zaman kita "Yang Menurut Perintah!), dan sementara kita boleh gunakan "gadgets" moden yang berkenaan.

Macam manalah nak cairkan pujian al-lavendari supaya kurang rasa tersipu-sipu saya...

Temuk said...

KASIHIBU
Cerita no. 5 tu bukan menipu, kan kasihibu? Kalau penekan loceng fahami abang saya sebagai tuan loceng, saya nak buat macam mana, hehehe.

Wah, mestilah pinar mata kalau menaip guna benda kecik tu. Saya pakai komputer antik sebesar meja ni pun berpinar-pinar. Gembira selalu!

Temuk said...

KAKCIK
Wa'alaikumussalam, kakcik. Tentulah saya seronok dengar kakcik senyum, walaupun penyebab senyuman tu benda yang kecil saja. Semoga sudah sihat semula; tak perlu lagi ubat-ubat klinik tempoh hari. Kakcik lupa sesuatu.... untuk "delete" Tuan tu... Ceria selalu!

Temuk said...

LADYBIRD
Setuju! Sewajarnya kita tak mengambil enteng akan perkara-perkara kecil kerana bila di ulang-ulang atau terlonggok, ia menjadi perkara yang besar. Bila begitu, ia boleh menjadi punca sesuatu masalah.

Sesuatu kesilapan kecil bagi kita mungkin kesilapan besar bagi orang lain. Jadi, kalau kesilapan itu kita ulang-ulang, pastilah orang boleh jadi amat marah! Mari sokong pesanan "Jangan perkecilkan perkara-perkara kecil".

Temuk said...

KhaiRin:anies
Pak Temuk nak bagi "tip". Bila bangun tidur, kita pandang-pandang + dengar-dengar. Kalau ternampak atau terdengar orang berbual, atau orang yang diagak mesti akan ajak kita berbual (masa tu mata kita pun macam buka tak buka & telinga masih ngung-ngung), bangun-bangun kita terus tuju bilik air. Basuh muka, dll. Bila dah rasa sedar+segar, baru keluar.

Pak Temuk rajin buat begitu. Ok tak?

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Terima kasih mengetag saya. Itu tanda ingatan kuat sesama kita. Perkara kecil usahlah diperbesarkan. Walau bengang pada mulanya, boleh diakhiri dengan maaf yang agak sukar dimengertikan.


"Hijau Warna Alam" . Cantik laman yang serba hijau ini...errrr....persiapan raya ye? Nanti bulan pose tak larat pulak ngecat....ye dak?

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu. Hehehe, saya rasa al-lavendari pun setuju. Boleh kot kita kata bengang tu selalunya "rasa kembang kepala" yang sementara saja. Tapi tak melibatkan "kembang buku lima" dan penghayunannya ke arah orang yang menyebabkan kita bengang. Sabar itu istana iman; memaafkan orang juga tanda hebat iman kita. Setuju, usah perbesarkan perkara-perkara kecil.

Jahil saya ni tentang prosedur mengecat tu. Spau sana, sapu sini, yang hati mahu, tak terkeluar dalam laman! Selalu buat, tak menjadi juga. Akhirnya, pakai apa yang terkeluar sajalah.

Outbound Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Temuk said...

OUTBOUND MALANG
Wa'alaikumussalam. Semoga sdr juga selalu sukses. Terima kasih sudi singgah ke laman saya.

Setuju. Kita hargai hari yang berlalu kerana ia boleh jadi teladan atau sempadan. Hari ini - itulah yang kita sedang lalui, maka wajarlah dilalui dengan cara terbaik. Dan besok, tak pasti kita akan temui... maka ada yang kata, jangan fikirkan sangat. Tapi wajar juga kita merancang, kan?