Sunday, July 22, 2012

M A L E P U

Macam biasa, bila teringin, bila tak ada orang
di dapur, jalanlah projek sendiri.

Tak lama sebelum puasalah tu. Yang dilibatkan, cari kat belakang.


Benih dari kampung. Kata kakak, namanya U Pulut! Kalau nasib
baik, mungkin keluar padi pulut kat pelepah-pelepahnya tu!

Geng akrab betul U Pulut dengan P Emas.


Ramuannya, biasalah. Rempah ratusnya  cili besar merah dan bawang
merah diricih + udang kering. Santannya perah dari kotak (sebab kampung 
berkelapa di Bagan Datoh, jauh!). Garam + gula, sikit-sikit saja.

Ku pastikan pucuk U Pulut tu yang muda saja. Kemudian
direbus dulu, dibuang air hijaunya. Kata orang yang pandai ilmu pokok, 
air hijau tu penuh cynide. Ye ke itu nama bendanya?

Tak ingat zaman arwah emak memasaknya dulu, buang
cynide atau tidak. Tapi tak ada pula kes keracunan dalam rumah.


Lain kali boleh eksperimen. Campurkan sikit benda kat bawah ni. 
Bunganya ke, atau daunnya. Bukanlah si batang rambutan besar tu!


Atau masukkan sikt pucuk Kesum, atau Basil, atau Pudina dari
"melting pot" (banyak bangsa dalamnya, hidup dengan harmonis!) kat bawah ni.


Tapi pastilah tak akan ku hiriskan si daun Bemban yangjuga ada dalam
pasu besar tu untuk ramuan MALEPUku. Kenal yang mana Bemban?

 Juga, tahu kan dah,  MALEPU tu apa?

19 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Masak Lemak Pucuk Ubi kot???

Kalau saya selepas direbus pucuk ubi tu, buang air rebusannya, baru digulai lemakkan.....tak tau plak dah dibuangke idak cynide nye...

Kat bazar ramadan ada kot MALEPU ni???

Kakzakie said...

Kakak ingatkan cikgu nak cabut Ubi Pulut tu nak buat belebat pisang emas. Sekali alkisah tertera masak lemak pucuk ubi. Daun pisang emasnya selamat lagilah ye...

Suburlah daun kesum cikgu. Kalau kakak guna masak asam pedas huiii terangkat hehe...

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu,

kalau masak lemak pucuk ubi, daun turi atau pucuk manis.. saya mesti rebus dulu utk buang air hijaunya bagi mengelakkan rasa pening ketika makan...

salam ramadhan buat cikgu sekeluarga moga amalan kita diberkati Allah hendaknya.

Nizam.Ariff said...

salam ramadhan, kang.

baru kelmarin aku buat sambal santan (guna kencur dan santan) untuk dicicah dgn pucuk ubi...

kasihibu said...

ada sambal belacan tak menu tu?;p

selamat menjalni ibadat puasa buat pakcik sekeluarga semoga di kurniakan kesihatan yang baik.

Hjh Noralenna Abbas said...

MALEPU sedap kalau ada sambal belacan, baru ada 'kick'!

Anonymous said...

Asmk pakcik,selamat berpuasa dan sembhyg terawikh. Mmg ada kajian ditahun 80 an kluar mengatakan daun pucuk ubi ada cynide.tetapi dgn kaedah celur rebus ianya keluar dari daun. Terlarut didalam air.mak mak tok nenek moyg sgt paindai krn merehus pucuk ubi sblm dimakan dgn sambal,gulai goreng dsbnya.

KhaiRin : anies said...

ubi nyer tu nnt wat pe? kerepek ka?

al-lavendari said...

jawapan saya sama dengan ahmad humairi .. hari ini terlewat masuk.


pasal cynide tu mungkin ada benarnya, tapi kandungannya mungkin 0.0001 % .. tak memudaratkan kalau makan dalam kuantiti yang sikit. agak sayalah.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu. Betul 100%lah tu, "masak lemak pucuk ubi". Sebab dah tau kalau tak direbus dulu nanti termakan cynide, kita pun rebuslah, walaupun orang-orang tua kita dulu ada yang tak buat begitu. Tapi eloklah kita buat perkara yang lebih baik, kan Cikgu?

Ikut pelannya, paling cepat hari ke 7 baru nak jejak bazar Ramadhan. Nak cuba tak makan macam2 sangat. Saya jangka MALEPU mesti ada di sana, cumanya MALEPU mereka tu saya agak mesti keras, sebab daun tuanya banyak.

Temuk said...

KAKZAKIE
Ada dalam kepala dah, nak cuba buat lepat ubi. Tapi memang malas nak memarut ubinya. Lagipun ubi yang ada tu rasanya belum berisi lagi. Pisang emas boleh juga dibuat lepat. Cuma bila ada buah masak, sekejap saja ia lesap, jadi pencuci mulut. Lain kali mungkin dapat saya gunakan daun kesum saya itu untuk ramuan asam pedas saya. Kesewon!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam. Alahai, jadi teringat pula saya kepada si pokok turi. Nak cuba carilah benihnya. Pernah beberapa kali saya menanam cekur manis tetapi daunnya asyik mengkerekot. Give up! Dua-dua tu + keledek, disayur lemak, memang bagus. Oh, terima kasih, rupa-rupanya kena rebus juga dulu, buang air hijaunya, ya?

Temuk said...

Nizam.Ariff
Wa'alaikumussalam. Wow, bila ada ramun kencur tentu jadi cantik aroma & rasanya. Ada nama spesialnya ke sambal santan tu? Bagusnya kalau dipaparkan, dengan resepi penuhnya. Kang Temuk bolehlah cuba.

Temuk said...

KASIHIBU
Nampaknya, kat rumah Pakcik ini, SB sentiasa ada. Cuma diubah2 sikit saja ramuannya. Kadangkala dicampuri bawang putih sikit, atau diperahi lemon, atau dilebihi tomatonya. Teringat SB di Bandung, yang mereka sebut sambel terasi. Wow, banyak betul terasi (belacan)nya!

Semoga kasihibu sekeluarga juga sihat sejahtera khususnya sepanjang Ramadhan mulia ini.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Ada orang perolehi lebih 'kick' dari SB kerana kandungan cili apinya banyak & belacannya + gula + perahan limau nipis/kasturi/lemonnya sikit. Merahlah telinga kanan kiri dan anak tekak. Ada orang yang kata SB rajinkan kita bersin, hehehe.

Temuk said...

ANONYMOUS
Wa'alaikumussalam. Terima kasih. Kepada ANONYMOUS Pakcik juga ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih. Semoga diganjari Allah berlipat ganda.

Agaknya daun apalah sebenarnya yang orang proses utk menghasilkan cynide tu, ya? Adakah pengeluaran cynide besar-besaran di mana-mana? Kalau ada, untuk apalah agaknya.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Lepat (belebat), bengkang, tapai, kerepek (yang macam2 jenisnya!), tepung ubi, pengat.... Ha, ni lah yang Pakcik bingung. Penghabisnya mungkin buat 'goreng' atau 'rebus' saja, hehe. Tapi lama lagi nak menuai ni, sementara tu tuai pucuknya dululah beberapa kali.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Hehehe, "wise people think alike"!

Dari komen bloger "anonymous", memang ada cynide tu. Sebagai yang al-lavendari kata, mungkin juga kerana kandungannya yang sedikit, ia tidak memudaratkan kita. Lagi pun, entah-entah, bila sudah bercampur dengan ramuan lain, ia jadi penyedap macam "aji no moto" pula.... (tapi saya tak guna si aji tu).

Al-Manar said...

Bertambah hebat penulisan Temuk, dari pakar tumbuhan sudah buat masakan dengan ilmu kemia cynide dalam tumbuhan dan sebagainya. Saya cuma menunggu berhasilnya pokok kacang bendel merah.