Thursday, July 12, 2012

BABAK-BABAK BERLALU : 1


  Sayu-hiba juga aku melihat gambar dua-duanya (buka satu-satunya) 
puteraku ini. Diambil pada tahun 1982, di persekitaran Hasbrouck Apt, Ithaca, NY.


 

 Sayu-hiba sebab mereka tidak lagi sekecil dalam gambar tu,
untuk terus jadi rakan sepermainan.... huhuhuhu....!

Yang turut nak ku kongsikan di sini ialah kamera spesial
di bawah ini. Yang telah ku gunakan untuk merakamkan 
wajah mereka dan padang di mana mereka bermain.


Kita boleh nampak rupa objek melalui 
cermin kecil di sebelah atas badan kamera tu. 
Lihat dari atas, bukan dari belakang!


 Flashnya, action saja. Sebab tak ada lagi mentolnya 
sekarang ini. Mentolnya itulah yang bila digunakan 
akan mengeluarkan flash, berbunyi "tup" 
dan terus terbakar!   Mahu flash lagi, ambil mentol baru yang lainlah!


Kamera istimewaku telah ku beli dengan harga U$D5 
dalam satu garage sale di Ithaca.  Masih ku simpan.

Masa ku bawa balik dulu, bila ku carikan filem negatifnya,
memang orak eneng, kadadak, tak do, ilek, not 
available.... Sama ada yang Black & White atau yang color.


Babak-babak berlalu, membawa kenangan, 
kepada suka-dukanya suatu zaman.

30 comments:

Amie said...

Selamat pagi Ayah,
Memang coretan ayah sungguh menggamit kenangan! Ayah masih simpan lagi kamera berharga U$D5 itu, tapi kenangan lalu bersama kamera itu tentu tidak ternilai harganya!
Sesuatu peristiwa itu terus hidup dalam jiwa dan tambah indah jika selalu dikenang walaupun ada yang pahit!

Nizam.Ariff said...

assalam kang temuk,
kos mentol flash untuk babak-babak tu silap-silap lebih mahal daripada kos nak cuci negatif agaknya...

Temuk said...

AMIE

Selamat Pagi, Amie (Ayah menjawab ni jam 9.50 pagi, hehehe)

Sebenarnya Ayah sendiri jadi sebak bila melihat gambar2 lama. Kelemahan yang tak ada ubatnya, nampaknya. Namun, dalam beberapa entri akan datang, Ayah akan paparkan gambar2 lama, sebelum membuat entri NUKILAN terkhir mengenai kampung asal yang ditinggalkan orang. Sebak lagi!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MULIA & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN GANJARAN TERBAIK BUAT AMIE SEKELUARGA.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MULIA. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN GANJARAN TERBAIK BUAT NIZAM.ARIFF & FAMILI.

Hehe, betul tu. Kos peletup flash boleh jadi lebih tinggi dari kos memproses negatif. Sayangnya tak ada mentol tu utk tahu harga & utk dicuba. Kalau ada pun, mungkin "benda" dlm kamera Kang Temuk yang boleh meletupkan mentol sudah uzur. Negatifnya pun tak ada, nak digunakan bagi tengok hasilnya. Rasanya, Kodak Comp pun dah tutup kedai. Ceria selalu!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Nostalgia silam. Benarlah agaknya yang bahawa bulan ini adalah "Bulan Menggambar Semula" kisah silam. Bila pandang ke awan ternampak wajah ayah....alfatihah!

KhaiRin : anies said...

agk2 kalu jual kamera tu, bleh dpt x rm10k? hehehe

Kakzakie said...

Aduhai cikgu bila mengimbau nostalgia lama ada kala akan senyum dan tidak kurang menagih airmata. N3 ini pasti buat cikgu senyum panjang...

Mesti rumah cikgu ada mini muzium utk simpan khazanah ini. Kelihatan masih cantik rapi walau mentol flash wes orak eneng.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kenangan mengusik jiwa.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu. Yg kita sedar begitu, tapi hakikatnya, mungkin saban hari ada saja paparan yang mengimbau zaman silam.... Bila pandang ke awan (satu skrin agung!) memang mudah tergambar wajah-wajah orang yg kita sayangi, apatah lagi yg telah tiada. Dan bila kenangan begitu menyanyat, tunduklah pula mata kita ke bumi, kadangkala dengan titisan airmata.... Hai, ada kalanya memang takut menatap awan!Kita doakan semoga yang telah tiada yang kita sayangi berada di dalam golongan yang Allah terima dan redhai. Amin!

DrSam said...

Assalamualaikum. Saya turut terharu membaca nukilan kali ini. Nilai nostalgianya lebih tinggi daripada nilai kamera itu sendiri.

Jika Abang temuk masih ingin menggunakan kamera tersebut dan mahukan negatif 35mm kodak, saya masih mempunyai simpanan (lebih 2 dozen). masih elok disimpan di dalam peti sejuk yang saya pasti tidak akan saya gunakan lagi.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Kalau anies yg beli, saya beri diskonlah, RM10k bahagi 10,kali 10. Boleh gitu, hehe?

Saya tetap masih cuba mencari filem negatif jenis yg dipaparkan tu (manalah tahu, ada)untuk test ok lagi atau ko kamera Brownie tu. Kalau ada negatifnya, sepatutnya adalah pemprosesnya. Saya tabik kepada peminat fotografi yang masih menggunakan kamera SLR menggunakan filem negatif. Ceria selalu!

Temuk said...

KAKZAKIE
Betul saya tersenyum semasa menatap gambar2 itu. Terkenang saya, si abang sudah punyai 5 hero, dan si adik sudah punyai 1 hero + 1 heroin! Tangkasnya masa berlalu!

Bagus kalau ada mini muzium tu, kakzakie. Malangnya, tak ada. Dah pencen lebih 5 tahun pun, tak selesai lagi projek nak mengalbumkan gambar2 lama yang ada!

Temuk said...

HJH NORALENNA
Mengusik jiwa saja kan, Hjh? Bimbang kalau-kalau mencarik jiwa.... Sambil menyingkap gambar2 lama, biasa juga terkenang alunan P. Ramlee.... 'barang yang lepas, jangan dikenang'.

Temuk said...

DrSam
Oh... bila DrSam kata begitu, saya jadi lagi hiba pula... Tentulah, nilai gambar, ketika dan suasana gambar diambil, dan kenangan mengenainya jauh lebih tinggi daripada nilai barangan kamera yang digunakan. Namun tetap juga saya hargai artifek yang digunakan dek nilai pragmatiknya.

It's very kind of you to offer me your 35mm films that you are still keeping now. Kalaulah kamera2 SLR tua saya masih ada (sudah dibeli orang 2 tahun dulu), pastilah saya tak akan lepaskan peluang filem negatif percuma DrSam itu. Brownie tua saya rasanya hanya boleh menggunakan C620 Kodacolor II (color prints) dan VP620 (Black&White prints). Negatifnya berbentuk empat segi, tanpa sebarang barisan lubang pada kedua-dua tepinya seperti negatif 35mm. Walau apa pun, terima kasih sekali lagi & ketemu lagi.

Al-Manar said...

Saya masih ingat pakai mentol yang dibeli dalam kotak kerana hendak guna banyak. Bukan main bunyi ia meletup!

Temuk said...

AL-MANAR
Hebatnya kalau dapat memiliki kamera seperti Brownie itu.... Begitulah kata hati bila melihat kamera itu "meletup-letup" digunakan oleh pemiliknya. Masa itu, tahun 50-an. Namun, alhamdulillah, saya tetap berasa seronok dapat juga memilikinya walau hanya dalam tahun 80-an. Juga sekalipun tak berpeluang "meletup-letup"kannya. Sdr pernah menggunakannya dalam tahun-tahun 50-an dulu? Atau semasa mengaji di UK?

School Of Tots said...

Pak Temuk, kenangan yg hebat. Terasa baru semalam anak2 itu kita pimpin tangan dan kita hayun di buaian. Paparan di alam cyber ini juga adalah pahatan history yg bisa ditatap anak2 dan cucu cicit di masa mendatang. Pusaka yg padat nilainya. Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak untuk Pak Temuk sekeluarga, semoga mendapat keuntungan luar biasa kali ini dengan kemanisan ibadahnya.

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Terima kasih singgah. Lama kita tak berjumpa. Manalah tahu, zaman para cicit atau ciut nanti teknologi "sound screen" jadi sesuatu yg biasa. Sebut saja nama kita, keluar pada skrin mereka blog kita. Mudahlah mereka menyelusuri tinggalan nenek moyang. Dan mungkin mereka senyum panjang melihat format kita yang kelihatan kuno.

Kpd School Of Tots sekeluarga, dgn takzimnya, diucapkan juga Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amalan sepanjang bulan mulia ini diberkati & diredhai Allah.

Mutiara Bernilai said...

Assalamualaikum wrt wbt Temuk,

Lama mutiara tak singgah sini,

Hm, jika Temuk merasa sedih melihat anak-anak yang membesar. Saya pula sedih dan sayu melihat tubuh ibu bapa saya yang dahulunya tegap, tetapi sekarang semakin susut, kurus dan membongkok,,saya semakin dewasa (lahir 1987)..sedang semakin meniti usia.. :'( Moga Allah limpahkan kasih syg dan rahmat buat ibu bapa saya dan Temuk :D

Temuk said...

MUTIARA BERNILAI
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih Mutiara tak lupa jalan ke rumah Pak Temuk.

Setiap orang yang menyayangi kedua ibubapanya tetap berasa sedih sayu juga spt Mutiara, apabila melihat keadaan ibubapa yang semakin menua.Layanilah mereka dgn cara terbaik sementara mereka masih ada. Tubuh mereka mungkin semakin uzur, tetapi hati mereka insyaAllah boleh selalu kita segar-bugarkan. Kita boleh jadi punca kesegaran jiwa & kebahagiaan batin mereka. Terima kasih di atas doa. Sama-sama kita sentiasa memanjatkannya kepada-Nya!

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum paman.
Saya suka kamera tu. Dulu, dapat tengok bila ada pengantin bersanding. Saya duduk tepi pelamin, kutip lampu kamera yang terbakar....


Dulu dulu, pengantin sanding malam...hehe

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu,

Minggu lepas balik kampung & buka semula album2 lama berimej hitam putih & warna kuning coklat berkabur.. baru tersedar betapa teknologi mampu mengubah sesuaut dgn ketara...

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Wa'alaikumussalam. Hehehe, kalau ckLah masih simpan mentol-mentol terbakar tu, boleh jual kat kedai kamera yang pamerkan teknologi fotografi kuno!

Paman ingat zaman kena paksa bersanding luar & dalam rumah waktu siang & dalam rumah waktu malam! Kalau tak sanding, gejobos balik rumah, tinggalkan kerja!

Selamat menyambut Ramadhan mulia. Semoga segala amalan kita diredhai Allah!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam. Seronok (walau ada juga hibanya) bila lihat gambar-gambar lama tu, kan? Ada juga gambar hitam-putih yang sudah berpuluh-puluh tahun sangat minimum kerosakannya. Tahan zaman dek teknologi bagus dulu! Tapi tentulah teknologi fotografi hari ini lebih hebat. Dan memanglah teknologi itu satu sumber perubahan masyarakat yang hebat.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan diredhai Allah!

kasihibu said...

selamat menyambut ramadhan pakcik dan keluarga semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih di berkati. Amin....

AZNI BINTI MAT ISA said...

assalamualaikum cikgu,
Kabare.harap waras ya. lama dekni tak bersiaran. cantik sungguh n3 cikgu kali ini. mengamit kenangan >,<

Temuk said...

KASIHIBU
Kepada kasihibu sefamili, Pakcik ucapkan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan mulia ini, di samping ibadah-ibadah lainnya. Insya-Allah, kita akan diangugerahi-Nya keberkatan & keredhaan.

Temuk said...

AZNI BINTI MAT ISA
Wa'alaikumussalam, dekni.
Alhamdulillah, waras. Semoga dekni sekeluarga juga waras & bergembira + sejahtera sepanjang bulan mulia ini. Tahu "kabare" dgn "waras" saja ye, atau apa juga perkataan dalam bahasa itu?

Bila intai gerobok lama, ternampak kamera kuno tu. Carilah pula gambar2 yang dihasilkannya. Jadilah n3 tu. Ha, ni nak lari ke rumah dekni yang dah lama tutup pintu tu, tengok dia buat apa.

akuzle ayu said...

Agak saspen tadi. Ingat kenapa..hihi. Kenangan itu mmg sayu. Sy pon kdg2 terasa rindu masa kecil bersama2 arwah ayah buat mcm2 aktiviti kt kg. Dah 3 tahun berpindah dari kampung itu dek tuan tanah menuntut haknya. Hanya tinggal kenangan yg cukup sarat..

akuzle ayu said...

Err.. Marilah bertemu d umah uncle LF ahad ini wahai Pak Temuk. Pakngah Hamzah Al-Lavendari pon nak dtg. Tentu meriah ramai bapa2 mithali berjumpa dalam 1 majlis.. Hehe