Pagi tadi, Pak Temuk capai sesisir Berangan di bawah ini di Pasar Ramadhan 2.
Selepas makan tengahari, kerongakan sisir si Berangan menjadi amat ketara.
Lakunya Berangan, di rumah + di Pasar Ramadhan 2!
Bayaran sesisir pagi tadi, RM10.30. Isi sisir, 16 biji. Maknanya, RM0.64 sen sebiji!
Teringat Pak Temuk akan zaman hidup di kampung dulu-dulu.
Sesisir (bukan sebiji!) Berangan masak cuma bernilai sekitar RM0.25.
Sesisir (bukan sebiji!) Berangan masak cuma bernilai sekitar RM0.25.
Tak dinafikan, buahnya kecil sedikit. Tapi, ada tapi-tapinya.
Tapi, buahnya dihasilkan secara 'alami, tanpa baja, tanpa racun makhluk
perosak. Tapi, pokoknya bukan hasil tissue culture. Tapi,
buahnya (mengikut citarasa Pak Temuklah) lebih manis. Tapi, masaknya
juga "masak sendiri" dan selalunya sekata, tanpa sebarang perangsang.
Tapi, memanglah itu semua cerita dulu-dulu!
Walau apapun, bila terkenang Berangan begitu bernilai,
berangan-angan pula Pak Temuk hendak berberangan. Tapi dengan cara dulu-dulu,
supaya buahnya boleh dijual dengan lebih "kompetitif" (hehehe!).
Tapi, agaknya bila pula nak ada skim PETAP1M?
Nota:
Mengikut Pak Temuk, yang berangan-angan berberangan ni, PETAP1M itu diangan-angankan sebagai skim bantuan untuk "Petani Pekan 1Malaysia".
25 comments:
Do it now,Pak Temuk! Tak perlu satu ladang, sebatang dua jadilah.
Pak Temuk tak perlu fikir lagi. Tanam aje belakang rumah. Tanah luas tak macam rumah kakak ni tanah secoet aje.
Bapak kakak tanam pisang pun tak baja. Tapi kalau dia bakar sampah, abunya dia tabur bawah pokok pisang. Insya-allah gemuk/daun lebar (boleh buat pais ikan)/buah pun manis (kena brongsong - kalau tak kena makan burung).
Org cina depan rumah kakak guna pisang ini utk sembahyang sebab itu pisang berangan mahal.
HJH NORALENNA
Terima kasih di atas pembakaran semangat tu. Sebatang dua pisang emas memang telah lama ada. Insya-Allah akan dicari benih Berangan di Jbt Pertanian mana-mana. Tapi, sebenarnya, Pak Temuk suka Pisang Raja. Di hotel-hotel Indonesia, pisang itu nampaknya biasa dijadikan juadah spesial sarapan pagi. Pisangnya pun sudah tak ditemui di pasar-pasar kawasan Pak Temuk, apa lagi pokoknya!
Assalamualaikum Ayah Temuk,
syukur .... di tempat kami pisang berangan masih asli seperti dulu. Kalau kami ke pasar memang selalu melihat orang jual borong pisang berangan bertandan-tandan yang sudah tua dan masih berwarna hijau. Penjual pula kerat setiap sisir dan gantung di depan gerai. Jadinya, pisang akan masak tanpa guna karbaid. Walaupun kulitnya ada jeragat, tapi isinya lemak manis padat dengan warnanya yang kuning pekat!
KAKZAKIE
Insya-Allah, kakzakie. Bila saya temui benih Berangan tu, saya akan beli & tanam. Dan tayangkan gambarnya.
Memang bagus kaedah lama yang bersesuaian kita ikuti, seperti yang bapa kakzakie lakukan. Cerita pasal "berongsong", teringat saya arwah emak ada kalanya menggunakan kain buruk untuk memberongsong pisang. Pecah-pecah kain itu dek tonjolan buah pisang yang besar-besar! Lepas tu memang kena pantau selalu + cepat rebahkan pokoknya, apabila buah sudah cukup tua. Sebab bimbang para burung datang menghurung!
Berangan sepokok dua bolehlah, kakzakie. Orak ghedi kok tanahe. Gambar-gambar Pak Temuk tu ilusi, kok. Di Johor tu pisang apalah agaknya yang popular?
Assalamualaikum,
Berangan memang sedap.
Sama sedap beranganan.
Saya ada kebun berangan, Saya teroka bersama seorang teman. Kini dia dah hampir sepuluh tahun meninggalkan saya. Bila musim hujan sekarang ni...jalan ke kebun berangan saya banjir...dengan kebun berangan saya pun tenggelam. Bila sedar, hujan masih lebat. Dentuman guruh menyedarkan saya....saya hanya beranganan!
Assalamualaikum,
....komen mr kay (anak saya) kat atas tu sebenarnya komen saya....saya tak log-out dulu.....maafkan saya!
cIKGU TEMUK...
Memang pisang berangan sedap dimakan mentah....jika masak ranum baunya pun harum.....
saya biarkan buahnya tua setua-tuanya, kadang2 ada sebiji dua dimakan burung.....biarlah itu saya jadikan penanda....burung lebih tau masanya patut dimakan....
tidak marah pada burung lebihannya masih banyak.......
ditebang, masukkan dlm guni biar masaknya serentak......
makan pun sama2 serentak.....he...he....
salam bahagia.....
.
salam pak temuk..lama tak makan buah pisang berangan ..dah lupa kesedapannya..hehehe..kat sini pisang yg sejenis dua jerr yg ada (lupa lak namanya)..mahal jugak harga nye yer..baik tanam jer pak temuk kan...
AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Wow, seronoklah tinggal di situ, ya Amie! Buah-buahannya sentiasa segar.
Pisang yang dihasilkan tanpa penggunaan baja kimia & racun makhluk perosak, kemudian diperam cara gantung saja, memang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Mungkin kecil saiznya, atau kurang ayu kulitnya, tetapi tetap spesial isinya.
MR KAY
Wa'alaikumussalam. Geli hati Pak Temuk membaca cerita sedapnya pisang berangan dan sedapnya berangan-angan.
Beranganan tu kerja hebat juga, sebab kena fikirkan apa yang hendak diangan-angankan. Bagi Pak Temuk, itu juga kerja tak mengapa, jika beranganannya itu tidak bermatjenin. Banyak orang yang berjaya hari ini bermula dengan angan-angan.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu.
Ooops! Dah balas kepada mr kay baru dibaca yang Cikgu punya komen. Tak mengapa. Memang saya geli hati dengan kisah orang yang beranganan itu. Entah-entah, orang yang sukakan pisang berangan suka hidup berangan-angan. Walau apa pun, jika betul caranya, yang beranganan selalu pun insya-Allah boleh berkejayaan.
ZUL PERMATANG BADAK
As-salam. Semasa kanak-kanak di kampung dulu, biasa juga saya memakan pisang berangan tua yang digoreng. Tapi kalau sudah sejuk, memang tak sedap. Juga pisang berangan muda yang disayur lemak.
Bagus juga ada burung-burung di sekeliling kita membantu memantau kesesuaian pisang dituai. Tak mengapalah kita beri si burung upah 1,2 biji.
Ceria selalu!
UMMUAIDAN
Salam bahagia. Kesihan, dah lupa rasa berangan, ya? Mungkin ummuaidan & famili sudah lama sangat di Fiji tu. Bagusnya di negara kita, ada bermacam-macam jenis pisang, termasuklah jenis "cavendish" yang banyak dipasarkan di USA, Eropah & UK tu, kan? Melalui blog-blog orang Malaysia, saya juga berpeluang "menemui" pisang-pisang "baru", yang sememangnya ada di tempat-tempat lain di negara kita tetapi tak pernah melihatnya sendiri.
Assalammualaikum pak temuk.sya suka pisang berangan ni...nk tanam sendiri kurang halamannya..nak dicari kat pasar berdekatan pun memang pyah nak jumpak..kebanyakkan pisang emas ja..
Awal tahun ni, pokok pisang berangan yg ditanam di atas '3 keping' tanah PakZahan (pak anak-anak)di Sg Sumun terpaksa ditolak dengan jentera penolak dan dihapuskan kerana serangan penyakit. Memang kesian tgk dia kerana letih dan tak balik modal. Tapi itulah yg dikatakan tiada rezeki....sempat jugalah berangan-angan apa nak buat dengan hasil berangan tu, walaupun tinggal angan-angan....
Pssst: untuk hal ehwal kebun, ada kalanya kami masih guna unit kiraan keping, ekel, pikul, rantai...hehe. pening, kata anak anak..
HITOMI LAVENDER
Wa'alaikumussalam, hitomi lavender. Arwah bapa sdra Pak Temuk yang memang hidup dikelilingi pisang berangan amat teruja bila bertemu pisang emas sekali sekala. Nampaknya hitomi lavender pula dikelilingi pisang emas, dan sukakan berangan yang payah diperolehi. Dalam kurang halaman tu, mungkin boleh juga diselit sepokok dua berangan. Di kawasan Pak Temuk (Bangi Selangor), agak mudah memperolehi pisang berangan, nipah, rastali, lemak-manis/bantan, emas, tanduk, dan pisang embun/bunga. Rindu dengan pisang raja, Pak Temuk ni!
ckLah@xiiinam
Waduuuh, besarnya kerugian PakZahan tu! Paman turut bersedih di atas kejadian tu. 3 keping tu di Sg Sumun = 12-15 ekar (ekel), kan? Berapa punya banyak pokok pisang yang ditanam di situ!! Dulu-dulu tak biasa kita dengar pokok pisang diserang penyakit. Zaman ini ada macam-macam penyakit yang mengganggu tanaman kita.
Untuk tanaman PakZahan itu mungkin tak memadai di buang pokok ibu + anak-anaknya yang sudah keluar, ya? Kemudian tinggalkan "benih" yang ada di bawah tanah supaya tumbuh-hidup kemudian? Bila kena jentolak semuanya, mungkinlah serangan penyakit sudah sampai ke akar umbi pokok. Semoga PakZahan lebih berjaya lain kali, insya-Allah.
kalau borang keahlian PETAP1M dah siap, mohon saya sesalinan.
AL-LAVENDARI
Mungkin sudah habis mengundi baru siap borang tu..... Pasal depa ni nampaknya asyik ke hulu ke hilir bawa "cheque" besar-besar (saiz dengan nilai) ke kumpulan sasaran tertentu. Ditakuti lupa nak cetak borang PETAP1M untuk penggiat pisang berangan di pekan-pekan, yang bilangannya tentu kecil!
Kepada al-lavendari sefamili, Temuk ucapkan selamat menyambut 1 Muharam 1434H.
Assalam Pak Temuk..
pisang yang amat sedap di tekak. suka sangat. tapi mahallll..
AZIAN ELIAS
Wa'alaikumussalam, YAN
Oh, suka berangan, ya? Kalau banding-banding dengan pelbagai jenis "pencuci mulut" yang Yan selalu "order" di macam-macam restoran kat macam-macam tempat tu, tentulah si berangan cilik saja harganya, hehe. Cuma kat tempat-tempat tu tak ada pula orang masukkan si berangan dlm menu, termasuk untuk "banana-split"nya, kan?
Selamat menyambut Tahun Baru 1434H!
As salam cikgu,
Nampaknya saya tidak berangan-angan untuk makan pisang berangan kampung yang masak secara semulajadi. Saya tanam pokok pisang berangan kampung (yang ada bintik2 hitam pada kulit buah). Benihnya dibawa dari kampung. Dari serumpun, sekarang saya dah alihkan anak-anaknya jadi 6 rumpun. Pisang raja ada sepokok di rumah saya tapi sifat pisang raja ni pelik sikit. Ia hanya 'beranak' sepokok saja dan anak pokok membesar ketika induknya berbuah. Begitulah seterusnya....
ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry. Maaf lambat respon. Wow, banyak rumpun berangan Adry tu! Memang jenis berbintik hitam itulah yang banyak di kampung saya dulu-dulu. Kecil buahnya, tapi lebih rasa manisnya. Orang Melayu kita memang suka buah yang manis-manis, kan?
Alahai, tak tahu pula saya pisang raja begitu perangainya. Kedekutnya dia, keluarkan satu anak saja! Kalau banyak, memang saya tak malu untuk mohon sumbangan dari Adry barang sepokok bila-bila saya sesat ke Langkawi, hehehe. Lama pun tak ke pulau cantik tu + belum merasa naik kereta kabelnya.
Saya teringat juga hal pisang tanduk di rumah anak saya di Bandar Seri Putera (Selangor). Hairan saya melihat banyaknya anak tanduk ni yang sudah tumbuh atas tanah & membesar di sekelilingnya (berpuluh!) + ada pula "mata-mata" besar yang saya jangka bakal jadi anak juga (berpuluh-puluh juga) tumbuh/melekap pada pangkal batang pokok ibu, seolah-olah macam bisul/jerawat besar, hehehe. Saya memang tak kenal pokok pisang tanduk. Rupa-rupanya dia tak amalkan family planning!
Salam
pak temuk,
bagus makan pisang..elok untuk jantung
wasalam
Post a Comment