Sedikit kisah.
Sejarah zaman, kembang-kembang mekarnya rawan. |
Berbatikkah, berbalarkah, wajah si buah yang ingin dimegah? |
Sejarahnya juga, diukir daun, bukanlah dengan anggun.
|
Atau inikah barisan pengukir, peninggal kesan pahit dan getir? |
Berkemungkinan, ini juga pengukir zaman. |
Pengukir, mungkinlah tiada kelihatan
Wajahnya tersimpan.
Tapi, pun apa pun, adalah pengajaran
Pun apa pun yang kita langsungkan,
Haloba sendiri, jangan
Yang lain, kenang-kenangkan.
29 comments:
Hasil seni yg begitu indah... Cantik kalau di 'frame' cikgu
Memang tepat digelar pengukir.
Salam,
Bukan sahaja pengukirannya indah, penulisannya juga berseni!
Assalamualaikum Ayah,
Seni itu indah.... mungkinkah si pengukir berasa gundah?
sudipVSsenduk
Alahai, manalah seninya, apa lagi indahnya. Walau apa pun, indah tak indah, diendah tak diendah, biarkan ia berapungan. Pun di alam maya, ada kaedahnya, orang budiman menggapainya. Terima kasih, sVSs!
Al-Manar
Yang mana satulah agaknya si pengukir pada pengamatan Al-Manar: yang membalar buah, atau yang menebuk daun.... Salam bahagia.
Hjh Noralenna Abbas
Wa'alaikumussalam. Yang "entah-entah apalah namanya" itulah yang mengindahkan ukiran. Atau entah ada pula yang lain yang tidak pun Temuk amati ruang persembunyiannya. Ceria selalu!
Amie
Ayah akur, seni itu indah, walau tak semestinya orang ambil endah. Pengukir pohon, mencakupi daun, mungkin tak segundah pengukir laman. Pengukir yang ruang fikirnya amat kekeringan.
Tapi, kapan longgokan juadah Amie melintasi ingatan, kalau Ayahlah, terapunglah gundah yang berpanjangan, muncullah sepadang kebahagiaan.
Comelnya pengukir2 tu...walaupun hasil seninya menimbulkan gundah, makchaq tak sampai hati nak marah...
Pokok2 makchaq pun selalu jugak diukir, daun kunyit, limau purut, daun kari, cili padi yg tengah berbuah lebat sampai mati dimakan siput babi, makan kulit pokok dari pangkal sampai ke pucuk.
Ramai yg cadangkan sembur racun dan tabur garam supaya serangga dan siput2 tu mati, tapi rasa tak sampai hati..
Makchaq pun bertani suka2 bukan sebagai punca
pendapatan, lagipun cilipadi beli seringgit seminggu tak
habis, masak kari, rendang, tomyam pun bukan selalu..jadi makchaq pikiaq, tak pa la.. kongsi je la dengan depa2 yg daun2 tu jadi makanan ruji depa...
Yg mati makchaq boleh tanam balik...
MAKCHAQ
Makchaq yang baik hati, amat benarlah kata-kata makchaq tu. Insya-Allah, apa yang mereka nikmati hasil keringat kita, akan mendatangkan ganjaran juga kepada kita, dari-Nya. Pun mahu juga digalakkan mereka berpindah arah mencari rezeki, kita sembur-semburlah dengan cecair yang "eco-friendly", yang bersifat "hijau" dan "lembut".
Salam pak temuk...
indah sungguh ukiran2 islam yg dipaparkan.tak payah cari tenaga pakar..hebat..banyak pulak tuh anggotanya...adakah mereka diupah atau free of charge..:)
As salam cikgu,
Lady 12 spot spt dlm foto ni termasuk dlm kategori serangga perosak. Ladybird jenis ni termasuk anak-anaknya(larva) spt dlm foto plg akhir tu akan memakan daun. Bila sampai masanya larva ini akan membina kepompong spt foto kedua akhir dan ia akan bertukar menjadi ladybird 12 spot ni. Dlm kebun kecil saya byk ladybird jenis ni dan pkk sayuran yg paling disukai ialah kacang panjang.
Tak perlu amik kursus apa-apa pun kan? Boleh mengukis begitu indah sekali.
Pak Temuk.
Makhluk Allah yang ini pun pastinya mengukir dan berzikir membesarkan Penciptanya. Nabi Sulaiman mendengarinya....
Kita hanya melihat hasil ukiranya...
Maka kita memujiNya.
AllahuAkbar.
bisa buat duit kpd penggemar fotografi spt abe.
Pengukir itu expert betul. Kakak yg ladybird tu tahu tapi yg bawah tu tak pernah pulak jumpa walau kakak ini org kampung. Ini 'pengukir daun' yg duduk di bandar agaknya.
Daun sampai perigis begitu sekali..
Adry@Daun
Wa'alaikumussalam, Adry. Terima kasih di atas maklumat yang berguna itu. Wow, si cantik manis (nama pun Lady 12 Spot) tu ganas rupanya, ya? Saya telah buang saja daun-daun yang terkesan itu, dengan perosak-perosaknya yang melekat sekali. Tak tahulah berkesan atau tidak. Tapi saya pun kurang gemar terung hijau tu. Sudah dipindahkan semuanya ke tanah dan dibaja. Kalau ok, baguslah. Kalau tak subur, saya akan k.o.-kanlah depa. Tkasih sekali lagi.
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.
Kalau dikirakan, memang unik juga ukiran para pengukir yang tak diundang itu. Upahnya, bahan yang terbuang, hasil daripada ukiran. Itulah perca-perca daun yang mungkin telah mereka masukkan ke perut! Geram kepada mereka ini, tapi tak sampai hati untuk menyembur atau membakarnya.
AZIEAZAH
Hehehe. Entah-entah mereka ada menghadiri kursus-kursus intensif. Kita tak tahu + tak nampak. Berdepan dengan kemungkinan spesis manusia menyembur mereka dengan racun (dan dengan agresifnya), agaknya mesti mereka sudah pergi latihan komando + mempertahankan diri sebelm menyerang tanaman manusia.
NGASOBAHSELIMAN
As-salam. Sekalipun kita kata mereka perosak, kita tidak tahu mereka mungkin mendoakan kesejahteraan kita, sebagai balasan kepada pengambilan daun-daun pokok kita oleh mereka. Mudah-mudahan kita didoakan kebahagiaan.
DADDY ZUKI
Pak Temuk minati fotografi, tapi hasilnya memang jauh dari tahap "baik". Sebak tu tak berani nak iklan2 utk cari RM, Rm...
Lama kita tak bersua. Terima kasih berkunjung ke rumah Pak Temuk.
KAKZAKIE
Memang para pengukir itu memperigiskan pokok. Habis semuanya jadi terkencat. Buah-buahnya pun kecil-kecil sahaja, dan keras macam batu. Ini baru kes diukir daun; kalau batang yang digigit, barangkali terbanglah nyawa para pokok terung Temuk.
salam
cantik pulak serangga tu walaupun geli geleman melihatnya...
salam pakcik
lama sungguh sya tak menjamu mata menjamu minda di sini
sya pun dah tak hirau pokok pokok sya
sebab dah ada banyak pengukir macam tu
lagi satu hati sya dah malas pulak nak berkawan dengan pokok
isss...sepatutnya sya bersahabat baik dengan alam kan?
assalamualaikum wbt.
samalah juga dengan kehidupan kita. turun naik nafas susah senang kehidupan melorek melakar geraf hidup.
kalau straight aje > sudah innalillah!!!
KAMSIAH
Wa'alaikumussalam. Insya-Allah kalau sudah biasa melihat dan menyentuhnya, akan hilang rasa geli geleman tu. Cuma ada kalanya , bila lihat benda macam kutu yang berambut putih tu, berasa takut pula, kalau-kalau ada racun padanya yang boleh sebabkan kita alami alahan.
KASIH IBU
Wa'alaikumussalam. Yalah, lama tak berjumpa kasih ibu di alam maya ni. Pakcik pun begitulah, ada kalanya memang malas betul nak jaga pokok-pokok keliling rumah ni. Kudrat pun dah merusut. Tapi, terpaksa jaga juga. Ketinggian pokok, besarnya, rendangnya, daun keringnya, semuanya nak kena pantau, sebab takut keliling rumah jadi semak samun. Juga tak mahu jiran kata kita buka hutan, hehehe. Sekarang Pakcik sudah mulakan "projek permudahkan hidup", dalam mana, antaranya, pokok-pokok pun dikurangkan, dikecilkan, atau (walau kesihan) dibuang!
ctpayong
Wa'alaikumussalam wbt.
Benarlah kata ctpayong itu. Kehidupan kita adalah pada asasnya turun naik nafas. Bernafas pun ada susah-senangnya, sepertimana juga seluruh kehidupan kita. Semoga Allah sentiasa memberi kita dan keluarga kesihatan dan ke'afiatan senantiasa.
jordan shoes
golden goose clearance
off white outlet
supreme clothing
bape
off white
OFF-White
supreme
goyard bag
hermes handbags outlet
Post a Comment