Saturday, March 23, 2013

ALAHAI..... TAK JADI ROTI ARAB 100%

Pelan asal, dari busut adunan tu, Temuk nak buat roti Arab.

Tapi bukanlah macam roti Arab gebu yang boleh
dicicah dengan kuah kari, atau disumbat dengan salad sayur tu.

Adunan Temuk pun lain jenisnya. Ni ha, yang kat bawah ni. 


 Dah datang mood. Tengah panas terik trang-tang-tang
pun, buat juga kerja mengadun untuk meroti!

 
  Tengah seronok-kepanasan meroti, ternampak pula benda ni!



Alahai..... Kesiannya! Mana pemiliknya? Dah berhijrah, rasanya.
Tak ada apa-apa pun dalamnya. Memang dah lama ditinggalkan ni.

Eh, mana nak tahu, satu hari nanti entah-entah tuannya balik.
Kalau rosak, susahlah dia. Nak kena buat rumah baru pula.

Takkan Pak Najib nak bagi dia mohon rumah Projek PR1MA!

Tak mengapalah. Tukar pelan buat roti Arab. Tukar kepada
roti Arab bertocang. Biar rumah terbiar tu duduk dalam tocang.


 Bila roti Arab bertocang keluarkan pucuk-pucuk merahnya
nanti, insyaAllah cantiklah rupa roti Temuk tu.
Juga persekitaran rumah si dia, yang entah siapa, entah di mana.

(Nota: Ada dua lagi Kelat Paya di tepi tingkap Temuk.
Mungkin yang tu nanti, dua-dua boleh jadi roti Arab 100%).

38 comments:

Al-Manar said...

Kalau pokok ru yang sudah 40 kaki tinggi apa pula boleh buat? Tolong tuan beri cadangan - janganlah minta upah buah fikiran!

Temuk said...

AL-MANAR
Beberapa tahun dulu, jiran di depan saya panggil penebang + pembuang profesional. Rasanya, tiap sepokok dicaj RM1Ribu. "Costly" sungguh mengurus ru tu. Itu tak masuk modal anak benih, menanam + menjaga selama ini. Masalahnya, banyak sangat daun keringnya sehingga menyumbat "gutters" rumah. Kalau tak ada masalah itu + kalau rasanya kuat pokoknya mencengkam bumi + kalau kita dapat redupnya, bolehlah disimpan. Tapi mungkin boleh dipotong sebelah atas supaya tak tinggi sangat. Maaf, ini pandangan orang luar-bidang!

Hjh Noralenna Abbas said...

Ini teknik 'sculpturing'. 'Roti Arab' yang ada jambul tak terdapat di mana-mana. Hanya di laman Temuk. Unik.

makcikkantin said...

Salam , membalas kunjungan.......awat cantaih sampai nmpk renjong pokok tu? Kalau letak pangkin bawah pokok, petang2 gebang2 sambil minum teh best jugak kan

ummuaidan said...

salam pak temuk...
kreatif plak roti pak arab pak temuk nie yer...tgk dari gambar tak dapat nak katakan pokok apakah itu...harap2 nanti lepas kena trim tuh makin bergayalah roti nie yer. hihih

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Betul tu, Alenna. Yang betul tu bukannya ia tak terdapat di mana-mana, sebab mungkin banyak dah orang buat roti Arab macam tu. Yang betul tu, ia roti Arab berjambul. Bukan bertocang. Tapi masa menulis tu Temuk teringat kat seorang teman manis yang sama di sekolah dulu, dia rajin ikat tocang kanan kiri. Jadi digunakanlah istilah tocang. Bi BC ada tak orang "mengukir" pokok?

Temuk said...

MAKCIKKANTIN
Wa'alaikumussalam. Teghima kasih mai ghumah Pak Temuk.

Memang bila time mengguntin sampai, kena pi buat ghenjong pokok tu. Jenuh kelilin diya dengan tangga. Kali ni, kena pi buh jamboi pulak pasei saghang bughong tu. Memang baguih dok bawah dia, ateh kehgusi ka, boyan ka. Syarat dia, takdak nyamuk.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Semoga semuanya sihat di Fiji tu.

Itu namanya pokok kelat paya. Bila pucuk merah dia keluar nanti, lebih eloklah rupanya. Bagus pokok ni untuk teduhan. Tapi tak tahan dengan daun keringnya. Juga, akarnya suka timbul + menjalar mencari longkang dengan lantai rumah, hihi. Dulu Pak Temuk ada 6 pokok, sekarang tinggal 3. Kena buang sebahagian. Bakinya tetap kena urus, taklah jadi besar cepat + daunnya kurang. Juga biar nampak kemas sikit.

ctpayong said...

alah...alah...alhamdulillah. jiwa penyayang rupanya walau tinggal sarang ditinggal sang terbang. kesian penat lelah mereka kan.

oklah....kreatif jugak namanya. idea spontan.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kalau tengok keadaan sarang burung tu, ia dah lama ditinggalkan. Nampak seperti kerja anyaman dan sulaman si merbah. Kalau betul sarang itu milik burung spesis merbah, ia tak bertelur dalam sarang yg sama tapi akan bersarang di tempat yg sama.

Temuk said...

CTPAYONG
Cuba-cubalah, mana tahu dia balik. Tapi, macam yang Adry@Daun kata (komen di bawah komen ctpayong tu), kalau yang empunya rumah si burung merbah, mungkin rumah itu akan terus jadi rumah kosong. Bolehlah juga diiklankan untuk burung lain sewa... tapi nak tulis macam mana iklannya? Ceria selalu!

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam Adry
Nampaknya "kompom"lah itu sarang lama, ya? Tak mengapalah kalau pun pemiliknya spesis merbah dan tak balik. Kita cuba simpankan saja untuk pemiliknya tu. Kalau budaya dia dah macam itu, tak berdayalah kita nak kempen suruh balik. Lagipun entah-entah dia dah merantau sampai Langkawi, hihi. Walau apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Adry yang selalu beri maklumat tambahan yang berguna.

MamaTim said...

Pakcik.. creative sentuhan Pakcik. Baiknya hati menghasilkan jambul. Love the sentiment.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Itu sarang burung merbah. Pernah bersarang beberapa kali di rimbunan pokok-pokok di laman saya. Pantang sarang bergetar....sang anak terus menganga...

Seronoklah sang unggas....besarang di atas roti....

Temuk said...

ANONYMOUS
Thanks for dropping by. Glad that you like the entry. Will visit your "legal Ecstasy" soon.

Temuk said...

MAMA TIM
Pakcik Temuk lenguh dua hari tak hilang membuat sentuhan tu, hihi. Yang lebih "taxing", nak buat jambul. Kalau si burung ditakdirkan balik, memang berbaloilah kelenguhan ini. Have a nice day, Mama Tim!

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi.

Kalau ada anak-anaknya + dengar bunyi mereka semasa menganga, boleh juga kita tumpang beri makan. Bolehlah dicarikan anak-anak belalang kecil sekeliling rumah ni.

Unggas bersarang di atas roti
Panas dah bahang hari mengundi!

Uncle Lee said...

Hi Temuk, how you doin'? Incidentally, I used to know as well had, have many Malay friends, but I have never seen a name 'Temuk'. Is this your blog callsign?
If it is, apa meaning tu?
Bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka. Ha ha.

Love your pics here, ada burung buat nest. Last year I too had a bird nest, a dove...just next to where I park my car on the tree. Then weeks later dua anak fly away, but on and off they balek kampong.
Love your garden, suka tengok so green.
Kita sini puteh lagi. At least another month before see green grass.

Wow! You know how to make roti Arab? Outstanding!
Have a nice day.
Lee.

makchaq said...

Wah terrornya Pak Temuk.. sampai boleh buat roti arab dari kelat paya.. siap ada jamboi lagi..

Lepaih ni cuba pak temuk buat elephant pulak.. mesti 'choo choo train' pak temuk seronok..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Tak aperlah tak jadi roti arab menjadi juga benda. Taklah membazir.

Orang buat rumah tanpa izin macam tulah, nasib baik tuan tanah baik hati.

KhaiRin : anies said...

KREATIF NYER DIA...

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam kenal...

ckLah @xiiinam said...

Cantik cantik pokok di laman paman. CkLah cuma tanam buluh dan rumput filipina dii tepi rumah.

DrSam said...

Ada ala-ala rupa Mohican pun ya juga. Tapi macamana cantas sekalipun, bila keluar pucuk nanti pasti lebih berseri.

Temuk said...

UNCLE LEE
Hi Uncle Lee (may be I should call you Lee, ha, as I'm quite certain that you were born later than me). I hope you are still enjoying your snow. Sad to know that winter will end soon.

Temuk is not my real name, but I have adopted this name for my blog because it's something that is very special to me. When I write my final blog entry, I'll tell my beloved followers what Temuk is all about. I hope to do this as soon as possible.

I've not tried making roti Arab. So, I thought I should familiarize myself with it first by trimming my Kelat Paya tree to look like one. Unfortunately, I couldn't make the the shape to look like roti Arab in order to save the bird's nest. Jumpa lagi and have a nice day.

Temuk said...

MAKCHAQ
Hihi, mana ada tera, makchaq. Kan benda tu tak jadi macam ghoti Arab! Tak pa, nanti kalo bughung tu tak balik dalam sebulan duwa ni, Pak Temuk buangla jamboi kelilin ghumah diya tu. Bulihlah tukaq shape ghoti Arab jadi elok. Tak beghani pulak nak buwat gajah. Nanti takut oghang-oghang siam pulak mai ghumah Pak Temuk nak tengok pets depa!

Temuk said...

MAK LONG aka KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Yang penting bagi Temuk, nak pastikan tak merimbun sangat pokok tu. Ini satu cara "mudahkan hidup" - pokok2 mesti diurus supaya tak menyemakkan persekitaran dan fikiran. Semoga KK sihat sejahtera selalu!

Temuk said...

KhaiRin:anies
Semoga sihat-ceria selalu. Pak Temuk setuju, dia kreatif. Tapi yang kreatif tu si burung itulah! Pandai dia membuat rumah di tengah-tengah bulatan! Entah bilalah dia nak balik menjenguk rumah yang lama ditinggalkan tu.

Temuk said...

BUNDA a.k.a KN
Wa'alaikumussalam, KN. Terima kasih sudi singgah ke rumah Temuk. Semoga dapat terus berkomunikasi dengan penuh manfaat di alam maya ini.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Terima kasih. Tak secantik manalah tu. Perlahan-lahan sebenarnya populasi pokok sekeliling Paman kurangkan. Wes tuwek, kesel nguruske.

Baik-baik, jaga-jaga, hati-hati, jangan sampai si Panda dengan si Wedus tahu buluh dengan rumput Filipina ckLah tu. Nanti gondol kawasan ayu tu dibuat mereka!

Temuk said...

DrSam
Temuk sudah dapat satu idea sekarang. Nanti, untuk pokok kelat paya yang lainnya, bolehlah dibentuk rupa si mohican. Tapi bahagian atas kepalanya sajalah! Benar, bila pucuk merah si kelat payah mula menjenguk nanti, cantiklah rupa si roti Arab + jambulnya.

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu :)
cuba trim jadi bentuk dynasore

ساريده سنين said...

Assalamualaikum wbth..

wah..kreatif sungguh cikgu nie..apa-apa pun salam kenal..

PakMail said...

Pak Temuk,

Sangat kreatif dan amat bertimbang rasa pada sesama makhluk.

Kalau sesetengah orang apabila dilihat 'rumah' yang sudah tidak berpenghuni, dah di'roboh'kannya....

PakMail said...

Pak Temuk,

Sangat kreatif dan amat bertimbang rasa pada sesama makhluk.

Kalau sesetengah orang apabila dilihat 'rumah' yang sudah tidak berpenghuni, dah di'roboh'kannya....

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam sVSs.

Hihi, itu satu cadangan yang baik. Lain kali boleh dicuba. Tapi kalau si dinasur masuk dapur, habislah makanan saya. Kalau roti Arab yang masuk dapur, saya yang habiskan dia. Ketemu lagi!

Temuk said...

SARIDAH SENIN
Wa'alaikumussalam wbkt.

Untuk seronok-seronok, sambil cari peluh. Juga sambil "memudahkan hidup" dengan mengurangkan semak samun. Kunjungan Saridah ke rumah Pak Temuk amat dialu-alukan. Terima kasih, ketemu lagi!

Temuk said...

PakMail
Semoga PakMail sihat sejahtera.

Ada "time limit" juga untuk dia balik tu, PakMail. Bila sampai masanya, kena roboh juga kot rumah tu. Hihi, bila betul2 sampai masanya, entah sampai hati entah tidak. Lagi pun bila tumbuh pucuk merah si Kelat Paya tu, cantiklah "jambul" tempat rumah tu menyorok. Takkanlah nak dikerobek rumah tu, kan?

Selamat bersiap untuk mengundi!