Friday, October 25, 2013

MOTOR SHOW : YANG TAK JADI dan JADI DIBELI


Macam-macam kereta, juga motorsikal, dipamerkan
dalam Motor Show 2013 di MATRADE, KL, baru-baru ini.


Pak Temuk pergi pada hari penghabisan, 6.10.13.
Bawa sejumlah wang yang sewajarnya**
Hati berkata, last day, kereta dengan motorsikal mungkin dijual dengan dobel diskon!

Banyak kereta yang dibelek-belek, satu persatu.
Termasuklah yang gambar-gambarnya diterakan di bawah. 

Tapi, satu pun tak jadi dibeli. Eh, mengapa terjadi tak jadi?

Sebab senyum manisnya asyik melebar. Nanti ada pula yang jeles.
Hebat, tapi takut pula pada nama dia. Ranggi?
Yang ini memang superb, tapi rendah pula bumbungnya. Jatuh pula kopiah bila nak masuk.
OK sangat dah yang ni. Tapi tak gemar pula pada double alis dia.
Hebat, tapi mana boleh muat garaj seconet di rumah nanti?
Yang ni jenis senyum manis melebar juga.
Ayu! Tapi tentu lebih ayu kalau dipandu wanita, kan?
Dah nak sangat. Tapi bila nak bayar deposit, tak ada pula jurujualnya, kihkih!
Motorsikal-motorsikalnya pula....... serupa saja ceritanya,
belek-belek sana sini, tapi tak ada satu pun yang jadi dibeli. Ngapo Jang?
Kata dia, yang jempolan, si kopiah merah!
Suka sangat. Tapi satu kebuk, macam mana nak bawa room-mate ronda-ronda?
Yang ini..... kalaulah kuningnya lagi tua!
Room-mate dah tahu kehebatannya. Kalau beli,  mesti dia nak selalu pinjam.
  Cakap pasal motorsikal, yang kat bawah ini pun, dah
bertahun-tahun duduk bertapa. Jarang sangat distart. Apa lagi dibawa makan angin.
Cukai jalannya pun dah berpuluh tahun tak dihidupkan.
Diwarisi dari arwah adik, pada tahun 1983.

Tak jadi beli kereta, tak jadi beli motorsikal, baiklah cepat-cepat
keluar dari dewan pameran. Tengok kenderaan antik di sebelah luar.

Sangat teruja hati isteri Pak Temuk melihat kereta di bawah ini.
Dia terkenangkan arwah ayahandanya. Pernah memiliki kereta seperti
itu, semasa menjadi Pegawai Daerah di Kubang Pasu dalam tahun-tahun 50an.



Yang kat bawah ini mengingatkan Pak Temuk sendiri jenis
yang pernah digunakan semasa belajar di Ithaca, NY. 1979-82.

Tapi, versi yang ini nyata lagi antik, lagi menarik!

Kalian ada yang pernah naik yang berwarna cerah tu?
Belajar memandu tahun 1971 dulu pakai kereta jenis inilah. Ada tingkap 3 segi, depan belakang.
Ada yang kenal dan suka kereta London Taxi di atas?

Gagah tak? Bukan orang-orangnya!
Tak selalu ada peluang begini, kan?
Tengok motorsikal antik pulalah, ya. Ada yang
kenal motor "cap" apa yang mengapit Pak Temuk?



Eh...... jadinya, hari itu jadi beli apa? 

Yang di atas meja itulah, apa lagi.

**Jumlah wang sewajarnya yang dibawa pada hari itu,
sebenarnya dan sememangnya, lebih sesuai amaunnya digunakan
untuk meredakan si perut. Yang bunyi tuntutannya melebihi kenyaringan
enjin para kereta dan motor cantik.


Jumlah yang sewajarnya, jauh beratus-ratus tahun
dari cukup, untuk melangsaikan apa yang
mata seronok lihat + apa yang hati teruja nak bawa balik! Kesian!

14 comments:

dear anies said...

Ada plan nk g aritu sbb nk bli smart tag tp pastu da lupa...mengancam u....kaler mrh tu

suka suka said...

Assalam... Pak Temuk ha ha I really enjoyed reading this entry...especially yg jatuh kopiah tu....

ngasobahseliman said...

Hebat Pak Temuk berceritakan apa yang dilihat dan apa yang tersemat dihati. Pandai ngobrol.Tengok dan berangan-angan tak ape, Pak Temuk. Dreams cost no money.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Khai♥Rin : anies
Tak mengapa, anies. Pak Temuk rasa itu annual event. Yang lepas, di PWTC, lebih grand lagi. Yang akan datang, jangan terlupa lagi. Simpan duit dari sekarang... hihi, utk buat booking masa tu nanti.

Temuk said...

suka suka
Macam-macamlah excuse orang tak ber$ nak beli kenderaan mahal kan? Kihkihkih. Yang penting jangan sampai angan-angan macam Mat Jenin, panjat pokok kelapa, kemudian terjun ke bawah, hatta meninggalkan dunia!

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Kabarepon, ngasobahseliman
Dreams can tax a lot of your energy too... Tapi, sebenarnya, segala impian, keinginan + keperluan kita pada tahap umur begini sudah banyak pun redanya. Semoga segala impian, keinginan dan keperluan di kala senja ini menumpu ke arah memperhambakan diri sepenuhnya kepada Gusti Allah jualah hendaknya.

Dr K said...

Salam Pak Temuk..
Takpa, KLIMS nanti, pastikan Pak Temuk bawak wang 3 guni...banyak pilihan keretanya nanti..hihihihi..

PS: Motor cap Triumph ke yg mengapit Pak Temuk tu? :)

ahmad humairi said...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kiranya dah jadilah tu.
Kita dah begambo kat sblah moto, keta tu...kita punyele!...uiiiweh,,,kayele!
Punya banyak keta, moto yang baru dan antik dalam koleksi!!!!

Temuk said...

Waalaikumussalam Daddy Ziyyad
InsyaAllah, masa KLIMS nanti Pak Temuk bawa wang dalam banyak guni..... tapi kalaupun itu berlaku, wangnya mungkin wang Uzbekistan! Pak Temuk ingat semasa ke sana, waduuuh, satu beg plastik duit diusung ke kanan kiri, sedangkan nilai sebenarnya cuma beberapa ratus duit kita.

Benar, itu Triumph yang memang ciut miut tu. Si dia dengan si Nortonlah yang jaguh zaman Pak Temuk sekolah rendah tahun 50an dulu.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi
Jadi begambo je le. Bende oghang punye. Sebenonye, kete dgn moto lame yang ade pun dah tak tejage. Hati maleh, badan tak upaye. Mate aje yang tebeliak-tebeliak tengok bende-bende elok. Tak pe le. Yang penting, mate nak kene cuci jugak, kan?

yanmaneee said...

balenciaga
yeezy shoes
kevin durant shoes
jordan shoes
nike air max 97
golden goose francy
cheap jordans
birkin bag
nike shoes
russell westbrook shoes

yanmaneee said...

cheap jordans
moncler
lebron 15
yeezy boost 350
lebron 16
balenciaga shoes
supreme outlet
curry 7
jordans
yeezy boost 350 v2