Saturday, April 3, 2010

PENYEMBURAN KAWASAN

Jumaat, 2 April '10, kira-kira jam 07.20 malam. Melalui tingkap yang kubuka kecil,  kurekodkan seorang kakitangan Pejabat Kesihatan 'menyembur' nyamuk denggi di kawasan rumahku. Sebelum itu dia menyembur kawasan jiran di depan dan di tepiku.

Sehari sebelum penyemburan itu, seorang anak ahli kariahku meninggal dunia. Dengar ceritanya kerana denggi. Counter-attack dari pihak bertanggungjawab nampaknya pantas sekali.


Sebelum ini,  pra-penyemburan, biasanya ada pasukan dalam jeep berpusing-pusing memberitahu kedatangan dan hajat. Kita disuruh menutup pintu dan tingkap. Juga makanan yang terdedah.

Kebelakangan ini dah tak kedengaran pula hebahan. Mungkin kupingku yang dah merudum keupayaannya. Atau memang sekarang ini yang dipentingkan adalah actions, not words! Baguslah.


Pada malam selepas counter-attack pihak berautoritimasih ada juga sang nyamuk mengiang-ngiang dan menggigit. Tak bolehlah diharapkan 100% keberkesanannya. Pasti ada saki baki gang yang menyorok dalam rumah dari entah zaman bila. Pada malam esoknya, lebih pula jumlahnya. Merunsingkan betul!


Semua bekas tanaman berair dalam rumah telah kuisi dengan ubat pembunuh jentik-jentik. Tapi ada bahagian-bahagian longkang awam di depan yang pecah, dan melonggokkan tanah, sampah, serta air. Juga ada pembikin-pembikin rumah di sekeliling yang mungkin mengizinkan  sang nyamuk meledakkan populasinya.

Penyemburan kawasan adalah satu kaedah yang baik. Tapi, ada kala yang bukan nyamuk pun mungkin perlu di'sembur'. Sememangnya, satu kaedah yang lebih holistik, efektif dan efisien memerlukan masa, belanja dan tenaga kerja yang banyak serta sokongan padu komuniti sendiri.

20 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Kalau yang bukan nyamuk, nak 'sembur' dengan apa? Semasa operasi di rumah BS satu ketika dulu, si penyembur, msuk dan sembur dalam rumah, habis berasap satu rumah dan tinggalkan kesan minyak.

sonata anak kancil said...

salam...bila sembor macam tu busuk!!! kadang2 nyamuk ade gak...tapi baiklah ade pada tak buat langsong kan...

Unknown said...

salam. kalaulah semburan ini dibuat selalu kan lebin baik! berjadual, kata orang! tak payah tunggu ada kes baru nak bertindak.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam temuk,

semburan tu tak begitu efektif...ada ke alternatif lain?

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Kesihan. Sepatutnya diberi pilihan. Kesan minyak pada pelbagai barang dlm rumah boleh menaikkan minyak tuan rumah! Kena kat kereta di luar pun dah memeningkan. Yg bukan nyamuk boleh kot sembur dengan kata-kata: nasihat sinis, perli & murka. Atau lebih baik sembur dgn rayuan yg bergunung-gunung?

Temuk said...

Salam Cikgu sonata anak kancil,
Memang busuk bau minyak tu, terutama bagi hidung yg tak tahan. Nyamuk tetap ada. Anak, cucu, cicit mereka terus menerus ambil giliran! Baik juga semburan tu drpd tak ada langsung (rasanya memang tak ada apa2 lain yg mereka buat!).

Temuk said...

Salam Dato' luahfikiran
Ini kes pahat dengan penukul, kot. Sekali suruh, sekali sembur. Mungkin dlm KPI baru mereka dah tukar peribahasa yg diakuri kpd 'seperti cucuk orang latah', sekali cucuk melatah berterusan! Terus berasaplah kawasan rumah kita!

Temuk said...

Salam Cikgu Hjh Zainab
Alamak, tak tau pula kita ni alternatifnya. Mcm kena pegang peribahasa 'tak ada rotan, akar pun berguna' nampaknya. Akhirnya kita kena jaga lebih dalam rumah, kot. Sebab tak tahan bau ubat nyamuk (yg koil, minyak dll), saya dah mula guna perangkap nyamuk (guna tarikan cahaya; tk guna bahan kimia). Dlm bilik tertutup (sbb pasang aircond), pernah dapat 10-12 ekor semalam. Kawan2 lain ada petua, ke?

AUR said...

Salam Pakcik,

Awal tahun baru ni saya berpindah dari rumah taman ke 'setinggarden'...Sebab nak jimat kos dan jarak ke kedai..Jadi kat rumah baru tu almaklum la...Nyamuk besor2...

Nak taknak kena cari kelambu la jugak...hehehe...bunyi mcm ketinggaln zaman, tapi alhamdulillah...Kami sekeluarga selamat dari gangguan nyamuk dan asap atau gas beracun...

Yang best tu...selepas brbelas2 keda kitorang tanya yang ke berapa belas ntah baru ada jual kelambu..Tu pun last stok...hehehe..

ahmad humairi said...

salam,

nyamuk,
jangka hayatnya amat pendek,
namun membiak begitu banyak dan cepat.

...kata nyamuk :
"kalo aku ada, kome sepak tala...
..kalo aku xde, kome teroyak tangis.."

itu yang sya dengar dulu...

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Semburan melalui fogging cuma mampu menghapuskan nyamuk yang matang. Kilang nyamuk dalam longkang yang bertakong air tidak pula diberi perhatian. Sampai bila pun masalah nyamuk tak akan dapat diselesaikan.
Kawasan rumah Pak Zawi juga banyak nyamuk kerana masalah longkang yang tak mengalir.

Temuk said...

Salam AUR
Tahniah dapat ghumah baghu! Nyamok beso tak pe, asei bukan jenih bawak denggi atau malaria. Kat kg dulu pak cik pun pake kelambu. Dah tu pulak jenih kain kapeh tak jaghang. Tapi cuaca kg sejuk; taklah hangat dlm kelambu. Bila pelita kojol, gelap pekatlah dalamnya. Tapi taklah nangeh, sbb mak kata kot nangeh musang datang gigit kaki! Si pnjual kelambu tu patut dapat award, sbb besedia dgn apa jugak benda yg oghang ndak utk elakkan nyamuk menyeghang.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Tu la sang nyamuk. Jasad kecil, nyawa pendek, tapi bekas yg ditinggalkannya boleh jadi tragis! Ala, tak pernah dengar pula gurindam si nyamuk tu. Kabur pula fikiran dlm keinginan utk cuba mentafsirkannya.

Temuk said...

Salam Pak Zawi
Kalau begitu amat patut orang2 kesihatan tangani sumbernya tu. Cerita longkang yg airnya yg tak mengalir ni memang di mana2! Di kawasan2 restoran/gerai lagilah, + bau busuk sekali! Kita juga kena bersama 1 sikap (sikap bersih) utk jadi negara maju.

DrSam said...

Salam.
memang begitu persepsi kita dan apa yang berlaku- jika ada semburan mesti ada kes baru dikejiranan. Fikir minda saya cara terbaik menangani masalah ini ialah dengan cara pencegahan. Jika kita lihat dan baca betul-betul perangai makhluk halus ini dia berskala dan ada 'patern' mengikut perubahan musim (pertukaran hujan dan panas menyemarakkan asmara nyamuk dan habitat). Dengan membaca patern tersebut tindakan proaktif dan bukan reaktif boleh dilaksanakan. Mungkin suatu kejiranan boleh merancang aktiviti gotong-royong membersihkan kejiranan masing-masing dan dipertingkatkan lagi usaha tika hampir musim makhluk halus ini berpesta.

Aida Ali said...

Salam,
Sejak dua menjak ni, demam denggi dah meraja lela pulak ya. Harap kita tingkatkan penjagaan kebersihan kawasan tempat kita tinggal

Temuk said...

Salam DrSam
Nampaknya begitulah polanya: ada semburan mesti sebab ada kes kematian! I totally agree with you, prevention is better than cure. Dlm perubatan pun kita selalu disuruh amalkan preventive medicine, berbanding curative medicine, kan? Tapi, dek selalu suka 'bertangguh' dlm pelbagai tindakan, selalulah kita sendiri menengadah sesudah terhantuk!

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Denggi (dgn H1N1) memang membimbangkan. Tambah-tambah bila menulari pelajar sekolah, kolej atau seumpamanya. Gandaan penularan lebih mudah & lebih cepat berlaku. Semoga sambil sama-sama berusaha meningkatkan penjagaan kebersihan, kita tak lupa berdoa kepada Allah semoga dijauhkan daripada segala penyakit merbahaya sedemikian.

terokai seni said...

kalau sembur rumah ke rumah ok le tu, tapi kalu guna kereta tak yang le sebab takat kat jalan aje sedangkan nyamuk dok dalam longkang

dalam pada tu pon pnah gak kena tipu dengan sendikit semburan ni... konon dari kementerian kesihatan. nak sembut tiap bulan.. sudahnya sekali tu je la

Temuk said...

Salam Cemomoi
Terima kasih singgah. Ada rakan blogger kata, semburan hanya membunuh nyamuk matang. Keturunannya yg belum matang dlm air di longkang yg bertakung tak mati. Sekarang memang banyak orang pandai menipu dgn pelbagai cara utk cari wang. Dlm berhati2 pun kadangkala kita terkena juga.